Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

13 Mar 2011

Membuka Tirai 2011

Salam Perak Maju Jaya! Buat pertama kalinya dalam sejarah dunia perdebatan di negeri Perak untuk tahun ini, satu pertandingan bahas bahasa melayu antara sekolah dalam negeri Perak akan diadakan. Untuk itu, keluarga ini akan menghantar pembahasnya untuk memulakan langkah awal dan pertama bagi tahun yang mencabar ini. Pertandingan yang akan berlangsung pada 19 Mac 2011 ini akan berlangsung di Universiti Teknologi Petronas, Tronoh, Perak. Apa yang kami pinta hanya satu, buat pembaca setia KDBM STAR IPOH doakan kejayaan kami ya! Insyaalaah, kejayaan milik kita bersama dan semua.

Berikut merupakan usul yang dicadangkan:
1. Proton sudah hilang taringnya.
2. 1Malaysia bagaikan tin kosong.
3. Hiburan di malaysia bagaikan tiada sekatan.
4. Ops piramid, sudah terhantuk baru terngadah.
5. Kita sudah merdeka.
6. Artis model ikutan terbaik.
7. Wanita lebih berkuasa.
8. 1Malaysia menjamin perpaduan.
9. Matapelajaran sejarah perlu diajar semula sejak darjah 1.
10. Earth hour meredakan tangisan bumi.

TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

12 Mar 2011

SELAMAT HARI LAHIR : KAU TERISTIMEWA

wajah kanak-kanak
khas untuk mereka
mangsa utama: pak chong
kami bahagia, satu keluarga!
3 sekawan perancang utama

Sengaja. Itulah kata-kata yang mampu diluahkan untuk mereka. Untuk menghargai seseorang, sesuatu kejutan perlulah dilakukan. Untuk itu, satu majlis yang tidak diketahui oleh semua orang telah dilakukan secara senyap-senyap semata-mata untuk mengenang pembahas bahasa melayu yang tercinta. Hari lahir Os, Amsya, Wan, Fayyaz dan Pak Chong disambut untuk menghargai kekentalan mereka sebagai seorang pembahas dalam keluarga ini. Bukannya apa, sekadar ingin mengisi memori indah dalam bulan-bulan terakhir bersama KDBM STAR yang amat dicintai. Gembira rasanya melihat mereka tertawa riang setelah penat lelah dalam mencari fakta dan membantu pasukan utama yang akan bertanding tidak lama lagi. Air mata yang mengalir dari mata Pak Chong juga menerbitkan 1001 kenangan untuk tahun terakhir saya di sini. Justeru untuk megat khalyd, boyak dan megat ashman, terima kasih kerana anda berjaya!. Bagi Os, Amsya, Wan, Fayyaz dan Pak Chong, Selamat Hari Lahir! Untuk Latiff, Eyman, Dinie, Black, Ahmad Aiman, Aya dan yang lain, sabar...tiada apa-apa untuk kalian =)





TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

Debat dan Air Mata

Assalamualaikum,


Kisah 1

" Adakah Piala Tun Sri Lanang akan pulang ke Klang atau bertandang ke Ipoh ? " Suasana dewan sunyi seketika bagi mengwujudkan situasi suspen. Kata-kata pengerusi majlis ketika itu masih melekat dalam hati saya. Saya rasa kita semua sudah tahu siapa menang siapa kalah. Sebaik saja keputusan diumumkan, Paman, Faizs, Azri dan Qusyai semuanya naik dan turun dari pentas dengan genangan air mata. Tatkala tiba masa untuk sesi peluk memeluk, tatkala itulah berjujuran air mata akan melimpah. Paman dan Cikgu Shahnun menangis bila mereka berpelukan. Umi juga tak melepaskan diri daripada turut terlibat sebagai watak air mata dalam kejadian yang cukup sinonim bagi kami itu. Kami sebagai junior ketika itu tidak berair mata kerana terlalu jauh lagi bagi kami untuk mengenal erti air mata dalam debat.

