Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

27 Dec 2011

CORETAN UNTUK UMMI

Salam. Habuk jugak tempat ni. Maaflah. Saya fikir tiada kesempatan buat saya menaip dan mereka cerita. Sekadar hiburan, tetapi kalau sudah di universiti, lagi banyak jenisnya. Ada yang menegur saya, lama tak update lah, apalah. Bukan apa, terasa sangat sibuk sekarang. Dicampur dengan tutorial pelbagai, dengan assignmentnya lagi. Yang ini pun saya sepatutnya menghadap buku buat 2 minggu asbab peperiksaan akhir semester minggu depan. Penat.


Tapi itu bukan kisahnya. Kisah kali ini mahu ceritakan soal 'Ummi' saya yang meninggalkan tempat beliau mencurahkan kasih. Saya amat terkejut dengan berita perpindahan Umi Noridah, dalam 2-3 bulan yang lepas. Memang agak lapuk, tetapi tak salah mengulang. Boleh saya katakan, beliau sangat bermakna dalam hidup saya se
kiranya dihitung kumpul segala jasanya. Beliau tidak asing di bumi STAR sebagai seorang guru bahasa Melayu yang sangat dedikasi. Mungkin tidak pada mereka yang kurang mengerti, tetapi andai diambil kira segala keringatnya, pasti anda juga sedikit sebanyak mengangguk. Sewaktu saya masih hijau di STAR, pelbagai cara saya lakukan untuk keluar dari situ. Tanggapan, tak seronok jauh dengan ibu. Tetapi, apabila diperkenalkan dengan dunia debat, terasa sekolah itu sangat menyeronokkan; sampai ke hari ini. Saya diperkenalkan dengan senior-senior debat oleh Ummi, dengan harapan jiwa saya tak ke mana. Ada yang buat muka bila pertama kali berjumpa, ada yang tidak kurang baiknya.


Memang benar akhir perkenalan, jatuh cinta. Saya benar-benar jatuh hati dengan debat, dan juga sayang saya pada senior-senior, rakan-rakan, guru-guru, dan sekolah selamat dipupuk. Ummi perkenalkan saya dengan sebuah teknik hidup yang sukar difahami, dan tentunya sukar dipelajari. Perubahan 180 darjah berlaku, dan itu yang membawa saya ke sini, sebagai seorang pelajar universiti. Pengalaman debat bersama rakan-rakan selama 4 tahun itu pasti tiada maknanya tanpa Ummi. Beliaulah yang tunjuk ajar, yang jaga makan pakai, yang tegur sapa. Pendek kata, beliau ibarat ibu buat saya dan rakan-rakan di rumah kedua-STAR. Pahit manis debat, kami kongsi bersama. Soal pelajaran, agama, tegur; Ummi tak pernah lupa. Itu yang baiknya.

Soalan: Asyik debat je engkau ni!


Haha. Saya jiwa debat, maaf. Tetapi andai di dalam kelas, Ummi tidak kesal mengajar. Benar, saya tak pernah di bawah telunjuk ajar sebagai pelajar di kelasnya. Tetapi, kadangkala dengar juga cerita, Ummi sibuk mendidik, bukan sekadar mengajar. "Sampai bila kamu nak mendidik diri kamu sebagai bangsa yang meminta-minta ni?!" Antara tegurannya, yang walaupun tidak saya alami, tetapi masih kekal saya ingat. Benar kata Ummi, sampai bila bangsa Melayu nak meminta-minta. Alah dengan miskinlah, dengan subsidinya lah. Semua itu tanda bangsa yang lemah. Andai kita bangsa yang pandai berdikari, yang kuat usaha, itu semua bukan sandaran. Betul yang saya juga pernah dapat bantuan, terima kasih. Tetapi, dengan bantuan itu membuatkan saya, dan kawan-kawan di luar sana alpa dengan masa belajar masing-masing. Mungkin, untuk belajar berbasikal, perlu untuk kita cabut roda ketiga dan keempat(kanak-kanak). Mungkin tidak bisa laju, tetapi kalau terhuyung-hayang sebentar tidak jadi masalah.


