Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

15 Jul 2012

STAR IPOH JUARA DEBAT KOPERASI SRI SERDANG


Pasukan Bahas Bahasa Melayu STAR kali ini berkunjung ke Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Serdang, Selangor untuk menyertai Pertandingan Bahas Piala Koperasi. Dalam pertandingan yang diadakan selama dua hari tersebut, sebanyak dua puluh pasukan telahpun mengambil bahasian. STAR telah menghantar seramai empat orang peserta yang terdiri daripada Muhaimim Mohammad, Syafiq Jebat, Mior AMir Ikhwan dan Adib Farazi. Kesemua pembahas merupakan pelajar tingkatan tiga yang merupakan pelapis yang akan mengambil alih tanggungjawab pada masa hadapan.

Di peringkat liga, STAR telah mengharungi empat kali perlawanan dan Alhamdulillah selepas tamatnya pusingan ke empat, STAR tidak pernah tewas dan menduduki ranking yang pertama. Kejayaan ini membolehkan STAR layak ke pusingan menang mara dan bertemu Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Kuantan di peringkat suku akhir. Beikut keputusan perlawanan.

Pusingan Suku Akhir
USUL :  Dewan Ini Akan Memansuhkan PTPTN
SBPI Kuantan (Kerajaan) vs STAR (Pembangkang)
Margin : 0.67
Juri : 2-1
Pembahas Terbaik : INTEK
Pemenang : STAR (Pembangkang)

Pusingan Separuh Akhir :
USUL : Dewan ini Akan Memberikan Subsidi Makanan Percuma Kepada Pelajar Pada Waktu Rehat
 STAR (Kerajaan) VS SM Sains Banting (Pembangkang)
Margin : 2.67
Juri : 3-0
Pembahas Terbaik : Adib Farazi Mad Rasul (STAR)
Pemenang : STAR (Kerajaan)

Pusingan Akhir

USUL : Dewan Ini AKan Meneruskan Pemberian Bantuan Persekolahan RM100 Kepada Setiap Pelajar

 SM Sains Tun Syed Sheikh Shahabudin (Kerajaan) VS STAR (Pembangkang)
Margin : 1.67
Juri : 4-3
Pembahas Terbaik : Syafiq Jebat (STAR)
Pemenang : STAR (Pembangkang)



Alhamdulillah, kejayaan berturut-turut untuk KDBM STAR setelah memenangi MUSLEH pada minggu lepas. Terima kasih kepada semua pembahas dan pasukan "reaseher" dan "sparring team" yang turut menyumbang kejayaan ini. Tidak lupa kepada guru kami yang setia, Encik Shahnun bin Abdul Ghani dan para pembahas senior. Majulah KDBM STAR di arena perbahasan sekolah-sekolah Malaysia.



TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

0 comments :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...