Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

14 Nov 2012

DEWAN INI DITANGGUHKAN

Inilah kisah kita, kisah debat, DEBAT KISAH INDAH.  Musim 2012 melabuhkan tirai, sekadar berkongsi rasa dan jiwa atas memori yang tercipta.



Perjuangan STAR ternoktah di suku akhir PPM 2012

Musim 2012, Keluarga Debat Bahasa Melayu STAR (KDBM) bermula dengan kekecewaan, namun diakhiri dengan senyum kegembiraan. Berbekalkan reputasi sebagai juara bertahan dan pemenang Piala Perdana Menteri  2011, akhirnya seluruh warga STAR melihat air mata pembahas tumpas di bumi sendiri apabila tewas dalam peringkat suku akhir kepada Sekolah Seri Puteri, Cyberjaya. Walaupun telah cuba sedaya upaya memberikan persembahan terbaik, apatah lagi HKSBP 2012 berlangsung di halaman sendiri, namun tiga orang panel juri memutuskan perjuangan STAR berakhir di peringkat suku akhir sahaja. Tamat ceritera indah para pembahas tingkatan lima. 


ISDC 2012 anak-anak muda ini berjaya melangkah ke separuh akhir.

Namun, berkat kesungguhan dan semangat tidak pernah mengalah, KDBM cepat bangkit. Perjuangan yang belum selesai diteruskan oleh para pembahas tingkatan empat dan tingkatan dua. Destinasi pertama yang dituju ialah di Taman Ilmu dan Budi, Kampus Universiti Islam Antarabangsa malasyia. Pertandingan debat Sekolah-sekolah Malaysia sememangnya pertandingan debat paling berprestij kerana menghimpunkan semua jenis sekolah di malaysia samada SBP, MRSM, Sekolah harian, sekolah agama mahupun sekolah swasta. 80 pasukan menyahut  cabaran dalam pertandingan ini. Mengharap melangkah ke final dengan harapan menebus kekecewaan PPM, namun, sayangnya tersungkur di seperuh akhir kepada musuh tradisi Sekolah Dato’ Abdul Razak, Seremban. Walaupun tewas, pencapain separuh akhir adalah sesuatu yang membanggakan kerana berada di kalangan empat sekolah terbaik dari 80 yang menyertainya.


Debat MUSLEH akhirnya menoktahkan kejayaan pertama tahun 2012.

Kami tinggalkan UIA, kami berkelana ke UTM  Kuala Lumpur bagi menyertai Pertandingan Debat  Antarabangsa MUSLEH buat kali pertama. Cabaran juga cukup hebat kerana menerima penyertaan dari negara-negara jiran seperti Singapura, Indonesia dan Thailand.  Namun, bak kata pepatah alang-alang menyeluk perkasam, biar sampai ke pangkal lengan.  60 pasukan perlu ditewaskan kali ini. Alhamdulillah, akhirnya kejayaan musim 2012 memihak juga kepada alma mater ini. STAR layak ke final bertemu SMKA Al-Irsyad, Pulau Pinang. Dan kejayaan lebih manis apabila Dinie Zafri bin Zainuddin diangkat sebagai pembahas terbaik keseluruhan dan final.


Pendebat junior turut merangkul kejuaraan pertama mereka. Johan Bahas Piala Koperasi.

Belum habis lelah, destanasi yang bebaki kami teruskan ke bumi Serdang. Kejohanan novis yang menghimpunkan para pendebat junior dilangsungkan dengan jayanya oleh SMK Sri Serdang. Kali ini pembahas tingkatan tiga mengambil tempat untuk membuktikan sesuatu. Walau pertama kali menyertai pertandingan aura juara tidak pernah hilang. Keyakinan, kepetahan serta kemampuan mena'kul dan berfikir secara kritis membuahkan hasil. Kami johan sekali lagi, kali ini pasukan dari Sekolah Menengah Sains Tun Syed Sheh Shahabudin, Bukit Mertajam berjaya ditewaskan. Alhamdulillah, Syafiq Jebat muncul pembahas terbaik final.



Finalist PESTA BAHAS 2012 bergambar kenangan selepas perlawanan akhir. 

