Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

18 Aug 2012

SELAMAT HARI RAYA, KDBM

Assalamualaikum,


Benarlah kata orang, masa itu terus berlalu tanpa disedari. Andai dikenang kembali Ramadhan-ramadhan saya sebelum ini bersama KDBM, terasa baru semalam (agak klise ayat ini) saya merasa nikmat berpuasa di bumi alma mater ini.

Benar juga kata orang, Aidil Fitri itu secara literalnya membawa maksud kembali kepada fitrah. Dan sememangnya fitrah seorang insan itu sentiasa melakukan kesilapan. Seiring dengan situasi itu juga, manusia sering ingin dimaafkan.

Benar juga kata orang, lumrah dunia itu yang bertemu pasti berpisah. Kerana dengan perpisahanlah, kenangan yang diukir terasa begitu indah bersama. Beginilah hebatnya aturan Sang Pencipta.


Justeru, mengenangkan Ramadhan terakhir saya di sini, mengenangkan kesilapan saya selaku kapten mahupun hamba Allah yang serba kekurangan, dan mengenangkan perpisahan yang pasti akan berlaku , saya menyusun jemari kerdil ini untuk dimaafkan segala dosa, dihalalkan ilmu yang dicurahkan, dihalalkan makan dan minum. Mohon yang mana terasa , jangan disimpan dalam hati.

Buat Cikgu Shahnun, Umi Noridah dan cikgu-cikgu, hanya balasan daripada Tuhan dapat saya pinta untuk dititipkan buat kalian pada hari mulia ini.

Buat abang-abang senior KDBM, mohon halal segala ilmu dan mohon ampun segala kesilapan yang lalu.

Buat rakan-rakan seperjuangan KDBM, harap Ramadhan ini eratkan lagi ukhwah yang terjalin sekian lama.

Buat adik-adik KDBM, lumrah seorang senior, biasalah. Andai ada yang terasa, maafkanlah, tiada niat untuk menyakiti, hanya sekadar untuk bermesra (baca : bergurau) dan merapatkan jurang usia.


Nikmat Ramadhan bulan mulia, syukur Syawal diukir kepada-Nya.

Selamat Hari Raya. Taqabbalallahu minna waminkum. Semoga diterima segala amalan.


Salam sayang,
Kapten KDBM 2012
Uthman AG
29 Ramadhan





TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...