23 Feb 2010
Cabaran Semakin Dekat
17 Feb 2010
Hak Asasi Manusia : Undang-undang Malaysia Sudah Mencukupi
Tajuk yang saudara Farid beri minggu lepas saya jadikan sebagai perkongsian kali ini. Usul ini boleh dimainkan dengan lambakan fakta, momokan, sentimen dan pertanyaan yang menjerat kerana usul ini adalah usul berfakta, yang mana siapa paling banyak membaca, dialah pemenangnya. Baiklah, kita mulakan perbincangan kita dan diharapkan respon yang menyentuh sensitiviti dapat dielakkan.
Pada lazimnya, hak asasi manusia adalah berdasarkan kepada perisytiharan yang dibuat oleh Perhimpunan Agung Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu(UN) pada 10 Disember 1948. Perisytiharan ini yang dikenali sebagai Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat(UDHR) telah membahagikan hak asasi manusia kepada empat kebebasan utama iaitu:
- Kebebasan daripada ketakutan
- Kebebasan daripada kemahuan
- Kebebasan bersuara
- Kebebasan kepercayaan.
Ia menyenaraikan pelbagai hak asasi manusia, daripada hak sivil dan politik sehinggalah hak ekonomi, sosial dan kebudayaan. Hak sivil dan politik seperti yang termaktub dalam UDHR ialah:
- Perkara 5 - Kebebasan daripada seksaan atau layanan atau hukuman yang zalim, tidak berperikemanusiaan atau menghinakan;
- Perkara 9 - Kebebasan daripada dikenakan tangkapan, tahanan atau pembuangan negeri secara sewenang-wenangnya.
- Perkara 13 - Kebebasan untuk bergerak;
- Perkara 20 - Hak untuk berhimpun secara aman dan menubuhkan persatuan; dan
- Perkara 21 - Hak untuk mengambil bahagian dalam kerajaan negaranya, secara langsung atau melalui wakil-wakil yang dipilih dengan bebas.
Hak ekonomi, sosial dan kebudayaan seperti yang termaktub dalam UDHR ialah:
- Perkara 16 - Hak untuk kehidupan berkeluarga;
- Perkara 23 - Hak untuk keadaan-keadaan pekerjaan yang adil dan berfaedah;
- Perkara 25 - Hak untuk suatu taraf hidup yang memadai bagi kesihatan dan kebajikan diri dan keluarganya, termasuklah makanan, pakaian, perumahan dan pengawasan perubatan;
- Perkara 26 - Hak untuk pelajaran; dan
- Perkara 27 - Hak untuk secara bebas mengambil bahagian dalam kegiatan kebudayaan masyarakatnya, menikmati kesenian dan sama-sama merasai kemajuan sains dan faedah-faedahnya.
Hak kemanusiaan merujuk kepada hak yang dimiliki oleh semua insan. Konsep Hak kemanusiaan adalah berdasarkan andaian bahasa semua insan memiliki satu bentuk hak yang sama, sebagaimana mereka memiliki indentiti insan, yang tidak dipengarahui oleh faktor tempatan, perkauman dan kewarganegaraan.
Pada dasarnya, Hak kemanusiaan boleh difahamkan dari dua segi, yakni dari segi perundangan dan juga dari segi moral. Dari segi perundangan, Hak kemanusian merupakan satu bentuk hak yang dinikmati oleh seorang warganegara seperti apa yang telah termaktub dalam undang-undang negara berkenaan. Contohnya,dalam perlembagaan terdapat penerangan mengenai hak kemanusiaan yang terlindung di bawah perlembagaan. Percabulan hak kemanusiaan yang berkenaan, mungkin akan membawa kepada tindakan undang-undang yang sewajarnya. Penakrifan hak kemanusiaan dari segi undang-undang adalah berbeza dari satu negara ke satu negara yang lain.
Dari satu segi moral, Hak Kemanusiaan merupakan satu tanggapan moral yang didukung oleh anggota masyarakat. Sehubungan dengan perkara ini, anggota masyarakat akan mengakui wujudnya hak tertentu yang harus dinikmati oleh setiap individu, yang dianggap sebagai "sebahagian daripada sifatnya sebagai manusia", walaupun ia mungkin tidak termaktub dalam undang-undang. Maka anggota-anggota masyarakat berkenaan akan cuba megelakkan diri daripada mencabuli hak masing-masing dengan penuh perasaan moral.
