Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

6 Dec 2017

USUL DEBAT BELIA 3.0

Assalamualaikum dan salam sejahtera.. Disenaraikan usul-usul debat pusingan saringan Pertandingan Debat Belia 3.0 2017.
1. Sudah tiba masanya Malaysia memperkasa NGO Belia
2. Malaysia wajar memperkenalkan mata pelajaran pentadbiran awam
3. Kejayaan TN50- patriotisme belia adalah kuncinya
4. Dewan ini akan memperkenalkan TVET di peringkat pengajian tinggi
5. "You can duit" : belia kita boleh
6. Sudah tiba masanya Malaysia memperkenalkan latihan ketenteraan wajib kepada golongan belia.
7. Bantuan ekonomi belia B40- membunuh dalam merawat
8. Dewan ini akan menetapkan had pendapatan minima untuk perkahwinan
9. Pengekalan warisan kebudayaan Malaysia : belia perlu berubah
10. Program Pembangunan Belia di Malaysia sekadar bertukar menteri
11. Belia kita : biar papa demi bergaya
12. Alam sekitar derita : belia masih terlena
13. Literasi kewangan : belia kita ralit
14. Instafamous : realiti tidak seindah fantasi
15. Belia B40- layunya di tasik madu
16. Budaya mengecam di laman sosial : laksana lembu dogol, tak boleh ditanduk hanya disondol
17. Dewan ini akan memperketat syarat sewa beli kenderaan
18. Politik populisme : musuh dalam selimut golongan belia
19. Dewan ini percaya Generasi Y belum bersedia memerintah dunia
20 . Dewan ini akan memberikan insentif kepada pasangan kahwin muda
21. Demi menangani isu pengangguran : Tawaran kursus di Institusi pengajian tinggi perlu semakan semula
22. Kabinet perlu dianggotai lebih ramai belia
23. Dewan ini percaya generasi masa kini perlukan paksaan untuk perpaduan
24. Buli siber : penguatkuasaan undang undang perlu perubahan
25. Dewan ini percaya kerajaan perlu lebih serius dalam menangani masalah kesihatan mental dalam kalangan belia.

TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

PENUTUP CEMERLANG 2017, NAIB JOHAN DEBAT ORATOR MILLENIA

STAR telah menyertai Pertandingan Debat Orator Millenia pada 20-24 Oktober 2017 bertempat di Universiti Putra Malaysia. Pertandingan ini merupakan pertandingan debat yang dianjurkan di bawah Program Jelajah Millennia yang dinaungi oleh Y.A.Bhg Datin Seri Rosmah binti Mansor, Isteri Y.A.B Perdana Menteri Malaysia.  Dalam pertandingan selama empat hari ini, STAR telah menunjukkan prestasi yang baik dan sekali lagi berjaya melayakan diri ke pentas final. Walaupun telah berjuang sehabis baik, trio Budriz Esqandar, Syazran Haikal dan Amirul Syafiq terpaksa akur apabila tewas kepada pendebat dari Sekolah Datuk Abdul Razak (SDAR). Tahniah diucapkan kepada barisan pendebat kerana berjaya merangkul gelaran Naib Johan. Semoga STAR terus cemerlang pada masa akan datang.















TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

PERTANDINGAN BAHAS PIALA PERDANA MENTERI 2017

Pertandingan bahas paling berprestij di peringkat Sekolah Berasrama Penuh (SBP)  pada tahun 2017 telah diadakan di SM Sains Banting pada 11-15 Mei 2017. KDBM STAR turun ke bumi Banting untuk menebus kehampaan tahun 2016 apabila terkandas di peringkat separuh akhir dan mengulangi sejarah menjadi johan pada tahun 2011 dan 2015. Alhamdulillah pada peringkat awal, seolah-olah nasib menyebelahi STAR sehingga layak ke peringkat separuh akhir. Di peringkat separuh akhir STAR telah bertemu SM Sains Batu Pahat (SEHEBAT). Namun, rezeki Allah tidak menybelahi STAR pada kali ini apabila tewas di peringkat separuh akhir dengan keputusan juri 2-3. Apapun sekalung tahniah buat pembahas Ilman, Jufri Firdaus, Budriz Esqandar dan Asraf Nordin atas sumbangan kalian. 











TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

KDBM STAR TIADA TANDINGAN DI PERAK, JUARAI DEBAT KONVENSYEN KECEMERLANGAN PENDIDIKAN UNIVERSITI SULTAN AZLAN SHAH 2017

Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) telah menganjurkan Debat Konvensyen Kecemerlangan Pendidikan untuk sekolah-sekolah di Negeri Perak. Pertandingan ini diadakan pada 20-23 Mac 2017 yang mana berobjektifkan melonjakkan kecemarlangan pendidikan Negeri Perak. STAR diwakili Ilman Hakim, Jufri Firdaus , Asyraf Nordin dan Budriz Esqandar. STAR telah layak ke pertandingan akhir menentang The Malay College Kuala Kangsar (MCKK)  . Dengan usul “Perak Pertlu Menjadi Hub Pendidikan Malaysia”  Alhamdulillah STAR dinobatkan sebagai juara di Kuala Kangsar. Tahniah kepada semua pendebat.









TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

KDBM STAR PERTAHANKAN KEJUARAAN DEBAT SEKOLAH MALAYSIA ANJURAN UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA MALAYSIA 2017

Benar kata orang, mempertahankan kejuaraan adalah lebih sukar dari mempertahankannya. Berbekalkan status sebagai juara bertahan Pertandingan Debat Sekolah Malaysia Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Trio Budriz Esqandar, Syazran Haikal dan Amirul Syafiq dibimbing oleh Encik Shahnun turun ke Taman Ilmu dan Budi, UIAM Gombak untuk mempertahankan kejuaraan yang dimenangi pada tahun 2016.  Walaupun baru digandingkan selepas berakhirnya Piala Perdana Menteri, ternyata gandingan ini Berjaya memukau juri hingga layak ke pentas akhjir. Alhamdulillah, STAR akhirnya dinobatkan sebagi juara menewaskan Sekolah Menengah Agama Batu Hulu Langat (SAMTEN). Apa yang lebih manis, Budriz Esqandar dipilih sebagai pembahas terbaik final.


       





   

                                                                      
                            



TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

20 Mar 2017

KEPUTUSAN PERTANDINGAN BAHAS PPM KE-44 /2017 PUSINGAN AWAL ZON D

BAHAS BAHASA MELAYU

1 SEKOLAH TUANKU ABDUL RAHMAN (EMAS)
2 THE MALAY COLLEGE KUALA KANGSAR (EMAS)
3 SM SAINS RAJA TUN AZLAN SHAH (PERAK)
4 SM SAINS SULTAN MOHAMAD JIWA (PERAK)
5 SM SULTAN ABDUL HALIM (PERAK)
6 SM SAINS KEPALA BATAS (PERAK)
7 SM SAINS TELUK INTAN (PERAK)
8 SM SAINS TUN SYED SHEH SHAHABUDDIN (PERAK)
9 SM SAINS POKOK SENA (GANGSA)
10 SBP INTEGRASI GOPENG (GANGSA)
11 SBP INTEGRASI SABAK BERNAM (GANGSA)
12 SM SAINS KUBANG PASU (GANGSA)
13 SBP INTEGRASI KUBANG PASU (GANGSA)
14 SM SAINS TUANKU SYED PUTRA (GANGSA)
15 SM SAINS BAGAN DATOH (PENYERTAAN)
16 SM SAINS TAPAH (PENYERTAAN)


ENGLISH DEBATE

1 THE MALAY COLLEGE KUALA KANGSAR (EMAS)
2 SM SAINS KEPALA BATAS (EMAS)
3 SM SAINS POKOK SENA (PERAK)
4 SM SAINS KUBANG PASU (PERAK)
5 SEKOLAH TUANKU ABDUL RAHMAN (PERAK)
6 SM SAINS TELUK INTAN (PERAK)
7 SM SULTAN ABDUL HALIM (PERAK)
8 SBP INTEGRASI GOPENG (PERAK)
9 SM SAINS RAJA TUN AZLAN SHAH (GANGSA)
10 SBP INTEGRASI SABAK BERNAM (GANGSA)
11 SBP INTEGRASI KUBANG PASU (GANGSA)
12 SM SAINS TUN SYED SHEH SHAHABUDIN (GANGSA)
13 SM SAINS TAPAH (GANGSA)
14 SM SAINS SULTAN MOHAMAD JIWA (GANGSA)
15 SM SAINS TUANKU SYED PUTRA (PENYERTAAN)
16 SM SAINS BAGAN DATOH (PENYERTAAN)


