Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

28 Jul 2012

UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA MALAYSIA JOHAN DEBAT PERPADUAN 2012



Serdang- Pertandingan Debat Perpaduan telah melabuhkan tirai dengan pasukan UIAM merangkul kejuaraan buat kali kedua selepas kali terakhir mereka memenanginya pada tahun 2006. Pasukan yang terdiri daripada Saudara Muhd Khairulanam Zulkeply, Saudari Fawza Sabila Faudzi, Yoges A/P M. Verasuntharam dan Naimah Aisyah Awaludin berjaya menewaskan pasukan USIM dengan juri 5-2. Pendebat terbaik pertandingan akhir pula disandang oleh Saudara Mohd Ikhwan Mohd Roseli dari USIM. 

Johan pertandingan akhir membawa pulang wang tunai RM7,000 beserta trofi dan sijil dan Naib Johan pula pulang dengan wang tunai RM5,000 beserta trofi dan sijil. Selain itu, pasukan UPM dan UKM membawa pulang wang tunai RM2,000 beserta trofi dan sijil selaku pasukan yang layak ke separuh akhir dan tiga orang pembahas harapan membawa pulang wang tunai RM500 beserta trofi dan sijil masing-masing. Majlis Pertandingan Akhir Debat Perpaduan Antara IPT ini telah disempurnakan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, 
Tan  Sri Dr Koh Tsu Koon. 

SUMBER : KDBMPUTRA

TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

0 comments :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...