Kewujudan, keabsahan dan isi kandungan Hak kemanusiaan telah menjadi isu pendebatan dalam bidang falsafah dan sains politik. Dari segi perundangan, Hak kemanusiaan telah termaktub dan diberi takrifan dalam undang-undang antarabangsa, dan juga dalam undang-undang bagi sesetengah negara. Walaupun begitu, cara penakrifan dan pelakasaan hak kemanusiaan masih memperlihatkan kepelbagaian.
Pada tahun 1948,resolusi Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat telah diterima oleh Perhimpunan Agung Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu. Dengan tidak mengenakan kuatkuasa undang-undang, ia mendesak negara anggotanya supaya menegakkan sejumlah hak kemanusiaan, termasuklah hak sivil, hak ekonomi dan hak sosial. Resolusi ini juga menekankan bahawa hak berkenaan merupakan teras untuk mewujudkan "kebebasan,keadilan dan keamanan di Dunia".
Perisytiharan ini menyarankan supaya kelakuan kerajaan terhadap rakyat seharusnya disempadankan bersamping tanggugjawab kerajaan terhadap rakyat diperjelaskan.
Usaha untuk mewujudkan kuatkuasa undang-undang berkaitan dengan piagam ini,telah menimbulkan pendebatan antarabangsa mengenai apakah hak kemanusian yang harus diabsahkan. Tetapi pada akhirnya, 2 perjanjian antarabangsa telah diadakan. Yakni:
- International Covenant on Civil and Political Rights (terbuka untuk ditandatagani sejak 1966, dikuatkuasakan pada 23 Mac 23, 1976)
- International Covenant on Economic, Social and Cultural Rights (terbuka untuk ditandatangani sejak 1966, dikuatkuasakan pada 3 Januari, 1976)
Bagi negara yang telah menandatangai perjanjian ini, mereka mempunyai tanggungjawab untuk menegakkan hak kemanusian yang disenarikan dalam perjanjian yang berkenaan.
Tetapi, sejauh manakah pertikaian mengenai hak asasi manusia dilaungkan di Malaysia dan adakah kita tidak mampu menangani masalah tersebut dengan undang-undang yang sedia ada?
ISA merupakan satu isu yang banyak dibangkitkan sesetengah pihak untuk menyatakan kerajaan di bawah tampuk pimpinan Barisan Nasional tidak ada kompromi dalam menyelesaikan sesuatu masalah yang berkaitan dengan kepentingan kerajaan. Disebabkan sifat ISA yang kononnya tidak berperikemanusiaan, beberapa pertubuhan hak asasi manusia dan parti pembangkang telah mengritik akta ini dan memanggil pemansuhannya. Kerajaan asing, terutama barat, juga telah menekan kerajaan untuk memansuhkan akta ini.
Berikut merupakan undang-undang penguatkuasaan ISA:
- Section 73(1) Internal Security Act 1960: "Any police officer may without warrant arrest and detain pending enquiries any person in respect of whom he has reason to believe that there are grounds which would justify his detention under section 8; and that he has acted or is about to act or is likely to act in any manner prejudicial to the security of Malaysia or any part thereof or to maintenance of essential services therein or to the economic life thereof."
- Sect 8. Power to order detention or restriction of persons. "(i) If the Minister is satisfied that the detention of any person is necessary with a view to preventing him from acting in any manner prejudicial to the security of Malaysia or any part thereof or to the maintenance of essential services therein or the economic life thereof, he may make an order (hereinafter referred to as a detention order) directing that that person be detained for any period not exceeding two years."
Di dalam negara contohnya, beberapa parti politik pembangkang termasuk Parti Islam Se-Malaysia [PAS], Parti Tindakan Demokratik (DAP) dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) telah menyatakan bantahan mereka terhadap ISA. Ramai diantara pemimpin dan ahli terkenal mereka yang telah ditahan di bawah ISA termasuk Lim Kit Siang, Karpal Singh dan Lim Guan Eng dari DAP dan Anwar Ibrahim dari PKR.
