Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

6 Mar 2013

STAR TEWASKAN SIS JUARAI BAHAS ALA PARLIMEN


Pada 4 dan 5 Mac 2013, STAR telah dijemput untuk menyertai Pertandingan Bahas Ala Parlimen Zon 1, Kinta Utara. Walaupun sememangnya dalam peraturan sudah jelas Sekolah Berasrama Penuh tidak layak untuk menyertai pertandingan ini, namun pihak pengelola iaitu Sekolah Menengah Izzudin Shah tetap menjemput pasukan STAR sebagai persediaan untuk PPM 2013.

Dalam pusingan awal, STAR telah diundi bertemu Sekolah Menengah Raja Perempuan Ta'ayah (SERATA) dan bertindak sebagai kerajaan. Usul yang diperdebatkan ialah Industri Sukan Pemangkin Kemauan Ekonomi Negara. Dan Alhamdulillah, walaupun disaingi hebat oleh SERATA, usul diterima.

Dengan kemenangan ini, STAR berjaya melangkah ke perlawanan peringkat separuh akhir dan bertemu SMK Gunung Rapat. STAR sekali lagi bertindak sebagai kerajaan dan membahaskan usul bertajuk "PENGUATKUASAAN UNDANG-UNDANG MENGURANGKAN KESKEMALANGAN JALAN RAYA" dan sekali lagi STAR muncul sebagai pemenang.

STAR melangkah ke pusingan akhir dan bertemu pasukan tuan rumah Sekolah Izzudin Shah (SAS). Bertindak selaku pihak kerajaan, STAR dan SIS membahaskan usul "KECEMERLANGAN AKDEMIK MENJAMIN MASA DEPAN PELAJAR". Setelah berbahas hampir sejam setengah, akhirnya pihak panel juri memutuskan usul diterima dan STAR muncul pemenang. Bertambah manis apabila DInie Zhafri diumumkan sebagai pembahas terbaik.

Walaupun menang, STAR tidak akan mewakili zon ke peringkat daerah kerana peraturan yang tidak membenarkan. Selamat maju jaya untuk SIS dalam pertandingan di peringkat daerah nanti.

TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

24 Feb 2013

MOHD IKHWAN MOHD ROSSELI UNGGULI PABM 2013


Peserta Panama, Derrick Fernando Jaramillo dinobatkan juara Pertandingan Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu (PABM) Piala Perdana Menteri 2013 bagi Kategori Antarabangsa yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini malam ini.  Peserta dari Malaysia, Mohd. Ikhwan Mohd. Rosseli pula muncul juara Kategori Nusantara pada pertandingan peringkat akhir yang melibatkan lapan peserta itu. Hadiah kemenangan disampaikan oleh Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin yang mewakili Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada majlis tersebut.

Yang turut hadir, Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah dan Datuk Dr. Hou Kok Chung; Ketua Setiausaha Kementerian Pengajian Tinggi, Datuk Ab. Rahim Mohd. Noor. Johan bagi kedua-dua kategori akan membawa pulang wang tunai bernilai RM21,700, Piala Perdana Menteri, piala iringan, hadiah dan sijil.
Naib johan Kategori Antarabangsa dimenangi peserta dari China, Zhang Yaqi manakala tempat ketiga menjadi milik peserta Jordan, Abdel Rahman Ibrahim Sulieman.

Bagi Kategori Nusantara, peserta Indonesia, Muhammad Zulfadhli Razali memenangi tempat kedua manakala tempat ketiga jatuh ke tangan Adi Ismat Lamat dari Brunei.
Mereka masing-masing membawa pulang hadiah wang tunai RM15,500 dan RM9,300 beserta piala iringan, hadiah dan sijil untuk tempat kedua dan ketiga bagi setiap kategori. Pertandingan peringkat akhir malam ini menyaksikan lapan peserta iaitu dari Malaysia, Indonesia, Brunei, Panama, China, Jordan, Afghanistan dan Jerman mempamerkan kemahiran berpidato masing-masing. PABM edisi ketujuh itu menyaksikan penyertaan seramai 77 peserta daripada 72 negara.

Sementara itu, Perdana Menteri berkata, kerajaan akan terus memperkasakan bahasa Melayu sesuai dengan kedudukannya sebagai bahasa kebangsaan yang menjadi alat penting untuk perpaduan nasional. Menurutnya, kerajaan juga bertekad untuk terus memperkembangkan dan memperkasakan bahasa nusantara itu di peringkat global.
Katanya, pertandingan Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu (PABM) Piala Perdana Menteri 2013 menjadi bukti komitmen kerajaan untuk memartabatkan bahasa kebangsaan itu.

“Saya amat bangga dan kagum dengan usaha berterusan Kementerian Pengajian Tinggi kerana memberikan tumpuan yang serius dalam menganjurkan satu-satunya pertandingan pidato bahasa Melayu peringkat dunia.

