Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

9 Sept 2012

SSP, SDAR MUNCUL JOHAN BAHAS PIALA PERDANA MENTERI 2012



Sekolah Seri Puteri, Cyberjaya (SSP)  dan Sekolah Dato' Abdul Razak (SDAR)  hari ini masing-masing muncul sebagai johan Pertandingan Bahas Piala Perdana Menteri 2012. Pertandingan akhir bagi edisi ke-39 ini dilangsungkan di Putrajaya International Convention Centre (PICC), Putrajaya.


Dalam Pertandingan akhir bahas Bahasa Malaysia, Sekolah Seri Puteri, Cyberjaya berjaya menewaskan Sekolah Dato' Abdul Razak (SDAR). Usul yang diperdebatkan dalam pertandingan tersebut adalah "Penguasaan Industri Teknologi Maklumat  Menjamin  Kestabilan Negara.  Manakala Saudara Muhammad Luqman Sufyan bin Junaidi  dari SDAR dipilih sebagai pembahas terbaik pertandingan akhir.

Manakala dalam kategori Bahasa Inggeris, Sekolah Dato' Abdul Razak (SDAR) berjaya menebus kekecewaan 2011 apabila berjaya kali ini muncul johan menewaskan pasukan yang menewaskan mereka pada tahun 2011, kolej Tunku Kurshiah. Usul yang telah dipilih untuk diperdebatkan ialah " This House Beleive That We Should Substantialy Expand On Vocasioanal Education ". Di akhir perlawanan, Saudara Adbul Razak dari SDAR dipilih sebagai pembahas terbaik perlawanan akhir.

Hadiah-hadiah telah disampaikan oleh YB Dato' Sri Ismail Sabri Yaakob, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan. Turut hadir ialah Tan Sri Abd Ghafar bin Mahmud, Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia. Untuk rekod, penganjuran PPM tahun ini ditaja oleh Bank Rakyat untuk tahun ke tiga berturut-turut. Manakala pusingan awal telah diadakan di Sekolah Tuanku Abdul Rahman, Ipoh (STAR).

p/s : mohon maaf video di bawah telah di "private" kan oleh pihak eduweb.com...








TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

1 comments :

Ahmad Syukri Ahmad said...

macam mana nak tontotn video final ??

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...