Senang cerita, banyak tunjuk ajar Ummi kepada anak bangsa. Saya tidak pandai luahkannya dengan kata-kata, tetapi andai anda selami apa yang ibu buat kepada anaknya, pasti anda akan mengerti. Salam.

p/s: Moga Ummi bahagia sebagai PK di SBPI Gopeng. Selamat sejahtera hendaknya!

HAZIQ JANUDIN..dipetik dari BLOG PAMAN


TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

13 Dec 2011

PEMBELAJARAN BAHASA KE TIGA DIWAJIBKAN DI SEKOLAH RENDAH

Assalamualikum.


Pandangan pertama tentang usul ini mungkin berkaitan dengan tahap pemikiran kanak kanak di sekolah rendah yang masih lagi dianggap mentah untuk menerima bahasa ketiga seawal darjah satu.Namun, mengikut kajian seorang pakar bahasa dari US, kanak kanak boleh mencerap atau faham sebanyak mana bahasa yang mungkin sebelum mencecah umur 8 tahun dan selepas umur itu barulah seseorang itu memperkasakan satu persatu bahasa tersebut. Kajian oleh- Chomsky, pakar bahasa dari US. Di sini ada beberapa cadangan jika bertindak selaku kerajaan dan pembangkang. 
Secara amnya, kita tidak mahu menimbulkan isu yang baru.Maksudnya kita cuma ingin membincangkan tentang bahasa yang berada di sekeliling kita seperti bahasa tamil dan bahasa mandarin.Kerana sekarang pun ada juga pelajar yang sudah mempunyai bahasa ketiga.Mengikut apa yang saya faham,bahasa pertama ialah bahasa ibunda tidak kira b.melayu, b.tamil atau b.cina. Bahasa kedua ialah bahasa yang boleh diasimilasikan contohnya di Malaysia, b.inggeris dan bahasa ketiga ialah bahasa asing.Di sekolah jenis kebangsaan cina/tamil, pelajar melayu di sekolah itu telahpun mempelajari bahasa ketiga. Isu yang bermain sekarang ialah kewajiban diajar di semua sekolah rendah.

KERAJAAN-Apa yang perlu dititikberatkan dalam hal ini ialah 3 perkara. Yang pertama, perlu lihat pada kepentingan bahasa ketiga terhadap pembangunan pelajar itu sendiri kerana setiap pendidikan akan menyumbang kepada perkembangan seseorang pelajar. Namun, tidak dinafikan setiap perkara mempunyai kepentingan dan keburukan.Kita perlu buktikan yang kepentingan melebihi keburukan dan ianya boleh diserasikan dengan waktu kontemporari. Jika pembangkang memainkan tentang persediaan, kerajaan boleh menyatakan yang ianya bukan sesuatu yang mustahil kerana sekarang kita sudah ada penerapan bahasa ketiga  di sekolah rendah iaitu di SJKC dan SJKT. Antara kepentingan bahasa ketiga diajar di sekolah rendah ialah, ia boleh menjadi asas untuk ke peringkat sekolah menengah dan kita mengikut kehendak global di mana menuntut kanak kanak boleh berbicara dengan pelbagai bahasa.

Kedua, berbicara mengenai kemudahan. Adakah kita mempunyai kemudahan yang cukup untuk menampung semua pelajar sekolah rendah untuk mempelajari bahasa ketiga. Antaranya ialah buku teks, tenaga pengajar dan bahan bantu mengajar.Sebagai kerajaan saya kira kita perlu membuktikan yang negara Malaysia mampu menampung segala beban dan boleh menangani sebarang masalah andai kata kita wajibkan pembelajaran bahasa ketiga di sekolah rendah.Di sini, apa yang ingin disampaikan ialah kita tidak boleh hanya cakap yang kita mahu ianya diwajibkan, kita perlu buktikan yang kita boleh mengendalikan perkara ini andai kata ia diwajibkan.