“Pertandingan ini ternyata telah memberikan impak yang sangat kuat dalam memartabat dan memperkasa bahasa Melayu di persada dunia," katanya dalam teks ucapan yang dibacakan oleh Mohamed Khaled.  Najib berkata, biar pun PABM baru tujuh tahun dianjurkan, beliau melihat penyertaan pertandingan pidato itu bertambah saban tahun.

Menurutnya, taraf kedudukan dan peranan bahasa Melayu sebagai bahasa dunia telah menjadi fakta dalam sejarah perkembangan dan kebangkitan tamadun Melayu.

“Bermula era pemerintahan Srivijaya pada abad ketujuh Masihi, berkesinambungan ke zaman Kesultanan Melayu Melaka dalam tempoh beberapa ratus tahun.

“Namun demikian, dengan kesan penjajahan yang memadamkan sebahagian kegemilangan bahasa Melayu, upaya menggemilangkan semula bahasa ini sebagai bahasa dunia memerlukan perancangan rapi dan berkesan, meskipun memerlukan tempoh panjang dan beransur-ansur," katanya.

Sehubungan itu, Najib mengajak rakyat negara ini membuka minda untuk memikir dan memulakan langkah memperhebat bahasa Melayu ke persada dunia.
Katanya, segala ruang dan peluang yang ada perlu digunakan untuk mempelbagai kaedah mengetengahkan bahasa yang diwarisi daripada nenek moyang kepada masyarakat dunia.

sumber : UTUSAN 


 

TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

19 Feb 2013

UNDIAN KUMPULAN BAHAS BAHASA MELAYU HKSBP KALI KE-40, 2013


KUMPULAN A

A1 Sekolah Seri Puteri (SSP)
A2 SM Sains Alam Shah (ASIS)
A3 SM Sains Miri (Sainsri)
A4 SM Sains Sabah (SMESH)

KUMPULAN B

B1 Kolej Tunku Kurshian (KTK)
B2 SM Sains Kuching Utara (SMSKu)
B3 SM Sains Kuala Selangor (KUSESS)
B4 SBPI Jempol

KUMPULAN C

C1 SBPI Sabak Bernam (INTERSABER)
C2 SM Sains Hulu Selangor (SEMASHUR)
C3 SM Sains Kuching (SMSK)
C4 SM Sains Labuan (SMSL)

KUMPULAN D 

D1  SBPI Batu Rakit (Brains)
D2 SM Sains Sultan Mahmud (SESMA)
D3 SM Sains Tengku Muhammad Faris Petra  (SMSTMFP)
D4 Kolej Islam Sultan Alam Shah (KISAS)

KUMPULAN E 

E2 SM Sains Raja Tun Azlan Shah (SERATAS)
E2 SM Sains Kota Tinggi (SAKTI)
E3 SMAP Labu (SMAP L)
E4 SM Sains Machang (SMACH)

KUMPULAN F

F1 Sekolah Tuanku Abdul Rahman (STAR)
F2 SM Sains Tuanku Syed Putra  (SMSTSP)
F3 SM Sains Sultan Iskandar
F4 SM Sains Johor (SMSJ)

KUMPULAN G

G1 SM Sains Tuanku Jaafar (STJ)
G2 SM Sembrong
G3 SBPI Temerloh
G4 SM Sains Pasir Putih(SMSPP)

KUMPULAN H

H1 SBPI Gombak
H2 SM Sains Muzahafar Shah (MOZAC)
H3 SMAP Kajang (SMAP K)
H4 Maktab Tentera Diraja (MTD)
H5 SM Sains Tengku Abdullah (SEMESTA)

KUMPULAN I

I1 Sekolah Tun Fatimah (STF)
I2 SM Sains Sultan Muhammad Jiwa
I3 SM Sains Sultan Ahmad Shah (SEMSAS)
I4 SBPI Rawang (SEPINTAR)
I5 SM Sains Kubang Pasu

KUMPULAN J

J1 Sekolah Sultan Alam Shah (SSAS)
J2 SM Sains Seri Puteri (SESERI)
J3 SM Sains Kepala Batas (SAKBA)
J4 The Malay College Kuala Kangsar(MCKK)
J5  SM Sains Banting (BASIS)

KUMPULAN K

K1 SM Sains Tuanku Munawer (SASER)
K2 SM Sains Setiu
K3 Sm Sains Kuala Terengganu (SESTER)
K4 SM Sultan Abdul halim (SMSAH)

KUMPULAN L

L1 SM Sains Tun Syed Sheh Shahabudin (SOKSEK)
L2 SHAH, Pekan
L3 SBPI Selandar
L4 SM Sains Selangor (SMSS)

