Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

3 Mar 2010

INTERNATIONAL INSPIRATION SCHOOL PARTNERSHIP


Saya bersama Mr N. Beischer Bed; Pengetua WR


Qusyairi bersama Mr N. Beischer Bed; Pengetua WR


Amalan orang Barat yang wajar dicontohi; peramah

Pada 2 -3 Mac yang lepas, Kementerian Pelajaran Malaysia dengan kerjasama British Council telah mengadakan satu program yang dinamakan; "Sport Project: International Inspiration School Partnership". Program ini bertujuan untuk menjalinkan hubungan dua hala antara dua buah negara iaitu Malaysia dan United Kingdom dalam bidang sukan dan bertukar pendapat mengenai topik sukan dan kaitannya dalam membentuk personaliti pelajar.

Alhamdulillah, STAR telah terpilih dalam program ini dan merupakan satu-satunya sekolah berasrama penuh yang dipilih. Seramai 10 delegasi Britain datang ke Perak dan mereka hadir dari 5 buah sekolah elit Manchester. Sebagai contoh, STAR telah menjalinkan hubungan dua hala dengan Wright Robinson Sports College, Manchester, yang merupakan sebuah sekolah termahal dari aspek kos yurannya di Eropah. Antara program yang dijalankan di STAR adalah program latihan-latihan sukan tertentu dan P&P turut terlibat sebagai salah satu program dalam jadual lawatan wakil-wakil sekolah tersebut.

Sebenarnya, bukan perkara itu sahaja yang ingin saya sampaikan. Perkara ini ada juga kaitannya dengan pendebat. Sebagai contoh, pada hari Isnin yang lepas, para pendebat sekolah telah terpilih untuk menyambut ketibaan para delegasi. Perkara ini memang mencabar pendebat-pendebat Bahasa Melayu kerana selama ini petahnya bicara kami hanya dalam bahasa ibunda. Hari tersebut membuatkan saya, Azri dan Qusyairi sedikit gementar untuk berucap dalam Bahasa Inggeris. Namun, dengan ilmu yang diajar oleh guru kepada kami membuatkan kami berjaya melawan perasaan tersebut dan dapat berkomunikasi dengan baik.

Justeru, nasihat yang ingin saya sampaikan kepada adik-adik Keluarga Bahas, mahupun pembaca-pembaca di luar sana, mantapkanlah diri dengan menguasai Bahasa Antarabangsa kerana kita hidup dalam dunia yang sudah terbuka dan memerlukan kita untuk berfikir di luar kotak pemikiran masing-masing. Sekian sahaja dari saya. Terima kasih.

-hexa haziq-

TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

1 comments :

AL said...

very good program.
yup btol tu paman..polish ur english.it's very important

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...