Kisah 2

Untuk kekalahan yang memang tak dijangka, kami diumumkan kalah teruk ditangan Asrama Yayasan Selangor dengan juri 5-0 dan pendebat terbaik juga tidak berpihak pada kami. Secara jujurnya, perasaan saya ketika itu begitu marah, sedih, geram dan cukup tak berpuas hati. Untuk peringkat awal, hanya Qusyai saja yang mengalirkan air mata. Saya dan Amsya masih menahan. Namun lain pulak ketika berada di Kolej Ungku Omar, masuk saja dalam bilik, saya terus mengalirkan air mata tapi ketika itu Qusyai dah tenang dan beliau cuba menenangkan saya. Kami dibelanja oleh Cikgu Rafaei dengan sate kajang, nasi berlauk, air dan bermacam-macam lagi semata-mata untuk memujuk kami. Paman juga tak pernah lekang dari memberi kata-kata semangat dari kami. Kalau kenangkan kembali kekalahan tersebut, pasti saya tak dapat menahan air mata.

Kisah 3

Waktu itu hampir cuti, nasib baik saya balik ke rumah lewat atas alasan tiket habis. Secara kebetulan juga, pasukan PPM pulang pada hari itu, saya masih ingat hari itu hari Jumaat. Pagi Jumaat saya dapat berita STAR layak ke separuh akhir menentang INTEGOM. Ketika ingin naik ke tangga masjid untuk solat jumaat, Paman telefon saya, 'kitaorang kalah'. Ringkas tapi penuh emosi. Melalui nada suara, saya pasti, mereka baru lepas mengangis. Ketika malam kami keluar untuk makan, Paman ada cakap kepada saya, 'Aku dah penat menangis dalam debat'.


Coretan 3 kisah yang penuh dengan perkataan 'air mata', 'air mata' dan 'air mata' ini sudah cukup membuktikan betapa sinonimnya air mata bagi kami. Seperti tahun-tahun sebelumnya, tahun ini juga kami berazam untuk mengalirkan air mata kemenangan bukan air mata kekalahan. Tetapi secara jujurnya saya sudah sedia untuk menerima sebarang kemungkinan. Andai kata takdir Allah menentukan karier pendebat saya berakhir dengan air mata, saya redha, saya akan terus menyokong mereka yang akan berjuang. Jika keadaan sebaliknya berlaku, doakan saya berjaya (buat yang tak faham, saya mohon maaf). STAR mengajar saya, kalau kamu jadikan kemenangan sebagai target utama, nescaya kamu akan kalah. Tapi, kalau kamu jadikan keredhaan Allah sebagai tujuan utama, percayalah, perancangan Allah cukup-cukup bagus. Doakan kami tahun ini.

-Hexa Os-

TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

12 Dec 2010

Kisah ini disambung semula...

Baiklah,
 setelah puas mencari dan terus mencari,
pelbagai halangan dan rintangan sentiasa ditempuhi,
tidak kira penat dan lelah, 3 sahabat ini masih setia bersama keluarga ini, 
semuanya demi memartabatkan legasi yang sentiasa bertakhta di hati...
luahan isi hatiku kini semakin beerti...
 4 beradik peneman setia
dan yang paling penting  5 tonggak utama


MEI-JUN 2010

           'Paman...macam mana ni???dah dekat sangat dah ni...cuak la' kataku. 'Tak pa...apa-apahal kita exam dulu ek' balasnya. Kemudian, hari-hari yang berlalu bertumpu kepada bah yang melanda iaitu Peperiksaan Pertengahan Tahun yang menjadi prioriti yang paling utama.
Setelah 2 minggu berhempas pulas bersama kertas soalan yang mengujakan, minda ini sudah bersedia untuk menepuh rintangan seterusnya. Inilah pentas mutlak untuk 3 sahabat ini. PIALA PERDANA MENTERI. 

          'Okeyh, kita akan bertembung bersama SDAR, SBPI KUANTAN, SMAP KAJANG dan SMS PASER PUTIH' kata Saudara Azri, peladak kedua keluarga ini. ' So kita perlu buat sesuatu! ingat ini bukan zon utara, tapi inilah saatnya kita merebut piala itu!!!' sambung saudara Faizs, perdana menteri yang amat saya sanjungi.

         ' Herm, chai cari facts bagi lengkap tau...pasal artis...insurans kesihatan...biomass...dan pangkalan tentera asing. ajak adik-adik sekali.' kata kapten yang dihormati. 'ok!!!' balasku dengan penuh semangat dihati.  

.....................................................................................................................................................................
 hari penentuan 
          Setelah hari-hari ditempuhi di bumi hijau Pasir Puteh, kekalahan bersama SDAR menentukan STAR bertemu SBPI GOMBAK di pusingan separuh akhir. dan saat keputusan diumumkan....