Namun Akta ini juga pernah dikritik oleh beberapa ahli politik gabungan Barisan Nasional, termasuk parti komponen terbesarnya, Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) yang telah memerintah Malaysia semenjak kemerdekaannya juga telah mengritik ISA. Perdana Menteri Malaysia kelima, Pak Lah, telah menyatakan pada tahun 1988 "Jika kita semua hendak menyelamatkan Malaysia dan UMNO, Dr M (Perdana Menteri ketika itu) mesti diguling. Dia menggunakan undang-undang kejam seperti Akta Keselamatan Dalam Negeri untuk mendiamkan pengkritiknya." Tahun sebelumnnya, dia juga telah menyatakan "Undang-undang seperti ISA tidak punyai tempat di Malaysia moden. Ia merupakan perundangan tidak berperikemanusiaan dan jahat." Pada tahun 2003 apabila beliau menjadi Perdana Menteri pula, beliau mengatakan bahawa ISA adalah "undang-undang yang perlu," dan mengemukakan argumentasi "Kami tidak pernah menyalahgunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri. Kesemua mereka yang ditahan dibawahnya terbukti mengancam masyarakat secara umum." Salah seorang daripada pembidas akta yang dikenali sebagai "keganasan putih" (white terror) ini ialah Datuk Zaid Ibrahim yang merupakan bekas pelajar dan pendebat STAR satu ketika dulu.Di luar negara pula, kerajaan Amerika Syarikat contohnya pernah mengritik kerajaan Malaysia kerana menggunakan ISA beberapa kali, paling terkini pada tahun 2001 apabila Presiden Bush mengatakan bahawa "Akta Keselamatan Dalam Negeri adalah undang-undang jahat. Tidak wajar ada lagi negara yang punyai undang-undang yang membenarkan penahanan tanpa perbicaraan." Pada 2004 pula, Bush berpaling dan berkata "Kami tidak seharusnya sewenang-wenangnya mengklasifikasi Akta Keselamatan Dalam Negeri Malaysia sebagai undang-undang kejam.", dan ini amat mungkin berpunca daripada peristiwa 11 September dan penggubalan Akta Patriot selepasnya.
Perkara berkaitan pekerjaan pula, tindakan segelintir majikan yang menggaji amah asing tetapi tidak memberikan layanan yang sepatutnya seperti tidak boleh tidur, penderaan dan sebagainya melambakkan lagi rasa sangsi PBB terhadap Malaysia, yang mana melaung-laungkan UDHR, tetapi dalam pada masa yang sama gagal membantu Palestin. Kita akui, nilai-nilai murni yang ada pada sesetengah majikan tidak dapat kita kawal. Siti Hajar contohnya, merupakan pembantu rumah warganegara Indonesia yang diseksa oleh majikannya di Malaysia pada hari Isnin, 8 Jun 2009. Siti Hajar bekerja di kondominium di Bukit Kiara. Mangsa yang beragama Islam mendakwa dia diberi makan nasi berlaukkan daging babi sejak hampir tiga tahun bekerja dengan majikannya itu. Lebih malang, mangsa bukan sahaja dipukul dengan benda keras termasuk kayu, malah majikannya yang kini ditahan polis menjirus air panas di anggota badannya sehingga melecur.
Saya hanya membangkitkan dua perkara.Justeru, adakah undang-undang di Malaysia sudah mencukupi? Fikir-fikirkan...
-hexa haziq-
13 Feb 2010
Misteri etnik: siapa yang peduli????
ASSALAMUULAIKUM DAN SELAMAT TAHUN BARU CINA SAYA UCAPKAN, PERTAMA SEKALI MUNGKIN ADA YANG SANGSI MENGAPA SAYA BERBICARA TENTANG SESUATU YANG KITA SEMUA TIDAK PERNAH FIKIRKAN.....SENGAJA SAYA INGIN MEMBERI RENUNGAN BUAT SEMUA TENTANG BETAPA PENTINGNYA HIDUP KITA ORANG BANDAR UNTUK MENGHARGAI KAUM YANG DITELAN ARUS MODENISASI....MAKA RENUNG-RENUNGKANLAH BINGKISAN CERITERA INI...
Penjaga tasikEtnik Berawan sudah menguasai Loagan Bunut sejak 300 tahun lalu
Taman Negara Loagan Bunut, kira-kira 120 kilometer dari bandaraya Miri, Sarawak, aktiviti harian di sekitar tasik semula jadi terbesar di Sarawak itu hanya dilakukan satu kaum pribumi iaitu Berawan.
Ia menimbulkan persoalan kenapa wujudnya dominasi, sedangkan tasik seluas 650 hektar persegi di hutan rizab utara Sarawak sebenarnya lebih daripada cukup bagi menampung ribuan penduduk sekitarnya untuk menangkap ikan atau aktiviti lain termasuk pelancongan.
Itulah sebenarnya keistimewaan kaum Berawan, yang menetap di situ sejak lebih 300 tahun dulu dan merekalah yang menamakan tasik itu sebagai Loagan Bunut bermaksud ‘tasik’ serta ‘bekal makanan’.