 Ketiga, secara praktikal,menyentuh tentang situasi penerimaan pelajar itu sendiri.Kita tidak boleh sekadar cakap.Mungkin boleh diselitkan beberapa fakta yang membuktikan bahasa ketiga ini mampu diterima oleh kanak kanak sekolah rendah.Contohnya kita buktikan yang pelajar pelajar yang telahpun belajar bahasa ketiga buat masa sekarang tidak mempunyai masalah dalam pelajaran.Mungkin dalam hujah ini kita boleh mencadangkan kita mula mengajar bahasa ketiga bermula dari umur 10 tahun apabila para pelajar sudah mempunyai asas yang kukuh dalam bahasa melayu dan bahasa inggeris.

sebagai pembangkang, beberapa pertikaian yang boleh dibangkitkan seawal perdebatan ialah situasi di wajibkan di semua sekolah rendah kerana dalam situasi kontemporari tidak ada sebarang situasi yang mendesak rakyat Malaysia menguasai bahasa ketiga seawal sekolah rendah. Kita mesti berpijak di bumi yang nyata kerana bahasa ketiga ialah bahasa yang paling sukar untuk dipelajari dibandingkan dengan bahasa ibunda dan bahasa kedua yang berada di sekeliling kita.


PEMBANGKANG- Beberapa perkara yang perlu dilihat sebagai pembangkang ialah kemampuan Malaysia itu sendiri. Apa yang perlu kita lihat ialah adakah kita mampu menampung dr segi kewangan untuk buku teks dan sebagainya.

Kedua, adakah pemikiran pelajar sekolah rendah di dalam negara kita mampu menerima bahasa ketiga seawal sekolah rendah. Sedangkan kita perlu tahu kebanyakkan pelajar yang baru masuk ke alam persekolahan masih lagi tidak tahu asas 3M. Jadi, kenapa perlu kita bebankan pelajar sedangkan sesetengah pelajar di sekolah menengah malahan di Sekolah Berasrama Penuh tidak dapat menguasai bahasa ketiga dengan baik dan ada juga ynag langsung tidak memahami PnP yang dijalankan oleh guru dalam kelas bahasa antarabangsa.

Mungkin sedikit pertikaian tentang kepentingan bahasa ketiga.Sebagai pembangkang yang baik kita tidak boleh menafikan kepentingan yang ada dalam bahasa ketiga namun apa yang boleh dipertikaikan ialah adakah kepentingan itu diperlukan seawal usia 7 tahun dan kemampuan seseorang pelajar itu sendiri dalam mempelajari bahasa ketiga seawal itu.

-Perkongsian ini tidaklah sempurna, mengharapkan tambahan idea dari cikgu, rakan dan seluruh ahli KDBM.