LAPAN (8) SEKOLAH DARI SETIAP KATEGORI LAYAK KE HKSBP KEBANGSAAN DI SMS BANTING PADA 20-25 MEI 2017

TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

USUL DEBAT BAHASA MELAYU CABARAN DEBAT ZA'ABA 2017





TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

USUL CABARAN DEBAT MUDA 2121 EDISI KE-5 TAHUN 2017



Pusingan 1: Jenayah Alam Sekitar
Isu Alam Sekitar: Merawat Lebih Baik Daripada Mencegah

Pusingan 2: Jenayah Gender
Demi Mengangkat Keadilan Dalam Rumah Tangga, Perjanjian Perkahwinan Perlu Diwajibkan di Malaysia

Pusingan 3: Humor/Peribahasa
1. Satu Lebih Baik Daripada Dua
2. Kalau Takut Dilambung Ombak Jangan Berumah di Tepi Pantai
3. Biar Berkelahi Dahulu, Jangan Berkelahi Kemudian

Pusingan 4: Jenayah Global
Hak Pembanggunan Senjata Nuklear Wajar Diberikan Kepada Semua Negara

Pusingan 5: Jenayah Ekonomi
Kestabilan Ekonomi Adalah Jawapan Kepada Pengurangan Kes Jenayah

Pusingan Kalah Mati
1. Integriti Politik: Kuasa Pemilihan Menteri oleh Perdana Menteri Perlu Dihapuskan
2. Demi Mengurangkan Jenayah Siber, Penggunaan Identiti Tanpa Nama (anonymous) Perlu Disekat
3. Isu Jenayah Adalah Lebih Penting Berbanding Isu Ekonomi
4. Sistem Juri Perlu Dikembalikan Dalam Sistem Kehakiman Malaysia
5. Hukuman Mati Mandatori Kepada Pesalah Jenayah Berat Wajar Dimansuhkan

TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

STAR BERI CABARAN DALAM CDM 2121

Tahun 2017 dimulakan dengan pertandingan pertama iaitu Cabaran Debat Muda UTP. Pertandingan ini merupakan pertandingan Debat Bahasa Melayu yang memghimpunkan para pendebat IPT dan Sekolah Menengah yang berusia 21 Tahun ke bawah. Untuk rekod tahun 2013 STAR layak ke separuh akhir manakala tahun 2016 STAR layak ke suku akhir. Suatu pengalaman berharga kepada para pendebat kerana bertanding bersama para pendebat universiti yang lebih berpengalaman.
Alhamdulillah dalam pertandingan yang berlangsung di Universiti Teknologi Petronas (UTP) ini, STAR bersaing bersama-sama 60 buah pasukan IPT dan sekolah seluruh Malaysia. Secara keleluruhan, berikut merupakan pencapaian STAR :
1. Pusingan Liga – Tempat ke-4 dari 60 buah pasukan.
2. Layak ke suku akhir tetapi tewas kepada SAS.
3. Ilman Hakim berada pada kedudukan ke-5, manakala Jufri Firdaus berkedudukan tempat ke-8 pembahas terbaik keseluruhan.

Tahniah diucapkan kepada KDBM STAR atas pencapian ini. Semoga berjaya dalam pertandingan yang seterusnya.




TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

2 Oct 2016

STAR UNGGULI DEBAT LAVOS UITM MELAKA 2016

Pada 2-4 September 2016, STAR telah menghantar pasukan Debat Bahasa Melayu untuk menyertai Pertandingan Debat Language Art Voice of SISWA (LAVOS) Anjuran Universiti Teknologi MARA, Kampus Melaka. Pertandingan ini merupakan pertandingan debat antara Institut Pengajian Tinggi. Walau bagaimanapun, beberapa buah sekolah yang memiliki etos dalam perbahasan turut dijemput untuk menyertainya.
Apa yang menarik, objektif utama penyertaan STAR dalam pertandingan ini adalah untuk memastikan para pelajar diberi pendedahan bersama pembahas-pembahas universiti. Walaubagaimanapun, STAR mencipta kejutan apabila berjaya mengungguli pertandingan apabila muncul JOHAN menewaskan sebuah lagi pasukan sekolah iaitu MCKK. Di peringkat separuh akhir, STAR menewaskan UiTM Dengkil manakala MCKK menewaskan UIAM. 
Diperingkat akhir, kedua-dua pasukan membahaskan usul bertajuk  59 Tahun Merdeka : Biduk Berlalu Kiambang Bertaut. Dengan juri 6-1  kemenangan diumumkan berpihak kepada STAR manakala Ilman Hakim (STAR) sebagai pembahas terbaik. Tahniah kepada pasukan debat Bahasa Melayu STAR. Hadiah disampaikan oleh YB Dato Seri Rohani binti Abdul Karim, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.




TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

1 Aug 2016

TERIMA KASIH AFIF DAN SYAMEEL



Bagi pihak KDBM STAR, saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada Muhammad Afif Nazhan bin Mohd Hasni dan Muhammad Syameel Aieman bin Azlan atas sumbangan mereka kepada STAR sepanjang lima tahun ini. Tidak dinafikan mereka berdua antara pendebat terbaik yang pernah dilahirkan di STAR. Antara catatan kejayaan yang dilakarkan adalah: 

1. Naib Johan Debat Piala Tun Razak (2013)
2. Separuh akhir Debat Piala Menteri Besar Perak (2014)
3. Separuh Akhir Bahas Piala Perdana Menteri (2014 & 2016)
4. Johan Debat Dakwah Negara (2014)
5. Separuh Akhir Debat Antara Sekolah Malaysia UIAM (2015)
6. Johan Cabaran Debat Zaaba (2015)
7. Naib Johan MUSLEH International Students Debate Championship (2014 & 2016)
8. Naib Johan Pidato Piala DiRaja Kebangsaan (2015)
9. Suku akhir Cabaran Debat Muda 2121 Antara IPT (bertanding dengan pendebat universiti)
10. Johan Debat Antara Sekolah Malaysia UIAM (2016)
11. Johan Bahas Piala Perdana Menteri (2015)

Selamat bersara dari arena perdebatan peringkat sekolah. Semoga sedikit ilmu yang dicurahkan memberi manfaat. Semoga berjaya dalam SPM, dalam hidup, dunia dan akhirat. Debat kisah indah. Dengan ini DEWAN DITANGGUHKAN.

TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

BASIS, MCKK JUARA BAHAS PIALA PERDANA MENTERI 2016



KUALA LUMPUR: Sekolah Menengah Sains Banting (BASIS) pertama kali muncul juara mengenepikan saingannya dari Kolej Tunku Kurshiah (TKC) dalam Pertandingan Akhir Bahas Piala Perdana Menteri ke-43 bagi kategori bahasa Melayu di Dewan Aminuddin Baki Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu (IPGKBM), di sini, har ini. Kategori bahasa Inggeris pula dimenangi oleh Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK), yang memenangi johan dua kali berturut-turut pada tahun 2014 dan 2015.

Kedua-dua sekolah menerima hadiah wang tunai RM4,000 bersama piala pusingan, piala iringan dan sijil penyertaan. Manakala pembahas terbaik kategori bahasa Melayu Zulaika Zamaluddin, 17 dan bahasa English, Amir Aniq Abdul Hazis, 17, masing-masing dari BASIS dan MCKK menerima RM1,000, piala iringan dan sijil. Hadiah disampaikan oleh Ahli Lembaga Pengelola Dewan Bahasa dan Pustaka dan Ahli Lembaga Pengarah Sekretariat Dunia Melayu Dunia Islam (DMDI), Prof Tan Sri Dr Abdul Latiff Abu Bakar. Amir Aniq berkata, kejayaan itu bukan senang dicapai setelah banyak halangan perlu ditempuhi, malah kegagalan sebelum ini banyak mengajar mereka untuk bangkit, sekali gus mengekalkan penyandang sebagai johan tiga tahun berturut-turut.

 "Seorang pembahas perlu menjaga disiplin seperti sentiasa mengetahui isu semasa dan banyak membaca," katanya yang juga ketua kumpulan. Sementara itu, Zulaika berkata, kejayaan berkenaan banyak didorong motivasi oleh ibu bapa, guru dan rakan-rakan serta komitmen daripada semua. "Bagi saya setiap pembahas perlu ada tiga P iaitu pembahas, pembimbing dan pengorbanan dan percaya setiap peserta yang datang mempunyai kelebihan tersendiri," katanya. Info Topik bahas bahasa Melayu 'Teknologi mekanisma terbaik membanteras jenayah'. Topik bahas bahasa English 'This house believes "That in the name of humanity all contries should take in refugees tbat suffer from humanitarian crisis". 69 buah sekolah berasrama penuh mengambil bahagian.


TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

26 Jul 2016

STAR JUARAI DEBAT SEKOLAH MALAYSIA UIAM 2016


GOMBAK: Sekolah Tuanku Abdul Rahman (STAR), Ipoh, Perak muncul johan kategori Bahasa Melayu Pertandingan Debat Antara Sekolah Malaysia kali ke-14, 2016 yang berlangsung di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) di sini, hari ini. Membahaskan isu 'Pemerintahan Tentera di Negara-negara Bergolak' bagi kategori Bahasa Melayu, STAR berjaya menundukkan pasukan pendebat dari Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK), Perak. 

Kemenangan itu sekali gus melayakkan STAR membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM3,000 beserta piala pusingan, piala iringan, piala individu dan sijil. Kategori bahasa Inggeris pula menyaksikan kehebatan pendebat Sekolah Dato' Abdul Razak (SDAR), Negeri Sembilan menewaskan pasukan STAR dengan isu perdebatan 'Amerika Syarikat Perlu Membayar Wang Tebusan kepada Kumpulan Pengganas Untuk Membebaskan Rakyatnya'. Sebanyak 80 pasukan mengambil bahagian dalam pertandingan anjuran UIAM dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia yang bermula 22 Julai lalu. 






TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

9 May 2016

TERIMA KASIH JARINGAN 11 DARI KDBM STAR

Sekalung apresiasi dan ucapan terima kasih buat STAROBA Batch 1972 atau turut dikenali sebagai Jaringan 11 atas kesudian sekali lagi menyumbangkan bantuan kewangan buat pasukan Debat Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris STAR bagi menggerakkan aktiviti kelab dan persediaan menghadapi HKSBP dan pertandingan-pertandingan lain. Jaringan 11 telah banyak membantu KDBM STAR setiap tahun. Hanya Allah yang dapat membalasnya.







TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

21 Apr 2016

USUAL DEBAT YAYASAN SELANGOR 2016

Usul Cadangan Pertandingan Debat Yayasan Selangor 2016

Tema 1 - Antarabangsa
1. Kita Perlukan Amerika Syarikat Kedua
2. COP21: Negara Maju Mempunyai Tanggungjawab Yang Lebih Dalam Menangani Pemanasan Global Berbanding Negara Membangun
3. Dewan Ini Percaya Krisis Di Syria Hanya Boleh Ditangani Oleh Syria Sendiri
4. Dewan Ini Akan Memberikan Status Terra Nullius Kepada Kepulauan Spratly Demi Menangani Masalah Perebutan Kawasan Tersebut
5. Dewan Ini Percaya Tindakan Pyongyang Adalah Tepat
6. Komuniti Asean: Rakyat Asean Masih Bersempadan


Tema 2 - Pendidikan
1. DLP Mengehadkan Penguasaan Bahasa Pelajar
2. PBS Hanya Jenama Baharu
3. KPT Dan KPM Perlu Dikahwinkan Semula
4. Dewan Ini Percaya Mahasiswa Kita Dalam Sangkar
5. Dewan Ini Akan Menghentikan Pengkelasan Pelajar Mengikut Pencapaian


Tema 3 - Kenegaraan
1. Sejarah Negara Wajar Ditulis Semula
2. Barah Integriti Tiada Ubat
3. Ola Bola: Perpaduan Sekadar Dilayar Perak
4. Dewan Ini Percaya Kita Perlukan Rumah Merdeka
5. Wasatiah Hanya Konsep yang Dilaung
6. Belia Kita Buta Patriotisme


Tema 4 - Humour / Peribahasa
1. Sekiranya Adiwira Wujud, Mereka Wajib Berdaftar Dengan Kerajaan Bagi Operasi Akan Datang
2. Tidak Perlu Dipecahkan Ruyung Untuk Mendapatkan Sagu
3. Populariti Versi DivaAA Menguntungkan
4. Kadang-Kadang Kita Perlu Menjadi Pak Pandir
5. Kerana Marahkan Nyamuk Kelambu Wajar Dibakar
6. Serangga Kini Setanding Gajah


Tema 5 - Ekonomi
1. TPPA: Malaysia Ialah Penukang Tanpa Penukul
2. Pengembalian Semula Subsidi Penawar Masalah Mikroekonomi Negara
3. GST: Selangkah Kebelakang Sepuluh Langkah Kehadapan
4. Ekonomi Selangor Adalah Model Terbaik
5. Dewan Ini Percaya Arab Saudi Perlu Beralah Dalam Isu Minyak Dunia
6. Dewan Ini Akan Mengkaji Semula Kadar Bayaran Levi Pekerja Asing



TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

TEKS PIDATO : RAKYAT BERINTEGRITI, NEGARA CEMERLANG

RAKYAT BERINTEGRITI, MALAYSIA CEMERLANG

Bimillahirrahmanirrahim,

Sewaktu kita masih kecil,  kita diberitahu oleh ibu bapa kita tentang fungsi tiga warna pada  lampu isyarat. Warna MERAH untuk berhenti, warna HIJAU untuk meneruskan perjalanan dan warna KUNING untuk sedia berhenti. Namun, selepas meningkat dewasa, doktrin yang telah dikoordinasikan semenjak kecil, ibarat masuk telinga kanan, keluar telinga kiri. Tatkala keseorangan dalam pemanduan, tanpa ada seseorang yang memandang ataupun pihak berkuasa melakukan sekatan, kita menghijaukan warna Merah dan kita juga menghijaukan juga warna kuning. Inilah secebis kisah tentang INTEGRITI.

Salam apresiasi buat  saudara pengerusi majlis, barisan panel kehakiman yang penuh berintegriti, dif-dif kehormat  yang disanjungi,  seterusnya  hadirin yang bervisi  dekat di hati.  Assalamualaikum w/b/t salam 1 Malaysia  buat anda semua.

RAKYAT BERINTEGRITI, MALAYSIA CEMERLANG begitulah mauduk pidato yang bakal saya persembahkan  buat  santapan minda warga dunia.

Menurut Mantan Perdana Menteri, Tun Abdullah Haji Ahmad Badawi, konsep Rakyat Berintegriti mencakupi perkara-perkara yang lebih besar dari isu rasuah semata-mata. Rakyat Berintegriti membawa maksud rakyat  yang memiliki nilai-nilai amanah, boleh dipercayai, jujur dan  sifat-sifat peribadi yang teguh. Maka, untuk menjadikan Malaysia Cemerlang, kualiti unggul yang digariskan menerusi konsep Rakyat berintegriti diperlukan bagi memacu kecemerlangan Malaysia.

Namun persoalannya, bagaimanakah kita dapat melahirkan Rakyat Berintegriti yang akan memacu kecemerlangan Malaysia ?

Maka hayatilah pragmatik yang pertama INSTITUSI KELUARGA DIPERKASA, INTEGRITI TERPELIHARA

Institusi  keluarga  merupakan institusi penting dalam masyarakat kita kerana asas segala asuhan  bermula daripada  keluarga.  Ibarat melentur buluh biarlah dari rebungnya. Sedari kecil, anak-anak perlu dididik dengan sifat-sifat peribadi yang teguh, dan ibu bapa juga seharusnya menjadi suri teladan terbaik buat anak-anak. Menurut Prof Syed Naquib Al Atas dalam bukunya Ar Risalah, mengatakan peranan institusi keluarga sangat utama dalam pembentukan masyarakat sejahtera. Statistik yang dikeluarkan oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menunjukkan setiap 15 minit, satu pasangan islam bercerai di Malaysia, setiap 5 hari, seorang bayi kecil dibuang tanpa rasa berdosa dan setiap dua  hari, 2 orang remaja kita lari dari rumah. Kegagalan integriti  diterapkan sedari awal menyebabkan institusi keluarga menjadi pincang, dan akhirnya Malaysia yang cemerlang terencat untuk dizahirkan.  Namun saya ingin berterima kasih  kepada  ibu bapa di hadapan saya yang menyahut kempen Rumahku Syurgaku, Baiti Jannati yang sentiasa menyemaisuburkan asas integriti dalam  kalangan ahli keluarga, berteraskan yang tua dihormati, yang muda disayangi. Lantaran itu, rakyat berintegriti yang ditunjangi oleh kekuatan institusi kekeluargaan dapat dilahirkan, akhirnya Malaysia Cemerlang di persada dunia.

