Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

5 Nov 2013

PERJUANGAN SPM

Selamat menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia buat pembahas Tingkatan LIMA Keluarga Debat Sekolah Tuanku Abdul Rahman. Didoakan semoga kalian beroleh kejayaan yang hakiki, Bitaufiq Wannajah. 



A H MA D  A I M A N

D I N I E  Z H A F R I

A M I R U L   R O S L I

F A Y Y A Z   I M R A N

E Y M A N   A S Y R A F

K H A I R U L   H A F I Z


ikhlas

K D B M    S T A R , I P O H




TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

4 Nov 2013

STAR MUNCUL NAIB JOHAN PERTANDINGAN DEBAT PIALA TUN RAZAK KALI KE-4

Pertandingan Debat Piala Tun Raza, Edisi ke-4 anjuran Kelab Seni Orator SDAR telah berlangsung  dari 1-3 November 2013. Pertandingan debat yang dianggap tempat mengasuh bakat dan kebolehan debat tunas-tunas muda ini telah disertai oleh 18 pasukan bagi kategori Bahasa Melayu dan 14 pasukan bagi kategori Bahasa Inggeris.

Menyoroti perjalanan KDBM STAR selama berlangsungnya pertandingan ini. Pada mulanya pasukan ini tidak diletakkan harapan yang tinggi dan memadailah untuk menyamai pencapaian 2012 apabila layak ke separuh akhir. Berikut keputusan perlawanan pusingan pertama.

STAR v SMI HIDAYAH B - Pemenang STAR
STAR v SDAR B - Pemenang SDAR B
STAR v SMAP LABU - Pemenang STAR
STAR v SDAR B - Pemenang SDAR B
STAR v SBPI GOMBAK B - Pemanang STAR


Ketenangan dan kematangan yang dipamerkan oleh Peerdana Menteri, Afif Nazhan.

Usai perlawanan pusingan awal, akhirnya debaran untuk menentukan LAPAN pasukan terbaik yang akan mara ke peringkat suku akhir terjawab. STAR berjaya melayakkan diri ke peringkat suku akhir apabila menduduki ranking ke-5. Dengan ini, STAR telah diundi bertemu dengan Sekolah Seri Puteri (SSP).

Di peringkat suku akhir, STAR bertindak sebagai pembangkang manakala SSP sebagai kerajaan. Dewan telah membahaskan satu usul yang berbunyi " Akta Hasutan : Ubat Luput Tarikh ". Walaupun mendapat tentangan sengit dari SSP, namun akhirnya kemenangan berpihak kepada STAR apabila juri  memberikan kemenangan 2-1, margin 2.


Serikandi SSP yang memberikan tentangan sengit di suku akhir.

Pada peringkat separuh akhir STAR dipertemukan dengan pasukan Sekolah Dato' Abdul Razak B (SDAR B). Bertemu pasukan tuan rumah bukanlah sesuatu yang mudah apatah lagi beraksi di gelanggang lawan. Dewan membahaskan usul yang berbunyi "Dewan Ini Yakin Boikot Jawapan KepadaIsu Israel-Palestin". Ketenangan pasukan kita telah berjaya meyakinkan panel juri dengan kemenangan 5-0, margin 2.  Pembahas terbaik Afif Nazhan.

Akhirnya, cita-cita untuk berada di pentas final telahpun berjaya direalisasikan. Di peringkat akhir, STAR akan berhadapan dengan pasukan Sekolah Menengah Sains Muzhafar Shah (MOZAC). MOZAC merupakan juara bertahan dan membariskan pembahas-pembahas berpengelaman yang memenangi kejuaraan tahun lepas. Pada peringkat akhir, dewan membahaskan usul yang berbunyi " Wawasan 2020 : Kita Masih Lesu". Walaupun memberikan tentangan yang agak sengit, STAR terpaksa akur apabila MOZAC diumumkan sebagai johan pada edisi kali ini. MOZAC  mengatasi STAR dengan juri 4-3, Margin 2. Amirul Lamin dari MOZAC dipilih sebagai pembahas terbaik.


STAR dan MOZAC selepas diumumkan keputusan.

