Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

28 Jan 2012

SBPA : JPA HARUS PRIHATIN

Implikasi SBPA tak dimaklum secara telus, kakitangan bawahan tidak dapat manfaat

SISTEM Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) yang cuba hendak dipaksa ke atas keseluruhan 1.3 juta warga perkhidmatan awam akhir tahun lalu, kini sedang menjalani kajian menyeluruh hasil arahan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berikutan banyaknya bantahan terhadap cara Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) cuba hendak memaksa penerimaannya. Mereka juga dikatakan tidak diberikan masa cukup untuk menelitinya bahkan butiran lengkap cadangan itu juga tidak diberikan. Ini telah menimbulkan banyak persoalan kenapa JPA begitu terdesak mahu melaksanakannya. Dikatakan warga awam hanya diberikan masa tidak sampai dua minggu untuk membuat pilihan kalau tidak, mereka akan menghadapi risiko yang boleh menjejaskan kedudukan mereka dalam perkhidmatan.

Persoalan yang timbul kenapa segala implikasi dan akibatnya tidak diterangkan kepada semua kakitangan awam? Kenapa Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Perkhidmatan Awam (CUEPACS) sendiri tidak pula dibawa berunding dari awal lagi supaya segalanya kelihatan telus?

Bukankah orang ramai sentiasa diberi nasihat meneliti sebarang apa yang mereka mahu tandatangani dan mengetahui ‘the small print’ sebelum bersetuju? Tetapi bagi SBPA ini nampaknya JPA sendiri tidak mahu warga perkhidmatan awam bersikap demikian.

Apakah akibatnya daripada perlakuan demikian? Bukankah ia telah menimbulkan amarah di kalangan majoriti kakitangan awam hingga ada yang mengugut mahu berpaling tadah pada Pilihan Raya Umum Ke-13 yang akan diadakan dalam masa terdekat. 
Apakah ini muslihat beberapa kerat pegawai kanan kerajaan yang bertanggungjawab terhadap SBPA ini? Hanya mereka yang boleh menjawab.

Keluhan beberapa warga awam dalam beberapa blog membuka mata terhadap apa sebenarnya berlaku. Kata seorang: “Beberapa bulan lalu kakitangan awam berasa sangat gembira apabila skim gaji baru diumumkan Perdana Menteri membabitkan kenaikan antara tujuh hingga 13 peratus, berkuat kuasa 1 Januari lalu.

“Andaian kami sudah pasti kakitangan kerajaan pada gred paling rendah akan menikmati kenaikan 13 peratus sementara gred paling tinggi iaitu Kumpulan Pengurusan dan Profesional akan mendapat kenaikan tujuh peratus.

“Namun sangkaan ini meleset apabila melihat kepada tawaran opsyen dikemukakan JPA. Kami diarahkan untuk membuat opsyen dalam keadaan sangat tergesa-gesa tanpa mendapat penjelasan mengenai skim gaji baru itu daripada ketua jabatan. Apabila mendapat surat opsyen berkenaan, kami diarahkan untuk menurunkan tandatangan pada borang opsyen pada masa itu juga”.

Kata seorang lagi: “Ketua pengarah JPA sudah buat kesilapan, akibatnya kerajaan dimarah oleh kakitangan sendiri. Perkara ini menjadi modal pembangkang untuk hentam kerajaan.

“Sebagai contoh ketika taklimat, soalan diajukan tidak dapat dijawab dengan tepat, sebaliknya jawapannya ialah akan berlaku kenaikan gaji daripada SSM kepada SBPA. Tentunya ada tetapi berapakah kenaikan? RM1 pun kenaikan juga”.

Kata seorang lagi: “Yang aku pelik, kenapa masih nak berahsia sangat pasal lampiran ‘C’ tu? Bila tanya pada ketua pejabat, jawapannya ‘rahsia’. Macam mana hendak sign kalau rahsia?

