Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.
Showing posts with label NORIDAH. Show all posts
Showing posts with label NORIDAH. Show all posts

27 Dec 2011

CORETAN UNTUK UMMI

Salam. Habuk jugak tempat ni. Maaflah. Saya fikir tiada kesempatan buat saya menaip dan mereka cerita. Sekadar hiburan, tetapi kalau sudah di universiti, lagi banyak jenisnya. Ada yang menegur saya, lama tak update lah, apalah. Bukan apa, terasa sangat sibuk sekarang. Dicampur dengan tutorial pelbagai, dengan assignmentnya lagi. Yang ini pun saya sepatutnya menghadap buku buat 2 minggu asbab peperiksaan akhir semester minggu depan. Penat.


Tapi itu bukan kisahnya. Kisah kali ini mahu ceritakan soal 'Ummi' saya yang meninggalkan tempat beliau mencurahkan kasih. Saya amat terkejut dengan berita perpindahan Umi Noridah, dalam 2-3 bulan yang lepas. Memang agak lapuk, tetapi tak salah mengulang. Boleh saya katakan, beliau sangat bermakna dalam hidup saya se
kiranya dihitung kumpul segala jasanya. Beliau tidak asing di bumi STAR sebagai seorang guru bahasa Melayu yang sangat dedikasi. Mungkin tidak pada mereka yang kurang mengerti, tetapi andai diambil kira segala keringatnya, pasti anda juga sedikit sebanyak mengangguk. Sewaktu saya masih hijau di STAR, pelbagai cara saya lakukan untuk keluar dari situ. Tanggapan, tak seronok jauh dengan ibu. Tetapi, apabila diperkenalkan dengan dunia debat, terasa sekolah itu sangat menyeronokkan; sampai ke hari ini. Saya diperkenalkan dengan senior-senior debat oleh Ummi, dengan harapan jiwa saya tak ke mana. Ada yang buat muka bila pertama kali berjumpa, ada yang tidak kurang baiknya.


Memang benar akhir perkenalan, jatuh cinta. Saya benar-benar jatuh hati dengan debat, dan juga sayang saya pada senior-senior, rakan-rakan, guru-guru, dan sekolah selamat dipupuk. Ummi perkenalkan saya dengan sebuah teknik hidup yang sukar difahami, dan tentunya sukar dipelajari. Perubahan 180 darjah berlaku, dan itu yang membawa saya ke sini, sebagai seorang pelajar universiti. Pengalaman debat bersama rakan-rakan selama 4 tahun itu pasti tiada maknanya tanpa Ummi. Beliaulah yang tunjuk ajar, yang jaga makan pakai, yang tegur sapa. Pendek kata, beliau ibarat ibu buat saya dan rakan-rakan di rumah kedua-STAR. Pahit manis debat, kami kongsi bersama. Soal pelajaran, agama, tegur; Ummi tak pernah lupa. Itu yang baiknya.

Soalan: Asyik debat je engkau ni!


Haha. Saya jiwa debat, maaf. Tetapi andai di dalam kelas, Ummi tidak kesal mengajar. Benar, saya tak pernah di bawah telunjuk ajar sebagai pelajar di kelasnya. Tetapi, kadangkala dengar juga cerita, Ummi sibuk mendidik, bukan sekadar mengajar. "Sampai bila kamu nak mendidik diri kamu sebagai bangsa yang meminta-minta ni?!" Antara tegurannya, yang walaupun tidak saya alami, tetapi masih kekal saya ingat. Benar kata Ummi, sampai bila bangsa Melayu nak meminta-minta. Alah dengan miskinlah, dengan subsidinya lah. Semua itu tanda bangsa yang lemah. Andai kita bangsa yang pandai berdikari, yang kuat usaha, itu semua bukan sandaran. Betul yang saya juga pernah dapat bantuan, terima kasih. Tetapi, dengan bantuan itu membuatkan saya, dan kawan-kawan di luar sana alpa dengan masa belajar masing-masing. Mungkin, untuk belajar berbasikal, perlu untuk kita cabut roda ketiga dan keempat(kanak-kanak). Mungkin tidak bisa laju, tetapi kalau terhuyung-hayang sebentar tidak jadi masalah.