*terima kasih untuk abang farid yang banyak memberi bantuan


TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

11 Dec 2011

USUL 200 JAM DEBAT UiTM

1 Demi perpaduan dasar afirmatif perlu diteruskan
2 Pendidikan dan perpaduan, seiring tidak sehaluan
3 Demonstrasi bukti demokrasi
4 Bahasa Melayu penentu kecemerlangan bangsa
5 1 Malaysia: Yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran
6 Perlembagaan kita masih dijunjung
7 Perpaduan rakyat Malaysia belum mantap
8 Negara berpendapatan tinggi, ibarat mimpi disiang hari
9 Kemiskinan tidak menghalang kejayaan
10 Pencen awal membantu bakal pesara sekali gus menyumbang kepada Negara
11 Rancangan TV pemangkin transformasi rakyat Malaysia
12 Kebanjiran warga asing menyumbang kepada keburukan Negara
13 Pengkelasan pelajar berdasarkan pencapaian akademik wajar diteruskan di sekolah
14 Transformasi pendidikan: Memansuhkan sistem penilaian berasaskan peperiksaan
15 Bahasa Melayu dapat menyumbangkan pembangunan Negara 
16 Facebook membawa kebaikan 
17 Cuti semester dipanjangkan
18 Penghantaran pelajar Malaysia ke luar negara satu pembaziran
19 Latihan khidmat negara strategi berkesan memupuk semangat perpaduan
20 Hantaran perkahwinan pada kadar yang tinggi adalah wajar
21 Pendidikan seks wajar dilaksanakan di sekolah menengah
22 Perkahwinan sekufu menjamin kebahagiaan rumah tangga
23 Tajuk PPSMI adalah wajar
24 Demonstrasi lambang demokrasi
25 Perkembangan ICT memberi impak positif kepada remaja
26 Bangunan bersejarah perlu dikekalkan
27 Sukan menyatupadukan rakyat
28 Kurikulum menjana perpaduan kaum
29 Sukan mampu membentuk perpaduan Negara
30 Pemberian komputer riba kepada pelajar sekolah secara percuma adalah wajar
31 Larangan penggunaan beg plastik adalah wajar
32 Penayangan filem seram adalah wajar
33 Perpaduan di Malaysia sudah mantap
34 Belajar di IPTA lebih baik daripada di IPTS
35 Bajet 2012: Pemberian wang bantuan RM100 kepada setiap pelajar adalah wajar
36 Demonstrasi Jalanan Menggugat Kestabilan Negara
37 Gagasan Satu Malaysia Mengeratkan Perpaduan Kaum
38 Kahwin Muda Wajar Dielakkan 
39 Dasar pendidikan pemangkin perpaduan negara
40 Pembangunan lereng bukit adalah wajar
41 Tempoh perkhidmatan kakitangan kerajaan wajar dilanjutkan pada umur 60 tahun
42 Penguatkuasaan undang-undang lebih berkesan daripada pemantapan kesedaran menyelamatkan alam sekitar
43 Sekolah vernakular wajar dihapuskan demi mengukuhkan perpaduan kaum di Malaysia
44 Wajarkah artis di Malaysia dijadikan ikon kepada remaja
45 Demonstrasi bukti demokrasi
46 Penggunaan kad kredit wajar dimansuhkan di Malaysia
47 Prasarana terbina alam sekitar merana 
48 Kesenjangan ekonomi semakin menjadi-jadi
49 Laman Sosial: Pembunuh
50 Perpaduan Malaysia Semakin Rapuh
51 Pakatan Rakyat Sudah Tidak Relevan
52 Perkahwinan Campur Adalah Pemangkin Generasi Berminda Intelek
53 Perpaduan di Malaysia : Biduk Berlalu, Kiambang Bertaut
54 Bencana Alam Mengeratkan Perpaduan Bangsa
55 Pembelajaran Bahasa Melayu Wajar Dilaksanakan Sebagai Bahasa Ketiga di Luar Negara
56 Identiti Bangsa Semakin Pudar
57 Laman Sosial Parasit Nilai Sosial
58 Jejak Warisan Jawi Semakin Dilupakan
59 Perpaduan Di Malaysia Sudah Mantap
60 Melestarikan budaya melayu hangat-hangat tahi ayam
61 Pembelajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris Adalah Wajar
62 Belia Kita Sudah Matang
63 Sukan Memupuk Perpaduan
64 Transformasi Pendidikan: Aktiviti Kokurikulum Harus Diperbanyakkan di Peringkat Sekolah
65 Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Pengantar Bagi Memangkin Kemajuan Pendidikan Di Malaysia 