Seorang lagi berkata demikian: “Sebagai contoh tawaran yang diberi kepada pegawai bawahan saya yang berada pada gred paling rendah dalam kerajaan iaitu untuk jawatan Pekerja Awam Gred R1 yang dulunya dipanggil ‘buruh’ yang berkhidmat selama 15 tahun, bergaji pokok RM1,242.09 hanya mendapat kenaikan RM88.

“Jika dihitung naik 13 peratus, beliau sepatutnya mendapat RM161.47. Sebaliknya jumlah kenaikan diperoleh itu hanya lebih kurang tujuh peratus.

“Begitu juga dengan kerani yang berjawatan Pembantu Tadbir Gred N17 yang sudah berkhidmat selama lebih kurang sembilan tahun bergaji pokok RM1,369.39. Beliau hanya mendapat kenaikan RM61 iaitu tidak sampai pun lima peratus”.

Semua ini adalah rungutan sebenar yang sepatutnya sudah diteliti supaya tidak wujud rasa tidak puas hati sedemikian. Dalam pada itu dikatakan pula kenaikan yang diberikan kepada pegawai atasan termasuk yang ditakrif sebagai ‘Premier’ dan ‘JUSA’ langsung tidak setimpal.

Apakah ini tidak menunjukkan bagaimana songsangnya pertimbangan yang diberikan kepada warga bawahan berbanding pegawai atasan?

Anehnya skim itu kononnya adalah dalam rangka perjalanan kerajaan mahu mencapai status negara maju berpendapatan tinggi.

Bagaimana mahu mencapai matlamat itu kiranya kakitangan bawahan hanya diberikan kenaikan serendah RM10 sebulan berbanding kenaikan mencecah RM8,000 bagi pegawai JUSA?

Ini bermakna jurang pendapatan bukan lagi dapat dirapatkan tetapi akan bertambah renggang dengan yang sudah pun menerima ganjaran besar menerima kenaikan yang sungguh tinggi, walhal mereka yang sepatutnya diberikan imbuhan lebih tinggi tidak mendapat pertimbangan demikian, malah diberikan serdaknya saja.

Inikah caranya pimpinan perkhidmatan awam mahu merapatkan jurang perbezaan pendapatan antara yang tertinggi dengan yang terendah?

Maka tidak menghairankan kenapa hampir keseluruhan 1.3 juta warga membantah melalui CUEPACS yang juga lambat memberikan reaksi hanya kerana tidak mengetahui apa sebenarnya yang disarankan.

Jadi persoalannya apa agaknya ada dalam pemikiran mereka yang membuat cadangan itu dan cuba memaksa warga awam menelan apa yang cuba disogok?

Baik jugalah kini Perdana Menteri menyedari betapa buruknya akibat usaha itu dengan kesedaran bagaimana kiranya ia dibiarkan saja kemungkinan besar ramai daripada 1.3 juta warga awam tidak akan lagi memihak kerajaan kiranya pilihan raya diadakan dalam masa terdekat.

Hanya beberapa kerat pegawai yang mencipta dan memikirkan skim itu saja boleh jawab apa sebenarnya muslihat mereka mengadakan skim yang begitu songsang.

SUMBER : CUEPECS



TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

26 Jan 2012

PENJARA MANDATORI JIKA SEBABKAN KEMALANGAN MAUT

Kementerian Dalam Negeri (KDN) menyokong pelaksanaan hukuman penjara mandatori terhadap pemandu yang menyebabkan kemalangan dan kematian sekiranya ia langkah terbaik menyedarkan golongan itu.

Menterinya, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, hukuman itu perlu difikirkan memandangkan masyarakat selama ini tidak mengambil endah pesanan kerajaan dan pihak berkuasa sehingga menyaksikan bilangan kes kematian masih membimbangkan setiap kali Ops Sikap pada musim perayaan.

''Saya tengok tahun lepas bila IGP (Ketua Polis Negara) sudah cuba bawa pendekatan menyedarkan rakyat, merayu, mendidik, jumlah kemalangan dan kematian tidak menurun.