Kata orang melentur buluh biarlah dari rebungnya. Usaha untuk melahirkan pembahas pelapis dipergiatkan melalui Pesta Bahas. Pesta Bahas 2012 diadakan pada sekitar bulan Julai dan Alhamdulillah, untuk musim 2012 KDBM berjaya memiliki piala pusingannya sendiri. Sambutan yang diterima amat menggalakkan,  bakat-bakat muda menampakkan potensi yang membanggakan.  Bumi Ipoh tak tandus bakat muda yang akan mengambil tempat pembahas-pembahas senior suatu hari nanti.


Juara Debat dan Pidato Piala Pengurus Besar Yayasan Selangor 2012.

Awal September, kami telusuri pertandingan major seterusnya. Pertandingan Debat dan Pidato Piala Pengurus Besar Yayasan Selangor mula memahat nama dalam dunia debat  sekolah-sekolah Malaysia. Cabaran juga kuat, tentangan cukup hebat. Nama-nama besar dalam arena debat sekolah-sekolah Malaysia turut beradu akal dan minda. SDAR, SMAP KAJANG, SMI HIDAYAH, MCKK, SAS, KISAS dan banyak lagi pasukan perlu ditewaskan.  Akhirnya bumi Klang kami tawan jua. Dengan usul final “Penghayatan Kemerdekaan Semakin Pudar” STAR berjaya menewaskan Kolej Islam Sultan Alam Shah (KISAS) dengan margin 2.67 dan juri 6-1. Dinie Zhafri sekali lagi diangkat sebagai pendebat terbaik final.

Dan terakhirnya haluan KDBM terarah ke bumi Seremban untuk menyertai  Pertandingan Debat Piala Tun Razak anjuran Kelab Seni Orator SDAR. Pertandingan ini melibatkan penyertaan pelajar-pelajar yang baru selesai menduduki peperiksaan PMR. Walau STAR gagal menjulang piala kejuaraan, namun tetap memberi tentangan sengit sehingga peringkat separuh akhir dan tewas 2-3 kepada pasukan tuan rumah. Satu pembelajaran yang hebat untuk pendebat-pendebat muda STAR.

Musim yang hebat, penuh dengan air mata kegembiraan dan kekecewaan. Sekalung penghargaan untuk semua yang menjadikan musim ini sebagai musim yang hebat. Dari kesetiaan dan dedikasi pendukung kami, Cikgu Shahnun dan cinta kasih para bekas pembahas yang tidak pernah jemu memberi tips (Paman, Syazwan Aswat, Farid, Siraj, Khalis, Faizs), tunjuk ajar pembahas senior Uthman dan Wan Hafizan. Para pembahas utama Dinie, Ahmad Aiman dan Amirul Rosli. Tidak lupa juga team sparring yang hebat fayyaz Imran, Khairul Hafiz dan Eyman Asyraf. Pendebat-pendebat muda Syafiq Jebat, Muhaimin, Meor Amir Ikhwan, Arif Kamal dan Adib Farazi serta junior tingkatan satu yang turut berada dalam keluarga besar ini. Moga-moga musim 2013 akan lebih bermakna dan gemilang. DEWAN INI DITANGGUHKAN.





Keluarga Debat Bahasa Melayu STAR, IPOH.






TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

6 Nov 2012

KEPUTUSAN DEBAT PIALA TUN RAZAK 2012


Kedudukan ranking pusingan primilinary



1. SDAR A
2. MOZAC

3. SMAP Labu
4. STAR
5. SDAR B
6. SMAP Kajang
7. SMS Banting
8. MCKK
9. SSP
10. TKC A
11. TKC B
12. STJ A
13. SWING
14. STJ B



Keputusan perlawanan  peringkat suku akhir :


1. SDAR A lwn MCKK = Pemenang SDAR A


2. STAR lwn SDAR B = Pemenang STAR

3. MOZAC lwn SMS Banting = Pemenang MOZAC

4. SMAP Labu lwn SMAP Kajang =Pemenang  SMAP Kajang




Keputusan peringkat separuh akhir :


1. SDAR A lwn STAR =Pemenang  SDAR A

2. MOZAC lwn SMAP Kajang =  Pemenang MOZAC




 Peringkat akhir, dengan usul 'Identiti Pendidikan Di Malaysia Boleh Dibanggakan' :


SDAR A lwn MOZAC

Johan = MOZAC

naib johan = SDAR A

best speaker final = Izyan Ainna ( MOZAC )

best speaker overall = Zulaikha ( SMS Banting )





TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

24 Oct 2012

SALAM AIDILADHA DARI KDBM STAR

Selamat Menyambut Hari raya Ailadha untuk seluruh muslimin dan muslimat di malaysia dan di dunia.


