Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

27 Sept 2015

TAJUK PIDATO PIALA DIRAJA PERINGKAT KEBANGSAAN 2015

Kategori A (Sekolah Rendah)

1. Permuafakatan Membina Bangsa Berjaya. (Perlis, Kedah, Pulau Pinang)
2. Bahasa Melayu Lambang Perpaduan Bangsa. (Perak, Selangor, Kuala Lumpur)
3. Kemenjadian Murid Asas Kecemerlangan Pendidikan. (Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Pahang)
4. Masyarakat Muafakat Keamanan Terpelihara. (Terengganu, Kelantan, Sarawak)
5. Pendidikan Kepenggunaan, Pengguna Berwawasan. (Sabah, Labuan, Putrajaya)

Kategori B (Sekolah Menengah)

1. Keutuhan Perpaduan Keharmonian Berkekalan. (Perlis, Kedah, Pulau Pinang)
2. Rakyat Berintegriti Malaysia Cemerlang. (Perak, Selangor, Kuala Lumpur)
3. Kepimpinan Berkesan Teras Kemakmuran. (Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Pahang)
4. Transformasi Pendidikan Menjana Kemenjadian Murid. (Terengganu, Kelantan, Sarawak)
5. Parlimen Belia Penyambung Kepimpinan Negara. (Sabah, Labuan, Putrajaya)

TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

25 Aug 2015

TEKS PIDATO " KEMANAN DUNIA BUKAN IMPIAN "

KEAMANAN DUNIA BUKAN IMPIAN

Bimillahirrahmanirrahim,

Pernah atau tidak terlintas di benak pemikiran kita untuk hidup dalam dunia yang penuh dengan keamanan? Dunia tanpa sebarang pertelingkahan, pergaduhan, peperangan dan konlfik keamanan? Setiap hari tanpa henti, masyarakat dunia disajikan dengan krisis keamanan yang berlaku di seantero dunia sehingga perkara ini sudah menjadi perkara biasa-biasa untuk kita. Persoalannya adakah kita tidak mengimpikan untuk mewujudkan dunia yang penuh dengan keamanan?

Salam apresiasi buat  saudara pengerusi majlis, barisan panel kehakiman yang penuh berintegriti, dif-dif kehormat  yang disanjungi,  seterusnya  hadirin yang bervisi  dekat di hati. Assalamualaikum w/b/t salam keamanan buat anda semua.

KEAMANAN DUNIA BUKAN IMPIAN begitulah mauduk pidato yang termenterai buat santapan minda warga dunia.

Secara umumnya menurut  Setiausaha Agung  Pertubuhan  Bangsa-Bangsa Bersatu Ban Ki Moon, keamanan  dunia bermaksud situasi masyarakat  dunia yang hidup dalam keadaan harmoni, berintegriti, kesederhanaan dan kebahagiaan  tanpa sebarang ancaman dan bahaya. Namun dalam situasi semasa, dunia yang penuh dengan masalah, krisis dan konflik keamanan sudah cukup untuk membuktikan bahawa kita tidak mengimpikan keamanan  dunia. Justeru marilah bersama-sama saya untuk menghayati TIGA kisah menghayat hati buat renungan bersama.

Saudaradansaudari,

Pertama : Negara antara negara bertelagah, krisis taksudah-sudah.

Sehingga   hari ini, kita masih dipaparkan dengan isu-isu semasa mengenai konflik antara dua Negara iaitu Israel dan Palestin. Sudah  lebih 100 tahun  dua Negara ini bertelegah, namun konflik ini masih tak sudah-sudah.  Walaupun sudah banyak perjanjian ditangani, pemimpin juga silih berganti, namun sehingga kini usaha yang dilakukan  hanya menemui jalan buntu.  Jika dahulu, rakyat di Palestin mampu untuk hidup dalam keadaan aman dan harmoni di tanah air sendiri, namun selepas keputusan untuk  menubuhkan kerajaan Yahudi termeterai, segalanya menjadi mimpi ngeri. Tanah mereka dirampas, rumah menjadi tempat berlindung dimusnah. Daripada  580 perkampungan  rakyat  Palestin  yang wujud sebelum perang 1948,  Zionis telah menghancurkan 478 buah kampung. Kanak-kanak tidak berdosa, kaum wanita yang tiada upaya turut menjadi korban kerakusan Zionis durjana. Kemajuan  teknologi senjata menjadi saksi betapa rakyat tidak berdosa terkorban di bumi sendiri. Sedangkan masyarakat dunia terus menjadi pemerhati, PBB juga berdiam diri, OIC terus senyap dan tuli.  Adakah Keamanan Dunia Yang kita impikan akan terjadi?