Mereka mewarisi tradisi kemahiran hidup di tepi sungai, menangkap ikan menggunakan kaedah tradisional termasuk yang paling popular ialah teknik ‘selambau’. Selambau melambangkan identiti suku Berawan dan digunakan ketika air surut kerana tasik serta anak sungai sekitarnya termasuk Sungai Teru kerap kering sepanjang musim kemarau antara Jun hingga Ogos setiap tahun.
Memang caranya unik tetapi cukup berkesan apabila digunakan. Selambau dibina menggunakan tiga batang kayu besar dianggarkan sepanjang tiga meter yang diikat membentuk segi tiga. Bahagian depan segi tiga itu akan dipasang jaring dan berfungsi seperti kapal korek dengan cara membenam jaring ke dalam air selama 10 minit sebelum menarik bahagian hujung segi tiga untuk mengangkat jaring.
Ikan yang masuk ke dalam jaring itu akan terperangkap, dikutip dan dikumpul di dalam karungan (kurungan) berbentuk empat segi diperbuat daripada buluh dan papan. Hasil tangkapan akan dibiarkan hidup di dalam karungan selama beberapa hari sebelum dijual.
Menariknya, setiap selambau dibina di atas rumah rakit yang turut menempatkan rumah rehat nelayan. Setiap kali musim menangkap ikan, lelaki Berawan akan tinggal di situ selama beberapa hari untuk menangkap ikan sehinggalah penuh satu karungan.
Rumah rehat kecil itu mempunyai ruang dapur dan tempat tidur, cukup untuk memuatkan tiga lelaki dewasa pada satu masa. Tasik itu diakui memang kaya dengan pelbagai jenis ikan air tawar yang setakat ini disahkan mempunyai 21 spesies termasuk ikan paling popular iaitu Biawan (Helostoma Temminckii) yang menjadi makanan harian mereka.
Disebabkan Berawan adalah masyarakat pribumi yang sudah lama menetap di sekitar tasik, mereka diberi hak untuk menangkap ikan, memburu dan mengambil hasil hutan di dalam kawasan taman negara tetapi untuk kegunaan sendiri.
Dalam erti kata lain, mereka adalah ‘penjaga’ Loagan Bunut yang akan kekal selamanya dan itu diakui Ketua Rumah Panjang Long Bunut, Meran Surang, 67, dan Ketua Rumah Panjang Long Teru, Kajan Sigeh, 70.
Menyingkap keistimewaan kaum Berawan yang diberi hak eksklusif di Taman Negara, Meran berkata sumber asli di hutan dan tasik di situ adalah nyawa mereka yang tidak boleh dilucutkan. “Kami dibenarkan berburu, membalak tetapi dilarang menebang pokok tua. Hidup di dalam kawasan Taman Negara adalah tradisi keturunan kami, tetapi kami tidak menolak pembangunan,” katanya.
Dua penempatan utama kaum Berawan di sekitar tasik Loagan Bunut ialah Rumah Panjang Long Bunut dan Rumah Panjang Long Teru di utara dan selatan tasik yang biasanya dihubungkan melalui jalan air dengan jarak sejam perjalanan menggunakan bot meredah tasik. Kini, wujud laluan darat menghubungkan dua kawasan itu menggunakan kenderaan pacuan empat roda tetapi sudah hampir setahun tidak boleh digunakan selepas terputus akibat banjir besar.
Secara fizikalnya, Berawan hampir sama dengan kaum lain, cuma dibezakan melalui pertuturan bahasa ibunda tetapi mereka berbahasa Melayu jika berbual antara suku lain. Sekali imbas, Berawan tidak banyak bezanya dengan Kayan dan Kenyah yang berkulit cerah dan kulit langsat.
Perubahan zaman menyaksikan ramai anak muda Berawan memilih untuk berhijrah, bekerja di luar kawasan dan tidak terlalu bergantung kepada cara hidup tradisi. Bagi yang tinggal di rumah panjang, mereka bergantung kepada pendapatan hasil sumber asli kerana sebahagian besar kaum Berawan hidup sebagai nelayan tasik selain bertani untuk sara hidup dengan menanam padi huma, berkebun sawit serta berburu.
Kaum Berawan juga tinggal di rumah panjang, cuma bezanya rumah mereka tidak digunakan di bahagian tingkat bawah berbanding kaum Kayan yang menggunakan kedua-dua tingkat.