Sesungguhnya pencapaian ini merupakan pencapaian yang sangat membanggakan buat para pembahas muda yang baru berjinak-jinak dengan dunia perbahasan. Diharapkan segala ilmu, pengalaman yang dikutip sepanjang 3 hari berkampung di SDAR akan dimanfaatkan oleh para pembahas untuk meneruskan legasi kecemerlangan KDBM STAR Ipoh. 


Para pembahas bergambar kenangan usai pertandingan akhir.





TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

31 Oct 2013

SENARAI USUL PERTANDINGAN DEBAT PIALA TUN RAZAK KALI KE 4, TAHUN 2013

SENARAI USUL PERTANDINGAN DEBAT PIALA TUN RAZAK 
KALI KE 4, TAHUN 2013


TEMA: POLITIK

1.       DEWAN INI PERCAYA POLITIK MALAYSIA KIAN MEMUALKAN
2.       DEWAN INI PERCAYA AKTA HASUTAN UBAT LUPUT TARIKH
3.       DEWAN INI PERCAYA MAHASISWA MASIH BELUM MATANG UNTUK BERPOLITIK
4.       DEWAN INI YAKIN DEMONSTRASI JALANAN MENGGUGAT KEAMANAN NEGARA
5.       ISU POLITIK : KITA SEMAKIN BIJAK
6.       DEWAN INI PERCAYA POLITIK MALAYSIA HAMBAR
7.       DEWAN INI MENCADANGKAN PENUBUHAN GREEN PARTY DI MALAYSIA DEMI ALAM SEKITAR
TEMA: LUAR NEGARA

1.       DEWAN INI YAKIN PBB MAINAN AMERIKA SYARIKAT
2.       DEWAN INI YAKIN BOIKOT ADALAH JAWAPAN KEPADA ISU ISRAEL-PALESTIN
3.       DEWAN INI PERCAYA MORSI ADIWIRA DEMOKRASI
4.       DEWAN INI PERCAYA PENINDASAN BANGSA ROHINGYA, ASEAN PERLU LEBIH TEGAS
5.       DEWAN INI YAKIN KUASA VETO MASIH RELEVAN
6.       DEWAN INI MENCADANGKAN PBB DIKAJI SEMULA
7.       DEWAN INI PERCAYA NEGARA DUNIA PERTAMA PENTING DIRI DALAM MENANGANI ISU ALAM SEKITAR

TEMA:  EKONOMI

1.       DEWAN INI PERCAYA PASAR RAYA BESAR LUBUK EMAS PKS
2.       DEAN INI PERCAYA SUDAH TIBA MASANYA SISTEM BRETTENWOOD DIGANTI
3.       DEWAN INI MENCADANGKAN TRANSFORMASI TERHADAP FAO
4.       DEWAN INI PERCAYA PEMBERIAN SUBSIDI MINYAK TIDAK MEMBANTU RAKYAT
5.       WAWASAN 2020: EKONOMI MALAYSIA MASIH LESU
6.       DEWAN INI MENYANGGAH PEMBANGUNAN EKONOMI MERUNTUHKAN MORAL MASYARAKAT
7.       DEWAN INI PERCAYA LIBERALISASI EKONOMI LANGKAH TERBAIK UNTUK WAWASAN 2020

TEMA: SOSIAL

1.       DEWAN INI PERCAYA FILEM TANDA PUTERA LAMBANG PERPADUAN MALAYSIA SEMAKIN BAIK
2.       DEWAN INI PERCAYA SEMANGAT TUNKU ABDUL RAHMAN SEMAKIN PUDAR
3.       DEWAN INI PERCAYA JURANG EKONOMI ADALAH JURANG PERPADUAN
4.       DEWAN INI PERCAYA BOLA SEPAK MALAYSIA SUDAH KEMBALI MERIAH
5.       DEWAN INI PERCAYA SUKAN MALAYSIA BOLEH DIBANGGAKAN
6.       DEWAN INI MENYOKONG HUKUMAN ROTAN DISEKOLAH DIKEMBALIKAN
7.       DEWAN INI PERCAYA REMAJA  KITA KIAN HANCUR
8.       DEWAN INI PERCAYA KISAH ARTIS MALAYSIA HANYALAH PROPAGANDA MEDIA

