Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

10 Jun 2015

KYSDC 2015 ; PERJUANGAN TERSEKAT DI SUKU AKHIR


Tanggal 12-14 April 2015, KDBM STAR telah berkelana ke bumi Kolej Yayasan Saad, Melaka untuk pertama kalinya menyertai KYS Debating Championship 2015. Pertandingan ini bertujuan merebut Piala Yang Bhg Tan Sri Halim Saad. STAR menghantar Afif, Jufri, Ilman dan Aliff Hazim untuk pertandingan ini. Dalam peretandingan ini STAR hanya mampu melayakkan diri ke peringkat suku Akhir, namun malangnya, STAR tewas kepada kolej tunku Kurshiah di peringkat suku akhir. berikut merupakan laporan pertandingan : 

Pusingan Awal (1)

STAR vs TKC
Usul : Hukuman Rotan Perlu Dikembalikan
Pemenang : STAR

PusinganAwal (2)

STAR vs KYS B
Usul : Kemiskinan Punca Utama Rasuah
Pemenang : STAR

Pusingan Awal (3)

STAR vs SMIH A
Usul : Politik Perkauman Sudah Tidak Releven
Pemenang : STAR

Pusingan Awal (4)

STAR vs SMIH B
Usul :  Teknologi Alternatif
Pemenang : SMIH B

Pusingan Awal (5)

STAR vs MCKK B
Usul : Mendengar Guruh Dilangit, Air Ditempayan Dicurahkan
Pemenang : STAR

Pusingan Suku Akhir 

STAR vs TKC
Usul : ISA Perlu Dikembalikan
Pemenang : TKC


Justeru, perjuangan kami terhenti di peringkat suku akhir. Insya Allah, pada  tahun 2015, kami kembali lagi !



TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

8 Jun 2015

USUL DEBAT TERBUKA ASTAR 2015


USUL DEBAT TERBUKA ASTAR 2015


TEMA PIALA PERDANA MENTERI

1. Dewan ini Percaya Konsep ‘Portable Building’ ialah Jawapan Terbaik Bencana Banjir
2. Dewan ini akan Memberikan Kuasa Legislatif kepada Majlis Raja-Raja bagi Menggubal Undang-undang yang Lebih Holistik
3. Dewan ini akan Memotong Gaji Penjawat Awam Gred 41 dan ke Atas untuk Disalurkan ke Tabung Bantuan Bencana Negara

TEMA ALAM SEKITAR

1. Dewan ini Mencadangkan Hak untuk Mendapatkan Alam Sekitar yang Selamat Diperuntukkan Secara Nyata dalam Perlembagaan Persekutuan
2. Cameron Highland : Sudah Terhantuk, Masih Belum Terngadah
3. Koridor Ekologi ialah Projek ‘Gajah Putih’

TEMA KEAMANAN

1. Selaku Jawatankuasa Jabatan Hal Ehwal Sosial & Ekonomi, Kami Percaya Sudah Tiba Masanya Mekanisme Undang-Undang Digunakan di Setiap Negara bagi Mengawal Populasi Dunia
2. Jika Kami Majlis Tertinggi WTO, Kami akan Mengenakan Tindakan Undang-Undang yang Lebih Tegas kepada Negara-negara Pengeluar Produk Tercemar Bakteria Perosak
3. Sebagai Anggota ASEAN, Kedaulatan Setiap Negara Perlu Dikorbankan Sedikit Demi Meningkatkan Keselamatan Serantau

TEMA HUMOR / PERIBAHASA

1. Sebenarnya Kapal Van Der Wijck Tidak Tenggelam
2. K-Pop Bersalah
3. Untuk Cantik, Kita Perlukan Qu Puteh

TEMA PERPADUAN / KEMERDEKAAN / INTEGRITI

1. Kebangkitan Revolusionis Hak Asasi Mencacatkan Perpaduan
2. Kemerdekaan Kita : Itik Tak Sudu, Ayam Tak Patuk
3. Skandal Mega Lambang Integriti Negara

TEMA DEBAT DIRAJA



1. Kemerosotan Bola Sepak Negara : Salah Bangsawan Istana
2. Pakatan Rakyat Semakin Tidak Berpakat
3. BR1M Adalah Satu Kesilapan
4. Penurunan Harga Minyak Akan Membebankan Pengusaha Minyak Adalah Sebuah Jenaka
5. Tambatan Ringgit Perlu Dikembalikan
6. Nilai Sentimental Identiti Bangsa di Malaysia Wajar Diketepikan
7. Dunia Lebih Aman Tanpa Amerika Syarikat
8. Pencetus Ummah : Datang Tak Menambah, Pergi Tak Mengurang



TEMA GENDER



1. GID Adalah Satu Propaganda
2. “Demikianlah Wanita, Mereka Hanya Ingat Kekejaman Orang Lain Terhadap Dirinya Walaupun Kecil, Tetapi Lupa akan Kekejaman Dirinya Terhadap Orang Lain Walaupun Besar”
3. Kecurangan Adalah Satu Jenayah




TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

7 Jun 2015

USUL BAHAS PIALA PERDANA MENTERI KALI KE-42 TAHUN 2015


USUL BAHAS BAHASA MELAYU SEMPENA HARI KECEMERLANGAN SEKOLAH BERASRAMA PENUH KALI KE-42

Pusingan Awal 

1. Media Sosial Medium Lambakan Maklumat Sahih
2. Gajet Satu Keperluan
3. Internet Satu Keperluan Dalam Pembelajaran Pelajar
4. Belajar Sambil Bekerja Membina Ketrampilan Diri
5. Kenaikan Kos Sara Hidup Membentuk Budaya Berhemat

Pusingan Ke-2 ( Satu )

1. Caj Perkhidmatan Hospital Kerajaan Wajar Dinaikkan

Pusingan Ke-2 ( Dua )

1. Pelajar Menengah Atas Wajar Diberi Hak Memilih Matapelajaran

Pusingan Suku Akhir

1. Universiti Wanita Perlu Diwujudkan

Pusingan Separuh Akhir

1. Teknologi Wajar Diperhebat Agar Dunia Lebih Selamat

Pusingan Akhir 

???? Akan dilangsungkan pada 2 Ogos 2015





TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

1 Jun 2015

PERLAWANAN PERSAHABATAN 12 PENJURU

Pada 16 Mei 2015, KDBM STAR telah berkunjung ke SM Kebangsaan Putrajaya Presint 8 (1) untuk menyertai perlawanan Persahabatan Bahas 12 Penjuru sebagai persiapan menghadapi Hari kecemerlangan Sekolah Berasrama penuh (HKSBP) yang bakal berlangsung di SM Sains Batu Pahat. Sebanyak 12 buah sekolah telah menyertai perlawanan pemanas badan tersebut antaranya SM Sains Selangor, SM Sains Alam Shah, SM Sains Seri Puteri, Sekolah Sultan Alam Shah, SM Sains Batu Pahat, Kolej Tunku Kurshiah, SM Sains Tuaku Munawer, Maktab Tentera Di Raja, Sekolah Tuanku Abdul Rahman, SM Sains Banting, SBPI Gombak dan SMK Putrajaya Presint 8 (1).

Jpeg

 Alhamdulillah, satu usaha murni dalam kalangan guru-guru SBP dan penganjur SMK Putrajaya Presint 8 (1) yang berjaya menghimpunkan 12 buah sekolah. Pengalaman menyertai perlawanan persahabatan ini dapat digunakan sebaik mungkin untuk menghadapi Pertandingan bahas Piala Perdana menteri sempena HKSBP 2015 nanti.

Jpeg


Keputusan

1. Usul : Media Pengiklanan Membentuk Budaya Kepenggunaan

STAR (Kerajaan ) lawan Sekolah Sultan Alam Shah (Pembangkang)
Pemenang : STAR

2. Usul : Warga tempatan Perlu Diberi keutamaan Dalam pasaran Kerja 
Integomb (kerajaan) lawan STAR (Pembangkang)
Pemenang : STAR

3. Usul : GST Punca Peningkatan Kos Sara Hidup Rakyat
STAR (kerajaan) vs SMS Tuanku Munawer (Pembangkang)
Pemenang : SASER


TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

KDBM STAR JUARA SULUNG CABARAN DEBAT ZA'ABA, UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

Pada 6-8 Mac 2015, Keluarga Debat Bahasa Melayu STAR telah menyertai Cabaran Debat Za’aba, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Selangor. Pertandingan tiga hari ini merupakan satu platform yang baik kepada KDBM STAR kerana penyertaan adalah bukan sahaja daripada sekolah-sekolah menengah, namun turut melibatkan pelajar-pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia sendiri. Sebanyak 32 pasukan telah menyertai pertandingan ini.
cdz
 Alhamdulillah, setelah menempuhi perlawanan di peringkat kumpulan, suku akhir dan separuh akhir, KDBM STAR telah melayakkan diri ke perlawanan akhir. Dalam perlawanan akhir, STAR telah menentang Sekolah Seri Puteri, Cyberjaya. Pada perlawana akhir, ke dua-dua pasukan telah membahaskan usul Dewan Ini Percaya Parlimen Belia Akan Membawa Perubahan. Bertindak selaku kerajaan, STAR berjaya meyakinkan juri untuk menerima usul perdebatan. Akhirnya STAR diumumkan juara setelah kesemua juri memihak kepada kerajaan (5-0). Manakala Syameel Aieman, pembahas ke-3 STAR dipilih sebagai pembahas terbaik perlawana akhir. Tahniah diucapkan kepada guru pembimbing, Encik Shahnun bin Abdul Ghani dan para pembahas iaitu Afif Nazhan, Syameel Aieman dan Ilman Hakim.
zaaba


TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...