Bahkan, reka bentuk rumah panjang itu juga berubah mengikut arus permodenan, mempunyai anak tangga berlantai papan berbanding cara tradisi menggunakan kayu sebatang yang ditakuk sebagai tempat pemijak.
Asalnya, penempatan awal kaum terletak di Long Bunut ketika zaman pemerintahan kesultanan Melayu Brunei dan era kerajaan British di Sarawak sebelum berpindah ke Long Teru dan sekitarnya. Namun, kebakaran besar pada 12 Disember 1999 memusnahkan Rumah Panjang Long Teru.
Sebahagian daripada mereka kembali semula ke Long Bunut manakala bakinya terus kekal di Long Teru dengan membina penempatan baru di tempat sama.
HKSBP ZON UTARA 2010
1. Hak asasi manusia:Undang2 malaysia sudah mencukupi
5. Akta Perlindungan Maklumat Peribadi Wajar Digubal
Debat Piala Diraja 2009-Universiti Malaya-
Assalamualikum.
Pada hari Jumaat pertandingan bermula.Kami pergi UM naik bas dari subang sampai UM.Perlawanan pertama kami terlepas sebab lama sangat jalan.Perlawanan kedua pula akan dijalankan selapas solat Jumaat.Dengan muka yang tebal,kami pun naiklah bas kat UM dengan percuma.Habis saja solat Jumaat,kami pergilah ke fakulti masing2.BM kat Fakulti Sains,BI kat Fakulti Bahasa.Perlawanan kedua kami tengok UIA lwn UMT dengan usul "Perkhidmatan Penjagaan Kesihatan Di Malaysia Memuaskan".Perlawanan sungguh mengagumkan dengan konsep dan fakta yang sungguh jelas.UIA yang bertindak sebagai pembangkang telah berjaya menewaskan UMT.Perlawanan kedua diadakan sebelah malam.Saya dan Qucai Pergi ke sidang 1(UIA lwn UPM) dan Sabeh dan Amir pula pergi ke sidang perlawanan antara SDAR(swing team) lwn UMP.Usul humor yang sama "Hitam Itu Menawan".UIA bawakan konsep Afrika manakala SDAR bawakan konsep Barack Obama.UIA menang manakala SDAR kalah.Setelah tamat perlawanan,kami mencadang untuk balik.Yang menjadi masalahnya,stesen bas terlalu jauh.Kami mengambil keputusan untuk berjalan kaki untuk menjimatkan duit.Kami tiba di Subang lebih kurang 10.30 malam.Masalah seterusnya,pintu rumah terkunci kerana keluarga saya ke Klang untuk persiapan hari perkahwinan.Nasib baik Pak Ngah saya ada kunci.Masuk2 rumah,semua orang lapar tak makan.Lauk tinggal sedikit,jadi kami ambil keputusan untuk buat nasi goreng.Ingatkan 'Chef Qucai' ni pandai sangat.Tapi bukannya jadi nasi goreng,jadi nasi sos pulak sebab terlalu banyak sos.Dia pun melantaklah sorang2.Yang tak makan,beli burger je.
Hari kedua berjalan seperti biasa.Secara ringkasnya,perlawanan adalah seperti berikut:
Pindaan perlembagaan UMNO adalah penawar
Kerajaan:UTHM
Pembangkang:UITM
Usul Diterima
Bioteknologi Menjana Ekonomi Negara
Kerajaan:UKM
Pembangkang:USM
Usul Ditolak
Bank Bayi Perlu Diwujudkan
Kerajaan:UTHM
Pembangkang:UIA
Usul ditolak
Oleh sebab perlawanan habis awal,saya dan Qucai ingin berehat di rumah sebab duit kami tak banyak.Amir dan Sabeh pergi shopping ke Mid Valley.Untuk hari ketiga saya tidak dapat hadir kerana ada kenduri kahwin di Klang.Dan pasukan yang layak ke pusingan akhir ialah UKM dan UTHM.Dengan usul "Pembinaan Negara Bangsa Lebih Penting" UKM yang bertindak selaku kerajaan berjaya mengalahkan UTHM.Perlawanan agak sengit dan pada awalnya kami sendiri tidak mendapat gambaran awal tentang usul tersebut.Banyak benda yang kami dapat belajar di sana.Kami pun boleh berdikari dan berjalan jauh tiap2 hari.Penat memang penat tapi apabila difikirkan balik,rasa geli hati pulak.Hahaha.Harap2 tahun ini kami boleh pergi lagi dan harap2 semakin ramai warga hexa yang turun padang.Sekian Assalamualikum.
-Hexa Os