Senang cerita, banyak tunjuk ajar Ummi kepada anak bangsa. Saya tidak pandai luahkannya dengan kata-kata, tetapi andai anda selami apa yang ibu buat kepada anaknya, pasti anda akan mengerti. Salam.

p/s: Moga Ummi bahagia sebagai PK di SBPI Gopeng. Selamat sejahtera hendaknya!

HAZIQ JANUDIN..dipetik dari BLOG PAMAN


TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

30 Aug 2011

Ummi , Jazaakillaahu

Assalamualaikum  WBT..






Seperti yang semua sedia maklum , perjuangan yang masih belum bernoktah ini bakal mengucapkan ungkapan perpisahan buat pengemudi bahtera yng sudah dikira 'legend' dalam dunia perbahasan , Ummi Hajah Noridah .

Secara jujurnya , saat pertama kali saya menerima SMS daripada Encik Shahnun , hati mana yang tak tersentak tatkala berita datang secara mengejut tanpa sapaan awal daripada pihak-pihak tertentu . Puas saya mengadu pada Yang Maha Esa . Dengan perginya Qusyairi , Ummi dan berita penarikan diri Cikgu Shahnun , saya hampir berputus asa dan hampir meletakkan keputusan untuk menoktahkan perjuangan ini .

Namun , saya fikir , sudah penat aku mengalah ! Sudah penat aku berputus asa ! Bila masanya untuk kita berfikir positif dengan qada dan qadar Allah yang sentiasa punya hikmah disebaliknya . Doakan kami untuk tahun hadapan . Mungkin agak klise ayat sebegini . Namun , inilah resepi utama kejayaan kita .

Berkenal rapat dan mesra dengan panggilan Ummi , teramat sedih rasanya untuk ....
Sifat Ummi yang tenang ketika menyampaikan sendiri berita ini kepada saya membuatkan saya begitu kagum dengan susuk tubuh wanita yang tabah ini .


Bukan sahaja ilmu debat , bahkan ilmu agama , ilmu kepemimpinan , ilmu kesantunan yang tinggi juga diterap oleh Ummi kepada kami . Manakan tidak kami memanggilnya Ummi .

Ummi , sedih hati mengenangkan pemergian Ramadhan ditambah pula dengan pemergian insan yang paling banyak berjasa ke alma mater yang baru . Ya , kita hanya bakal dipisahkan dengan sebatang jambatan (seperti yang Ummi titipkan buat saya tempoh hari)

Buat Aidilfitri yang datang menyapa ini , saya minta ampun dari hujung rambut hingga hujung kaki . Terasa terlalu banyak kesalahan kami , ketelanjuran kami , kebiadapan kami , kedegilan kami dan sebagainya . Maafkanlah Ummi . Terima Kasih atas jasamu yang tidak bisa digambarkan dengan madah .

Hanya insan biasa ,
Terkadang tak mampu aku ungkapkan ,
Terkadang tak mampu aku hebahkan,
Terkadang tak mampu aku gambarkan,
Apatah lagi untuk membalasnya .

Kuserahkan semua kepada-Nya,
Moga dikira 
Tiap langkah

Tiap ungkapan
Tiap pengorbanan
Tiap keletihan
Tiap kepenatan
Sebagai ibadat semata-mata untuk-Nya
Dan direnjis dengan nikmat rahmat serta balasan Jannah
Ummi , Jazaakillahu .

Uthman AG , Malam Raya , 1 Syawal 1432H , ketika takbir bergema


TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

17 Aug 2011

DEDIKASI BUAT PUAN NORIDAH BTE HAJI RAMLAN





Assalamualaikum WBT dan selamat meneruskan ibadat puasa di bulan Ramadhan. Alhamdulillah, berita baik yang ingin dikongsikan buat semua Keluarga Debat Bahasa Melayu STAR Ipoh, ialah Puan Noridah Binti Haji Ramlan, iaitu jurulatih debat Bahasa Melayu STAR telahpun dinaikkan pangkat daripada jawatan Guru Kanan Bahasa STAR kepada jawatan Penolong Kanan Kokurikulum Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Gopeng (i-Gop). Tahniah sekali lagi dari kami seluruh warga KDBM STAR Ipoh.

