Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

30 May 2010

17 jam 45 minit: Pengisytiharan Perang PPM

Asssalamualaikumwarahmatullahhiwabarakatuh...
300510, Ahad, jam1615
Hexa Faizs the 1st
Perang? mungkin bunyinya lucu untuk kita dengari, lagi-lagi apabila dikaitkan dengan PPM. Namun perkataan inilah yang menggambarkan jiwa anak-anak muda pembahas dan pemain bola keranjang STAR apabila hanya tinggal 17 jam 45 minit sahaja lagi bagi kami menggerakkan kereta kebal kami menuju ke pantai timur. Dianggotai dengan sebatalion(20 orang) tenaga tentera, kami bersiap sedia dengan peralatan tempur dan qudrat yang satu. Perjalanan kami ke dunia dikir barat itu akan diiringi dengan debaran jantung yang melampau. Kerana kami tahu, ini merupakan perjuangan terakhir kami.Tiada lagi hari esok(tahun depan) untuk kami. Yang hidup sahaja yang akan meneruskan perjalanan. Yang mati akan terus ketinggalan. Dan yang kuat sahaja yang akan menang. Yang pasti, tiada siapa yang mahu terkandas di medan peperangan. Lari dari medan peperangan, apatah lagi. Walaupun terpaksa bermandi darah(peluh), dan berkorban tenaga, kami sanggup lakukannya untuk menegakkan bendera STAR tercinta dan menawan Pasir Puteh. Dalam masa yang sama, kami tidak mahu mana-mana ahli tentera terpaksa meninggalkan kami sewaktu peperangan. Semua harus berjaya. Bukan harus, tetapi wajib berjaya! ya, wajib. Kami tahu, masa latihan kami terpaksa dikorbankan dek kerana peperiksaan wajib tentera (PPT) yang kami duduki. Baki yang tinggal hanyalah tiga hari sebelum peperangan bermula. Usaha kami terpaksa dilipat-gandakan. Mujur, kami mempunyai Sarjan dan Panglima Tentera yang cukup hebat untuk membantu kami. Jasa Umi Noridah dan Cikgu Shahnun tidak pernah kami lupakan. Pejam-celik, pejam-celik.. Esoklah harinya. Kesuntukan masa tidak akan menghalang kami. Apa-apa pun tidak boleh menghalang kami termasuk debaran yang sedang dialami. Wahai para pejuang sekalian, ingatlah kamu, supaya berjuang kerana Yang Maha Esa. Ikhlaskan niat kamu, dan janganlah kamu bersedih, kerana Allah sentiasa bersama kamu. InsyaAllah, amin. Andai kata kami syahid, biarlah kami syahid dalam keredhaan-Mu. Namun biarlah kami syahid setelah perjuangan ini selesai. Sesungguhnya darah ini tidak akan menitis tanpa sebab. Cuma satu yang menjadi menjadi sebab dan tujuannya-menjulang kemenangan di PICC. Biarlah hati yang sedih ini terubat untuk kali yang terakhir. Wahai rakyat STAR sekalian, berdoalah kamu. Kerana doa itu senjata terkuat kita. Janganlah sesekali kamu meletakkan pedang kamu sebelum kamu sempat menghunusnya. Teruskan perjuangan. Sedarlah, masalah dan rintangan itu perkara yang biasa dalam perjuangan kita. Kerana masalah dan rintangan itu merupakan ujian dari Yang Maha Kuasa, untuk menilai di mana tahap kesungguhan kita dalam mengecapi impian yang selalu diidamkan.. Justeru.. doakan kejayaan kami, fisabilillah!
TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

3 comments :

IMANSHAH said...

insyaallah doa mengiringi pemergian kita semua.. moga ada sinar di hujung terowong di Pasir Putih..

Pasir putih tempatnya indah,
Kebanggan Cik Siti Wan Kembang,
Pergi kami pantang mengalah,
Pentas final pasti dijulang

IMANSHAH said...

insyaallah doa mengiringi pemergian kita semua.. moga ada sinar di hujung terowong di Pasir Putih..

Pasir putih tempatnya indah,
Kebanggan Cik Siti Wan Kembang,
Pergi kami pantang mengalah,
Pentas final pasti dijulang

Al Falah Al Has said...

buah cempedak diluar pagar,
amek galah tolong jolokkn,
mase yg ditggu tibalah sudar,
good luck n semoga berjaya..

p/s: baris ke3 rima sengaja utk menyedapkn pantun..

go go star,,,

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...