Perjuangan STAR ternoktah di suku akhir PPM 2012
Musim
2012, Keluarga Debat Bahasa Melayu STAR (KDBM) bermula dengan kekecewaan, namun
diakhiri dengan senyum kegembiraan. Berbekalkan reputasi sebagai juara bertahan
dan pemenang Piala Perdana Menteri 2011,
akhirnya seluruh warga STAR melihat air mata pembahas tumpas di bumi sendiri
apabila tewas dalam peringkat suku akhir kepada Sekolah Seri Puteri, Cyberjaya.
Walaupun telah cuba sedaya upaya memberikan persembahan terbaik, apatah lagi
HKSBP 2012 berlangsung di halaman sendiri, namun tiga orang panel juri
memutuskan perjuangan STAR berakhir di peringkat suku akhir sahaja. Tamat
ceritera indah para pembahas tingkatan lima.
ISDC 2012 anak-anak muda ini berjaya melangkah ke separuh akhir.
Namun,
berkat kesungguhan dan semangat tidak pernah mengalah, KDBM cepat bangkit. Perjuangan yang belum selesai diteruskan oleh para
pembahas tingkatan empat dan tingkatan dua. Destinasi pertama yang dituju ialah
di Taman Ilmu dan Budi, Kampus Universiti Islam Antarabangsa malasyia.
Pertandingan debat Sekolah-sekolah Malaysia sememangnya pertandingan debat paling
berprestij kerana menghimpunkan semua jenis sekolah di malaysia samada SBP,
MRSM, Sekolah harian, sekolah agama mahupun sekolah swasta. 80 pasukan
menyahut cabaran dalam pertandingan ini.
Mengharap melangkah ke final dengan harapan menebus kekecewaan PPM, namun,
sayangnya tersungkur di seperuh akhir kepada musuh tradisi Sekolah Dato’ Abdul
Razak, Seremban. Walaupun tewas, pencapain separuh akhir adalah sesuatu yang
membanggakan kerana berada di kalangan empat sekolah terbaik dari 80 yang
menyertainya.
Debat MUSLEH akhirnya menoktahkan kejayaan pertama tahun 2012.
Kami tinggalkan UIA, kami berkelana ke UTM Kuala Lumpur bagi menyertai Pertandingan
Debat Antarabangsa MUSLEH buat kali
pertama. Cabaran juga cukup hebat kerana menerima penyertaan dari negara-negara
jiran seperti Singapura, Indonesia dan Thailand. Namun, bak kata pepatah alang-alang menyeluk
perkasam, biar sampai ke pangkal lengan.
60 pasukan perlu ditewaskan kali ini. Alhamdulillah, akhirnya kejayaan
musim 2012 memihak juga kepada alma mater ini. STAR layak ke final bertemu SMKA
Al-Irsyad, Pulau Pinang. Dan kejayaan lebih manis apabila Dinie Zafri bin
Zainuddin diangkat sebagai pembahas terbaik keseluruhan dan final.
Pendebat junior turut merangkul kejuaraan pertama mereka. Johan Bahas Piala Koperasi.
Belum habis lelah, destanasi yang bebaki kami teruskan ke
bumi Serdang. Kejohanan novis yang menghimpunkan para pendebat junior
dilangsungkan dengan jayanya oleh SMK Sri Serdang. Kali ini pembahas tingkatan
tiga mengambil tempat untuk membuktikan sesuatu. Walau pertama kali menyertai
pertandingan aura juara tidak pernah hilang. Keyakinan, kepetahan serta kemampuan
mena'kul dan berfikir secara kritis membuahkan hasil. Kami johan sekali lagi,
kali ini pasukan dari Sekolah Menengah Sains Tun Syed Sheh Shahabudin, Bukit
Mertajam berjaya ditewaskan. Alhamdulillah, Syafiq Jebat muncul pembahas
terbaik final.
Finalist PESTA BAHAS 2012 bergambar kenangan selepas perlawanan akhir.
Kata orang melentur buluh biarlah dari rebungnya. Usaha
untuk melahirkan pembahas pelapis dipergiatkan melalui Pesta Bahas. Pesta Bahas
2012 diadakan pada sekitar bulan Julai dan Alhamdulillah, untuk musim 2012 KDBM
berjaya memiliki piala pusingannya sendiri. Sambutan yang diterima amat
menggalakkan, bakat-bakat muda
menampakkan potensi yang membanggakan.
Bumi Ipoh tak tandus bakat muda yang akan mengambil tempat
pembahas-pembahas senior suatu hari nanti.
Juara Debat dan Pidato Piala Pengurus Besar Yayasan Selangor 2012.
Awal September, kami telusuri pertandingan major
seterusnya. Pertandingan Debat dan Pidato Piala Pengurus Besar Yayasan Selangor
mula memahat nama dalam dunia debat
sekolah-sekolah Malaysia. Cabaran juga kuat, tentangan cukup hebat.
Nama-nama besar dalam arena debat sekolah-sekolah Malaysia turut beradu akal
dan minda. SDAR, SMAP KAJANG, SMI HIDAYAH, MCKK, SAS, KISAS dan banyak lagi
pasukan perlu ditewaskan. Akhirnya bumi
Klang kami tawan jua. Dengan usul final “Penghayatan Kemerdekaan Semakin Pudar”
STAR berjaya menewaskan Kolej Islam Sultan Alam Shah (KISAS) dengan margin 2.67
dan juri 6-1. Dinie Zhafri sekali lagi diangkat sebagai pendebat terbaik final.
Dan terakhirnya haluan KDBM terarah ke bumi Seremban
untuk menyertai Pertandingan Debat Piala
Tun Razak anjuran Kelab Seni Orator SDAR. Pertandingan ini melibatkan
penyertaan pelajar-pelajar yang baru selesai menduduki peperiksaan PMR. Walau
STAR gagal menjulang piala kejuaraan, namun tetap memberi tentangan sengit
sehingga peringkat separuh akhir dan tewas 2-3 kepada pasukan tuan rumah. Satu
pembelajaran yang hebat untuk pendebat-pendebat muda STAR.
Musim yang hebat, penuh dengan air mata
kegembiraan dan kekecewaan. Sekalung penghargaan untuk semua yang menjadikan
musim ini sebagai musim yang hebat. Dari kesetiaan dan dedikasi pendukung kami,
Cikgu Shahnun dan cinta kasih para bekas pembahas yang tidak pernah jemu
memberi tips (Paman, Syazwan Aswat, Farid, Siraj, Khalis, Faizs), tunjuk ajar pembahas
senior Uthman dan Wan Hafizan. Para pembahas utama Dinie, Ahmad Aiman dan
Amirul Rosli. Tidak lupa juga team sparring yang hebat fayyaz Imran, Khairul
Hafiz dan Eyman Asyraf. Pendebat-pendebat muda Syafiq Jebat, Muhaimin, Meor
Amir Ikhwan, Arif Kamal dan Adib Farazi serta junior tingkatan satu yang turut
berada dalam keluarga besar ini. Moga-moga musim 2013 akan lebih bermakna dan
gemilang. DEWAN INI DITANGGUHKAN.
Keluarga Debat Bahasa Melayu STAR, IPOH.