"Jika itu (hukuman penjara) boleh menurunkan bilangan kematian di jalan raya, saya rasa kita tiada pilihan kerana usaha selama ini tidak berhasil," katanya kepada pemberita selepas selepas menghadiri Program Belia Anti Jenayah di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan anggota Majlis Keselamatan Jalan Raya, Tan Sri Lee Lam Thye yang baru-baru ini menyarankan pihak berkuasa mengenakan hukuman penjara mandatori terhadap mereka yang memandu secara berbahaya sehingga menyebabkan kemalangan maut.

Hishammuddin menambah, penggubalan undang-undang penjara mandatori itu perlu dirujuk serta dilaksanakan oleh Pejabat Peguam Negara dan sistem kehakiman sedia ada.

"Kalau sekiranya undang-undang itu dapat dipinda dengan mengambil kira hukuman yang lebih berat, maka pihak polis hanya melaksanakan tugas sebagai penguat kuasa," katanya.

SUMBER : UTUSAN MALAYSIA



TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

7 Jan 2012

UTHMAN ABDUL GHANI DIPILIH KAPTEN KDBM STAR IPOH 2012


Keluarga Debat Bahasa Melayu STAR IPOH ingin mengucapkan tahniah buat Saudara uthman Abdul Ghani, pelajar tingkatan 5 atas pemilihan beliau sebagai kapten pasukan bahas bahasa Melayu STAR ipoh bagi tahun 2012. Anak jati kelahiran Negeri Johor Darul Takzim ini merupakan pembahas pertama dalam pasukan bahas BM STAR. Pada tahun 2011, beliau merupakan salah seorang pembahas yang telah menjulang nama STAR dalam pertandingan akhir Piala Perdana Menteri.

Diharapkan di bawah kepimpinan Saudara Uthman, pasukan ini akan berjaya memperoleh kejayaan yang gemilang dalam arena perbahasan sekolah-sekolah malaysia. Diharapkan juga seluruh Keluarga Debat Bahasa Melayu STAR dapat memberi kerjasama yang terbaik buat kapten 2012. 

"JANGAN MENGALAH PADA MASALAH"




TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

VIDEO PERTANDINGAN AKHIR PIALA PERDANA MENTERI ANTARA IPT 2011



Video ini merupakan rakaman pertandingan akhir Piala Perdana Menteri Antara IPT 2011 antara UiTM  sebagai pencadang manakala USIM sebagai pembangkang.

USUL : Dewan ini percaya Kerajaan Malaysia Wajar Menyaring Internet Secara Terpilih Bagi Menjayakan 1 Malaysia.








TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

2 Jan 2012

CIKGU SHAH


Tika pekik sambut tahun baru 
Jeritan bunga api dan alunan lagu 
Manusia yang biasanya kantuk dibuai lena
Bangun memekak mengira detik yang kononnya berharga .

Tika itulah
Seorang murabbi menggapai nikmat usianya kurnian Sang Pencipta

Cikgu Shah
Sebait puisi manakan sama selaksa budi
Seungkap kata manakan sama selaut keringat
Sekalung doa manakan seindah pintamu buat kami kepada-Nya

Butir katanya dilancarkan tegas
Tunjuk ajarnya disantunkan ikhlas
Ayat Kitab indah dialunnya merdu
Malah marah nasihatnya disulam adat Melayu

Cikgu Shah
Dibalik wajah ceria itu ada sedihnya
Telah dilaluinya hari duka kenangan lampau
Bakal dilaluinya hari mendatang penuh cabar
Namun tugasnya buat anak bangsa 
penuh cermat disemat iltizam

Ah , biar mereka berkata !
Bukan tugas kita puaskan hati semua 

Ya , itulah katanya
Kata buat orang yang tidak tahu erti jasa
Hanya pandai mengaib jatuhkan manusia

Ah , biar mereka berkata !
Bukan tugas kita puaskan hati semua

Ya , itulah ungkapnya
Ungkapan buat mereka yang tidak tahu erti derita
Hanya mahu mengecap nikmat di puncak senang

Pinta kami , Ya Allah
Murahkanlah rezekinya
Lanjutkanlah usianya
Ketemukanlah jodohnya
Kurniakanlah kebahagiaan
Kurniakanlah redha Jannah-Mu kepadanya .

