Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.
Showing posts with label CDM2121. Show all posts
Showing posts with label CDM2121. Show all posts

20 Mar 2017

USUL CABARAN DEBAT MUDA 2121 EDISI KE-5 TAHUN 2017



Pusingan 1: Jenayah Alam Sekitar
Isu Alam Sekitar: Merawat Lebih Baik Daripada Mencegah

Pusingan 2: Jenayah Gender
Demi Mengangkat Keadilan Dalam Rumah Tangga, Perjanjian Perkahwinan Perlu Diwajibkan di Malaysia

Pusingan 3: Humor/Peribahasa
1. Satu Lebih Baik Daripada Dua
2. Kalau Takut Dilambung Ombak Jangan Berumah di Tepi Pantai
3. Biar Berkelahi Dahulu, Jangan Berkelahi Kemudian

Pusingan 4: Jenayah Global
Hak Pembanggunan Senjata Nuklear Wajar Diberikan Kepada Semua Negara

Pusingan 5: Jenayah Ekonomi
Kestabilan Ekonomi Adalah Jawapan Kepada Pengurangan Kes Jenayah

Pusingan Kalah Mati
1. Integriti Politik: Kuasa Pemilihan Menteri oleh Perdana Menteri Perlu Dihapuskan
2. Demi Mengurangkan Jenayah Siber, Penggunaan Identiti Tanpa Nama (anonymous) Perlu Disekat
3. Isu Jenayah Adalah Lebih Penting Berbanding Isu Ekonomi
4. Sistem Juri Perlu Dikembalikan Dalam Sistem Kehakiman Malaysia
5. Hukuman Mati Mandatori Kepada Pesalah Jenayah Berat Wajar Dimansuhkan

TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

STAR BERI CABARAN DALAM CDM 2121

Tahun 2017 dimulakan dengan pertandingan pertama iaitu Cabaran Debat Muda UTP. Pertandingan ini merupakan pertandingan Debat Bahasa Melayu yang memghimpunkan para pendebat IPT dan Sekolah Menengah yang berusia 21 Tahun ke bawah. Untuk rekod tahun 2013 STAR layak ke separuh akhir manakala tahun 2016 STAR layak ke suku akhir. Suatu pengalaman berharga kepada para pendebat kerana bertanding bersama para pendebat universiti yang lebih berpengalaman.
Alhamdulillah dalam pertandingan yang berlangsung di Universiti Teknologi Petronas (UTP) ini, STAR bersaing bersama-sama 60 buah pasukan IPT dan sekolah seluruh Malaysia. Secara keleluruhan, berikut merupakan pencapaian STAR :
1. Pusingan Liga – Tempat ke-4 dari 60 buah pasukan.
2. Layak ke suku akhir tetapi tewas kepada SAS.
3. Ilman Hakim berada pada kedudukan ke-5, manakala Jufri Firdaus berkedudukan tempat ke-8 pembahas terbaik keseluruhan.

Tahniah diucapkan kepada KDBM STAR atas pencapian ini. Semoga berjaya dalam pertandingan yang seterusnya.




TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

17 Dec 2013

CABARAN DEBAT MUDA 2121: ADA KISAH INDAH TERTINGGAL DI BUMI TRONOH

Cabaran Debat Muda untuk Alaf 21 (CDM2121) merupakan satu pertandingan debat untuk pelajar Institusi Pengajian Tinggi (IPT) yang berusia 21 tahun dan ke bawah. Menyedari betapa perlunya STAR untuk bertanding di peringkat yang lebih tinggi, maka KDBM STAR mengorak langkah buat pertama kalinya menyertai CDM2121 bagi edisi ke-2 tahun 2013. Penyertaan KDBM STAR merupakan usaha untuk menimba sebanyak mana ilmu dan pengalaman bersaing bersama-sama para pendebat universiti. 

Cabaran CDM2121 tahun ini disertai oleh 30 pasukan termasuklah dari empat buah sekolah iaitu Sekolah Tuanku Abdul Rahman(STAR),  Sekolah Dato' Abdul Razak (SDAR),  Sekolah Seri Puteri(SSP), dan The Malay College Kuala Kangsar (MCKK). Antara IPT yang mengambil bahagian ialah UIAM, Asasi UIAM, UPNM, UM, UTP, UTM dan UiTM. manakala pasukan jemputan dari Persatuan persuratan melayu Singapura (4PM).


STAR diwakili oleh Ahmad Aiman, Muhaimin, Syafiq Jebat dan Afif Nazhan.

Berikut kami paparkan keputusan perlawanan yang melibatkan STAR di peringkat pusingan awal (ENAM perlawanan) .