66 Perpaduan Kaum Satu Retorik
67 Penggunaan Facebook Di Kampus Adalah Wajar
68 Rumah Terbuka Menjamin Keharmonian Negara
69 Perpaduan Kaum Di Malaysia Utuh
70 Pemansuhan PPSMI Adalah Wajar
71 Mengehadkan Penggunaan Teknologi Masa Kini: Kebaikan dan Keburukan
72 Kesepadanan Kaum Di Malaysia hampir Tercapai
73 Perpaduan Penghakis Perpaduan Bangsa
74 Penggunaan Bahasa Melayu Lebih Penting Dari Bahasa Inggeris
75 Konsep 1 Malaysia Sudah Terlambat
76 UiTM Wajar Membuka Ruang Kepada Bukan Bumiputera
77 Dunia Hiburan Tanah Air Perlukan Perubahan
78 1 Malaysia Pemangkin Perpaduan Rakyat
79 Malaysia Adalah Model Terbaik Dalam Menguruskan Hubungan Antara Kaum
80 Integriti di Malaysia Semakin Membimbangkan
81 Bahasa Melayu Teras Perpaduan Bangsa dan Transformasi Negara
82 Wajarkah PPSMI Diteruskan?
83 Satu Juta Belia Hanya Angka
84 Pencen Dilanjutkan dari 55 Tahun kepada 60 adalah Wajar
85 Media Massa Ejen Keruntuhan Akhlak
86 Keretakan Perpaduan: Media Jawapannya
87 Demi Perpaduan Sekolah Jenis Kebangsaan Perlu Dihapuskan
88 Pengajaran Dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris adalah Wajar
89 Transformasi Pendidikan-pendidikan Seks/Dewasa Wajar Diperkenalkan di Sekolah Rendah
90 Melayu Perlu Dibuang Tongkatnya
91 Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) Wajar Diteruskan
92 Logo Halal Hanya Tampalan
93 Pembantu Rumah Lelaki Lebih Diperlukan Di Malaysia
94 Lelaki Lebih Menderita Daripada Perempuan
95 Penubuhan Badan Uniform Di Universiti Adalah Wajar
96 Youtube Merosakkan Transformasi Pemikiran Rakyat Kita
97 Bangsa Malaysia 1 Fantasi
98 Pemansuhan UPSR dan PMR adalah wajar
99 Pelan Transformasi Ekonomi Perkasa Perpaduan Bangsa
100 Perkahwinan Usia Muda Adalah Wajar
101 Ancaman Subversif : 1 Malaysia Penawarnya
102 Ilmu Kebombaan Wajar Didedahkan Kepada Orang Awam
103 Mengisi Kemerdekaan Lebih Sukar Berbanding Mencapai Kemerdekaan
104 PPSMI VS MBMMBI
105 Penggunaan Bahasa Malaysia Terus Diperkasakan
106 Pengukuhan Penggunaan Bahasa Inggeris Tidak Menggugat Jati Diri Rakyat Malaysia
107 Penggunaan Bahasa Malaysia Terus Diperkasakan
108 Pembinaan Landasan Keretapi Yang Menghubungkan Laluan Timur Wajib 
Dilaksanakan
109 Filem Mampu Memperkukuh Perpaduan Antara Kaum
110 Demi Perpaduan 1Malaysia
111 Pengasingan Jantina Dalam Perlaksanaan Pembelajaran Di Sekolah Perlu Dilaksanakan
112 Integrasi Kaum Di Malaysia Semakin Kukuh
113 Sukan Menjana Transformasi Negara
114 Bangunan Bersejarah Harus Terus Dipelihara
115 Media Massa Agen Perpaduan Bangsa
116 Media Massa Pencetus Pembangunan Negara
117 Perpaduan Kaum di Malaysia Sudah Kukuh
118 Media Massa Menjana Perpaduan Negara
119 Transformasi Kebudayaan Menyumbang Ke Arah Kemajuan Negara
120 Sukan Menjalin Perpaduan Bangsa
121 Guru Penjana Transformasi Negara
122 Program Kenegaraan Dapat Meningkatkan Semangat Nasionalisme dalam Kalangan Belia
123 Perkahwinan di Usia Muda Wajar Digalakkan
124 Pembangunan Pertama, Perpaduan Kedua
125 Satu Malaysia Memantapkan Perpaduan Rakyat
126 Media Massa Pencetus Kesedaran Perpaduan
127 AF9 Musim Terakhir: Sedihnya
128 Gerak Kerja Kokurikulum Mampu Melahirkan Pelajar Yang Seimbang
129 Transformasi Kebudayaan Menyumbang Ke Arah Kemajuan Negara
130 Pemakaian Dalam Kalangan Mahasiswi Di IPTA Mampu Menonjolkan Budaya Ketimuran
131 Gagasan 1 Malaysia: Transformasi yang Relevan?
132 Demi Perpaduan Nasional: Kestabilan Ekonomi Lebih Penting Daripada Kestabilan Politik
133 Wajarkah Pendidikan Seks Di sekolah
134 IPTS Sudah Setaraf Dengan IPTA
