Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

10 Mar 2014

SENARAI SEKOLAH YANG LAYAK KE HKSBP KEBANGSAAN 2014


Sebanyak 37 buah Sekolah Berasrama Penuh yang berjaya melayakkan diri ke peringkat kebangsaan di SESMA , Kuala Terengganu bagi pertandingan Bahas Bahasa Melayu setelah mengharungi pusingan kelayakan di peringkat zon. Tarikh dijangkakan pada 22-26 Mei 2014.


ZON UTARA
1. SM SAINS RAJA TUN AZLAN SHAH (SERATAS)
2. SM SAINS KUCHING UTARA (SAKURA)
3. SM SAINS TUANKU SYED PUTRA (SMSTSP)
4. SBPI GOPENG (IGOP)
5. THE MALAY COLLEGE (MCKK)
6. SM SAINS TUN SYED SHEH SHAHABUDIN (TUNSYED)
7. SEKOLAH TUANKU ABDUL RAHMAN (STAR)
8. SM SULTAN ABDUL HALIM (SMSAH)
9. SM SAINS KUBANG PASU (KUPSIS)

ZON TENGAH

1. SM AGAMA PERSEKUTUAN KAJANG (SMAPK)
2. SM SAINS SELANGOR (SMSS)
3. SBPI GOMBAK (INTEGOMB)
4. SM SAINS ALAM SHAH (ASIS)
5. SEKOLAH SERI PUTERI (SSP)
6. SM SAINS BANTING (BASIS)
7. SM SAINS LABUAN (SMSL)
8. SM SAINS SABAH (SMESH)
9. KOLEJ ISLAM SULTAN ALAM SHAH (KISAS)

ZON SELATAN

1. SM SAINS MUZAFFAR SHAH (MOZAC)
2. SM SAINS TUANKU MUNAWIR (SASER)
3. SM SAINS TUANKU JAAFAR (SMSTJ)
4. KOLEJ TUNKU KHURSIAH (TKC)
5. SM AGAMA PERSEKUTUAN LABU (SMAPL)
6. SM SAINS BATU PAHAT (SEHEBAT)
7. SEKOLAH DATO' ABDUL RAZAK (SDAR)
8. SM SAINS REMBAU (SEMESRA)
9. SBPI JEMPOL (SBPIJ)

ZON TIMUR

1. SM SAINS JELI (JESS)
2. SBPI KUANTAN (INTEK)
3. SBPI TUN ABDUL RAZAK (INSTAR)
4. SM SAINS PASIR PUTEH (SCIPP)
5. SM SAINS DUNGUN (SEMERDU)
6. SBPI BATU RAKIT (BRAINS)
7. SM SAINS TENGKU MUHAMMAD FARIS PETRA (SMSTMFP)
8. SBPI TEMERLOH (SBPIT)
9. SM SAINS TENGKU ABDULLAH (SEMESTA)

10. SMS SULTAN MAHMUD (SESMA) sebagai TUAN RUMAH

Kredit kepada blog : http://belajardebat.blogspot.com




TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

15 Feb 2014

UNDIAN KUMPULAN BAHAS BAHASA MELAYU HKSBP ZON UTARA 2014

TARIKH : 5-9 MAC 2014
PENGANJUR : SEKOLAH MENENGAH SAINS RAJA TUN AZLAN SHAH (SERATAS)

KUMPULAN A

A1 SM SAINS TUANKU SYED PUTRA (SMSTSP)
A2 SM SAINS POKOK SENA (SAINA)
A3 SM SAINS KUCHING UTARA (SAKURA)
A4 SM SAINS TELUK INTAN (SEMESTI)
A5 SM SAINS TAPAH (SESTA)
A6 SM SAINS RAJA TUN AZLAN SHAH (SERATAS)

KUMPULAN B

B1 SM SAINS TUN SYED SHEH SHAHABUDIN (TUNSYED)
B2 SM SAINS KUCHING (SAINSKU)
B3 SBPI KUBANG PASU (IKUPS)
B4 SBI GOPENG (IGOP)
B5 THE MALAY COLLEGE KUALA KANGSAR (MCKK)
B6 SM SAINS BAGAN DATOH (SABDA)

KUMPULAN C

C1 SM SULTAN ABDUL HALIM (SMSAH)
C2 SM SAINS KEPALA BATAS (SMSKB)
C3 SM SAINS MIRI (SAINSRI)
C4 SEKOLAH TUANKU ABDUL RAHMAN (STAR)
C5 SM SAINS SULTAN MOHAMAD JIWA (SMSSMJ)
C6 SM SAINS KUBANG PASU (KUPSIS)



TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

UNDIAN KUMPULAN BAHAS BAHASA MELAYU HKSBP ZON TENGAH 2014

PENGANJUR : SEKOLAH SULTAN ALAM SHAH
TARIKH : 5-9 MAC 2014

KUMPULAN A

SMAP KAJANG (SMAP K)
SM SAINS LAHAD DATU (SMSLD)
SM SAINS HULU SELANGOR (SEMASHUR)
SM SAINS SELANGOR (SMSS)
SBPI GOMBAK (INTERGOMB)

