KEAMANAN DUNIA BUKAN IMPIAN
Bimillahirrahmanirrahim,
Pernah atau tidak terlintas di benak pemikiran kita untuk hidup dalam
dunia yang penuh dengan keamanan? Dunia tanpa sebarang pertelingkahan, pergaduhan,
peperangan dan konlfik keamanan? Setiap hari tanpa henti, masyarakat dunia disajikan
dengan krisis keamanan yang berlaku di seantero dunia sehingga perkara ini sudah
menjadi perkara biasa-biasa untuk kita. Persoalannya adakah kita tidak mengimpikan
untuk mewujudkan dunia yang penuh dengan keamanan?
Salam apresiasi buat saudara
pengerusi majlis, barisan panel kehakiman yang penuh berintegriti, dif-dif kehormat
yang disanjungi, seterusnya
hadirin yang bervisi dekat di
hati. Assalamualaikum w/b/t salam keamanan buat anda semua.
KEAMANAN DUNIA BUKAN IMPIAN begitulah mauduk pidato yang termenterai buat santapan minda warga
dunia.
Secara umumnya menurut Setiausaha
Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Ban Ki Moon, keamanan dunia bermaksud situasi masyarakat dunia yang hidup dalam keadaan harmoni, berintegriti,
kesederhanaan dan kebahagiaan tanpa sebarang
ancaman dan bahaya. Namun dalam situasi semasa, dunia yang penuh dengan masalah,
krisis dan konflik keamanan sudah cukup untuk membuktikan bahawa kita tidak mengimpikan
keamanan dunia. Justeru marilah
bersama-sama saya untuk menghayati TIGA kisah menghayat hati buat renungan
bersama.
Saudaradansaudari,
Pertama : Negara antara negara bertelagah, krisis taksudah-sudah.
Sehingga hari ini, kita masih
dipaparkan dengan isu-isu semasa mengenai konflik antara dua Negara iaitu
Israel dan Palestin. Sudah lebih 100
tahun dua Negara ini bertelegah, namun konflik
ini masih tak sudah-sudah. Walaupun sudah
banyak perjanjian ditangani, pemimpin juga silih berganti, namun sehingga kini usaha
yang dilakukan hanya menemui jalan buntu. Jika dahulu, rakyat di Palestin mampu untuk hidup
dalam keadaan aman dan harmoni di tanah air sendiri, namun selepas keputusan untuk menubuhkan kerajaan Yahudi termeterai, segalanya
menjadi mimpi ngeri. Tanah mereka dirampas, rumah menjadi tempat berlindung
dimusnah. Daripada 580 perkampungan rakyat Palestin
yang wujud sebelum perang 1948, Zionis telah menghancurkan 478 buah kampung. Kanak-kanak
tidak berdosa, kaum wanita yang tiada upaya turut menjadi korban kerakusan Zionis
durjana. Kemajuan teknologi senjata
menjadi saksi betapa rakyat tidak berdosa terkorban di bumi sendiri. Sedangkan
masyarakat dunia terus menjadi pemerhati, PBB juga berdiam diri, OIC terus
senyap dan tuli. Adakah Keamanan Dunia
Yang kita impikan akan terjadi?
Putera-puteri pewaris dunia.
Kedua : Hak Asasi DiCabuli, Rakyat Sengsara Tak Henti
Isu entik Rohingya masih segar dalam ingatan kita. Pernahkan kita terbayang bagaimanakah perasaan jika kita berada di
tempat mereka? Menurut Amnesty Internatonal,
orang Rohingya terus menerus menderita dan terseksa akibat pencabulan hak kemanusiaan
oleh junta tentera Myanmar sejaktahun 1978, dan akibatnya ramai yang
telah melarikan diri ke Negara jiran seperti Bangladesh. Etnik rohingya ini telah dinafikan kewarganegaraan Myanmar mereka dan kewujudan mereka ingin dihapuskan dari
Myanmar. Pembunuhan rancak dijalankan untuk memastikan etnik muslim rohingya
yang dahulunya dalam lingkungan 6 juta kini
tinggal hanya dalam lingkungan
800 000 ribu orang, hilang tanpa dikesan, mati tanpa kubur dan nesan. Sebak
melihat r umah mereke dibakar di hadapan mata, malah ramai yang disembelih tanpa
ada belas kasihan, malah yang lebih
dasyat kanak-kanak yang tidak berdosa diikat tangan mereka dan dibuang dalam sungai.
Natijahnya, pembunuhan etnik terus berlaku, puak pelampau Budha terus bersorak
keriangan, ASEAN hanya diam membisu, dan seperti biasa masyarakat dunia hanya
menjadi pemerhati setia.
Warga dewan budiman,
Ketiga : Ketelusan demokrasi tidak dipelihara, dunia makin
porak-peranda
Masihkah kita ingat akan krisis demokrasi dan politik yang berlaku
di Mesir? Nama Muhammad Mursi Isa al Ayya begitu harum ketika itu. Beliau merupakan
Presiden Mesir yang kelima serta Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera Mesir antara 2012 hingga 2013. Dengan
iltizam menjunjung demokrasi, Morsi merupakan
pemimpin pertama di Mesir yang memenangi pilihanraya secara demokratik dalam sejarah
Mesir, selain orang awam pertama memegang jawatan itu. Namun malangnya pada 30 Jun 2013, bantahan besar-besaran meletus
di Mesir menyeru perletakan jawatan Presiden, Negara yang aman mula bergolak
Dari Istana Presiden, akhirnya Mursi dibawa ke penjara. Morsi telah digulingkan
pada 3 Julai oleh menteri pertahanan dan panglima besar tentera Abdul Fatah
al-Sisi. Lantaran itu, rakyat marhain mendokong demokrasi bangkit menentang
ketidakadilan tentera. Lantas, tanpa perikemanusiaan, rakyat awam dibunuh dengan
kejam oleh tentera Mesir. Seluruh dunia menyifatkannya sebagai jenayah kemanusiaan
terkutuk, lebih-lebih lagi ia dilakukan pasukan keselematan yang sepatutnya menjaga
keamanan serta ketenteraman negara. Ibarat harapkan pegar, pegar makan padi. Bagaimana
wujudkan keaman dunia yang kita impikan sekiranya pemimpin Negara sendiri tidak
menjaga kepentigan rakyat.
Anak-anak bangsaku.
Begitulah cebisan kisah duka dan air mata buat santapan halwa
telinga. Sebelum saya meninggalkan pentas khutub khanah ini, ingin saya menyeru kepada seluruh warga dewan yang
setia, agar kita peliharalah kemananan yang kita miliki ini dengan sebaiknya.
Saya yakin dan pasti semua warga dunia mengharapkan dunia yang aman tanpa
pergolakan. Ayuh bangsaku, kita lakarkan potret keamanan dunia. Kita bina
masyarakat sejahtera kerana KEMANAN BUKAN IMPIAN , malah akan menjadi kenyataan
suatu hari nanti.