Sidang hadirin bervisi

Pragmatik kedua PENDIDIKAN DIMANTAPKAN, INTEGRITI DIBUDAYAKAN

Sedari Awal Kalimah Iqra diturunkan oleh Pencipta adalah untuk menyeru seluruh umat manusia mencintai ilmu. Maka, seharusnya Institusi pendidikan menjadi tapak  untuk menanam asas integiriti dalam kalangan rakyat Malaysia. Kita sedar, institusi pendidikan merupakan institusi cukup dihormati dan dekat di hati. Namun kita disentak dengan beberapa isu integriti dalam bidang pendidikan, kes kebocoran soalan UPSR yang tidak sepatunya berlaku sehinggalah kisah  pelajar memukul guru yang berkorban mencurahkan  ilmu. Cukup sedih apabila melihat SEORANG  murabbi diperlakukan sedemian rupa. Namun, saya cukup yakin, itu hanya kes-kes terpencil kerana masih ramai dalam kalangan  putra-putri merdeka yang menjunjung falsafah rasmi padi, semakin berisi, semakin menunduk ke bumi. Usaha-suaha diperkasakan melalui sektor pendidikan untuk menyemaisuburkan integriti bukan sahaja dalam kalangan pelajar, malahan kepada murabbi.  Dari seawal Penyata Razak sehinggalan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia ,  pelbagai usaha dilaksanakan bagi melahirkan modal insan beringriti.  Pendidikan agama dan moral diwajibkan, pendidikan sivik dan  kewarganegaraan juga diperkasakan, kegiatan kokurikulum disulam dengan asas integriti yang kuat. Lantaran itu, lahirlah modal insan bermentaliti kelas pertama yang akan memacu kecemerlangan Malaysia.


Pragmatik ke tiga, MEDIA MASSA MAINKAN  PERANAN, AMALAN INTEGRITI DITINGKATKAN.  Menyedari betapa dunia hari ini dihujani dengan ledakan media sosial, kita tidak boleh mengatakan tidak kepada kehadiran teknologi ini. Dilaporkan bahawa kini terdapat lebih 500 juta pengguna facebook dan lebih 100 juta pengguna twitter di seluruh dunia, membuktikan media social merupakan satu ancaman jika tidak digunakan dengan cara yang betul. Insiden pergaduhan di Plaza Low Yat pada 12 Julai lepas, misalnya, hanyalah berpunca daripada insiden mencuri telefon bimbit tetapi menjadi viral kononnya melibatkan isu pergaduhan kaum. Bukan itu saja, penyebaran spekulasi liar dan berita palsu berkaitan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 yang hilang sejak 8 Mac tahun lepas juga antara bukti penyebaran berita tidak sahih. Fitnah ini membuktikan ketirisan integriti ysng gsgsl dibezakan kebenaran dan kepalsuannya. lantaran itu, pengguna media sosial yang memiliki integriti yang tinggi seharusnya berupaya menapis dan menentusahkan setiap berita sebelum menyebarkannya di media massa. Mereka tidak akan sewenang-wenangnya menyebarkan berita yang palsu. Di pihak kerajaan, pelbagai usaha dilaksanakan.  Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia menggubal  Akta Komunikasi dan Multimedia  bagi menyekat berita yang tidak ada integriti.  Kempen-kempen integriti di kalangan pengguna media sosial dirancakkan dan seharusnya disambut baik oleh seluruh rakyat Malaysia.

Anak-anak bangsaku
Sebelum saya meninggalkan medan pidato in, saya dapat simpulkan betapa hari ini kita mampu melahirkan rakyat berintegriti yang bakal memacu kecemerlangan Malaysia andai institusi keluarga diperkasa, pendidikan integriti menjadi budaya serta media social diguna sebaiknya. Ayauhlah bangsaku, kita lakarkan potret kecemerlangan Malaysia, maka benarlah Rakyat Berintegriti, Malaysia Cemerlang.
Sekian, Terima Kasih.


Disediakan oleh : 
SHAHNUN ABDUL GHANI

Disampaikan oleh : 
MUHAMMAD AFIF NAZHAN BIN MOHD HASNI,
NAIB JOHAN PIDATO PIALA DI RAJA PERINGKAT KEBANGSAAN


TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

22 Oct 2015

USUL PERTANDINGAN DEBAT TUNAS MUDA INTEGOMB

Usul Pertandingan Debat Tunas Muda INTEGOMB


Pusingan Awal 1 : 
SEKOLAH SATU ALIRAN JAWAPAN KEPADA MASALAH PERPADUAN.

Pusingan Awal 2 :
 ATLIT MALAYSIA MAMPU MERAIH PINGAT EMAS OLIMPIK.

Pusingan Awal 3 : 
PROGRAM REALITI TV MAMPU MELAHIRKAN BAKAT MUDA BERKUALITI.

Pusingan Awal 4 :
 ADAT TRADISI MENGHALANG KEMAJUAN.

