Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

14 Nov 2009

PESTA BAHAS 2009


Akhirnya, saya punya kalam untuk menulis setelah kian lama memerah idea. Rasanya, buat masa ini, teks inilah yang terbaru dari kami.

Pesta Bahas Kali ke-5 pada kali ini sangat berbeza daripada tahun-tahun sebelum. Kali ini, Umi Noridah meminta agar peluang diberikan kepada pelajar-pelajar tingkatan 2 untuk menyertainya. Memang tak dinafikan, tugas menganjur sesebuah pertandingan agak sukar dengan tindakan jika dibandingkan dengan merenjiskan air liur.

Usaha untuk perpaduan ditingkatkan pada kali ini. Kalau dahulu, pasukan mewakili rumah sukan, sebaliknya tahun ini kami menggalakkan agar wujud campuran dalam setiap pasukan. Teringin juga nak lihat pelajar T1 bergabung dengan pelajar T2 bagi membentuk seseuah pasukan. Tapi tak kesampaian kerana mungkin jurang senioriti sangat kuat. Tak apalah, janji ada pasukan yang boleh berentap. Jadi, kami berpendapat nama setiap rumah sukan tidak boleh lagi dipapar sebagai nama pasukan. Kami mengambil alternatif dengan meletakkan kesemua 12 pasukan dengan nama ahli-ahli kabinet Malaysia.

Bermulalah pertandingan ini pada 3 November dan dijangka berakhir esok, 15 November. Sebenarnya, jadual waktu bagi pertandingan tidaklah memakan sampai dua minggu. Tetapi disebabkan ada pihak yang lebih memerlukan para peserta, terpaksalah juga dilepaskan mereka buat seketika bagi memberikan peluang Kem Ibadah 2009 dijalankan. Sempatlah juga saya dan rakan-rakan menjadi hantu bagi slot 'Night Walking'. Ada yang pengsan lagi. Dapatlah juga risik-risik para peserta bahas yang terlibat menjadi mangsa 'hantu', ada yang ketakutan, ada juga yang berani melampau. Haha. Lumrah budak baru belajarlah katakan. Tapi, saya dan konco-konco bahas masih tidak lupa akan penganjuran Pesta Bahas. Pagi tadi berlangsung sudah pusingan kali keenam yang menjadi penentu kepada pasukan yang layak ke pusingan kalah mati.

Namun, yang mengecewakan saya adalah, ada segelintir pasukan yang tidak mahu berjuang hingga titisan. Sampaikan terpaksa saya menelefon Abang Daud dan Abang Aiman bagi mendapatkan kepastian tentang pasukan yang tidak mahu berdebat. Kalut juga tadi. Namun, kini semua masalah itu telah dapat diselesaikan dengan mengambil kira kepentingan semua pihak.

Kini, semua pasukan yang berjaya telah membuktikan mereka adalah yang terbaik daripada kesemua 12 pasukan. Memang agak baik prestasi semua peserta, lebih-lebih lagi peserta tingkatan 2 kerana mereka sudah mahir dengan pertandingan serupa yang mereka sertai tahun lepas. Peserta Tingkatan 1 juga tidak ketinggalan. Tidak salah sekiranya saya katakan bahawa ada antara mereka yang lebih hebat dari tingkatan 2. Diharapkan mereka memilih jalan terbaik selepas pertandingan bagi memilih karier masing-masing sepanjang tempoh masa belajar di STAR.

Tajuk-tajuk yang diperjudikan untuk pusingan kalah mati agak mencabar. Berani saya katakan, ada antaranya yang tak pernah saya debatkan. Idea segelintir pembahas universiti menjadi aset penting dalam penghasilan usul. Diharapkan agar semua peserta dapat mencipta satu kejutan yang membolehkan generasi debat STAR pada masa akan datang lebih berkualiti.


Terima kasih kerana membaca.
-paman-

TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

2 comments :

IMANSHAH said...

Saya igin mengucapkan syabas dan terima kasih buat Saudara Haziq Janudin dan rakan-rakan atas penat lelah menganjurkan Pesta Bahas kali Ke-5. Jua buat juri-juri jemputan yang terdiri daripada pembahas Bahasa Melayu dan Inggeris serta semua peserta yang terlibat dalam memeriahkan penganjuran Pesta Bahas kali ke-5.

KDBM STAR IPOH said...

tq juga kepada cikgu shahnun atas bantuan yg diberikan...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...