Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

4 Nov 2013

STAR MUNCUL NAIB JOHAN PERTANDINGAN DEBAT PIALA TUN RAZAK KALI KE-4

Pertandingan Debat Piala Tun Raza, Edisi ke-4 anjuran Kelab Seni Orator SDAR telah berlangsung  dari 1-3 November 2013. Pertandingan debat yang dianggap tempat mengasuh bakat dan kebolehan debat tunas-tunas muda ini telah disertai oleh 18 pasukan bagi kategori Bahasa Melayu dan 14 pasukan bagi kategori Bahasa Inggeris.

Menyoroti perjalanan KDBM STAR selama berlangsungnya pertandingan ini. Pada mulanya pasukan ini tidak diletakkan harapan yang tinggi dan memadailah untuk menyamai pencapaian 2012 apabila layak ke separuh akhir. Berikut keputusan perlawanan pusingan pertama.

STAR v SMI HIDAYAH B - Pemenang STAR
STAR v SDAR B - Pemenang SDAR B
STAR v SMAP LABU - Pemenang STAR
STAR v SDAR B - Pemenang SDAR B
STAR v SBPI GOMBAK B - Pemanang STAR


Ketenangan dan kematangan yang dipamerkan oleh Peerdana Menteri, Afif Nazhan.

Usai perlawanan pusingan awal, akhirnya debaran untuk menentukan LAPAN pasukan terbaik yang akan mara ke peringkat suku akhir terjawab. STAR berjaya melayakkan diri ke peringkat suku akhir apabila menduduki ranking ke-5. Dengan ini, STAR telah diundi bertemu dengan Sekolah Seri Puteri (SSP).

Di peringkat suku akhir, STAR bertindak sebagai pembangkang manakala SSP sebagai kerajaan. Dewan telah membahaskan satu usul yang berbunyi " Akta Hasutan : Ubat Luput Tarikh ". Walaupun mendapat tentangan sengit dari SSP, namun akhirnya kemenangan berpihak kepada STAR apabila juri  memberikan kemenangan 2-1, margin 2.


Serikandi SSP yang memberikan tentangan sengit di suku akhir.

Pada peringkat separuh akhir STAR dipertemukan dengan pasukan Sekolah Dato' Abdul Razak B (SDAR B). Bertemu pasukan tuan rumah bukanlah sesuatu yang mudah apatah lagi beraksi di gelanggang lawan. Dewan membahaskan usul yang berbunyi "Dewan Ini Yakin Boikot Jawapan KepadaIsu Israel-Palestin". Ketenangan pasukan kita telah berjaya meyakinkan panel juri dengan kemenangan 5-0, margin 2.  Pembahas terbaik Afif Nazhan.

Akhirnya, cita-cita untuk berada di pentas final telahpun berjaya direalisasikan. Di peringkat akhir, STAR akan berhadapan dengan pasukan Sekolah Menengah Sains Muzhafar Shah (MOZAC). MOZAC merupakan juara bertahan dan membariskan pembahas-pembahas berpengelaman yang memenangi kejuaraan tahun lepas. Pada peringkat akhir, dewan membahaskan usul yang berbunyi " Wawasan 2020 : Kita Masih Lesu". Walaupun memberikan tentangan yang agak sengit, STAR terpaksa akur apabila MOZAC diumumkan sebagai johan pada edisi kali ini. MOZAC  mengatasi STAR dengan juri 4-3, Margin 2. Amirul Lamin dari MOZAC dipilih sebagai pembahas terbaik.


STAR dan MOZAC selepas diumumkan keputusan.

Sesungguhnya pencapaian ini merupakan pencapaian yang sangat membanggakan buat para pembahas muda yang baru berjinak-jinak dengan dunia perbahasan. Diharapkan segala ilmu, pengalaman yang dikutip sepanjang 3 hari berkampung di SDAR akan dimanfaatkan oleh para pembahas untuk meneruskan legasi kecemerlangan KDBM STAR Ipoh. 


Para pembahas bergambar kenangan usai pertandingan akhir.





TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

0 comments :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...