Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

9 Jul 2012

S.T.A.R IPOH JUARA DEBAT MUSLEH 2012


Syukur kepada Rabbi, Alhamdulillah. Itu sahajalah ucapan terbaik yang dapat diungkapkan atas kejayaan yang diberikan oleh Allah Subhanahuwataala. Sekali lagi , pasukan bahas Bahasa Melayu membuktikan kemampuan dalam arena bahas sekolah-sekolah Malaysia. Setelah mengukir nama dalam pelbagai pertandingan seperti Piala Perdana Menteri dan Interschool Debating Championship UIAM, kali ini satu lagi Pertandingan Major Debat Sekolah-sekolah telah ditawan.

Semalam, telah berlansung perlawanan akhir " MUSLEH International Student Debating Championship 2012 (MISDC)" di Dewan Besar Universiti Teknologi Malaysia, Kuala Lumpur. Perlawanan akhir ini telah menemukan Sekolah Tuanku Abdul Rahman dan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Al-Irshad, Pulau Pinang. Di peringkat separuh akhir STAR berjaya mengalahkan Sekolah Menengah Agama Islah manakala Al-Irshad mengalahkan The Malay College Kuala Kangsar (MCKK)

Dalam pertandingan akhir ini, STAR bertindak sebagai pembangkang manakala Al-Irshad mewakili Pihak Kerajaan. Usul yang digagaskan ialah "Dewan ini Percaya Kita Matang Berpolitik". STAR diwakili oleh Yang Berhormat Ahmad Aiman bin Asmayatim, Yang Berhormat Muhammad Amirul bin Rosli dan Yang Berhormat Dinie Zhafri bin Zainudin. Setelah kedua-dua pasukan mempamerkan perbahasan yang menarik dan menghiburkan akhirnya juri memutuskan untuk MENOLAK USUL perbahasan. Alhamdulillah, penyertaan pertama dalam MUSLEH ini telahpun membuahkan hasil yang baik. Juara menerima wang tunai RM 1, 500, Piala pusingan, piala iringan dan sijil penyertaan. Dan bertambah manis apabila, Dinie Zhafri bin Zainuddin telah diumumkan sebagai pembahas terbaik perlawanan akhir.

Sekalung tahniah buat semua pembahas yang telah berusaha sedari awal kekalahan kami di separuh akhir IDC 2012, Untuk guru pembimbing kami, Encik Shahnun bin Abdul Ghani, kepada junior bahas yang banyak membantu mencari dan mengumpul maklumat serta bekas-bekas pembahas yang telah pun meninggalkan sekolah; Farid Al Azim, Haziq Janudin, Khalis Mokhtar, Adwa, Siraj Aziz, Qushairi, Faizs, Harinn, Bebet, Azri, Hakim Maiden, Ashraf Ibrahim,  namun masih bersemangat turun memberi sokongan yang padu untuk pasukan sekolah. 


Aksi Yang Berhormat Ketua Pembangkang, Ahmad aiman sewaktu berhujah.


SMKA Al-Irshad memberikan tentangan sengit.


Menerima Piala pusingan setelah diumumkan sebagai pemenang.


Dinie menerima kejutan berganda apabila diumumkan Pembahas Terbaik Keseluruhan dan Pembahas Terbaik Perlawanan Akhir.


Senyuman kepuasan ! Semoga menjadi inspirasi untuk adik-adik junior untuk meneruskan legasi kecemerlangan Keluarga Debat Bahasa Melayu STAR, Ipoh.



TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

3 comments :

Harmoni2008 said...

Tahniah dari saya. Sebagai Old boy (1973-1977), saya turut berbangga. Saya turut berada di atas pentas menyaksikan kemenangan anda. Teruskan kecemerlangan!!

Debat SDAR said...

tahniah kepada KDBM STAR kerana menjuarai Debat Musleh dan Koperasi Sri Serdang.drpd Kelab Seni Orator SDAR.

Debat SDAR said...

tahniah kepada KDBM STAR kerana menjuarai Debat Musleh dan Debat Koperasi Sri Serdang.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...