TEMA: BEBAS/HUMOR/PERLAMBANGAN

1.       ULTRAMAN LEBIH CERDIK
2.       DUA LEBIH BAIK DARIPADA SATU
3.       POLIGAMI ITU INDAH
4.       HITAM SUDAH KEMBALI PUTIH

5.       BUKAN SENANG NAK JADI SENANG

TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

23 Sept 2013

SENARAI USUL DEBAT PIALA KOPERASI SMKSS 2013 (DEKO V)



Pusingan Awal 1

Tema : Melentur Buluh Biarlah Dari Rebungnya
Usul : PENDIDIKAN KEPENGGUNAAN PERLU BERMULA DI SEKOLAH 

Pusingan Awal 2

Tema : Kecantikan Adalah Hak Milik Setiap Insan
Usul : INDUSTRI KOSMETIK HANYA MEMENTINGKAN KEUNTUNGAN 

Pusingan Awal 3

Tema : Sebuah Janji Ditepati
Usul : KERAJAAN PERLU MENANGGUNG KOS PENDIDIKAN RAKYAT 

Pusingan Awal 4

Tema : Perjuangan Tidak Pernah Ada Noktahnya
Usul : NGO DAPAT MENDIDIK PENGGUNA
*NGO - non-governmental organization 

Pusingan Awal 5

Tema : Now Everyone Can Fly!
Usul : MONOPOLI AIRASIA PERLU DISEKAT

Pusingan Suku Akhir

Tema : Transformasi Ke Arah Semangat Berdikari
Usul : BIDANG KEUSAHAWANAN PERLU DIJADIKAN KERJAYA PILIHAN 

Pusingan Separuh Akhir

Tema : Rakyat Didahulukan
Usul : PRODUK 1MALAYSIA MEMANFAATKAN RAKYAT 

Pertandingan Akhir

Tema : Pengguna Bijak Manfaatnya Banyak
Usul : PENGGUNA MALAYSIA SUDAH BIJAK




TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

3 Sept 2013

SENARAI USUL DEBAT DAN PIDATO PERTANDINGAN DEBAT DAN PIDATO ASRAMA YAYASAN SELANGOR 2013



Usul Pertandingan Debat

Ekonomi

1. Liberalisasi Ekonomi Duri Dalam Daging Buat Malaysia.
2. Agenda Negara Berpendapatan Tinggi Bakal Dicapai Malaysia.
3. Keranamu Myanmar, ASEAN Lebih Bermakna.
4. Brain Drain: Malaysia Perlu Berkeras.
5. Gaji Pensyarah IPT Harus Lebih Tinggi Dari Gaji Guru Sekolah.
6. Program Transformasi Ekonomi (ETP) Gagal Memerangi Rasuah.
7. Menghadkan Tempoh Pinjaman Peribadi Memudaratkan Rakyat.
8. Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik Mengancam Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS).
9. Penetapan Harga Siling Ayam: Peniaga Lebih Untung Daripada Rakyat.

Politik

1. Kejatuhan Morsi Petanda Kehancuran Demokrasi Dunia.
2. Isu Palestin-Israel: McDonalds Jadi Mangsa.
3. China, Iran dan India Perlu Membentuk Pakatan Dunia Yang Baru.
4. Bangsa Rohingya: Kuman Di Seberang Laut Nampak, Gajah Di Depan Mata Tak Nampak.
5. Pembabitan Mahasiswa Dalam Bidang Politik Memudaratkan.

Humor

1. Air Sudah Tidak Jernih.
2. Malaysia Perlukan Maharaja Lawak.
3. Debat Bukan Budaya Kita.
4. Iron Man Hero Baru Dunia, Bukan Lagi Superman.
5. Takkan Kartun Malaysia Hilang Di Dunia.
6. Arnab dan Kura-Kura Perlu Berlumba Semula.
7. David Beckham Lebih Hebat Daripada Lionel Messi.
8. Puteri Gunung Ledang Perlu Menerima Lamaran Sultan Melaka Tanpa Syarat.
9. Samsung Lebih Baik Daripada IPhone.
10. Lelaki Lembut Lebih Laris Daripada Lelaki Macho.

