Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

6 Aug 2011

PIALA PERDANA MENTERI 2011 - 7 KALI USUL DITERIMA, 7 TAHUN PENANTIAN BERAKHIR

Assalamualaikum WBT..




Alhamdulillah , sememangnya , tiada sepatahpun kata di dunia yang dapat menggambarkan kesyukuran kami kepada Rabbul Izzati atas kurnian-Nya yang Maha Pemurah bagi kejayaan manis ini . Sorak gempita , lompat sorai , genangan air mata dan kerdipan kamera bagaikan terpahat dalam memoir kami tatkala perkataan 'usul diterima' terpacul keluar daripada mulut pengerusi majlis . Alhamdulillah , 7 kali . Itulah perkara yang mampu saya ucapkan . Setahu saya , 7 tahun kami berjuang dalam barisan perjuangan ini bersama-sama (waktu permulaan Umi Noridah dan Cikgu Shahnun berpijak di alma mater kita) . Legasi berganti legasi , keringat bertukar keringat , namun kami tetap sepakat tanpa mengenal erti usia , pangkat mahupun keterbatasan waktu .




Dengan usul Laman Sesawang Melahirkan Masyarakat Berilmu , STAR sebagai kerajaan dan MOZAC sebagai pembangkang
USUL DITERIMA 


Alhamdulillah , langkah pertama berjaya diatur . Harap dapat tebus kekecewaan kita pada tahun 2004



Dengan usul Penganjuran Sukan Bertaraf Antarabangsa Wadah Perpaduan Dunia , STAR sebagai kerajaan dan InterSaBer sebagai pembangkang
USUL DITERIMA


Untuk tahun 2005 , inilah hasil keringat kita .



Dengan usul Amalan Kitar Semula Berjaya Mendidik Masyarakat Memelihar Alam Sekitar , STAR sebagai kerajaan dan SMS Dungun sebagai pembangkang
USUL DITERIMA

Berkat doa , kami juara kumpulan . Khas untuk tahun 2006


Dengan usul Kos Rawatan Hospital Swasta Wajar Dikawal oleh Kerajaan , STAR sebagai kerajaan dan SMAP Kajang sebagai pembangkang
USUL DITERIMA

Bersua kembali bersama musuh tradisi . Nama besar dalam arena ini . Kekecewaan 2007 dan pasukan yang pernah tersangkut dengan SMAPK , ini hasil penat kita bersama .



Dengan usul Seni dan Budaya Memupuk Jati Diri Bangsa . STAR sebagai kerajaan dan SEMASHUR sebagai pembangkang
USUL DITERIMA

Untuk keringat kita bersama pada tahun 2008




Dengan usul Hukuman Khidmat Masyarakat Berupaya Mendidik Pesalah Juvana . STAR sebagai kerajaan dan INTEGOMB sebagai pembangkang
USUL DITERIMA

Alhamdulillah , layak ke final . Berbaloi usaha pada tahun 2009



Usul Kerjasama Ketenteraan Menjamin Keamanan Serantau yang menemukan Sekolah Tuanku Abdul Rahman dan Sekolah Menengah Sultan Abdul Halim
USUL PADA HARI INI TELAH DITERIMA

Allah , Engkaulah pemilik sekalian alam . Dan buat kesekian kalinya usaha tahun 2010 dan 7 tahun sebelum membuahkan hasil yang cukup memuaskan .

Terima kasih Hexa Family kerana mengajar saya mengenal nikmat usaha , pengorbanan serta manisnya ukhwah kita . Walau ada yang tidak terlibat secara langsung , namun , 7 tahun inilah kita berusaha dan hasilnya ...





TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

4 comments :

IMANSHAH said...

Assalamualaikum WBT

ALhamdulillah, tahniah buat semua..mempertahankan kejayaan adalah lebih sukar dari mencapai kejayaan..jangan mudah mengalah, teruskan usaha kalian, banyak doa, dengar kata, jangan ada sengketa dlam keluarga ini...

KDBM STAR IPOH said...

Waalaikumussalam WBT

Setuju sangat-sangat dengan cikgu . Insya-Allah nasihat cikgu takkan pernah kami lupakan

Anonymous said...

CONGRATULATIONS !!!!
BAGUS !!!!
SYABAS !!!!!!

(semua pujian saya berikan kepada KDBM STAR .......)

sbg ahli KDBM STAR, saya pun turut berbangga juga !

cikguidah said...

Assalamualaikum. Tahniah buat anak-anak STAR yang telah berjuang semenjak tahun 2004 hinggalah sekarang...patah tumbuh hilang berganti, semangat STARIAN dan debat tidak pernah padam, sentiasa membakar jiwa raga serta meresap ke dalam urat saraf apatah lagi mengusik menjalar ke minda semua...
Ayuh..pertahankan legasi ini, tingkatkan ilmu dan strategi baharu di smping istiqomah amalan munjiyat.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...