Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

23 Aug 2014

IDC 2014 : PERJUANGAN KDBM STAR BERAKHIR DI OCTO FINAL

Pertandingan Debat Sekolah-sekolah Malaysia anjuran Universiti  Islam Antarabangsa Malaysia kali ke-12 kembali lagi. Seperti mana penganjuran sebelas edisi yang lepas, kampus UIA Gombak menjadi medan bagi pendebat-pendebat muda untuk membuktikan bakat dan kebolehan berfikir secara kreatif dan kritis. pada tahun ini bagi kategori bahasa Melayu, sebanyak 78 buah pasukan telah mengambil bahagian.


Seperti edisi yang lepas, KDBM STAR turut menghantar pasukan, cuma yang membezakan ialah kali ini STAR menghantar pemdebat-pendebat junior bagi menimba sebanyak mungkin pengalaman yang berharga. Afif, Ilman, Syameel dan Zarul dipersiapkan untuk menjadi gandingan yang dihormati kawan mahupun lawan suatu hari nanti.


Sepanjang tujuh kali mengharungi pusingan awal, pasukan yang tidak diletakkan harapan ini cukup membanggakan. dari tujuh perlawanan pusingan awal, mereka hanya tumpas sekali sahaja. Dan yang paling membanggakan apabila di peringkat awal, mereka mampu berada pada kedudukan yang pertama dari tujuh puluh lapan pasukan yang bertanding, iaitu mencatatkan satu kekalahan dan enam kemenangan. Berikut merupakan keputusan melibatkan STAR :

1) Pusingan pertama 
Usul : Dewan Ini Akan Memansuhkan Peperiksaan Kepada Pelajar Sekolah Rendah
STAR (Kerajaan) v SAM Rawang (Pembangkang)
Pemenang : STAR
Juri : 3 -0
Margin : 3.33
Pembahas Terbaik : Syameel Aiman (STAR)

2)  Pusingan Kedua
Usul : Bekerja Sendiri Lebih Baik Daripada Makan Gaji
STAR (Kerajaan) v MRSM PDRM (Pembangkang)
Pemenang : STAR
Juri : 1-0
Margin : 2
Pembahas Terbaik : Afif Nazhan (STAR)

3) Pusingan Ketiga
Usul : Integriti Yang Dipaksa Adalah Lebih Baik
STAR (Kerajaan) v SM SULTAN ABDUL HALIM (Pembangkang)
Pemenang : STAR
Juri : 1-0
Margin : 4
Pembahas Terbaik : Ilman Hakim (STAR)

4) Pusingan Keempat
Usul : Penganjuran Sukan Mega Satu Pembaziran
MRSM TUN MUSTAPHA (Kerajaan) lawan STAR (Pembangkang)
Usul ditolak
Pemenang : STAR
Juri : 1-0
Margin : 5
Pembahas Terbaik : Afif Nazhan (STAR)

5) Pusingan Kelima
Usul : Dewan Ini Akan Mewajibkan Ahli Politik Memiliki PHD
SMK ABDUL RAHMAN TALIB (kerajaan) lawan STAR (Pembangkang)
Usul ditolak
Pemenang : STAR
Juri : 1-0
Margin : 5
Pembahas Terbaik : Syameel Aieman (STAR)

6) Pusingan Keenam
Usul : PBB Sudah Tidak Releven
STAR (kerajaan) lawan KISAS (Pembangkang)
Usul ditolak
Pemenang : KISAS
Juri : 1-0
Margin 1
Pembahas terbaik : Syameel Aieman (STAR)

7) Pusingan Ketujuh
Usul : Andartu : kita wajar memaksa
KISAS lawan STAR
Pemenang STAR
Margin : 3
Pembahas Terbaik : Afif Nazhan (STAR)

Setelah mengharungi tujuh pusingan awal, STAR berjaya memenangi enam perlawanan dan tewas sekali. kedudukan ini meletakkan STAR apad kedudukan pertama pusingan awal. Dengan ini STAR berjaya secara outomatik melayakkan diri ke peringkat Octo Final tanpa perlu melalui peringkat Double Octo. Di peringkat Octo STAR telah diumdi bertemu SAM hulu Langat. membahaskan usul DEWAN INI AKAN MENGHARAMKAN AHLI POLITIK MELOMPAT PARTI, STAR akur kepada SAM Hulu langat apabila tewas dengan juri 3-0 dan margin 4. 


Satu keputusan yang perit untuk diterima apatah lagi inilah merupakan pencapaian terburuk pasukan semenjak menyertai IDC ini. Namun, takdir juga tertulis, biar tewas, banyak ilmu, pengalaman yang ditimba sepanjang 6 hari bermukim di Madrasah Ilmu ini. Apapun sekalung tahniah buat Afif, Syameel, Iman dan Zarul atas pencapaian ini. Terima kasih buat semua bekas anak-anak didik debat iaitu Paman, Amsyar, Qusyairi, Black, Ahmad, Uthman, Azri yang turut hadir berkongsi pengalaman bersama adik-adik mereka. Jumpa lagi IDC 2015.







TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

19 Aug 2014

USUL PERTANDINGAN DEBAT SEKOLAH-SEKOLAH MALAYSIA (IDC 2014)

USUL PERTANDINGAN DEBAT SEKOLAH-SEKOLAH MALAYSIA (IDC 2014)

1. Dewan Ini Akan Memansuhkan Peperiksaan Kepada Pelajar Sekolah
2. Dewan Ini Akan Mewajibkan Pendidikan Pra Sekolah
3. Dewan Ini Akan membenarkan Pelajar Universiti Merokok
4. Bekerja Sendiri Lebih Baik Dari Makan gaji
5. Demi Kelangsungan Ekonomi : GST Diperlukan
6. Pelan Penyelamatan Ekonomi Ala AS Tidak Sesuai Bagi Asia
7. Integriti Yang Dipaksa Adalah Lebih Baik
8. Dewan Ini Akan Menggubal Semula Akta Al-Quran
9. Pembatalan Konsert-Konsert Hiburan Susulan Tragedi MH370 Adalah Tidak Wajar
10. Penganjuran Sukan Mega Adalah Satu Pembaziran
11. Dewan Ini Akan Memansuhkan Sukan Subjektif
12. Dewan Ini Mewajibkan Penerima Biasiswa Sukan Cemerlang Akademik
13. Dewan Ini Mewajibkan Ahli Politik Memiliki PHD
14. Dewan Ini Akan Mewajibkan Ahli Politik Menyertai Kursus Pengucapan Awam
15. Pemimpin Wanita Lebih Berani
16. PBB Sudah Tidak Releven
17. Kita Perlukan Kembalikan Asia Untuk Asia
18. Konflik Dalaman Punca Krisis Israel-Palestin Berpanjangan
19. Suri Rumah Lelaki Lebih Baik
20. Andartu : Kita Wajar Memaksa
21. Sudah Tiba Masanya Perigi Cari Timba
22. PBS Adalah Satu Kesilapan
22. Kenaikan haraga Barang, Boikot Adalah Jawapannya
23. Bola Sepak Kita Tidak Ada Harapan
24. Dewan Ini Akan Mengharamkan Ahli Politik Lompat Parti
25. Pelakon Wajib Cantik
26. Malaysia Perlu Memiliki Squad Olimpik Musim Sejuk
27. Gaji Minimum Jawapan Kepada Peningkatan Kos Sara Hidup
28. Dewan Ini Akan Menyokong Gesaan Ke Atas Pemimpin Untuk Meletak Jawatan Ketika Krisi
29. Keselamatan Sempadan : Kita Perlu Lebih banyak Kerjasama  Antarabangsa
30. Krisis Ukraine-Rusia : AS Adalah Penyibuk
31. Kita Perlu Mengehadkan Penayangan Filem Dalam Setahun


TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

24 Jul 2014

SALAM IDULFITRI DARI KDBM STAR



Andai jemari tak sempat berjabat,
andai raga tak dapat bertatap,
seiring beduk yang menggema,
seruan takbir yang berkumandang,
ku aturkan salam menyambut
hari raya idul fitri,
jika ada kata serta khilafku membekas lara,
mohon maaf lahir dan batin.

Mr S H A H N U N
S Y A F I Q   J E B A T
M U H A I M I N
A D I B
A R I F 
M E O R
A F I F 
S Y A M E E L
A L I F H A Z I M
Z A R U L
I L M A N
J U F R I
A S R A F
A R I F
I S K A N D A R





TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

20 Jul 2014

STAR IPOH JUARA SULUNG DEBAT DAKWAH NEGARA

Yayasan Dakwah Negara dengan kerjasama Universiti Kebangsaan Malaysia telah menganjurkan Pertandingan Debat Negara Antara Sekolah . Pertandingan yang julung-julung kali diadakan ini diadakan di UKM, Bangi, Selangor pada. Alhamdulillah, STAR satu-satunya sekolah yang bukan dari aliran agama telah berjaya muncul juara pertandingan ini. Pasukan STAR diwakili oleh Afif Nazhan, Syameel Aeiman, Aliff Hazim dan Syafiq Jebat manakala Encik Shahnun Abdul Ghani selaku guru pembimbing. Berikut merupakan keputusan perlawanan melibatkan STAR.

Pusingan 1

Usul : Ulama Segera Internet : Perbincangan Isu Agama Atas Talian Perlu Dikawal

STAR (kerajaan) lawan SM Islam Hidayah  B (pembangkang)
Pemenang : STAR
Pembahas Terbaik : Al-Hidayah

Pusingan ke-2

Usul : Dakwah Drama Dan Filem : Halal Haram Diadun Bersama

STAR (kerajaan) lawan SM Islam Hidayah  C
Pemenang : STAR
Pembahas terbaik : Afif Nazhan (STAR)

Pusingan ke-3

Usul : Semangat Kesukarelawan Generasi Muda Kian Pudar

SMK Al-Irshad B (kerajaan) lawan STAR (pembangkang)
Pemenang : STAR
Pembahas Terbaik : Hafiz

Pusingan ke-4

Usul : Transformasi Pengurusan Masjid Pemangkin Hikmah Dakwah

STAR (kerajaan) lawan SMK Al Irshad A (pembangkang)
Pemenang : Al-Irsyad
pembahas Terbaik : Syazwani (Al-Irsyad

Pusingan ke-5

Usul : Kemajuan teknologi Ancaman Umat islam Kini

SAM Hulu Langat (kerajaan) lawan STAR (pembangkang)
Pemenang : STAR
Pembahas Terbaik : Syafiq Jebat (STAR)

Pusingan Separuh Akhir

Usul : Media Sosial Penyampai Dakwah Efektif

STAR (kerajaan ) lawan SMK Al-Irsyad B (pembangkang)
Pemenang : STAR
Pembahas Terbaik : Hafiz (Al-Irsyad

Pusingan Akhir

Usul : Dakwah di Malaysia : ketaksuban politik Temboknya

SMK Al-Irsyad B (kerajaan) lawan STAR (Pembangkang)
Pemenang : STAR
Pembahas Terbaik : Syazwani (Al-Irsyad)










TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

USUL DEBAT TERBUKA ASTAR 2014

















TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...