' Adalah dengan ini bahawa pusingan separuh akhir menemukan 
Sekolah Tuanku Abdul Rahman sebagai Kerajaan dan
Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Gombak sebagai Pembangkang dengan usul
'HAK ASASI MANUSIA MENJAMIN KESEJAHTERAAN SEJAGAT' juri sebulat suara
MENOLAK USUL...'

......................................................................................................................................................................
TATKALA LIDAH TERKELU, 
HATI BERTANYA MENGAPA???
IMAN MENJAWAB SABARLAH SAHABATKU
 TANPA DIDUGA AIR MATA BERLINANG MENGIRING HATI YANG LARA

DAN JAUH DI SUDUT HATIKU BERKATA 
' Wahai 3 sahabat yang amat daku sanjungi, ya saya percaya kita semua bertemu dan berpisah hanyalah kerana Allah S.W.T. Walau setinggi langit saya merinduimu, perpisahan tetap akan berlaku. Setinggi mana cinta Shakh Jahan pada Mumtaznya, tinggi lagi setia K.A.M.I pada kalian bertiga. Sayang mana ibu ayah pada anaknya, samalah sayang kami pada anda bertiga. Walaupun pada mulanya kita terkial-kial mencari hala yang ingin dituju, namun ALLAH S.W.T penentu segala. Mungkin ini sahaja usaha kita sehingga mendapat rahmatNya. kalian sudah berjaya buktikan. Impian anda sudah tercapai.



Ya, walaupun kita terpaksa menghadapi pelbagai halangan yang menimpa, namun anda bertiga sudah membuktikan halangan itu boleh untuk diketepikan. Walaupun pelbagai kerenah birokrasi melanda, anda berjaya untuk menidakkannya. Walaupun tertanam rasa amarah dan hasad dengki yang bermaharajalela, anda bertiga berjaya untuk meredakannya.Walaupun nama KELUARGA DEBAT BAHASA MELAYU SEKOLAH TUANKU ABDUL RAHMAN IPOH sentiasa dilupai, dicaci, dihina mahupun dipersenda anda bertiga langsung tidak mengendahkannya. Nak tahu mengapa???...Kerana anda bertiga teman yang sabar dan sentiasa berhikmah. Anda merupakan insan yang paling bermakna buat daku untuk dijadikan pedoman. Sebagaimana cinta K.A.M.I (saya, uthman, amsya, wan, latiff, black, dinie, cece, aya, fayyaz, ahmad aiman dan eiyman) pada MAHA PENCIPTA DAN JUNJUNGANNYA, samalah rasa hormat K.A.M.I kepada kalian bertiga.

Abang, sekarang air di mata sudah berlinang, tinggal nak tunggu jatuh je...sedih tau hati ni sudah tinggalkan kalian. Masih segar diingatanku saat kita mula bertemu. Walaupun pada mulanya budak-budak batch tak bagi p0n masuk debat, diorang kata nanti jadi mat conderm dan sebagainya. Abg tau tak macam-macam orang caci kita dari belakang tau. Ada yang cakap Faizs berlagak, ada yang kata Azri macam budak kecil dan tak pandai jadi KU, ada yang kata Paman mat port dan mulut bising. herm, macam-macam lagi la...banyak sangat.
Kadang-kadang Quchai tak tahan sangat, Quchai pendam je...

 Tapi, Quchai tau yang diorang semua cakap benda yang salah. Biarlah kan....herm...
sekarang dekat Sungai Petani hujan lebat sangat, betul tak tipu....tiap-tiap malam hujan. rasa rindu tu asyik-asyik datang je...pilu sangat hati ini. Kalau boleh, Quchai nak sangat balik kepada yang asal. Nak nikmati hari-hari yang dulu. Tapi masa tetap akan berlalu kan. Quchai nak sangat jumpa muka-muka kalian setiap hari. Kalau b0leh nak peluk Paman kuat-kuat! macam Quchai peluk ayah Quchai kat umah. Kalau boleh nak sangat jadi macam Azri, sangat berkredebiliti. Quchai ingat pesan Azri, 'Quchai jangan jadi tak matured tau! haha!!next year ko dah Form 5'. Kalau boleh Quchai nak fahamkan usul macam Faizs. sebab Faizs mantap sangat bab-bab memahami usul. Okeyla, mungkin sampai di sini coretan Quchai untuk kalian. RIndu tau!!! Rindu sangat-sangat kat kalian. Rasanya, air mata malam terakhir kita bersama dekat bilik bahas tu masih lagi mengalir dalam hati Quchai. sentiasa.. dan akan terus mengalir....sampai bila-bila...kenangan kita bersama akan sentiasa kekal dalam pentas mem0ir NUR QUSYAIRI BIN MOHAMED FAUZI. Akan...sentiasa berkekalan sehingga ke akhir hayat.




 pesanan terakhirku buat dirimu...
1.JADILAH INSAN YANG BERGUNA DI DUNIA DAN AKHIRAT.
2. INGATLAH KAMI DI SINI.
3. BAWALAH SEGALA IMAN DI DADA UNTUK MENEMPUH HARI BERIKUTNYA. 

