Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

6 Jun 2013

SELANGKAH MEMISAHKAN KITA KE FINAL.. HKSBP 2013

HKSBP 2013 kali ke-40 telah diadakan di Sekolah Menengah Sains Selangor (SMSS) pada 24 - 28 Mei 2013. STAR, yang diharapkan membawa sekali lagi legasi kecemerlangan ke pentas finale Bahas Bahasa Melayu terpaksa akur apabila tersingkir di peringkat separuh akhir. Walaupun telah mencuba sedaya upaya, namun STAR terpaksa akur bahawa penantian ke pentas final perlu ditunggu setahun lagi. Berikut merupakan keputusan pertandingan melibatkan STAR.

1) Pusingan Awal perlawanan pertama

USUL : Pertambahan Aris Muda Merancakkan Hiburan Tanah Air

SM Sains Tuanku Syed putra (Kerajaan) vs Pembangkang (STAR)

Usul ditolak, pemenang STAR

Pembahas Terbaik : Dinie Zhafri Zainudin (STAR)


2) Pusingan Awal perlawanan ke-dua

USUL : Bahasa Melayu Penyatu Bangsa Malaysia

SM Sains Sultan Iskandar (Kerajaan) vs Pembangkang (STAR)

Usul ditolak, pemenang STAR

Pembahas Terbaik : Dinie Zhafri Zainudin (STAR)


3) Pusingan Awal perlawanan ke-tiga

USUL : Sekolah Sukan Wajar Ditambah

STAR (Kerajaan) VS SM Sains Johor (pembangkang)

Usul diterima, pemenang STAR

Pembahas Terbaik : Dinie Zhafri Zainudin (STAR)


4) Pusingan ke dua (kalah mati)

USUL : Media baharu Mengeratkan Perpaduan Kaum

Kolej Tunku Kurshiah (Kerajaan) vs STAR Pembangkang

Usul ditolak, pemenang STAR

Pembahas Terbaik : Dinie Zhafri bin Zainuddin (STAR)


5) Pusingan Suku Akhir 

USUL : Generasi Y Aset Negara

STAR (Kerajaan) vs The Malay College Kuala Kangsar (Pembangkang)

Usul diterima , pemenang STAR

Pembahas Terbaik : Muhammad Syafiq bin Jebat (STAR)


6) Pusingan Separuh Akhir

USUL : Pengiklanan Produk Menggalakkan Gaya Hidup Sihat

SM Sains Alam Shah (Kerajaan) vs STAR (Pembangkang)

Usul diterima, pemenang ASIS

Pembahas Terbaik : Dinie Zhafri bin Zainudin (STAR)


Dinie Zhafri diumumkan sebagai pembahas terbaik HKSBP 2013.


Ketawa bersama,menangis bersama, akhirnya perjuangan HKSBP kalian berakhir di sini. Moga kekalahan ini akan dijadikan dendam dan azimat untuk KDBM STAR bangkit pada 2014 di SESMA, Kuala Terengganu. 









TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

0 comments :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...