Putera-puteri pewaris dunia.

Kedua : Hak Asasi DiCabuli, Rakyat  Sengsara Tak Henti

Isu entik Rohingya masih segar dalam ingatan kita. Pernahkan kita terbayang  bagaimanakah perasaan jika kita berada di tempat mereka? Menurut  Amnesty Internatonal, orang Rohingya terus menerus menderita dan terseksa akibat pencabulan hak kemanusiaan oleh junta tentera  Myanmar  sejaktahun 1978, dan akibatnya ramai yang telah melarikan  diri  ke Negara jiran seperti Bangladesh. Etnik  rohingya ini telah dinafikan  kewarganegaraan Myanmar mereka dan  kewujudan mereka ingin dihapuskan dari Myanmar. Pembunuhan rancak dijalankan untuk memastikan etnik muslim rohingya yang dahulunya dalam lingkungan 6 juta kini  tinggal  hanya dalam lingkungan 800 000 ribu orang, hilang tanpa dikesan, mati tanpa kubur dan nesan. Sebak melihat r umah mereke dibakar di hadapan mata, malah ramai yang disembelih tanpa  ada belas kasihan, malah yang lebih dasyat kanak-kanak yang tidak berdosa diikat tangan mereka dan dibuang dalam sungai. Natijahnya, pembunuhan etnik terus berlaku, puak pelampau Budha terus bersorak keriangan, ASEAN hanya diam membisu, dan seperti biasa masyarakat dunia hanya menjadi pemerhati setia.



Warga dewan budiman,
 
Ketiga : Ketelusan demokrasi tidak dipelihara, dunia makin porak-peranda

Masihkah kita ingat akan krisis demokrasi dan politik yang berlaku di Mesir? Nama Muhammad Mursi Isa al Ayya begitu harum ketika itu. Beliau merupakan Presiden Mesir yang kelima serta Pemerintah Tertinggi Angkatan  Tentera Mesir antara 2012 hingga 2013. Dengan iltizam menjunjung demokrasi,   Morsi merupakan pemimpin pertama di Mesir yang memenangi pilihanraya secara demokratik dalam sejarah Mesir, selain orang awam pertama memegang jawatan itu. Namun malangnya  pada 30 Jun 2013, bantahan besar-besaran meletus di Mesir menyeru perletakan jawatan Presiden, Negara yang aman mula bergolak Dari Istana Presiden, akhirnya Mursi dibawa ke penjara. Morsi telah digulingkan pada 3 Julai oleh menteri pertahanan dan panglima besar tentera Abdul Fatah al-Sisi. Lantaran itu, rakyat marhain mendokong demokrasi bangkit menentang ketidakadilan tentera. Lantas, tanpa perikemanusiaan, rakyat awam dibunuh dengan kejam oleh tentera Mesir. Seluruh dunia menyifatkannya sebagai jenayah kemanusiaan terkutuk, lebih-lebih lagi ia dilakukan pasukan keselematan yang sepatutnya menjaga keamanan serta ketenteraman negara. Ibarat harapkan pegar, pegar makan padi. Bagaimana wujudkan keaman dunia yang kita impikan sekiranya pemimpin Negara sendiri tidak menjaga kepentigan   rakyat.

Anak-anak bangsaku.

Begitulah cebisan kisah duka dan air mata buat santapan halwa telinga. Sebelum saya  meninggalkan pentas  khutub khanah ini, ingin  saya menyeru kepada seluruh warga dewan yang setia, agar kita peliharalah kemananan yang kita miliki ini dengan sebaiknya. Saya yakin dan pasti semua warga dunia mengharapkan dunia yang aman tanpa pergolakan. Ayuh bangsaku, kita lakarkan potret keamanan dunia. Kita bina masyarakat sejahtera kerana KEMANAN BUKAN IMPIAN , malah akan menjadi kenyataan suatu hari nanti.