135 Pertambahan Saluran Televisyen Menambahkan Pengetahuan Masyarakat
136 Kahwin Campur Jawapan Kepada Integrasi Nasional
137 Upin Ipin Manifestasi Perpaduan
138 Sekolah Jenis Kebangsaan Tidak Wajar Dimansuhkan 
139 Pembayaran Harga Tiket Bola Sepak Harus Dikurangkan
140 Perkahwinan Campur Mengeratkan Perpaduan
141 Impak Positif Laman Sosial
142 Limpahan Pekerja Asing Memberi Kebaikan Kepada Negara
143 Pendidikan Seksualiti Wajar Dijadikan Salah Satu Kursus Kokurikulum Di IPT
144 Amah Wajib Ambil Kursus Bahasa Melayu
145 Bekerja Lebih Baik daripada Menyambung Pengajian
146 Kemiskinan Punca Pencemaran Alam
147 Transformasi Pendidikan Mampu Membina Insan Cemerlang
148 Model Ekonomi Baru (MEB) Teras Transformasi Negara
149 Generasi Merdeka Mampu Mentransformasikan Perpaduan Negara
150 Sekolah Wawasan Mempengaruhi Perpaduan
151 Sekolah Wawasan Tunjang Perpaduan
152 Sukan Pemangkin Perpaduan Masyarakat
153 RIMUP Tidak Relevan 
154 Rukun Negara: Hanya Sekadar Falsafah
155 Transformasi Negara menjamin Sokongan Rakyat
156 Gosip Mengangkat Artis Malaysia 
157 Skuad Bola Sepak Beraksi Di Eropah adalah Wajar
158 Kahwin Campur Menjamin Integrasi Nasional
159 Pembelajaran Bahasa Ketiga Di Wajibkan Di Peringkat Sekolah Rendah
160 Pencen diawalkan daripada umur 60 tahun ke 55 tahun. 
161 Relevankah aku di hatimu
162 Masalah rumahtangga; orang ketiga membawa bahagia
163 Hukuman rotan wajarkah dijalankan oleh guru
164 Perpaduan kaum di kalangan Malaysia sudah mantap
165 Kemajuan sains dan teknologi memberi manfaat kepada generasi muda
166 Wajarkah konsep 1 Malaysia dalam konteks masyarakat pada hari ini
167 Perkahwinan di kalangan pelajar IPT perlu diperluaskan.
168 Doraemon melindungi hak pengguna
169 Laman Sosial Dan Blog Menggugat Perpaduan Negara
170 Sektor Perlancongan Sumber Ekonomi Negara
171 Subjek Sejarah Mampu Memantapkan Jati Diri Pelajar
172 Dewan Ini Mencadangkan Pemansuhan Had Umur Persaraan di Malaysia
173 IT Membantutkan Perpaduan
174 Bidang Masakan : Lelaki Pelopor
175 Laman Sosial: Pembunuh
176 Wanita Tidak Perlukan Superman
177 Malaysia Mampu Menguruskan Hubungan Antara Kaum
178 Sekolah Vernakular Wajar Dimansuhkan Ke Arah Transformasi Perpaduan Negara
179 Penetapan Cukai Rokok Boleh Mengurangkan Kadar Perokok
180 Penubuhan Akademi Untuk Pembantu Rumah Meningkatkan Kualiti Perkhidmatan
181 Dewan Ini Percaya Pilihan Raya Presiden Amerika Syarikat Perlu Dibuka Kepada Dunia
182 Dewan Ini Mencadangkan Pengharaman Penggunaan Kenderaan Persendirian di Kuala Lumpur
183 Penetapan Cukai Rokok Yang Tinggi Dapat Mengurangkan Jumlah Perokok
184 Kuasa Besar Serius Menangani Masalah Alam Sekitar
185 PLKN Berkesan untuk Memperkukuhkan Perpaduan dalam Kalangan Generasi Pelapis
186 Pekerja Asing Memberi Impak positif Kepada Malaysia
187 Menjelang PRU 13: Mereka Sudah Bersedia 
188 Kewajaran Pemansuhan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris
189 Perhimpunan Seksualiti Merdeka Menjejaskan Imej Negara
190 Sekolah Harian Lebih Baik daripada Sekolah Berasrama Penuh
191 Perpaduan Kaum: Ancaman Luar Lebih Merbahaya
192 Pengekalan Kereta Nasional sebagai Kereta Rasmi Kerajaan
193 Kemajuan Sukan Negeri Bergantung Kepada Kemajuan Negeri Tersebut 
194 Menghantar Warga Tua ke Rumah Orang Tua Bukanlah Satu Pilihan
195 Industri Sukan Tonggak Perpaduan Negara
196 Sistem Persekolahan Menyatupadukan Kaum
197 Penubuhan Kedai Rakyat 1 Malaysia Adalah Wajar
198 Penggunaan Internet Membawa Kesan Negatif Terhadap Pelajar
199 Pemansuhan Konsert Artis Barat Adalah Wajar
200 Bangunan Bersejarah Perlu Dikekalkan