Pusingan Pertama

USUL : Teknologi Pencegahan Jenayah di Malaysia, Masih Lemah
STAR (kerajaan) menentang Asasi UIAM A (pembangkang)
Pemenang : STAR
Margin : 2
Pendebat  Terbaik : Muhammad Syafiq Jebat (STAR)

Pusingan Ke-dua

USUL : Pembangunan Bandar Menjejaskan Warisan Negara
STAR (kerajaan) menentang UiTM E (pembangkang)
Pemenang : UiTM E
Margin : 2
Pendebat  Terbaik : Muhammad Aiman (UiTM E)

Pusingan ke-3

USUL : Industri Hiburan Tanah Air Gagal Memartabatkan Budaya dan Warisan Tempatan
UIAM C (Kerajaan) menentang STAR (Pembangkang)
Pemenang : STAR
Margin : 5
Pendebat Terbaik : Ahmad Aiman (STAR)

Pusingan ke-4

USUL : Kita Perlu Mencontohi Kongres Diaspora
Asasi UIAM A  (Kerajaan) menentang STAR (Pembangkang)
Pemenang : STAR
Margin : 1.33
Pendebat  Terbaik : Muhaimin (STAR)

Pusingan ke-5

USUL : Demi Alam Sekitar, Dewan Ini Lebih Percaya Kepada Teknologi Hijau Berbanding Pemantapan Kesedaran
UiTM E (Kerajaan) menentang STAR (Pembangkang)
Pemenang : STAR
Margin : 2
Pendebat terbaik : Muhammad Syafiq (STAR)

Pusingan ke-6

USUL : Pewartaan Tapak Warisan Dunia Lambang Komitmen Kepada Khazanah Negara
STAR (Kerajaan) v UiTM C (Pembangkang)
Pemenang : UiTM C
Margin : 1.67
Pendebat terbaik : Ahmad Aiman (STAR)


Perlawanan menentang UIAM C.


Alhamdulillah, dari sekadar hadir ke UTP untuk menimba pengalaman dan ilmu perdebatan bersama-sama para pendebat IPT, Allah memberi laluan yang mudah dan rezeki yang murah kepada pasukan kami apabila memenangi 4 perlawanan di peringkat pusingan awal. Secara ke seluruhannya STAR berada di kedudukan ke-4 daripada 30 pasukan yang bertanding.

STAR berjaya melayakkan diri ke peringkat suku akhir dan diundi menentang pasukan UIAM B. berikut merupakan keputusan peringkat suku akhir. 

Pusingan Suku Akhir

USUL : UNESCO Masih Releven Dalam Penjagaan Warisan Dunia
UIAM B (Kerajaan) menentang STAR (pembangkang)
Pemenang : STAR
Margin : 2.55
juri : 3-0
Pendebat terbaik : Ahmad Aiman (STAR)

Dengan ini STAR berjaya melangkah ke separuh akhir, satu peringkat yang tidak pernah terduga kerana kami terpaksa bersaing dengan pembahas-pembahas universiti. Di peringkat separuh akhir, STAR sekali lagi diundi bertemu UiTM C, pasukan yang menewaskan STAR pada pusingan ke-5 dan merupakan juara liga pusingan awal.

Pusingan Separuh Akhir

USUL : Dewan Ini Menyokong Mekanisme Penangkapan dan Penyimpanan Karbon (CCS)  Demi Mengawal Pemanasan Global

STAR (kerajaan) v UiTM C (Pembangkang)
Pemenang : UiTM C
Juri : 4-1
Margin 1.67
Pendebat Terbaik : Haziq Jamaludin(UiTM C)

Dengan ini maka, tamatlah perjuangan STAR dalam CDM212 bagi tahun 2013. Alhamdulillah, banyak ilmu yang dipelajari dalam tempoh empat hari berkampung di bumi Tronoh. Semoga kejayaan ini membuka jalan yang lebih luas kepada kejayaan seterusnya.


Selamat tinggal UTP ! Selamat tinggal CDM2121. Ada kisah indah tertinggal di sini.








TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

12 Dec 2013

USUL CABARAN DEBAT MUDA 2121 TAHUN 2013


Berikut merupakan usul Debat bagi Pertandingan Cabaran Debat Muda 2121, universiti Teknologi Petronas bagi tahun 2013.

Pusingan Pertama
Teknologi Pencegahan Jenayah di Malaysia, Masih Lemah

Pusingan Ke-dua
Pembangunan bandar Menjejaskan Warisan Negara

Pusingan ke-3
Industri hiburan tanah Air Gagal Memartabatkan budaya dan Warisan Tempatan

Pusingan ke-4
Kita Perlu Mencontohi Kongres Diaspora

Pusingan ke-5
Demi Alam Sekitar, Dewan Ini Lebih Percaya Kepada Teknologi Hijau Berbanding Pemantapan Kesedaran

Pusingan ke-6
Pewartaan Tapak Warisan Dunia Lambang Komitmen Kepada Khazanah Negara

Pusingan Suku Akhir
UNESCO Masih Releven Dalam Penjagaan Warisan Dunia

Pusingan Separuh Akhir
Dewan Ini Menyokong Carbon Capture Storage (CCS) Demi Mengawal Pemanasan Global

Usul Pusingan Akhir akan dikeluarkan oleh penganjur sebelum pertandingan akhir.




TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...