Sudah ke penghujungan rupanya kita, bagai tidak terasa, masa telah berlalu,
alih-alih kita berasa sebak dan pilu, hampir 5 tahun mengaut ilmu,
ilmu dijana, pengalaman ditimba,sebagai senjata, pembela bangsa
abang-abangku pewaris bangsa,
ingatlah pesanan diriku yang hina ,
jika ada badai melanda, jika laut itu bergelora,
jika ada sengketa melanda, tepislah ia dengan ilmu di dada,
bila kalian jauh dari kami, khabarkanlah keistimewaan KELUARGA ini,
supaya gah di mata dunia, menabur bakti pewaris bangsa.
anak enggang di kayu tinggi, patah ranting terbanglah ia,
anak dagang tak lama di sini, sampai musim pulanglah ia.
pucuk pauh delima batu, anak sembilang di tapak tangan,
biarpun jauh beribu batu, hilang di mata di hati jangan...






 -iklas dari-
  QUSYAIRI FAUZI
 
 





TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

11 Dec 2010

Terkelu buat seketika....

LEGASI INI DISAMBUNG SEMULA…suka duka kehidupan kami lalui bersama
 Diari kehidupan sebuah keluarga UNTUK TATAPAN KITA SEMUA…dedikasi khas untuk 3 sahabat tercinta...
        
    Jam pada dinding rumah sudah menunjukkan hampir 12.30 pagi. Hujan di luar ketika ini seakan-akan mengiringi sayunya hati yang tidak boleh diubati.Entah mengapa hati ini terlalu sedih dan hiba mengenangkan perpisahan yang tidak diingini berlaku. Ya benar, perpisahan itu pasti akan berlaku. Tapi, diri ini masih sukar untuk menerima hakikat yang pasti. Coretan ini kuukirkan khusus buat 3 abang yang aku sayang. yang pasti daku terlalu merindui kamu....