KUMPULAN B

SM SAINS ALAM SHAH (ASIS)
SEKOLAH SULTAN ALAM SHAH (SSAS)\
SEKOLAH SERI PUTERI (SSP)
SM SAINS SERI PUTERI (SESERI)
SM SAINS BANTING (BASIS)
SBPI SABAK BERNAM (INTERSABER)

KUMPULAN C

KOLEJ ISLAM SULTAN ALAM SHAH (KISAS)
SM SAINS KUALA SELANGOR (KUSES)
SBPI RAWANG (SEPINTAR)
SM SAINS LABUAN (SMSL)
MAKTAB TENTERA DIRAJA (MTD)
SM SAINS SABAH




TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

29 Jan 2014

BENGKEL BAHAS BAHASA MELAYU ALA PARLIMEN SEKOLAH MENENGAH NEGERI PERAK 2014

Program
Bengkel Bahas Bahasa Melayu Ala Parlimen Sekolah Menengah Negeri Perak Tahun 2014

Tarikh/Masa
Sabtu, 15 Februari 2014
8.30 pagi - 5.00 petang

Lokasi
Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh, 31150 Ulu Kinta, Perak Darul Ridzuan

Anjuran
Azwan Dot Com Enterprise - Minda Intelek Global

Penyertaan
Jumlah Peserta : 5 orang pelajar & seorang guru pengiring bagi setiap sekolah
Yuran Penyertaan : RM 200.00 setiap sekolah
Kod Program : 005 (Kod program untuk melengkapkan proses pendaftaran atas talian.)

Maklumat Am

1. Penyertaan terbuka kepada 30 buah sekolah seluruh negeri Perak yang terawal mendaftar secara atas talian menerusi borang penyertaan di bawah.

2. Setiap sekolah diwakili oleh 5 orang pelajar dan seorang guru pengiring sahaja.

3. Yuran penyertaan bagi setiap sekolah adalah RM 200.00 (Dua Ratus Ringgit Sahaja). Namun begitu, jika ada sekolah yang ingin membawa individu tambahan (pelajar/guru/jurulatih/pemandu), maka bayaran tambahan sebanyak RM 50.00 (Lima Puluh Ringgit Sahaja) akan dikenakan bagi setiap individu.

4. Yuran penyertaan bolehlah dijelaskan secara tunai atau cek semasa hari pendaftaran. Butiran lanjut berhubung proses pembayaran akan dimaklumkan menerusi surat jemputan rasmi yang akan diemelkan kepada pihak sekolah Tuan/Puan.

5. Makan-minum sepanjang program, sijil penyertaan, bahan-bahan bengkel dan segala kemudahan yang difikirkan perlu akan disediakan oleh pihak penganjur. Namun begitu, pengangkutan atau penginapan (jika ada) adalah bawah tanggungjawab sekolah sendiri.

6. Surat jemputan akan dihantar kepada sekolah-sekolah yang telah mendaftar secara atas talian (online registration) menerusi borang penyertaan di bawah. Sila masukkan kod program 005 bagi pendaftaran program bengkel bahas ini.

7. Tarikh tutup pendaftaran penyertaan adalah pada hari Isnin, 10 Februari 2014.

TENTATIF PROGRAM (Sabtu, 15 Februari 2014)
Masa
Aktiviti
Lokasi
8.30 pagi
Pendaftaran Peserta
Dewan
9.00 pagi
Pengenalan Asas : Format & Konsep
Permulaan Ucapan Substantif
10.00 pagi
Minum Pagi
Kafeteria
10.30 pagi
Definisi Konsep
Dewan
Premis & Strategi Pasukan
11.30 pagi
Hujah
Celahan
1.00 petang
Makan Tengah Hari / Solat
Kafeteria / Surau
2.00 petang
Bidasan
Dewan
Izin Laluan
3.15 petang
Penggulungan
Asas Penghakiman / Sesi Tayangan
4.30 petang
Minum Petang
Kafeteria
5.00 petang
Bersurai

8. Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut bolehlah diajukan kepada penama berikut:
Nama : En. Harmi bin Mohammad Jamil
Talian : 012 215 4945
Emel : mjharmi@yahoo.com 








TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

17 Dec 2013

CABARAN DEBAT MUDA 2121: ADA KISAH INDAH TERTINGGAL DI BUMI TRONOH

Cabaran Debat Muda untuk Alaf 21 (CDM2121) merupakan satu pertandingan debat untuk pelajar Institusi Pengajian Tinggi (IPT) yang berusia 21 tahun dan ke bawah. Menyedari betapa perlunya STAR untuk bertanding di peringkat yang lebih tinggi, maka KDBM STAR mengorak langkah buat pertama kalinya menyertai CDM2121 bagi edisi ke-2 tahun 2013. Penyertaan KDBM STAR merupakan usaha untuk menimba sebanyak mana ilmu dan pengalaman bersaing bersama-sama para pendebat universiti. 