Cikgu Shah
Selamat Hari Lahir .

Uthman's
1 Januari 2012 , Johor .

Khas daripada KDBM kepada Cikgu Shahnun



TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

1 Jan 2012

ANTARA KENANGAN, HARAPAN DAN KEJAYAAN- QUSYAIRI FAUZI

Perjuangan yang kekal abadi




TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

SEGENGGAM AMANAT UNTUK TERAKHIR KALI

Beberapa jam sebelum berangkat ke bumi Sintok untuk berkhidmat sebagai wira negara di sana. Pada kesempatan ini, ingin Quchai mewartakan amanah, harapan dan sanjungan Quchai kepada anda selaku orang yang paling rapat dan Quchai sangat-sangat rindu kepada anda semua. Insyaallah, jikalau diizinkan, pasti kita akan dipertemukan. Jadi Quchai titipkan harapan ini buat anda semua.

 Umi dan Cikgu Shahnun



Sebagai dua insan yang saya hormati. Saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan saya kepada Umi dan cikgu kerana kalian berdua telah mengajar, mendidiik malah memberikan sepenuh kasih sayang yang cukup istimewa buat diri saya. Ya, yang pastinya saya tidak akan sama sekali melupakan perit getir kalian mendidik saya sebagai insan yang diciptakan di muka bumi Allah yang cukup indah ini. Buat Umi, saya ucapkan selamat menjalankan tugas sebagai PK HEM di SBPI GOPENG dan saya percaya Umi pasti bakal menikmati saat-saat sebagai seorang guru dengan sempurna dan berjaya untuk mendidik anak bangsa bagi mewarisi negara. Saya akan ingat segala pesanan Umi buat selamanya. Untuk Cikgu Shahnun, Selamat Hari Lahir saya ucapkan dan saya begitu berbangga kerana mempunyai seorang guru yang amat berdedikasi dan serius akan kerjanya. Pernah suatu ketika saya berbual bersama rakan-rakan dan mereka juga pernah bertanya dan merasakan bahawa cikgu merupakan seorang guru cemerlang di hati mereka kerana siang malam bertungkus-lumus melaksanakan tugas sebagai seorang guru malah seorang imam yang begitu sedap alunanya ketika membacakan ayat-ayat suci Al-Quran. Cikgu, saya mohon agar cikgu mendidik mereka dengan sempurna dan ajarkanlah segala ilmu cikgu kepada mereka. Jika terpaksa menggunakan kekerasan sekalipun, gunalah supaya mereka tahu akan pentingya ilmu itu. Terima Kasih Umi. Terima Kasih CIkgu Shahnun. Maafkanlah anak didikmu ini dan berkatilah hidupnya. Doakanlah kejayaan anakmu ini.

Tingkatan Lima 2012


Satu empayar yang boleh dikira hebat telahpun anda lakukan ketika zaman kita bersama dahulu. biarlah suka duka kita semua terpalit dalam satu memori yang cukup indah dan akan dikenang sampai bila-bila. Buat Os, Wan, Amsya dan Latip. Terima Kasih atas segalanya. Memori kita bersama dahulu akan Quchai kenang sampai bila-bila. Kini, andalah zang akan mengemudi bahtera ini untuk mengekalkan reputasi kita. Ingat, walau apa sekalipun, sayangilah adik-adik dan buatlah mereka seperti keluarga sendiri. Tiada jurang perbezaan antara kita semua. Ingat pesan cikgu. Tahu isu semasa.Hargai yang muda. Insyaallah, kalian berjaya. Jadilah ketua yang baik. Taat perintah agama. Rapatkan ukhwah keluarga ini. Dengar masalah jika ada yang berdukacita. Jangan sama sekali megeruhkan keadaan. Quchai nak ucapkan terima kasih kepada anda semua kerana telahpun menjadi rakan Quchai yang paling setia. Quchai tidak pernah lagi mempunyai sesiapa seperti anda semua. Halalkan makan minum Quchai dan doakanlah kejayaan Quchai dunia dan akhirat.