Izinkan saya untuk berkongsi rasa dan bicara buat semua. Ada dua situasi sebenarnya ingin saya nyatakan. Pertama, sudah tentu kami Warga KDBM amat berbangga kerana Puan Noridah telah berjaya berada selangkah ke hadapan dalam bidang pentadbiran, kerana bukan senang untuk dipilih menjadi pentadbir. Sudah tentu latar belakang, kebolehan dan kemampuan serta  pengalaman menjadi elemen utama pemilihan ini dan saya tidak mempunyai sedikitpun perasaan ragu tentang kemampuan beliau untuk memikul amanah ini. Sepanjang mengenali beliau, melihatkan kepada komitmen dan kesungguhan sememangnya beliau merupakan calon yang paling layak. Namun, sebagai rakan sekerja yang telah hampir sembilan tahun bergelumang bersama-sama membangunkan arena bahas STAR, hati sedikit tersentuh dan sebak atas kehilangan seorang sifu, kakak dan guru yang banyak menunjuk ajar saya dalam arena perbahasan mahupun kehidupan.

Masih teringat di tahun-tahun awal saya mula menyertai keluarga ini. Dari zaman Khalis, Chor, trio Farid, Harinn dan Syazwan. Kemudiannya diteruskan oleh Siraj, Bapak, Ikhwan pada tahun berikutnya. Kejayaan oleh Paman, Acap, Azri, Faizs sentiasa mekar meniti bibir. Dan kemuncaknya kemunculan trio Uthman, Quchai,  Amirul dan Amir Syafiq yang akhirnya menoktahkan kejayaan bermakna buat Puan Noridah. Dan Alhamdulillah, kita masih memiliki nama-nama yang memiliki potensi seperti Wan Hafizan, Dhinie, Aiman, Muhaimin. Syafiq dan ramai lagi. Bukan sehari dua usaha digembeling bagi mengeluarkan 'potensi' yang ada dalam diri mereka sehingga  menjadi kebanggaan KDBM khasnya dan sekolah amnya.

Sudah banyak jasa yang telah dicurahkan, banyak benar budi yang dihulurkannya. Tanyalah kepada anak-anak yang telah saya sebutkan nama di atas. Sudah tentu tidak ada yang akan mmapu menafikannya. Sebagai pengikut dan murid yang setia, saya mulai mengikuti perjalanan bahas KDBM pada tahun 2004 dengan trio pertama pada waktu tersebut iaitu Adam, Shidot dan Meor. Dan saya tidak menoleh lagi selepas itu dan tidak pernah tanpa gagal untuk saya menjadi pembantu yang setia menemani ke mana-mana kejohanan yang disertai. Dari PPM zon utara, kebangsaan, hinggalah ke UIA dan berkelana seketika ke Bangi bagi menyertai kejohanan UKM. 

Benar kata orang, yang patah pasti kan tumbuh, yang pergi pasti muncul pengganti. Namun, orang selalu lupa, yang datang itu belum tentu akan sama redup pandangannya, kritis fikirannya, telus pandangannya dan ikhlas didikannya. Maka tinggal lah saya dan anak-anak ini untuk meneruskan perjuangan yang belum ternoktah lagi. Mempertahankan kejayaan lebih sukar dari mencapai kejayaan. Justeru cabaran utama pada tahun mendatang adalah mempertahankan Piala Perdana Menteri, apatah lagi STAR bakal menjadi persinggahan untuk HKSBP menjelang tahun 2012.

Tiada hadiah ribuan ringgit dalam mengiringi pemergian seorang sahabat yang bernama Puan Noridah. Mungkin yang ada hanyalah titisan air mata yang bakal mengiringi nya ke sekolah baru. Terima kasih selaut kasturi buatmu atas tunjuk ajar serta kasih sayang yang diberikan sepanjang 9 tahun berkelana di bumi bertuah ini. Terima kasih setinggi gunung kerana meninggalkan legasi yang cemerlang buat KELUARGA DEBAT BAHASA MELAYU STAR Ipoh. 

Terima kasih sahabat
Kerana mengizinkan aku berteduh
Di bawah payung kasihmu
Merelakan aku menyulam mesra
Dalam benang persahabatan
Membiarkan aku mewarnai catatan memori
Pada kertas kenangan
Terima kasih
Kerana mengibarkan  panji untukku
Berlindung dari hujan kebimbangan
Menadah perahu setia
Untukku melayar duka
Dari luka yang tidak terhingga...

Selamat maju jaya buatmu, Puan Noridah bte Haji Ramlan
(Jun 2003-Ogos 2011)



Shahnun AG, Nuzul Quran, Ramadhan 17, 1432 H


TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...