KUMPULAN M

M1 SM Sains Rembau (SEMESRA)
M2 SM Sains Teluk Intan (SEMESTI)
M3 SMAP Bentong
M4 SM Sains Hulu Terengganu (SAHUT)

Kumpulan N

N1 SBPI Gopeng (Igop)
N2 SM Sains Bagan Datoh (SABDA)
N3 SM Sains Pokok Sena (SAINA)
N4 SM Sains Batu Pahat (SEHEBAT)

KUMPULAN O

O1 SBPI Kubang Pasu (IKUPS)
O2 SM Sains Dungun (SEMERDU)
O3 SM Sains Muar (SAMURA)
O4 SM Sains Lahad Datu (SMLD)

KUMPULAN P

P1 Sekolah Dato' Abdul Razak (SDAR)
P2 SBPI Kuantan 
P3 SBOI Tun Abdul Razak (INSTAR)
P4 SM Sains Tapah (SESTA)






TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

14 Nov 2012

DEWAN INI DITANGGUHKAN

Inilah kisah kita, kisah debat, DEBAT KISAH INDAH.  Musim 2012 melabuhkan tirai, sekadar berkongsi rasa dan jiwa atas memori yang tercipta.



Perjuangan STAR ternoktah di suku akhir PPM 2012

Musim 2012, Keluarga Debat Bahasa Melayu STAR (KDBM) bermula dengan kekecewaan, namun diakhiri dengan senyum kegembiraan. Berbekalkan reputasi sebagai juara bertahan dan pemenang Piala Perdana Menteri  2011, akhirnya seluruh warga STAR melihat air mata pembahas tumpas di bumi sendiri apabila tewas dalam peringkat suku akhir kepada Sekolah Seri Puteri, Cyberjaya. Walaupun telah cuba sedaya upaya memberikan persembahan terbaik, apatah lagi HKSBP 2012 berlangsung di halaman sendiri, namun tiga orang panel juri memutuskan perjuangan STAR berakhir di peringkat suku akhir sahaja. Tamat ceritera indah para pembahas tingkatan lima. 


ISDC 2012 anak-anak muda ini berjaya melangkah ke separuh akhir.

Namun, berkat kesungguhan dan semangat tidak pernah mengalah, KDBM cepat bangkit. Perjuangan yang belum selesai diteruskan oleh para pembahas tingkatan empat dan tingkatan dua. Destinasi pertama yang dituju ialah di Taman Ilmu dan Budi, Kampus Universiti Islam Antarabangsa malasyia. Pertandingan debat Sekolah-sekolah Malaysia sememangnya pertandingan debat paling berprestij kerana menghimpunkan semua jenis sekolah di malaysia samada SBP, MRSM, Sekolah harian, sekolah agama mahupun sekolah swasta. 80 pasukan menyahut  cabaran dalam pertandingan ini. Mengharap melangkah ke final dengan harapan menebus kekecewaan PPM, namun, sayangnya tersungkur di seperuh akhir kepada musuh tradisi Sekolah Dato’ Abdul Razak, Seremban. Walaupun tewas, pencapain separuh akhir adalah sesuatu yang membanggakan kerana berada di kalangan empat sekolah terbaik dari 80 yang menyertainya.


Debat MUSLEH akhirnya menoktahkan kejayaan pertama tahun 2012.

Kami tinggalkan UIA, kami berkelana ke UTM  Kuala Lumpur bagi menyertai Pertandingan Debat  Antarabangsa MUSLEH buat kali pertama. Cabaran juga cukup hebat kerana menerima penyertaan dari negara-negara jiran seperti Singapura, Indonesia dan Thailand.  Namun, bak kata pepatah alang-alang menyeluk perkasam, biar sampai ke pangkal lengan.  60 pasukan perlu ditewaskan kali ini. Alhamdulillah, akhirnya kejayaan musim 2012 memihak juga kepada alma mater ini. STAR layak ke final bertemu SMKA Al-Irsyad, Pulau Pinang. Dan kejayaan lebih manis apabila Dinie Zafri bin Zainuddin diangkat sebagai pembahas terbaik keseluruhan dan final.


Pendebat junior turut merangkul kejuaraan pertama mereka. Johan Bahas Piala Koperasi.

Belum habis lelah, destanasi yang bebaki kami teruskan ke bumi Serdang. Kejohanan novis yang menghimpunkan para pendebat junior dilangsungkan dengan jayanya oleh SMK Sri Serdang. Kali ini pembahas tingkatan tiga mengambil tempat untuk membuktikan sesuatu. Walau pertama kali menyertai pertandingan aura juara tidak pernah hilang. Keyakinan, kepetahan serta kemampuan mena'kul dan berfikir secara kritis membuahkan hasil. Kami johan sekali lagi, kali ini pasukan dari Sekolah Menengah Sains Tun Syed Sheh Shahabudin, Bukit Mertajam berjaya ditewaskan. Alhamdulillah, Syafiq Jebat muncul pembahas terbaik final.