MEI 2008
            ‘Dalam perbahasan ilmu itu menjadi prioriti. Kita bukan sekadar bercakap kosong. Tapi ianya lebih kepada daya berfikir secara kritis dan anatikal.’ Itu kata-kata Umi buat pasukan PPM 2008 sewaktu aku masih lagi muda dan mentah dalam arena perbahasan. Dan disebabkan kata-kata itulah kini kami mengorak langkah untuk kejayaan yang sentiasa dinanti.
………………………………………………………………………………………………..........................
APRIL –JUN 2009
          Pentas Juara-juara Pusat Kebudayaan danAktiviti Universiti Islam Antarbangsa Malaysia menjadi saksi pertembungan idea antara Islam Hidayah sebagai kerajaan dan STAR sebagai pembangkang. Dengan usul ‘ undang-undang jawapan terbaik dalam mengatasi kebejatan moral’ keluarga ini tersungkur di pentas akhir Pertandingan Debat antara Sekolah-sekolah Malaysia 2009. Entah mengapa titisan dan linangan air mata jatuh berjurai dalam kalangan kami. Mungkin nasib tidak menyebelahi kami sewaktu itu. Allah itu maha berkuasa. Cikgu shahnun pernah berkata ‘kadang-kadang allah hilangkan mentari. Lalu dia hadirkan kilat dan guruh. Lalu kiita menangis mencari dimanakah mentari. Rupa-rupanya allah nak hadiahkan kita pelangi.’ Perjuangan tetap diteruskan kerana pepatah pernah menyatakan bahawa kalau kita jatuh sekali tidak beeerti kita akan jatuh untuk selam-lamanya.
            Dan ketika itulah aku melihat, senior-seniorku mula untuk mengubah keadaan semasa. Dan Alhamdulillah, usaha mereka membuahkan hasil. Walaupun tersungkur di pentas PPM, namun ubatnya berada di Universiti Kebangsaan Malaysia. Mereka berjaya menakluk pentas akhir Debat Timbalan Naib-cancelor UKM menewaskan Sekolah Seri Puteri (SSP).
            Sekembalinya dari UKM, aku sekali lagi dikejutkan dengan berita pemergian saudara asyraf Ibrahim yang mengambil keputusan untuk berpindah sekolah. Masih lagi aku ingat waktu itu, jam 3.45 petang hari rabu. Waktu itu aku bersama-sama yang lain sedang menjalankan latihan seperti biasa. Kata-kata terakhirnya kepada kami, ‘ Chai, buat yang terbaik, aku nak tengok kau ada kat pentas PICC dengan Os dengan Amsyar. Aku nak tengok kau jadi hebat macam Harinn dan Siraj. Ok Chai ak nak pergi pejabat sekejap!!’ itu kata-kata terakhirnya kepada aku dan junior tingkatan 3 yang sudah aku anggap seperti adik-adik aku sendiri dan mungkin lebih dari itu. Kami pelik mengapa dia berkata begitu. Tiba-tiba, ada seorang senior tingkatan 4 bertanya, ‘aik??? Korang tak send off acap (nama timangan asyraff Ibrahim) ke???’ kami pelik dan bertanya ‘send off???’. ‘Acap kan nak keluar sekolah’ balasnya. Ha!!! Terkejut kami dibuatnya. Kemudian aku, uthman, amsyar, latiff dan wan berlari ke rumah hijau untuk mengetahui keaadaan sebenar. Hati terkedu mendengar berita itu.
            Namun sayangnya, kami terlambat. Kecewa dan hampa bercampur sedih dan duka. Itulah perasaan yang langsung tidak dapat diterjemahkan dengan kata-kata. Acap pergi meninggalkan kami begitu sahaja…..senior yang menjadi aset sekolah ini pergi tanpa pengetahuan sesiapa.
………………………………………………………………………………………………………
Malam itu, kurasakan seperti ada yang tidak kena. Kami berasakan satu kehilangan besar dalam keluarga tercinta. Kemudian saudara Haziq ataupun Paman nama timangannya datang menjenguk kami. ‘Paman, acap dah tak de’ kataku sambil berlinang air mata.
 ‘Chai, hidup perlu diteruskan’ balasnya. ‘Habis, siapa nak tolong kami dalam latihan???’ siapa nak tolong Os dengan Latip buat konsep??? Siapa nak tolong Chai buat hujah??? Siapa nak tolong Amsyar dengan Wan bagi bidasan sharp??’ itu kata-kata yang ku luahkan kepada abang yang paling rapat denganku. Aku ibaratkan beliau merupakan ayah yang sentiasa ada sewaktu aku susah mahupun senang  dan yang pasti aku terlalu rindukan pelukannya. ‘Ala..kitorangkan ade lagi. Aku, azri dengan Faizs kan ada boleh tolong. Ingat Chai setiap perkara yang terjadi ada hikmahnya. Kami pun sedih juga, bukan korang je. Kami lagi sedih tau’ balasnya spontan sambil menitiskan air mata.
‘Aah Chai setiap yang berlaku tu ada hikmahnya’ balas Abg Siraj yang datang menenangkan kami. ‘Yang penting usaha dan perjalanan perlu diteruskan. Ingat siapa yang berdebat tidak penting...namun usaha dan ilmu itu menjadi prioriti.’ Kata Abang Siraj memberikan semangat. Ingat perjalanan kamu masih jauh dan terlalu jauh untuk digapai. Kejayaan itu tiada titik nokhtahnya!!!
