Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

17 Feb 2010

Hak Asasi Manusia : Undang-undang Malaysia Sudah Mencukupi

Benar atau retorik semata-mata?

Siti Hajar yang didera


Tajuk yang saudara Farid beri minggu lepas saya jadikan sebagai perkongsian kali ini. Usul ini boleh dimainkan dengan lambakan fakta, momokan, sentimen dan pertanyaan yang menjerat kerana usul ini adalah usul berfakta, yang mana siapa paling banyak membaca, dialah pemenangnya. Baiklah, kita mulakan perbincangan kita dan diharapkan respon yang menyentuh sensitiviti dapat dielakkan.

Pada lazimnya, hak asasi manusia adalah berdasarkan kepada perisytiharan yang dibuat oleh Perhimpunan Agung Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu(UN) pada 10 Disember 1948. Perisytiharan ini yang dikenali sebagai Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat(UDHR) telah membahagikan hak asasi manusia kepada empat kebebasan utama iaitu:
  1. Kebebasan daripada ketakutan
  2. Kebebasan daripada kemahuan
  3. Kebebasan bersuara
  4. Kebebasan kepercayaan.

Ia menyenaraikan pelbagai hak asasi manusia, daripada hak sivil dan politik sehinggalah hak ekonomi, sosial dan kebudayaan. Hak sivil dan politik seperti yang termaktub dalam UDHR ialah:

  • Perkara 5 - Kebebasan daripada seksaan atau layanan atau hukuman yang zalim, tidak berperikemanusiaan atau menghinakan;
  • Perkara 9 - Kebebasan daripada dikenakan tangkapan, tahanan atau pembuangan negeri secara sewenang-wenangnya.
  • Perkara 13 - Kebebasan untuk bergerak;
  • Perkara 20 - Hak untuk berhimpun secara aman dan menubuhkan persatuan; dan
  • Perkara 21 - Hak untuk mengambil bahagian dalam kerajaan negaranya, secara langsung atau melalui wakil-wakil yang dipilih dengan bebas.

Hak ekonomi, sosial dan kebudayaan seperti yang termaktub dalam UDHR ialah:

  • Perkara 16 - Hak untuk kehidupan berkeluarga;
  • Perkara 23 - Hak untuk keadaan-keadaan pekerjaan yang adil dan berfaedah;
  • Perkara 25 - Hak untuk suatu taraf hidup yang memadai bagi kesihatan dan kebajikan diri dan keluarganya, termasuklah makanan, pakaian, perumahan dan pengawasan perubatan;
  • Perkara 26 - Hak untuk pelajaran; dan
  • Perkara 27 - Hak untuk secara bebas mengambil bahagian dalam kegiatan kebudayaan masyarakatnya, menikmati kesenian dan sama-sama merasai kemajuan sains dan faedah-faedahnya.

Hak kemanusiaan merujuk kepada hak yang dimiliki oleh semua insan. Konsep Hak kemanusiaan adalah berdasarkan andaian bahasa semua insan memiliki satu bentuk hak yang sama, sebagaimana mereka memiliki indentiti insan, yang tidak dipengarahui oleh faktor tempatan, perkauman dan kewarganegaraan.

Pada dasarnya, Hak kemanusiaan boleh difahamkan dari dua segi, yakni dari segi perundangan dan juga dari segi moral. Dari segi perundangan, Hak kemanusian merupakan satu bentuk hak yang dinikmati oleh seorang warganegara seperti apa yang telah termaktub dalam undang-undang negara berkenaan. Contohnya,dalam perlembagaan terdapat penerangan mengenai hak kemanusiaan yang terlindung di bawah perlembagaan. Percabulan hak kemanusiaan yang berkenaan, mungkin akan membawa kepada tindakan undang-undang yang sewajarnya. Penakrifan hak kemanusiaan dari segi undang-undang adalah berbeza dari satu negara ke satu negara yang lain.