kredit : Qushairi Fauzi




TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

5 Dec 2011

Selamat Pergi , Qusyairi Fauzi . Jasa Anda Disanjung Tinggi .

Assalamualaikum ,


Siapa yang tidak kenal dengan insan berbadan besar yang cukup petah berbicara . Memecahkan rekod dalam sejarah KDBM saya kira apabila mencapai tahap tertinggi beliau pada umur 17 tahun yang mana merupakan tahun SPM beliau (kebanyakannya mencapai tahap puncak ketika umur 16 tahun) . Pemidato , Setiausaha Lembaga Pengawas , STARAYA , Setiausaha BADAR dan yang paling penting sekali Kapten/Presiden Kelab Debat Bahasa Melayu STAR Ipoh . Zamannya menjadi presiden cukup gemilang sehingga Piala Perdana Menteri bertandang jua ke Ipoh .

Secara umumnya , saya mewakili Keluarga Debat Bahasa Melayu mengucapkan selamat tinggal kepada Kapten pasukan bagi tahun 2011 , Nur Qusyari Fauzi yang baru sahaja menamatkan proses 'membesar' di STAR Ipoh . Jutaan terima kasih diucapkan kepada beliau atas segala jasa dan usaha untuk pasukan ini .


Secara peribadinya , saya mengenali beliau sejak di tingkatan 1 lagi semasa Pesta Bahas dijalankan . Memakai seluar pada paras yang tinggi , membimbit botol air dan gaya jalannya yang begitu comel pada masa itu amatlah diingati oleh kami , peserta Pesta Bahas ketika itu . Izinkan saya menceritakan pengalaman saya bersama beliau .

Pada mulanya , kami (pasukan Rumah Hitam) amat-amat tidak berpuas hati dengan beliau kerana beliau sering membantu pasukan Rumah Kuning dan beliau bagaikan memulaukan/membenci pasukan kami sedangkan pada masa itu beliau tidak boleh menyentuh mana-mana pasukan (sebab-sebabnya sya sudah lupa) . Sejak itu , saya mula mencop beliau sebagai orang yang tidak adil . Haha .

Naik ke tingkatan 2 , saya mula diserapkan ke dalam KDBM . Sejak itulah saya cukup mengenali beliau sebagai seorang yang prihatin , ceria , suka membantu orang lain , bersifat ke-ibu-an dan mungkin juga kuat makan barangkali . Pada masa inilah kami (Qucai , Amsya dan saya) mencari keserasian serta KIMIA kami sebagai satu pasukan . Dan sejak itulah kami memasang niat untuk membawa pulang Piala Tun Sri Lanang dan PPM . Hebat juga kami sehingga pernah sekali diiktiraf menang menentang pasukan senior ketika itu oleh pembahas BI yang bertindak sebagai juri .

Pasukan yang diidamkan menghiasi kulit depan Fokus SPM .

Beliau betul-betul memainkan peranan dalam mencorak kami dan junior-junior lain . Sebagai bukti penghormatan kepada beliau , saya tidak pernah ber-aku-kau dengan beliau . Malah bukan saya sahaja , Amsya , Latip dan Wan juga begitu (satu-satunya form 5 yang kami kekalkan dengan panggilan begitu) .

