Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

10 Mar 2010

MENJELANG HKSBP 2010



Salam buat semua. Kali ini saya ingin menceritakan tentang debaran yang dialami pasukan menjelang HKSBP esok. Malam ini, pasukan utama berehat sambil melakukan muhasabah diri atas prestasi yang ditunjukkan sebelum hari esok bermula. Adik-adik pula mula sibuk mengemas bahan diketuai Qusyai yang juga ahli pasukan utama.

Prestasi yang kami tunjukkan pada awalnya tidaklah begitu memberansangkan keran wujud faktor 'berkarat' dalam diri masing-masing. Pada awalnya, sedikit rasa gusar timbul di benak hati masing-masing yang menyebabkan prestasi semakin meningkat dek teguran yang diberikan oleh Umi, Cg Shahnun, para Oldboys mahupun juniors yang amat mengambil berat tentang kami. Jutaan terima kasih kami berikan kepada mereka atas dasar ambil pusing yang diamalkan masing-masing.


Sejak semalam, kami mula mempamer persembahan terbaik selepas 'dibasuh' oleh Umi dan Cg Shahnun. Alhamdulillah, perkara tersebut dapat diimplementasikan sekali lagi pada petang tadi apabila kami berdebat dengan disaksikan oleh Umi dan Cikgu Shahnun. Insya-Allah, latihan akan bermula kembali pada esok hari pada waktu pagi kerana keputusan SPM yang akan diumumkan esok membuatkan segelintir guru yang pernah mengajar calon SPM tahun ingin mengetahui kejutan yang akan diumumkan di STAR. Ini merupakan kali pertama keputusan SPM Perak diumumkan di sini. Tambahan pula, Siraj dan Abdul Hakim akan mengambil keputusan juga. Dapat jugalah kami menjalankan latihan pada waktu pagi kerana sebelum ini tidak pernah pula kami jalankan latihan pada waktu tersebut, mematuhi tugas seorang pelajar untuk belajar di kelas.

Sekalung apresiasi sekali lagi buat semua yang terlibat lebih-lebih lagi Umi, Cg Shahnun, ahli-ahli Keluarga Debat Bahasa Melayu Sekolah Tuanku Abdul Rahman, guru-guru dan pelajar-pelajar STAR yang tidak henti-henti mengungkapkan "Semoga Berjaya!" pada penyertaan kami kali ini. Sekian sahaja dari kami. Terima kasih.





TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

3 comments :

IMANSHAH said...

huhu basuh guna apa yeop??

Haziq Janudin said...

'berus sabut'... haha

adlin AWESOME! said...

wow!korang ni mmg cakap pekat bm ke?suasana kat skola menengah biase ngan skola asrama lain ek?bdk pepandai, ckp pon pepandai.owh..maaf saya adlin dr skola smk usj 13.kenal si azri tu..tetiba jumpe korang2 kt dlm majalah.maklomla da famous..tu yg tetiba muncul kt sini.
eh,lupe2.. assalamualaikom
sbenanye, susah nk dpt laki2 bgune kat skolah biase.So,nanti klau ade ape2 cite lg..ape2 cite je.. hantala kat saye.saje nk tgk character korang kat asrama.nnt boleh tlg naikkan imej lelaki skola kat USJ ni.

adlin_depp@hotmail.com
(myspace,facebook)
azri:
ape kabo?
nk kirim salam faiz?mikail?
ingat lagi?
wah da brubah gitu..tgk muke kau kat majalah e@siswa m/s 15
haha.. macho2

ape2 pon teruskn perjuangan hidop atas nama tuhan,
sori tulis pepanjang
assalamualaikum semue.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...