Tingkatan Empat 2012


Black, Dinie, Ahmad Aiman, Aya, Eyman. Dalam usia yang boleh dikatakan cukup muda, anda semua berjaya membuktikan sesuatu yang cukup cemerlang bagi Quchai. Tahniah kerana 8A itu sudahpun menjadi milik anda semua. Jadi untuk diringkaskan cerita, Quchai juga ingin mengucapkan penghargaan Quchai kepada semua kerana sudi untuk bersama Quchai sepanjang 3 tahun kita bersama. Amanat Quchai. Jangan jadikan tahun 2012 sebagai tahun untuk anda bersuka ria.Ingat kita ada cabaran yang menanti di hadapan. Tinggalkan segala perbuatan yang boleh menyakitkan hati kita demi kebaikan bersama. Quchai pohon supaya janganlah kita bermegah-megah dengan apa yang ada. ingat perjalanan sebagai seorang pembahas tidak akan terhenti begitu sahaja dan kita juga perlu menegakkan agama yang suci ini. Jagalah nama baik keluaraga ini.

Tingkatan Tiga 2012



Walaupun hanya mampu beberapa bulan kita bersama, namun Quchai sudah cukup mengenali hati budi setiap yang ada antara anda semua. Quchai sudah mengenal pasti siapa yang benar-benara akan setia dengan keluarga ini ataupun sebaliknya. Yang pasti akan ada antara kalian yang bakal meninggalkan keluarga ini. Walaupun begitu, kita masih sebagai sebuah keluarga. Ingat hormatilah ketua anda dan Quchai turut menghargai kenangan kita bersama buat selamanya. Belajarlah dari pengalaman. Jangan segan untuk bertanya jika tidak mengerti. Jadikan kejayaan untuk 2011 ini sebgai matlamat untuk masa hadapan. Ingat, kita lebih sukar untuk mempertahankan sesuatau daripada merebutnya.

Duhai guru, sahabat dan rakan seperjuangan
Kini telah tiba masanya untuk kita berpisah
Gelak tawa, suka duka kita bersama 
Akan terpalit dalam sebuah memorabilia yang kita bina bersama
Setelah aku mininggalkan kalian
Akan terbuka ruang pintu rindu dihati
Tertutup segala keceriaan kini

Maafkan sahabatmu ini
Agar hidupnya diberkati juga dirahmati



Ingatlah 
Setiap pertemuan akan ada perpisahan
Jadikan kisah kita sebagai kenangan
Manfaatkan segala ilmu yang telah aku curahkan 
Untuk kegunaan masa hadapan
Berikan sepenuh jiwa dan raga
Untuk kebaikan KDBM tercinta
Curahkan bakti tanpa mengenal erti jemu
Agar seluruh dunia mengetahui kehadiranmu

Sudah ke penghujungan rupanya kita
 Bagai tidak terasa, masa telah berlalu
Alih-alih kita berasa sebak dan pilu
Ilmu dijana, pengalaman ditimba
Sebagai senjata, pembela bangsa
Duhai pewaris bangsa,
Ingatlah pesanan diriku yang hina ,
Jika ada badai melanda
Jika laut itu bergelora
Jika ada sengketa melanda
 Tepislah ia dengan ilmu di dada
Bila aku jauh darimu
Akanku khabarkan keistimewaan KELUARGA ini
Supaya gah di mata dunia
Menabur bakti untuk pewaris bangsa

Anak enggang di kayu tinggi, patah ranting terbanglah ia
Anak dagang tak lama di sini, sampai musim pulanglah ia
Pucuk pauh delima batu, anak sembilang di tapak tangan
Biarpun jauh beribu batu, hilang di mata di hati jangan.


ikhlas
-Qusyairi Fauzi-
 





TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...