Segala suka , duka , nangis , tawa kami tempuh bersama . Kenangan dimarah oleh Ummi kerana beliau dan kami bersifat tidak matured ketika di SSP , kenangan berebut makanan , kenangan mencipta kejayaan bersama dan segala 1001 macam kenangan kini hanya dikenang dalam hati . Hilanglah lagi sebutir mutiara jernih berkilau di bumi STAR . Terima kasih Kapten .

Bakal pemimpin negara ? Insya-ALLAH .
Saya akan undi beliau tak kira beliau parti apapun . Haha .

Maka dijanjikan teduhan Arasy Allah di padang Mahsyar kelak andaikata kita bertemu dan berpisah hanya kerana ikhlas kerana ALLAH .

Selamat pergi untuk menempuh dunia luar , Qusyairi Fauzi .

TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

18 Nov 2011

UiTM, USIM JOHAN DEBAT PIALA PERDANA MENTERI IPT 2011


Universiti Teknologi Mara (UiTM) muncul juara kategori Bahasa Inggeris Debat Piala Perdana Menteri antara Institusi Pengajian Tinggi (IPT) Malaysia 2011 di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) di sini Selasa.
UiTM, selaku pencadang, menewaskan UIAM dalam debat peringkat akhir yang membahaskan “Pemberian subsidi kepada semua pelajar sekolah dari semua sekolah kebangsaan dan swasta”.
UiTM, yang diwakili Mohd Syafiq Ahmed Bazari, Maizura Mokhsein dan Mohd Aerie Rashmond Rahman, membawa pulang wang tunai RM25,000, piala pusingan, piala iringan, piala individu dan sijil penyertaan daripada Menteri di Jabatan Perdana Menteri Senator Datuk Idris Jala.
Debat bertemakan ‘Generasi Muda Untuk Transformasi’ turut menyaksikan Mohd Syafiq Ahmed Bazari dari UiTM dinobatkan sebagai Pendebat Terbaik dan Pendebat Terbaik Keseluruhan yang membawa pulang wang tunai bernilai RM2,000 serta piala individu.
UIAM, yang diwakili Senad Hadrovic, Arinah Najwa Ahmad Said dan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, pula membawa pulang wang tunai RM15,000, piala iringan, piala individu dan sijil penyertaan.
Sebanyak 19 institusi pengajian tinggi awam dan swasta menyertai pertandingan kali pertama itu anjuran MyHarapan, sebuah yayasan amanah belia, dengan kerjasama Kementerian Pengajian Tinggi dan UIAM dan dinaungi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
USIM Juara Debat Bahasa Melayu Piala Perdana Menteri
Pendebat USIM yang terdiri daripada Ummu Umairah Azahari, Mohd. Ikhwan Mohd Rosseli, Mohammad Shah Izad Saleh dan Mohammad Irhamuddin Ibrahim telah berjaya membawa pulang wang tunai RM25,000, piala dan sijil penyertaan.
Manakala naib juara Kategori Bahasa Melayu ialah UiTM dan UIAM bagi Kategori Bahasa Inggeris. Masing-masing membawa pulang wang tunai RM15,000, piala dan sijil penyertaan.
Pertandingan itu juga menyaksikan pendebat USIM serta UiTM, Mohd. Ikhwan dan Mohd. Syafiq dipilih sebagai pendebat terbaik yang melayakkan mereka membawa pulang RM2,000.
Majlis penyampaian hadiah disempurnakan oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mewakili Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Ketua pendebat UiTM, Maizura, 21, berkata, kejayaan yang diperoleh pasukannya adalah disebabkan mereka sering menganggap perdebatan sebagai gaya hidup dan bukannya aktiviti kokurikulum.
“Oleh itu, setiap pertandingan yang kami sertai akan sentiasa ada peningkatan,” katanya ketika ditemui selepas majlis itu di sini, hari ini.
Debat PPM yang pertama kali dianjurkan disertai 44 institusi pengajian tinggi. Debat ini berlangsung selama lima hari bermula 20 Oktober lalu.
Sebelum ini, PPM hanya diadakan pada peringkat Sekolah Berasrama Penuh (SBP) sejak 1974. PPM 2011 adalah anjuran MyHarapan dengan kerjasama Kementerian Pengajian Tinggi dan UIAM.
SUMBER : ILLUSTRASIAKU


TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...