Finalist PESTA BAHAS 2012 bergambar kenangan selepas perlawanan akhir. 

Kata orang melentur buluh biarlah dari rebungnya. Usaha untuk melahirkan pembahas pelapis dipergiatkan melalui Pesta Bahas. Pesta Bahas 2012 diadakan pada sekitar bulan Julai dan Alhamdulillah, untuk musim 2012 KDBM berjaya memiliki piala pusingannya sendiri. Sambutan yang diterima amat menggalakkan,  bakat-bakat muda menampakkan potensi yang membanggakan.  Bumi Ipoh tak tandus bakat muda yang akan mengambil tempat pembahas-pembahas senior suatu hari nanti.


Juara Debat dan Pidato Piala Pengurus Besar Yayasan Selangor 2012.

Awal September, kami telusuri pertandingan major seterusnya. Pertandingan Debat dan Pidato Piala Pengurus Besar Yayasan Selangor mula memahat nama dalam dunia debat  sekolah-sekolah Malaysia. Cabaran juga kuat, tentangan cukup hebat. Nama-nama besar dalam arena debat sekolah-sekolah Malaysia turut beradu akal dan minda. SDAR, SMAP KAJANG, SMI HIDAYAH, MCKK, SAS, KISAS dan banyak lagi pasukan perlu ditewaskan.  Akhirnya bumi Klang kami tawan jua. Dengan usul final “Penghayatan Kemerdekaan Semakin Pudar” STAR berjaya menewaskan Kolej Islam Sultan Alam Shah (KISAS) dengan margin 2.67 dan juri 6-1. Dinie Zhafri sekali lagi diangkat sebagai pendebat terbaik final.

Dan terakhirnya haluan KDBM terarah ke bumi Seremban untuk menyertai  Pertandingan Debat Piala Tun Razak anjuran Kelab Seni Orator SDAR. Pertandingan ini melibatkan penyertaan pelajar-pelajar yang baru selesai menduduki peperiksaan PMR. Walau STAR gagal menjulang piala kejuaraan, namun tetap memberi tentangan sengit sehingga peringkat separuh akhir dan tewas 2-3 kepada pasukan tuan rumah. Satu pembelajaran yang hebat untuk pendebat-pendebat muda STAR.

Musim yang hebat, penuh dengan air mata kegembiraan dan kekecewaan. Sekalung penghargaan untuk semua yang menjadikan musim ini sebagai musim yang hebat. Dari kesetiaan dan dedikasi pendukung kami, Cikgu Shahnun dan cinta kasih para bekas pembahas yang tidak pernah jemu memberi tips (Paman, Syazwan Aswat, Farid, Siraj, Khalis, Faizs), tunjuk ajar pembahas senior Uthman dan Wan Hafizan. Para pembahas utama Dinie, Ahmad Aiman dan Amirul Rosli. Tidak lupa juga team sparring yang hebat fayyaz Imran, Khairul Hafiz dan Eyman Asyraf. Pendebat-pendebat muda Syafiq Jebat, Muhaimin, Meor Amir Ikhwan, Arif Kamal dan Adib Farazi serta junior tingkatan satu yang turut berada dalam keluarga besar ini. Moga-moga musim 2013 akan lebih bermakna dan gemilang. DEWAN INI DITANGGUHKAN.





Keluarga Debat Bahasa Melayu STAR, IPOH.






TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

6 Nov 2012

KEPUTUSAN DEBAT PIALA TUN RAZAK 2012


Kedudukan ranking pusingan primilinary



1. SDAR A
2. MOZAC

3. SMAP Labu
4. STAR
5. SDAR B
6. SMAP Kajang
7. SMS Banting
8. MCKK
9. SSP
10. TKC A
11. TKC B
12. STJ A
13. SWING
14. STJ B



Keputusan perlawanan  peringkat suku akhir :


1. SDAR A lwn MCKK = Pemenang SDAR A


2. STAR lwn SDAR B = Pemenang STAR

3. MOZAC lwn SMS Banting = Pemenang MOZAC

4. SMAP Labu lwn SMAP Kajang =Pemenang  SMAP Kajang




Keputusan peringkat separuh akhir :


1. SDAR A lwn STAR =Pemenang  SDAR A

2. MOZAC lwn SMAP Kajang =  Pemenang MOZAC




 Peringkat akhir, dengan usul 'Identiti Pendidikan Di Malaysia Boleh Dibanggakan' :


SDAR A lwn MOZAC

Johan = MOZAC

naib johan = SDAR A

best speaker final = Izyan Ainna ( MOZAC )

best speaker overall = Zulaikha ( SMS Banting )





TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...