Cabaran CDM2121 tahun ini disertai oleh 30 pasukan termasuklah dari empat buah sekolah iaitu Sekolah Tuanku Abdul Rahman(STAR),  Sekolah Dato' Abdul Razak (SDAR),  Sekolah Seri Puteri(SSP), dan The Malay College Kuala Kangsar (MCKK). Antara IPT yang mengambil bahagian ialah UIAM, Asasi UIAM, UPNM, UM, UTP, UTM dan UiTM. manakala pasukan jemputan dari Persatuan persuratan melayu Singapura (4PM).


STAR diwakili oleh Ahmad Aiman, Muhaimin, Syafiq Jebat dan Afif Nazhan.

Berikut kami paparkan keputusan perlawanan yang melibatkan STAR di peringkat pusingan awal (ENAM perlawanan) .

Pusingan Pertama

USUL : Teknologi Pencegahan Jenayah di Malaysia, Masih Lemah
STAR (kerajaan) menentang Asasi UIAM A (pembangkang)
Pemenang : STAR
Margin : 2
Pendebat  Terbaik : Muhammad Syafiq Jebat (STAR)

Pusingan Ke-dua

USUL : Pembangunan Bandar Menjejaskan Warisan Negara
STAR (kerajaan) menentang UiTM E (pembangkang)
Pemenang : UiTM E
Margin : 2
Pendebat  Terbaik : Muhammad Aiman (UiTM E)

Pusingan ke-3

USUL : Industri Hiburan Tanah Air Gagal Memartabatkan Budaya dan Warisan Tempatan
UIAM C (Kerajaan) menentang STAR (Pembangkang)
Pemenang : STAR
Margin : 5
Pendebat Terbaik : Ahmad Aiman (STAR)

Pusingan ke-4

USUL : Kita Perlu Mencontohi Kongres Diaspora
Asasi UIAM A  (Kerajaan) menentang STAR (Pembangkang)
Pemenang : STAR
Margin : 1.33
Pendebat  Terbaik : Muhaimin (STAR)

Pusingan ke-5

USUL : Demi Alam Sekitar, Dewan Ini Lebih Percaya Kepada Teknologi Hijau Berbanding Pemantapan Kesedaran
UiTM E (Kerajaan) menentang STAR (Pembangkang)
Pemenang : STAR
Margin : 2
Pendebat terbaik : Muhammad Syafiq (STAR)

Pusingan ke-6

USUL : Pewartaan Tapak Warisan Dunia Lambang Komitmen Kepada Khazanah Negara
STAR (Kerajaan) v UiTM C (Pembangkang)
Pemenang : UiTM C
Margin : 1.67
Pendebat terbaik : Ahmad Aiman (STAR)


Perlawanan menentang UIAM C.


Alhamdulillah, dari sekadar hadir ke UTP untuk menimba pengalaman dan ilmu perdebatan bersama-sama para pendebat IPT, Allah memberi laluan yang mudah dan rezeki yang murah kepada pasukan kami apabila memenangi 4 perlawanan di peringkat pusingan awal. Secara ke seluruhannya STAR berada di kedudukan ke-4 daripada 30 pasukan yang bertanding.

STAR berjaya melayakkan diri ke peringkat suku akhir dan diundi menentang pasukan UIAM B. berikut merupakan keputusan peringkat suku akhir. 

Pusingan Suku Akhir

USUL : UNESCO Masih Releven Dalam Penjagaan Warisan Dunia
UIAM B (Kerajaan) menentang STAR (pembangkang)
Pemenang : STAR
Margin : 2.55
juri : 3-0
Pendebat terbaik : Ahmad Aiman (STAR)

Dengan ini STAR berjaya melangkah ke separuh akhir, satu peringkat yang tidak pernah terduga kerana kami terpaksa bersaing dengan pembahas-pembahas universiti. Di peringkat separuh akhir, STAR sekali lagi diundi bertemu UiTM C, pasukan yang menewaskan STAR pada pusingan ke-5 dan merupakan juara liga pusingan awal.

Pusingan Separuh Akhir

USUL : Dewan Ini Menyokong Mekanisme Penangkapan dan Penyimpanan Karbon (CCS)  Demi Mengawal Pemanasan Global

STAR (kerajaan) v UiTM C (Pembangkang)
Pemenang : UiTM C
Juri : 4-1
Margin 1.67
Pendebat Terbaik : Haziq Jamaludin(UiTM C)

Dengan ini maka, tamatlah perjuangan STAR dalam CDM212 bagi tahun 2013. Alhamdulillah, banyak ilmu yang dipelajari dalam tempoh empat hari berkampung di bumi Tronoh. Semoga kejayaan ini membuka jalan yang lebih luas kepada kejayaan seterusnya.


Selamat tinggal UTP ! Selamat tinggal CDM2121. Ada kisah indah tertinggal di sini.








TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...