Edisi 2013 menyaksikan STAR terpaksa berkongsi bas dengan SERATAS.
Edisi 2013 juga menyaksikan STAR hanya menghantar kontinjen yang kecil ekoran kekalahan pasukan Bola Keranjang All STAR di peringkat zon. STAR mempertaruhkan Bahas Bahasa Melayu dan Bahas Bahasa Inggeris.
Para pembahas BM yang telah meninggalkan sekolah turut hadir membantu pasukan. Antaranya Qusyairi (pembahas terbaik final PPM 2011), Uthman AG dan Amir Syafiq.
Persaingan untuk menentukan pembahas pertama agak sengit kerana ke dua-dua pembahas iaitu Ahmad Aiman dan Syafiq Jebat memiliki kelebihan masing-masing.
Para pembahas sempat dibawa melawat KLCC bagi meredakan sedikit ketegangan sementara menunggu perlawanan pusingan ke-2 keesokan harinya.
Terima kasih atas kehadiran para penyokong STAR yang begitu ramai.
Dinie Zhafri telah diumukan sebagai pembahas terbaik keseluruhan HKSBP 2013.
Youtube cheer oleh para penyokong STAR selepas berjaya menewaskan MCKK di peringkat suku akhir
0 comments :
Post a Comment