PENGERTIAN KORBAN

Bahasa : Nama yang diberikan terhadap apa yang dikorbankan atau apa yang disembelih pada Hari Raya Adha.

Dinamakan juga sebagai ‘Udhiyyah’ yang berasal daripada perkataan ‘Dhuha’ iaitu waktu Dhuha, kira-kira antara jam 7.00 hingga 11 pagi, kerana korban disyariatkan oleh Allah SWT supaya dilaksanakan setelah selesai Solat Eidul Adha.

Ada juga yang mengatakan ianya berasal daripada perkataan Al-Udhiyyah dan Ad-Dhahiyyah yang dimaksudkan binatang sembelihan seperti unta, lembu, kambing yang disembelih pada hari Raya Korban dan hari-hari Tasyrik (11, 12 dan 13 Zulhijjah) dengan tujuan untuk mentaqarrubkan diri kepada Allah.

Syarak : Menyembelih haiwan yang tertentu dengan niat untuk mendekatkan diri kepada Allah dalam waktu yang khusus (hari-hari Nahar). Ibadah ini telah disyariatkan pada Tahun Kedua Hijriyah sepertimana juga disyariatkan ibadah zakat dan Solat Dua Hari Raya (Eidul Fitri dan Eidul Adha) dan telah dipastikan syariat mengenai berdasarkan al-Quran, Sunnah dan ijma’ ulamak.
 

Sesungguhnya Kami (Allah) telah memberi engkau (ya Muhammad) akan kebajikan yang banyak. Oleh itu dirikanlah solat kerana Tuhanmu ( pada Hari Raya Haji) dan sembelihlah (binatang) korbanmu (sebagai ibadah dan mensyukuri nikmat Tuhanmu).” (Surah al-Kauthar : ayat 1-2)





TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

22 Oct 2012

SENARAI USUL PERTANDINGAN DEBAT PIALA TUN RAZAK KALI KE-3, 2012


SENARAI USUL 
PERTANDINGAN DEBAT PIALA TUN RAZAK KALI KE-3, 2012


EKONOMI

1.       Liberalisasi Ekonomi duri dalam daging buat Malaysia
2.       Agenda Negara BerpendapatanTtinggi bakal dicapai Malaysia
3.       Demi melestarikan ekonomi Negara, kita wajar menetapkan gaji minimum terhadap semua pekerja
4.       Dewan ini yakin pemberian  insentif tunai berkesan
5.       FDI: Musuh dalam Selimut
6.       Keranamu Myanmar, ASEAN lebih bermakna
7.       Brain Drain: Malaysia perlu berkeras
8.       TERAJU: Bukti keadilan Malaysia

POLITIK

1.       Green Party jawapan kepada masalah perpaduan Negara
2.       Parti berasaskan kaum sudah tidak releven dalam mencapai aspirasi 1 Malaysia
3.       Dewan ini mencadangkan Malaysia menjadi Negara Kebajikan
4.       Revolusi Arab lambang demokrasi dunia
5.       Dewan ini akan mengutamakan pembangunan kemanusian berbanding pembangunan fizikal
6.       Pakatan Rakyat, retak menanti belah
7.       Demonstrasi  cermin kepada kesederhanaan
8.       Dewan ini mencadangkan hukuman gantung kepada pesalah rasuah
9.       PBB perlukan majlis kesederhanaan

HUMOR
1.       Ratu cantik satu eksploitasi
2.       Semut sudah setanding gajah
3.       Lelaki berpayung tidak sasa
4.       Hijau mudah menjadi merah
5.       Air sudah tidak jernih

PENDIDIKAN DAN PERPADUAN
1.       Identiti kenegerian menghakis perpaduan rakyat
2.       Kita semakin erat
3.       Media alternatif perosak perpaduan
4.       Pemberian kuasa autonomi perlu diperluaskan kepada semua IPTA
5.       Pentaksiran Berasaskan Sekolah wajar dihentikan
6.       Dewan ini membenarkan mahasiswa bebas berpolitik
7.       Masalah disiplin pelajar : Salah pelajar
8.       Dewan ini menyokong pemansuhan peperiksaan awam
9.       Integriti akademik mahasiswa belum subur
10.   Demi perpaduan : Sekolah Vernakular perlu dihapuskan
11.   Pendidikan bertaraf dunia kita semakin hampir

