Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

24 Nov 2009

PESTA BAHAS 2009 (MENANG MARA)

Para hakim; (dari kiri) Azri, Siraj, Saya, dan Ashman

Pasukan Johan Pesta Bahas Kali ke-5 2009; (dari kiri atas) Faizs, Azri, Saya, Qusyairi,(bawah kiri) Faizhan, Ikhwan, Afif dan simpanan


Alhamdulillah, dengan limpah kurnia yang Allah beri, dapatlah juga kami jayakan Pesta Bahas Kali Ke-5, 2009. Pada malam 15 November yang lalu, usul, "Pembangunan Nuklear Wajar Diharamkan" pertemuan antara kumpulan Dato' Anifah Aman sebagai kerajaan dan Dato' Seri Nazri Abdul Aziz yang juga kumpulan kedua tingkatan 2 sebagai pembangkang, usul diterima.


Pada paginya telah dijalankan perlawanan suku akhir. Seperti biasa, teknik melagakan pasukan yang paling kuat dan pasukan paling lemah dijalankan. Agak mengejutkan, kumpulan juara tahun ini sebenarnya telah menyingkir pasukan tingkatan 2 yang berada pada ranking teratas pesta bahas kali ini. Aduh, macam tak percaya, tapi saya, Azri dan Aiman mengadili perlawanan separuh akhir antara pasukan yang mencipta kejutan ini dengan pasukan tempat keempat terbaik dalam ranking. Memang ternyata mereka cukup bagus jika dibandingkan dengan pasukan lawan.


Pada malam itu, saya telah menyediakan 3 usul untuk final yang dipilih oleh AJK kejohanan. Saja kami pilih usul-usul final di UIA, dan semi PPM. Antaranya, "Undang-undang Adalah Jalan Terbaik Dalam Menangani Masalah Kebejatan Moral" dan "Sekolah Satu Aliran Wajar Dilaksanakan". Tapi nasib memilih tajuk separuh akhir PPM tahun lepas.


Nasib baik usul yang dibuka oleh kerajaan agak baik. Sebenarnya cukup bagus. Adik Muhammad Ikhwan sebagai PM telah membuka usul dengan baik sekali. Boleh dihantar ke UIA, insyaALLAH. Tetapi respons yang diberikan pembangkang tidaklah seperti yang diharapkan. Pembangkang cuma bermain-main dengan isu tenaga semata-mata tanpa menafikan kesan nuklear yang dilambakkan kerajaan. Kembali kepada TPM, walaupun beliau punya masalah dari segi sebutan, tetapi cara merespons terhadap izin laluan yang ditujukan kepadanya sangat intelek walaupun tidak berfakta. P2 pula kini dah menjadi bekas pembahas tingkatan 2 cuba memberikan respons tapi kata-katanya berulang-ulang. Ada baiknya jawapan beliau, tapi kalau dah diulang banyak kali, marah juga rasanya. Sampai yang ketiga kerajaan, saya fikir beliau bakal jadi 'blacksheep' dalam pasukan, sebab sebelum ini, yang paling bermasalah dalam pasukan Anifah Aman adalah beliau. Ternyata sangkaan saya dan beberapa hakim yang pernah mengadili mereka meleset apabila beliaulah yang mendapat tepukan paling gemuruh malam itu. Apa yang ditanya dan saya jawab selepas separuh akhir ternyata dia gunakan sebagai panduan semasa final. P3 pula tidak membidas dengan baik kerana cuma berucap selama 1 minit 30 saat. Mungkin kerana posisi speaker nombor 3 menyebabkan perkara tersebut berlaku. Aspek penggulungan pula, pembangkang 2 seperti menggunakan pengalamannya untuk menggulung tetapi kerajaan tidak menggunakan speaker yang betul kerana membiarkan TPM yang menggulung. Tapi TPM ini agak bagus juga, menjawab persoalan pembangkang sedikit sebanyak.


Sewaktu perbincangan, semua hakim menyatakan bahawa kerajaan patut menang kerana pembukaan usul yang sangat intelek. Pendebat-pendebat bahasa Inggeris pula menggambarkan bahawa PM ada masa depan yang sangat cerah dalam bidang perdebatan sekiranya dia bersungguh-sungguh pada masa akan datang.


Keesokannya, Qusyairi melaporkan maklumat kejohanan dan saya mengacarakan penyampaian hadiah. Berikut adalah keputusan yang saya umumkan pada pagi Isnin, 16 November 2009.


PEMBAHAS TERBAIK

  1. Muhammad Ikhwan Mohamed Kamil (T1)
  2. Muhammad Zakwan Fitri Zahari (T2)
  3. Muhammad Fayyaz Mohd Setia (T1)
  4. Ahmad Aiman Asmayatim (T1)
  5. Abu Harriz Abu Haffis (T2)
PESERTA FINAL

Kerajaan

  • Muhammad Ikhwan
  • Muhammad Faizhan
  • Muhammad Afif Azrie
Pembangkang
  • Amirul Shafiq
  • Amer Ikhwan
  • Abu Haffiz
Usul telah diterima dengan juri 7-0 dan pendebat terbaik ada dua, Ikhwan : Faizhan, 6 : 1. Justeru, sebaik pengumuman dilakukan, pada malamnya, sesi latihan telah dijalankan dan peserta2 bahas tingkatan 1 sudah pun bersama-sama menyertainya sebagai pendedahan awal.




Sekian sahaja daripada saya. Terima kasih.


-paman the 3rd-




TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

4 comments :

syahirah said...

well, a good blog. congratz:D

KDBM STAR IPOH said...

tq...
sape eh???
aira ek?

syahirah said...

no lah..selamat hari raya:P

Anonymous said...

Rupanya anak murid saya berasal dari STAR... Saya bangga kerana saya menjadi guru beliau di UMS ini.. Saudara Faizs Omar, dia sudah jadi anak murid Debat saya di UMS...

- Jass Azliezan_

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...