Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.
Showing posts with label UTP. Show all posts
Showing posts with label UTP. Show all posts

29 May 2011

STAR JUARA DEBAT UTP 2011

Melangkah ke final UTP, sangat melegakan dan menjadikannya bonus buat KDBM STAR, apatah lagi apabila diumumkan akan menentang SDAR, satu nama yang agak kuat dalam arena bahas sekolah-sekolah pada hari ini. Masih terkenang lagi apabila kami tewas dalam pusingan awal peringkat kumpulan dahulu. Namun, berada di pentas final sudah pastinya akan membuahkan suasana yang lain berbeza dengan peringkat kumpulan. Ya, kami harus menang bagi menaikkan semangat KDBM STAR sebagai pemanas badan untuk PPM tahun ini.

Untuk aksi di pentas final, Ummi dan Cg Shahnun memutuskan untuk menukarkan Amir Syafiq dengan Wan Hafizan selaku pembahas ke tiga. Ini merupakan strategi yang dilakukan memandangkan  Wan Hafizan masih lagi belum diketahui kekuatannya oleh pasukan SDAR. Dalam pertandingan akhir tersebut pasukan STAR telah diberikan semangat oleh penyokong seramai 40 orang yang dibawa khas dari Ipoh.

Bertindak selaku pihak KERAJAAN, usul berbunyi : KESELAMATAN, KESIHATAN DAN ALAM SEKITAR, KITA SUDAH MAJU. Perjalanan bahas berlangsung agak seimbang dengan para pembahas cuba memberikan perspektif dan hujah yang menarik bagi meyakinkan barisan juri. Dan akhirnya, kejayaan yang dinanti-nantikan akhirnya muncul jua apabila usul diterima. Maka, STAR buat pertama kali dalam tahun 2011 berjaya menggenggam kejayaan yang pertama. Satu permulaan yang cukup baik. 

Diharapkan pihak UTP akan meneruskan penganjuran debat sebegini rupa demi memeriahkan dunia debat sekolah-sekolah di Malaysia. Syabas KDBM STAR!! Tahniah buat para pembahas!!



TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

MELANGKAH KE FINAL

Alhamdulillah, segalanya berjalan dengan lancar hari ini. Seharian di UTP menyertai pertandingan bahas interschool, sedikit harapan menyala di hujung terowong. Pada hari ini STAR telah bertemu dengan tiga pasukan iaitu SEMESTI, SDAR dan SERATAS. Dalam pertemuan pertama dengan Sekolah Menengah Sains Teluk Intan (SEMESTI), STAR bertindak sebagai pewakilan kerajaan. Dengan usul Proton Sudah Hilang Taringnya, STAR berjaya menewaskan SEMESTI dengan juri 3-0. Alhamdulillah kemenangan pertama.

Perlawanan ke dua menemukan STAR dengan SDAR, juara Piala Perdana Menteri (PPM) tahun 2010. Dengan usul 1 Malaysia Hanya Tin kosong, STAR bertindak sebagai pasukan pembangkang. Namun, usul ini telah diterima dan kami tewas 2-1. Perlawanan ke tiga merupakan perlawanan penenetuan sama ada layak ke final ataupun tidak. Bertemu SERATAS, STAR bertindak sebagai perwakilan kerajaan. Dengan usul Earth Hour Meredakan Tangisan Bumi, STAR muncul pemenang dengan juri 2-1.

Alhamdulillah, STAR bakal melangkah ke final pada hari rabu ini dan akan menemukan STAR dengan SDAR, dua buah kuasa bahas sekolah malaysia. InsyaAllah, kami akan  melakukan sehabis baik  bagi menebus kehampaan tewas di pusingan ke dua.


Aksi Amirul, Quchai dan Amshar


Bergambar kenangan di dalam Library UTP


TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

BAHAS ANTARA SEKOLAH SEMPENA HSE WEEK ANJURAN UNIVERSITI TEKNOLOGI PETRONAS

Salam dan selamat pagi. Ketika ini kami  sedang berada di Universiti Teknologi Petronas (UTP) Tronoh untuk  menyertai Pertandingan Bahas Antara Sekolah Sempena Minggu Kesedaran Kesihatan dan Alam Sekitar (HSE Week). Pertandingan ini melibatkan penyertaan sekolah-sekolah terpilih. Antaranya Sekolah Tuanku Abdul Rahman, Sekolah Dato' Abdul Razak (SDAR), Sekolah Menengah Sains Teluk Intan (SEMESTI) dan Sekolah Menengah Sains Raja Tun Azlan Shah (SERATAS). Sehingga bertemu lagi , doakan pasukan bahas STAR g akan membawa pulang piala kemenangan. Semoga usaha ini diteruskan pada masa akan datang.




TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...