Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

7 May 2010

MEMORI TERCIPTA, TINGGAL KENANGAN





Malam kelmarin, dapat juga akhirnya kami bersembang dengan Asyraf yang kini belajar di Kelantan. Sesuatu yang tidak dapat dilupakan antara kami semua adalah kenangan yang dulu kami bina bersama. Saya masih ingat dahulu saat Umi bertemu saya dan meminta agar saya menarik beberapa orang rakan Pesta Bahas 2006 untuk menjadi skuad pelapis STAR pada umur 14 tahun. Lamaran itu saya panjangkan buat rakan-rakan juara saya, Rumah Kuning iaitu saudara Mirza dan Azri. Lepas itu saya jemput sekali rakan-rakan naib juara, Rumah Hijau iaitu saudara Faizs, Asyraf dan Habib.

Saya bersama Mirza telah diambil oleh Umi untuk mencukupkan korum pasukan ke UIAM 2007. Selepas pulang, seingat saya, saudara Mirza menarik diri atas alasan dia tertarik dengan permainan bola keranjang yang sudah pastinya tidak boleh berjalan serentak dengan bahas ataupun debate. Saya menjemput saudara Adam dari Rumah Biru selepas itu dan akhirnya kami berenam bersama-sama ke Pertandingan Debat Piala Timbalan Naib Canselor UKM.

Berikutan pendedahan awal yang diberikan kepada saya dan pasukan, kesemua kami terlibat dalam perdebatan seawal umur 15 tahun di mana saya, Faizs, Habib dan Adam ke UIAM 2008 manakala Azri dan Asyraf berdebat di HKSBP Zon Utara yang berjalan serentak dengan Kejohanan UIAM. Saya masih ingat, pada tahun tersebut, saya dan Faizs melengkapi pasukan kedua dan pasukan kami berada di ranking ke-51. Saudara Azri dan Asyraf pula terkandas di pusingan kedua selepas tewas dengan pasukan SMS Sultan Mohamad Jiwa. Tahun yang sama, hanya tiga orang dari kami berenam dapat menyertai Debat TNC UKM di mana saya dan Faizs dalam pasukan utama, manakala Asyraf di pasukan kedua. Kedua-dua pasukan layak ke peringkat kalah mati dan bertemu sesama sendiri di peringkat suku akhir. Pasukan saya yang diketuai Siraj berjaya ke peringkat separuh akhir tetapi langkah kami tersangkut di peringkat separuh akhir selepas tewas di tangan SSP. Selepas PMR, kami telah dijemput untuk menyertai Pertandingan Debat Jemputan MCKK U-15 dan syukur, kami telah berjaya memperoleh kemenangan pertama kami dengan mengalahkan MCKK pada peringkat akhir. Teringatlah semula, saat Umi kecewa dengan persembahan final kami. Menangis masing-masing. Terkejut juga saat STAR diumumkan sebagai johan.

Sewaktu di tingkatan 4, kami telah berjaya melengkapkan pasukan utama dengan diketuai saudara Siraj yang merupakan kapten KDBM STAR 2009. Faizs yang pada mulanya merupakan speaker pertama yang utama telah digantikan dengan saudara Asyraf dan dengan pasukan tersebut kami berjaya melakarkan kejayaan yang belum pernah dilakukan sebelum ini. Kami berjaya merangkul gelaran johan SBP Zon Utara, naib johan bagi Debat Jemputan AYS & UIA 2009. Setelah Siraj 'bersara' pada bulan Jun, kami berempat(saya,Faizs,Azri,Asyraf), diangkat menjadi pasukan utama dan berjaya memenangi Debat TNC UKM selepas mengalahkan SSP di peringkat akhir. Saat dukacita berlaku apabila Asyraf memilih untuk meninggalkan bumi STAR atas alasan peribadi. Kami cuba menghalang, namun tidak berjaya.

Di musim terakhir sebagai pendebat, banyak refleksi yang mampu saya ingat walaupun ada juga yang telah dilupakan. Kenangan sebagai pemerhati 3 kali, simpanan sekali dan berdebat dalam 11 kejohanan memang memberi saya banyak peluang dan pengalaman berguna. Saudara Mirza yang pernah bergandingan dengan kami dahulu, masih punya aura sebagai pemimpin. Saudara Habib yang meninggalkan kami selepas UIAM 2008 juga tidak kurang hebatnya dalam berucap. Saudara Adam juga kini hebat dalam bidang kesukaannya, hoki, dan juga merupakan orang yang cukup lantang menentang kebatilan. Saudara Asyraf pula, meninggalkan banyak impak terhadap pasukan semasa beliau ada dan semasa ketiadaannya. Kini, beliau merupakan seorang pengawas, jurulatih debat, pemidato sekolahnya yang akan bertanding peringkat negeri pada 14 Mei ini, dan merupakan orang yang juga berpengaruh di sekolahnya. Saya dan pasukan sentiasa mendoakan anda semua sebagai rakan-rakan saya dan berharap agar anda semua pun mendoakan kejayaan kami dalam PPM Jun nanti. Sekian.

-Hexa Haziq-

TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

2 comments :

IMANSHAH said...

Asyraf agak kurang rapat dengan saya..tapi saya kira dia juga seorang yang pintar dan cepat belajar..semoga belaiu berjaya dalam hidupnya...

p/s ..comel sungguh gamba adam slappp

tu gamba kakak usher ukm kan..haha kalah semi ngan SSP

Haziq Janudin said...

tade rezki waktu tuh...
lawan ezzah kot...
yg tu pulak 1st tyme lawan dye...
fuhs~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...