Dan aku kira musim 2009 pergi dan berlalu dengan penuh liku, suka, duka kehidupan bersama. .Yang penting tahun 2010 perlu menjanjikan kebangkitan.
………………………………………………………………………………………………………
MAC 2010    
          Dan kita akan berada dalam kumpulan B bersama SMS Kepala Batas, SMS Sultan Muhd Jiwa,SMS Kubang pasu, SBPi Kubang Pasu dan SMS Syed Putra.’ Itulah senarai pasukan yang bertanding dalam kumpulan B bagi HKSBP ZON UTARA 2010 yang dibentangkan oleh cikgu Shahnun. Sekarang halangan utama merupakan SBPI Kubang Pasu yang akan menentukan kami layak ataupun tidak ke SMS Pasir Puteh Jun nanti. Persediaan dilakukan untuk menempuh cabaran yang mendatang. Saudara Faizs bertindak sebagai pembahas pertama, Saudara Azri kedua dan seperti biasa Saudara Haziq ketiga. Aku dan adik-adik  pula sebagai tulang belakang mereka, membekalkan fakta untuk dibawa semasa peperangan melanda.
………………………………………………………………………………………………………
200310  JAM1400 SABTU
          Usul pusingan ke-6 adalah' Kita memerlukan pemimpin muda'. Bertindak selaku pembangkang kami buntu untuk menafikan usul perdebatan. Sejam masa diberikan terasa terlalu singkat untuk masa kuarantin. Kini kami mengharap pada teori semata-mata untuk menentang pasukan yang kami kira lebih dahsyat daripada biasa. Sewaktu perlawanan itu berlangsung hujan lebat turun mencurah-curah membawa rahmat di bumi Sungai Petani Kedah. Alhamdulillah, syukur ke hadrat ilahi perlawanan itu menjadi milik 3 sahabat ini. Dan STAR Berjaya melayakkan diri untuk menempah tiket ke Pasi rPuteh pada Jun nanti.
………………………………………………………………………………………………………
 APRIL 2010
            ‘Okeyh2!!! Lupakan PPM sekejap foKus untuk UIA pula’ kata-kata kapten bahas sebelum memulakan sesi latihan untuk menjejakkan kaki ke the 9th interschool Debating Championship 2010 UIAM. Walaupun pada asalnya nama STAR tidak didaftarkan dalam pertandingan itu, hati 3 sahabat ini langsung tidak pernah berputus asa untuk menindakkan latihan intensif . Selama 2 minggu latihan diadakan Alhamdulillah, aku rasakan persediaan kami sudah cukup untuk kesana. Bebekalkan keazaman dan tekad kami menjejakkan kaki ke UIAM atas satu harapan, untuk menjulang Piala Tun Sri Lanang yang menjadi impian setiap pembahas seluruh Malaysia.
Hari-hari di UIAM ditempuh dengan suka dan duka. Dengan 4 kemenangan bersama SMI Al-Amin,Gombak, SAMTAJ, INTERSABER dan AYS dan 2 kekalahan kepada SMAP LABU Berjaya meletakkan STAR di kedudukan 8 pasukan terbaik kejohanan ini. Perlawanan seterusnya di pusingan octo menemukan STAR dan SAS. Alhamdulillah 3 sahabat ini berjaya menentang badi dari Putrajaya itu. Di pusingan suku akhir pula, dijadualkan untuk bertemu SAINA namun entah mengapa krisis melanda dan akhirnya diputuskan STAR akan menentang SMAP LABU buat kali ketiga berturut-turut. Perlawanan yang berlangsung di moot court itu merupakan perlawanan paling ‘panas’ untuk tahun ini. Ketika perlawanan ini, dapat dilihat puak-puak zon utara menyokong STAR dan sebenarnya memang ramai yang datang menyokong dan dikatakan 3 sidang yang lain itu hampir kosong. Ini kerana sepatutnya SAINA yang menentang STAR tapi entah mengapa Smap Labu pula. Jadi ramailah yang ingin melihat kehandalan SMAP LABU dan STAR. Usul ‘Emas olimpik London 2012: misi mustahil’ bertindak sebagai kerajaan kami berjaya meyakinkan juri. Walaupun pada awalnya aku lihat juri tampak yakin dengan kehandalan SMAP LABU. Namun Alhamdulillah berkat pertolongan dari Allah S.W.T 3 sahabat ini menang dengan juri 5:0.
Ketika itu, aku dapat rasakan bahawa seluruh dewan amat berbangga dengan kemenangan 3 sahabat ini menentang SMAP LABU. Puas. Itulah kata-kata yang dapat diungkap setelah 2 perlawanan  tertewas kepada mereka. Di pusingan sepruh akhir kami betembung dengan SMK DATO AHMAD MAHER KELANTAN yang menewaskan SSP  di pusingan suku akhir. Usul ‘Artis indie harapan baru industri seni’dengan juri 4:3. Pentas juara-juara menyaksikan STAR MENentang KISAS!!! Namun perjuangan 3 orang sahabat ini terhenti di sini. Usul ‘DEWAN INI PERCAYA SISTEM PENDIDIKAN PERCUMA DIBERI KEPADA SEMUA’ DITERIMA…
Namun, tidak mengapa, PPM masih ada…..
bersambung...
           

TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...