Pendidikan & Perpaduan

1. Identiti Kenegerian Menghakis Perpaduan Rakyat.
2. Subjek TITAS Jawapan Kepada Integrasi Kaum.
3. Pemberian Kuasa Autonomi Kepada Universiti Penyelidikan: Indah Khabar Dari Rupa.
4. Sudah Tiba Masanya Pemansuhan Sistem Peperiksaan Awam Dilaksanakan.
5. Integriti Akademik Mahasiswa Belum Subur.
6. Demi Perpaduan, Sekolah Vernakular Perlu Dihapuskan.
7. Sudah Tiba Masanya Kuasa Merotan Dikembalikan.
8. Sekolah Vernakular Menjejaskan Integrasi Nasional.
9. Parlimen Mahasiswa Cuma Gajah Putih.
10. Rukun Negara Sudah Tidak Rukun.
11. Pendidikan dan Perpaduan, Seiring Tidak Sehaluan.

Alam Sekitar

1. Minggu Tanpa Plastik Jawapan Kepada Masalah Pencemaran Alam.
2. Malaysia Memerlukan Tenaga Nuklear.
3. Masalah Alam Sekitar: Salah Sistem Pendidikan.
4. Bencana Alam Mengeratkan Hubungan Antarabangsa.
5. Perjuangan Aktivis Alam Sekitar Tidak Sia-Sia.
6. Kemiskinan Punca Pencemaran Alam Sekitar.
7. Alam Sekitar Merana, Kuasa Besar Bergelak Ketawa.
8. "Earth Hour" Perlu Dikuatkuasakan.
9. Sudah Sampai Masanya Kita Mewajibkan Mata Pelajaran Alam Sekitar Di Sekolah.
10. Kuasa Besar Tidak Serius Menangani Pemanasan Global.

Sosial

1. Umur Persaraan Wajib Perlu Dikembalikan Kepada 55 Tahun.
2. Sekolah Pemulihan Jantina Ketiga Perlu Diwujudkan.
3. Laman Jaringan Sosial Menentang Prinsip Kemanusiaan.
4. Media Kita Semakin Bebas.
5. AES Mampu Mendidik Pengguna Jalan Raya.
6. Hakim Wanita Tidak Sesuai Di Mahkamah Syariah.
7. Piagam Pelanggan Sekadar Hiasan.
8. Pengambilan Pembantu Rumah Dari Luar Negara Perlu Dihentikan.


Tajuk Pertandingan Pidato

Pusingan Pertama - 7 minit

1. Bahasa Melayu Dimartabatkan, Bahasa Inggeris Dimantapkan.
2. Belia Perkasa, Bangsa Merdeka, Negara Berjaya.
3. Globalisasi Memperkukuh Jati Diri Bangsa.
4. Guru Berintegriti Pendidikan Berkualiti.
5. Perpaduan Kaum Menjana Transformasi Negara.
6. Sukan Memartabatkan Bangsa dan Negara.
7. Melestarikan Alam Sekitar Tanggungjawab Bersama.
8. Sekolah Unggul Penjana Generasi Terbilang.
9. Nilai Murni Tonggak Pembinaan Modal Insan.
10. Perang: "Menang Jadi Arang, Kalah Jadi Abu".
11. Bahasa Melayu Teras Perpaduan Bangsa Malaysia.

Pusingan Kedua - 2 minit (spontan)

1. Inovatif Pencetus Kecemerlangan Pendidikan.
2. Komuniti Prihatin Kesejahteraan Terjalin.
3. Keunggulan Keluarga Pencetus Minda Kelas Pertama.
4. Keutuhan Perpaduan, Keharmonian Berkekalan.
5. Kokurikulum Pelengkap Pembangunan Ketrampilan Pelajar.
6. Peningkatan Integriti Melalui Kecemerlangan Pendidikan.
7. Perpaduan Teras Keamanan Negara.
8. Rukun Negara Membentuk Rakyat Berkualiti.
9. Kesederhanaan Malaysia Contoh Terbaik Dunia.
10. Akhlak Mulia Menjana Kecemerlangan Negara.
11. Kemerdekaan Pemangkin Pembinaan Ketamadunan Bangsa.
12. Hak Asasi Manusia Teras Keharmonian Sejagat.
13. Warisan Seni dan Budaya Tunjang Kecemerlangan Sejagat.
14. Bangsa Berilmu Bangsa Berjaya.






TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...