Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

6 Aug 2015

AFIF NAZHAN JOHAN PIDATO SEKOLAH MENENGAH PERINGKAT NEGERI PERAK

11781836_867623886662795_7619121573695500981_n
Seorang pelajar Sekolah Tuanku Abdul Rahman, Muhammad Afif Nazhan bin Mohd Hasni telah berjaya menjadi JOHAN Pertandingan Pidato Sekolah Menengah Peringkat Negeri Perak. Muhammad Afif, pelajar Tingkatan 4 telah mewakili daerah Kinta Utara dalam pertandingan tersebut. Afif telah berjaya menewaskan 9 orang peserta yang bertanding.
Dalam pertandingan yang berlangsung di SMK Bukit Merchu, Kuala Kangsar ini, Muhammad Afif telah menyampaikan pidato wajib bertajuk ” Keamanan Bukan Impian.”  Sementara itu, untuk bahagian spontan, Muhammad Afif telah diberikan tajuk” Teknologi Hijau Menyelamatkan Alam Sekitar”. Dengan kemenangan ini, Muhammad Afif akan mewakili negeri Perak ke peringkat Kebangsaan pada bulan September nanti.

TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

0 comments :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...