Dari satu segi moral, Hak Kemanusiaan merupakan satu tanggapan moral yang didukung oleh anggota masyarakat. Sehubungan dengan perkara ini, anggota masyarakat akan mengakui wujudnya hak tertentu yang harus dinikmati oleh setiap individu, yang dianggap sebagai "sebahagian daripada sifatnya sebagai manusia", walaupun ia mungkin tidak termaktub dalam undang-undang. Maka anggota-anggota masyarakat berkenaan akan cuba megelakkan diri daripada mencabuli hak masing-masing dengan penuh perasaan moral.

Kewujudan, keabsahan dan isi kandungan Hak kemanusiaan telah menjadi isu pendebatan dalam bidang falsafah dan sains politik. Dari segi perundangan, Hak kemanusiaan telah termaktub dan diberi takrifan dalam undang-undang antarabangsa, dan juga dalam undang-undang bagi sesetengah negara. Walaupun begitu, cara penakrifan dan pelakasaan hak kemanusiaan masih memperlihatkan kepelbagaian.

Pada tahun 1948,resolusi Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat telah diterima oleh Perhimpunan Agung Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu. Dengan tidak mengenakan kuatkuasa undang-undang, ia mendesak negara anggotanya supaya menegakkan sejumlah hak kemanusiaan, termasuklah hak sivil, hak ekonomi dan hak sosial. Resolusi ini juga menekankan bahawa hak berkenaan merupakan teras untuk mewujudkan "kebebasan,keadilan dan keamanan di Dunia".

Perisytiharan ini menyarankan supaya kelakuan kerajaan terhadap rakyat seharusnya disempadankan bersamping tanggugjawab kerajaan terhadap rakyat diperjelaskan.

Usaha untuk mewujudkan kuatkuasa undang-undang berkaitan dengan piagam ini,telah menimbulkan pendebatan antarabangsa mengenai apakah hak kemanusian yang harus diabsahkan. Tetapi pada akhirnya, 2 perjanjian antarabangsa telah diadakan. Yakni:

  • International Covenant on Civil and Political Rights (terbuka untuk ditandatagani sejak 1966, dikuatkuasakan pada 23 Mac 23, 1976)
  • International Covenant on Economic, Social and Cultural Rights (terbuka untuk ditandatangani sejak 1966, dikuatkuasakan pada 3 Januari, 1976)

Bagi negara yang telah menandatangai perjanjian ini, mereka mempunyai tanggungjawab untuk menegakkan hak kemanusian yang disenarikan dalam perjanjian yang berkenaan.

Tetapi, sejauh manakah pertikaian mengenai hak asasi manusia dilaungkan di Malaysia dan adakah kita tidak mampu menangani masalah tersebut dengan undang-undang yang sedia ada?

ISA merupakan satu isu yang banyak dibangkitkan sesetengah pihak untuk menyatakan kerajaan di bawah tampuk pimpinan Barisan Nasional tidak ada kompromi dalam menyelesaikan sesuatu masalah yang berkaitan dengan kepentingan kerajaan. Disebabkan sifat ISA yang kononnya tidak berperikemanusiaan, beberapa pertubuhan hak asasi manusia dan parti pembangkang telah mengritik akta ini dan memanggil pemansuhannya. Kerajaan asing, terutama barat, juga telah menekan kerajaan untuk memansuhkan akta ini.

Berikut merupakan undang-undang penguatkuasaan ISA:

  • Section 73(1) Internal Security Act 1960: "Any police officer may without warrant arrest and detain pending enquiries any person in respect of whom he has reason to believe that there are grounds which would justify his detention under section 8; and that he has acted or is about to act or is likely to act in any manner prejudicial to the security of Malaysia or any part thereof or to maintenance of essential services therein or to the economic life thereof."
  • Sect 8. Power to order detention or restriction of persons. "(i) If the Minister is satisfied that the detention of any person is necessary with a view to preventing him from acting in any manner prejudicial to the security of Malaysia or any part thereof or to the maintenance of essential services therein or the economic life thereof, he may make an order (hereinafter referred to as a detention order) directing that that person be detained for any period not exceeding two years."