Sekian wabillahitaufikwalhidayah, wassalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh.



TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

USUL PERTANDINGAN DEBAT ALAM SEKITAR ANTARA IPT 2015





TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

IIUM IDC 2015 : SKRIP 2012 BERULANG

IIUM Interschool Debating Championship 2015 telahpun melabuhkan tirainya. Dan buat kesekian kalinya, pendakian ke pentas final sekali lagi terhenti di peringkat separuh akhir. Mungkin badi agaknya, atau suratan. Saban tahun pentas final terhalang di separuh akhir. Namun, semuanya ketentuan Allah SAW yang mencorakkan perjalanan hamba-Nya. Berikut merupakan laporan perlawanan yang melibatkan STAR. 





Pusingan 1


USUL: Malaysia Wajar Memperuntukkan Insentif Kepada 
Golongan Gelandangan 
SESERI(kerajaan) vs STAR (Pembangkang) 
Juri:3-0
Margin:2.33
Pemenang : STAR 
Pendebat terbaik : Syameel Aieman (STAR)

Pusingan 2

Usul : Dewan Ini Percaya Ekonomi Malaysia Lemah Dalam Rantau ASEAN 
STAR (kerajaan) vs ITQAN (Pembangkang) 
Juri: 3-0
Margin: 3.33
Pemenang: STAR
Pembahas Terbaik: Afif Nazhan (STAR)

Pusingan 3

Usul:Media Memberi Kesedaran Politik Kepada Masyarakat
STAR (kerajaan) vs INTEGOMB(pembangkang)
Juri:2-1
Margin:1
Pemenang :Integomb
Pendebat terbaik : Syameel Aieman  (STAR)

Pusingan 4

Usul:Krisis Crimea Era Baru Perang Dingin
STAR (kerajaan ) vs  SMS Banting (Pembangkang) 
Pemenang: STAR
Juri: 1-0
Margin: 2
Pendebat  Terbaik:Siti Nurshafika (BASIS) 

Pusingan 5

Usul:Konsumerisme Penyebab Derita Alam
STAR  (kerajaan ) VS SMS TENGKU MUHAMMAD FARIS PETRA (Pembangkang) 
Pemenang :STAR
Juri: 3-0
Margin: 2.3
Pendebat Terbaik :Afif Nazhan  (STAR)

Pusingan 6

Usul : Rezeki Secupak Tidak Akan Jadi Segantang
MRSM Kuala Berang (kerajaan) vs STAR (pembangkang)

Pemenang STAR
Juri :  1-0 
Margin : 4
Pendebat Terbaik :   Afif Nazhan (STAR)

 Tamat pusingan awal, STAR berjaya menempatkan diri pada ke dudukan ke-4 keseluruhan daripada 68 buah pasukan yang bertanding. Secara automatik, STAR terus layak ke pusingan octo final tanpa melalui pusingan double octo. Di peringkat octo final, STAR telah bertemu SMK Sultan Muhammad, Melaka. 




Pusingan Octo Final

Usul : Demokrasi Di Malaysia Sudah Matang
SMKA Sultan Muhammad (kerajaan) vs STAR (pembangkang)

Pemenang STAR
Juri :  3-0
Margin : 4
Pendebat Terbaik :   Syameel Aieman  (STAR)

Pusingan Suku Akhir

Usul: Dewan Ini Akan Menyokong Mekanisme Penangkapan dan penyimpanan Carbon (CCS) Demi Mengawal Pemanasan Global 
MCKK (kerajaan ) VS STAR (pembangkang) 
Pemenang :STAR 
Juri:4-1
Margin: 1.5
Pendebat Terbaik : Syameel Aieman (STAR) 

Pusingan Separuh Akhir

Usul : Krisis Timur Tengah : Kita Perlukan Hitler
STAR vs SAM Hulu Langat
Pemenang : SAM Hulu langat
Juri : 5-0
Margin 1
Pendebat Terbaik : Najmi (SAM Hulu Langat)

Maka tamatlah perjuangan kami di IIUM IDC 2015. Sekalung ucapan penghargaan buat semua pendebat Afif, Syameel dan Aliff Hazim kerana berjaya sampai hingga ke tahap ini. Pencapaian yang amat membanggakan dalam arena debat Sekolah-sekolah malaysia. Jumpa lagi di tahun 2016. 






TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

MUSLEH ISDC 2015 : MENYAMAI PENCAPAIAN 2014 , MISI KITA MASIH TERTANGGUH


Usai IIUM IDC 2015, KDBM STAR kembali ke Kuala Lumpur. Kini hasrat menawan semula kejuaraan Debat Musleh yang terlepas kepada SDAR pada tahun 2014.  Kami ingin sekali menamatkan musim 2015 dengan mengembalikan piala MUSLEH ke bumi Ipoh setelah melakukannya pada tahun 2012 dan 2013. Bertempat di Hotel Putra dan UTM Kmpus Kuala Lumpur, tanggungjawab ini diletakkan di bahu Afif, Ilman dan Syameel. Berikut merupakan keputusan pusingan awal. 

Pusingan 1

USUL: Negara maju 2020 : Misi Mustahil 
SM Islam Hidayah, Ipoh (kerajaan) vs STAR (Pembangkang) 
Juri:1-0 
Margin:4
Pemenang : STAR 
Pendebat terbaik : Afif Nazhan (STAR)

Pusingan 2

Usul : Semut Sudah Setanding gajah 
STAR (kerajaan) vs TKC  (Pembangkang) 
Juri: 1-0
Margin:1
Pemenang: STAR
Pembahas Terbaik: Syafiqah (TKC) 

Pusingan 3

Usul: Malaysia Perlukan Sumber Tenaga Nuklear 
STAR (kerajaan) vs SMI Hidayah JB (pembangkang)
Juri: 1-0
Margin:1
Pemenang : STAR 
Pendebat terbaik : Afif Nazhan  (STAR)

Pusingan 4

Usul: Parti Politik Di Malaysia Sudah Tiada Arah Tuju
STAR  (kerajaan ) VS SMAP Kajang (pembangkang) 
Pemenang :STAR
Juri: 3-0
Margin: 1.67
Pendebat Terbaik :Afif Nazhan  (STAR)


Pusingan 5



Usul: Perpaduan di Malaysia Semakin Mantap 
Integomb (kerajaan) vs  STAR  (pembangkang) 
Pemenang :STAR
Juri: 1-0
Margin: 2
Pendebat Terbaik :Afif Nazhan  (STAR)

Selesai pusingan ke-5, STAR berjaya menempatkan diri pada kedudukan pertama keseluruhan daripada 38 pasukan yang bertanding. STAR terus layak ke pusingan suku akhir tanpa melalui pusingan pra suku akhir.  Di peringkat akhir STAR sekali lagi bertemu SMAP Kajang.



Pusingan Suku AKhir 



Usul: Konsumerisme Penyebab Derita Alam 
STAR  (kerajaan ) VS SMAP Kajang (pembangkang) 
Pemenang :STAR
Juri:2-1
Margin: 0.5
Pendebat Terbaik : Wan Muizzudin (SMAP Kajang) 



Pusingan Separuh Akhir 



Usul: Dewan Ini Akan Mengurangkan Cukai Pendapatan Bagi Individu 
STAR (kerajaan) vs  TKC (pembangkang) 
Pemenang :STAR
Juri: 4-1
Margin: 1
Pendebat Terbaik : Syafiqah (TKC)


Perlawanan Akhir




Usul: Pengeboman Bangkok, Petanda Timur dan Barat Masih Jauh Terpisah
STAR (kerajaan) vs  MCKK  (pembangkang) 
Pemenang :MCKK
Juri:5-2
Margin: 1.4
Pendebat Terbaik : Amer Hazim (MCKK)


Dengan ini perjuangan KDBM di MUSLEH berakhir sebagai NAIB JOHAN. Sekalung tahniah buat semua pendebat, alumni dan para penyokong yang telah berjuang sehingga minit terakhir, namun kali ini rezeki tidak menyebelahi STAR. Jumpa lagi pada tahun 2016. 






TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...