Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

23 Aug 2014

IDC 2014 : PERJUANGAN KDBM STAR BERAKHIR DI OCTO FINAL

Pertandingan Debat Sekolah-sekolah Malaysia anjuran Universiti  Islam Antarabangsa Malaysia kali ke-12 kembali lagi. Seperti mana penganjuran sebelas edisi yang lepas, kampus UIA Gombak menjadi medan bagi pendebat-pendebat muda untuk membuktikan bakat dan kebolehan berfikir secara kreatif dan kritis. pada tahun ini bagi kategori bahasa Melayu, sebanyak 78 buah pasukan telah mengambil bahagian.


Seperti edisi yang lepas, KDBM STAR turut menghantar pasukan, cuma yang membezakan ialah kali ini STAR menghantar pemdebat-pendebat junior bagi menimba sebanyak mungkin pengalaman yang berharga. Afif, Ilman, Syameel dan Zarul dipersiapkan untuk menjadi gandingan yang dihormati kawan mahupun lawan suatu hari nanti.


Sepanjang tujuh kali mengharungi pusingan awal, pasukan yang tidak diletakkan harapan ini cukup membanggakan. dari tujuh perlawanan pusingan awal, mereka hanya tumpas sekali sahaja. Dan yang paling membanggakan apabila di peringkat awal, mereka mampu berada pada kedudukan yang pertama dari tujuh puluh lapan pasukan yang bertanding, iaitu mencatatkan satu kekalahan dan enam kemenangan. Berikut merupakan keputusan melibatkan STAR :

1) Pusingan pertama 
Usul : Dewan Ini Akan Memansuhkan Peperiksaan Kepada Pelajar Sekolah Rendah
STAR (Kerajaan) v SAM Rawang (Pembangkang)
Pemenang : STAR
Juri : 3 -0
Margin : 3.33
Pembahas Terbaik : Syameel Aiman (STAR)

2)  Pusingan Kedua
Usul : Bekerja Sendiri Lebih Baik Daripada Makan Gaji
STAR (Kerajaan) v MRSM PDRM (Pembangkang)
Pemenang : STAR
Juri : 1-0
Margin : 2
Pembahas Terbaik : Afif Nazhan (STAR)

3) Pusingan Ketiga
Usul : Integriti Yang Dipaksa Adalah Lebih Baik
STAR (Kerajaan) v SM SULTAN ABDUL HALIM (Pembangkang)
Pemenang : STAR
Juri : 1-0
Margin : 4
Pembahas Terbaik : Ilman Hakim (STAR)

4) Pusingan Keempat
Usul : Penganjuran Sukan Mega Satu Pembaziran
MRSM TUN MUSTAPHA (Kerajaan) lawan STAR (Pembangkang)
Usul ditolak
Pemenang : STAR
Juri : 1-0
Margin : 5
Pembahas Terbaik : Afif Nazhan (STAR)

5) Pusingan Kelima
Usul : Dewan Ini Akan Mewajibkan Ahli Politik Memiliki PHD
SMK ABDUL RAHMAN TALIB (kerajaan) lawan STAR (Pembangkang)
Usul ditolak
Pemenang : STAR
Juri : 1-0
Margin : 5
Pembahas Terbaik : Syameel Aieman (STAR)

6) Pusingan Keenam
Usul : PBB Sudah Tidak Releven
STAR (kerajaan) lawan KISAS (Pembangkang)
Usul ditolak
Pemenang : KISAS
Juri : 1-0
Margin 1
Pembahas terbaik : Syameel Aieman (STAR)

7) Pusingan Ketujuh
Usul : Andartu : kita wajar memaksa
KISAS lawan STAR
Pemenang STAR
Margin : 3
Pembahas Terbaik : Afif Nazhan (STAR)

Setelah mengharungi tujuh pusingan awal, STAR berjaya memenangi enam perlawanan dan tewas sekali. kedudukan ini meletakkan STAR apad kedudukan pertama pusingan awal. Dengan ini STAR berjaya secara outomatik melayakkan diri ke peringkat Octo Final tanpa perlu melalui peringkat Double Octo. Di peringkat Octo STAR telah diumdi bertemu SAM hulu Langat. membahaskan usul DEWAN INI AKAN MENGHARAMKAN AHLI POLITIK MELOMPAT PARTI, STAR akur kepada SAM Hulu langat apabila tewas dengan juri 3-0 dan margin 4. 


Satu keputusan yang perit untuk diterima apatah lagi inilah merupakan pencapaian terburuk pasukan semenjak menyertai IDC ini. Namun, takdir juga tertulis, biar tewas, banyak ilmu, pengalaman yang ditimba sepanjang 6 hari bermukim di Madrasah Ilmu ini. Apapun sekalung tahniah buat Afif, Syameel, Iman dan Zarul atas pencapaian ini. Terima kasih buat semua bekas anak-anak didik debat iaitu Paman, Amsyar, Qusyairi, Black, Ahmad, Uthman, Azri yang turut hadir berkongsi pengalaman bersama adik-adik mereka. Jumpa lagi IDC 2015.







TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

1 comments :

Anonymous said...

Wah! hebat nye.. Macam mane ek korang berlatih, sampai boleh steady je.. Huhu. Kongsi la.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...