ALAM SEKITAR
1.       Teknologi hijau menjamin kelestarian dunia
2.       Minggu tanpa plastik jawapan kepada masalah pencemaran alam
3.       Malaysia memerlukan tenaga nuklear
4.       Earth Hour : Kita tiada kesedaran
5.       Masalah Alam Sekitar: Salah sistem pendidikan 




TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

13 Oct 2012

MAKLUMAT PERTANDINGAN DEBAT PIALA TUN RAZAK, SDAR


Maklumat Pertandingan


Tarikh : 30 Oktober - 1 November  2012

Hari : Selasa, Rabu dan Khamis
Tempat : Sekolah Dato' Abdul Razak, Seremban
                 71450 Sungai Gadut, Seremban.




Debat Ala Parlimen

1. Pertandingan ini merupakan Debat Ala Parlimen kategori Bahasa Melayu sahaja.


2. Setiap pasukan akan diwakili oleh 4 orang peserta (3 peserta utama & seorang simpanan).


3. Pertandingan akan dijalankan berdasarkan format Debat Ala Parlimen yang mengaplikasikan sistem 'power match' berkumpulan.

4. Melalui sistem ini, setiap pasukan akan berdebat sekurang-kurangnya 5 kali dalam pusingan awal.

5. Pusingan suku akhir, separuh akhir dan akhir akan diadakan secara menang-mara.


Penyertaan


1. Bagi kategori Debat Ala Parlimen, setiap sekolahdibenarkan untuk menghantar satu pasukan sahaja.


2. Peserta hanya boleh terdiri daripada pelajar tingkatan 1 hingga tingkatan 3 sahaja (pasukan pelapis)


3. Pihak sekolah diminta untuk mengesahkan penyertaan dengan mengfakskan borang penyertaan kepada pihak penganjur sebelum atau pada 18 Oktober 2012  (Khamis)


Yuran


1. Yuran penyertaan untuk pertandingan ini adalah RM250.00 bagi setiap pasukan.


2. Bagi guru pengiring, RM50.00 dikenakan untuk setiap guru.


3. Yuran ini termasuklah bayaran penginapan dan makanan sepanjang tempoh pertandingan.

5. Pembayaran dibuat pada hari pendaftaran secara tunai kepada urus setia pertandingan ataupun melalui cek atas nama KOPERASI SEKOLAH DATO' ABDUL RAZAK BERHAD.


ATUR CARA PERTANDINGAN

Selasa, 30 Oktober 2012

02.00 petang  - 6.00 petang    : Pendaftaran / Check-In
06.00 petang  - 8.00 malam    : Makan malam/ solat maghrib
08.15 malam   - 8.45 malam     : Briefing
09.00 malam   - 11.00 malam : Pusingan pertama
11.00 malam   - 11.15 malam   : Supper dan Solat Isyak
11.30 malam   - 12.30 malam  : Balik ke asrama dan rehat

Rabu, 31 September 2012

07.00 pagi - 8.00 pagi            : Sarapan pagi
08.15 pagi - 10.15 pagi           : Pusingan ke-2
10.30am - 12.30 tengah hari : Pusingan ke - 3
12.30pm - 01.45 petang         : Makan Tengah Hari & Solat Zohor
1.45 petang - 3.45 petang      : Pusingan 4
03.45 petang - 04.30 petang : Minum Petang 
04.45 petang - 06.45 petang  : Debat Pusingan 5 (silent round)
06.45 petang - 08.15 malam : Makan malam dan solat maghrib
08.30 malam - 11.00 malam : Pengumuman keputusan psuingan ke -5 dan 
                                                      Debat Suku Akhir (silent round)
11.00 malam - 11.30 malam : Supper dan Solat Isyak


Khamis, 1 November  2012

07.15 pagi  - 8.15 pagi         : Sarapan
08.15 pagi  - 8.30 pagi        : Pengumuman keputusan suku akhir

08.30 pagi - 10.30 pagi      : Separuh akhir (keputusan di sidang)

12.00 tengah hari                : Release motion (pasukan final) 1 jam
                                                 Final (Dewan Tun Abdul Razak)
                                                 Majlis Perasmian Penutupan
02.15 ptg - 02.45 ptg          : Makan Tengah Hari & Solat Zohor

02.45 ptg - 06.00 ptg        : Perjalanan balik







TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...