Peringkat Suku Akhir : 
JEREBU DAPAT DIBENDUNG JIKA UNDANG-UNDANG LEBIH KETAT.

Peringkat Separuh Akhir :
 'PAHLAWAN PAPAN KEKUNCI' (KEYBOARD WARRIORS) WAJAR DIHUKUM PENJARA.

Pertandingan Akhir : 
BEBAN KERJA RUMAH PUNCA HILANGNYA KESERONOKAN BELAJAR.




TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

8 Oct 2015

PIDATO PIALA DIRAJA KALI KE-31 PAHAT KEJAYAAN BUAT PEMIDATO STAR

Pada 5-8 Oktober 2015, Muhammad Afif Nazhan bin Mohd Hasni telah mewakili Negeri Perak dalam Pertandingan Pidato Piala DiRaja Kali ke-31 bertempat di Hotel Empress, Sepang. Dalam pertandingan peringkat separuh akhir, Muhammad Afif telah menyampaikan Pidato Wajib bertajuk "Rakyat Berintegriti, Malaysia Cemerlang" dan pidato spontan bertajuk "Integrasi Nasional Alaf Baru". Alhamdulillah dalam pusingan separuh akhir, Muhammad Afif berjaya menduduki tempat ke-2 keseluruhan dan layak ke Akhir.
1
Muhammad Afif layak ke final bersama peserta dari Labuan dan Kuala Lumpur. Dalam pertandingan akhir yang diadakan di Dewan Aminuddin Baki, IPG Bahasa Melayu, Kuala Lumpur. Dalam pertandingan akhir, Muhammad Afif menyampaikan Pidato wajib bertajuk "Rakyat Berintegriti, Malaysia Cemerlang" dan pidato spontan bertajuk "Generasi Y Penerus Kegemilangan".
Alhamdulillah, Muhammad Afif Nazhan telah diumumkan sebagai NAIB JOHAN Pertandingan Pidato Piala Perdana Menteri Kali Ke-31. Hadiah disampaikan oleh Menteri Pendidikan, YB Dato Seri Mahdzir bin Khalid. Johan disandang oleh peserta Kuala Lumpur.
2

TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

KEPTUSAN PERTANDINGAN PIDATO PIALA DI RAJA KALI KE-31 TAHUN 2015


Keputusan Pertandingan Pidato Piala DiRaja Peringkat Kebangsaan Kali Ke-31 Tahun 2015

Kategori Sekolah Rendah

JOHAN :
 Ayuni Hazirah binti Daniel Liting (Sarawak)


NAIB JOHAN:
 Muhammad Hafiz Bukhari bin Mohd Khadari (Perak)

Ke-3 : 

Nor Atikah Ayuni binti Mohd Oslani (Pulau Pinang)



Kategori Sekolah Menengah

JOHAN : 
Syafiqah Fasiha binti Ahmad Safri (Kuala Lumpur)

NAIB JOHAN : 
Muhammad Afif Nazhan bin Mohd Hasni (Perak)

Ke-3: 
Khairunisa binti Jaffri (WP Labuan)



TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

27 Sept 2015

TAJUK PIDATO PIALA DIRAJA PERINGKAT KEBANGSAAN 2015

Kategori A (Sekolah Rendah)

1. Permuafakatan Membina Bangsa Berjaya. (Perlis, Kedah, Pulau Pinang)
2. Bahasa Melayu Lambang Perpaduan Bangsa. (Perak, Selangor, Kuala Lumpur)
3. Kemenjadian Murid Asas Kecemerlangan Pendidikan. (Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Pahang)
4. Masyarakat Muafakat Keamanan Terpelihara. (Terengganu, Kelantan, Sarawak)
5. Pendidikan Kepenggunaan, Pengguna Berwawasan. (Sabah, Labuan, Putrajaya)

Kategori B (Sekolah Menengah)

1. Keutuhan Perpaduan Keharmonian Berkekalan. (Perlis, Kedah, Pulau Pinang)
2. Rakyat Berintegriti Malaysia Cemerlang. (Perak, Selangor, Kuala Lumpur)
3. Kepimpinan Berkesan Teras Kemakmuran. (Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Pahang)
4. Transformasi Pendidikan Menjana Kemenjadian Murid. (Terengganu, Kelantan, Sarawak)
5. Parlimen Belia Penyambung Kepimpinan Negara. (Sabah, Labuan, Putrajaya)

TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...