Di dalam negara contohnya, beberapa parti politik pembangkang termasuk Parti Islam Se-Malaysia [PAS], Parti Tindakan Demokratik (DAP) dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) telah menyatakan bantahan mereka terhadap ISA. Ramai diantara pemimpin dan ahli terkenal mereka yang telah ditahan di bawah ISA termasuk Lim Kit Siang, Karpal Singh dan Lim Guan Eng dari DAP dan Anwar Ibrahim dari PKR.

Namun Akta ini juga pernah dikritik oleh beberapa ahli politik gabungan Barisan Nasional, termasuk parti komponen terbesarnya, Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) yang telah memerintah Malaysia semenjak kemerdekaannya juga telah mengritik ISA. Perdana Menteri Malaysia kelima, Pak Lah, telah menyatakan pada tahun 1988 "Jika kita semua hendak menyelamatkan Malaysia dan UMNO, Dr M (Perdana Menteri ketika itu) mesti diguling. Dia menggunakan undang-undang kejam seperti Akta Keselamatan Dalam Negeri untuk mendiamkan pengkritiknya." Tahun sebelumnnya, dia juga telah menyatakan "Undang-undang seperti ISA tidak punyai tempat di Malaysia moden. Ia merupakan perundangan tidak berperikemanusiaan dan jahat." Pada tahun 2003 apabila beliau menjadi Perdana Menteri pula, beliau mengatakan bahawa ISA adalah "undang-undang yang perlu," dan mengemukakan argumentasi "Kami tidak pernah menyalahgunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri. Kesemua mereka yang ditahan dibawahnya terbukti mengancam masyarakat secara umum." Salah seorang daripada pembidas akta yang dikenali sebagai "keganasan putih" (white terror) ini ialah Datuk Zaid Ibrahim yang merupakan bekas pelajar dan pendebat STAR satu ketika dulu.

Di luar negara pula
, kerajaan Amerika Syarikat contohnya pernah mengritik kerajaan Malaysia kerana menggunakan ISA beberapa kali, paling terkini pada tahun 2001 apabila Presiden Bush mengatakan bahawa "Akta Keselamatan Dalam Negeri adalah undang-undang jahat. Tidak wajar ada lagi negara yang punyai undang-undang yang membenarkan penahanan tanpa perbicaraan." Pada 2004 pula, Bush berpaling dan berkata "Kami tidak seharusnya sewenang-wenangnya mengklasifikasi Akta Keselamatan Dalam Negeri Malaysia sebagai undang-undang kejam.", dan ini amat mungkin berpunca daripada peristiwa 11 September dan penggubalan Akta Patriot selepasnya.

Perkara berkaitan pekerjaan pula, tindakan segelintir majikan yang menggaji amah asing tetapi tidak memberikan layanan yang sepatutnya seperti tidak boleh tidur, penderaan dan sebagainya melambakkan lagi rasa sangsi PBB terhadap Malaysia, yang mana melaung-laungkan UDHR, tetapi dalam pada masa yang sama gagal membantu Palestin. Kita akui, nilai-nilai murni yang ada pada sesetengah majikan tidak dapat kita kawal. Siti Hajar contohnya, merupakan pembantu rumah warganegara Indonesia yang diseksa oleh majikannya di Malaysia pada hari Isnin, 8 Jun 2009. Siti Hajar bekerja di kondominium di Bukit Kiara. Mangsa yang beragama Islam mendakwa dia diberi makan nasi berlaukkan daging babi sejak hampir tiga tahun bekerja dengan majikannya itu. Lebih malang, mangsa bukan sahaja dipukul dengan benda keras termasuk kayu, malah majikannya yang kini ditahan polis menjirus air panas di anggota badannya sehingga melecur.

Saya hanya membangkitkan dua perkara.Justeru, adakah undang-undang di Malaysia sudah mencukupi? Fikir-fikirkan...

-hexa haziq-


TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

3 comments :

rosmanrazif said...

kalau ada peluang, jumpa lagi tahun nih....

KDBM STAR IPOH said...

insyaALLAH-haziq...

Anonymous said...

Hello. And Bye.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...