Showing posts with label CDZ. Show all posts
Showing posts with label CDZ. Show all posts
20 Mar 2017
19 Jun 2015
USUL CABARAN DEBAT ZA'BA 2015
USUL CABARAN DEBAT ZA'BA 2015
Tema : ‘Mahasiswa Pendaulat Amanat Negara’
Pusingan 1: Pendidikan
-Pengangguran graduan berpunca daripada kelemahan mutu pendidikan Negara
Pusingan 2 : Ekonomi
Dewan ini percaya pemberian wang tunai lebih berkesan berbanding baucer buku.
Pusingan 3 : Perpaduan
Perpaduan mahasiswa peneraju perubahan akan datang.
Pusingan 4 : Sosial
Demi pendidikan mahasiswa, laman sosial perlu disekat.
Pusingan suku akhir : Politik
Dewan ini percaya Politik kampus satu kegagalan
Pusingan Separuh Akhir : Gender
Malaysia perlukan kuota gender untuk kemasukan ke IPT.
Pusingan akhir : Mahasiswa
Dewan ini percaya parlimen belia akan membawa perubahan
1 Jun 2015
KDBM STAR JUARA SULUNG CABARAN DEBAT ZA'ABA, UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
Pada 6-8 Mac 2015, Keluarga Debat Bahasa Melayu STAR telah menyertai Cabaran Debat Za’aba, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Selangor. Pertandingan tiga hari ini merupakan satu platform yang baik kepada KDBM STAR kerana penyertaan adalah bukan sahaja daripada sekolah-sekolah menengah, namun turut melibatkan pelajar-pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia sendiri. Sebanyak 32 pasukan telah menyertai pertandingan ini.
Alhamdulillah, setelah menempuhi perlawanan di peringkat kumpulan, suku akhir dan separuh akhir, KDBM STAR telah melayakkan diri ke perlawanan akhir. Dalam perlawanan akhir, STAR telah menentang Sekolah Seri Puteri, Cyberjaya. Pada perlawana akhir, ke dua-dua pasukan telah membahaskan usul Dewan Ini Percaya Parlimen Belia Akan Membawa Perubahan. Bertindak selaku kerajaan, STAR berjaya meyakinkan juri untuk menerima usul perdebatan. Akhirnya STAR diumumkan juara setelah kesemua juri memihak kepada kerajaan (5-0). Manakala Syameel Aieman, pembahas ke-3 STAR dipilih sebagai pembahas terbaik perlawana akhir. Tahniah diucapkan kepada guru pembimbing, Encik Shahnun bin Abdul Ghani dan para pembahas iaitu Afif Nazhan, Syameel Aieman dan Ilman Hakim.


