Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

9 Sept 2012

MONTAJ PERTANDINGAN AKHIR PESTA BAHAS KDBM STAR 2012

Ini merupakan montaj Final Pesta Bahas 2012 Anjuran KDBM STAR, Ipoh yang telah diadakan pada 5 September 2012. Sekalung apresiasi ditujukan buat Saudara Fayyaz Imran kerana menyiapkan montaj yang sangat menarik ini.


TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

SSP, SDAR MUNCUL JOHAN BAHAS PIALA PERDANA MENTERI 2012



Sekolah Seri Puteri, Cyberjaya (SSP)  dan Sekolah Dato' Abdul Razak (SDAR)  hari ini masing-masing muncul sebagai johan Pertandingan Bahas Piala Perdana Menteri 2012. Pertandingan akhir bagi edisi ke-39 ini dilangsungkan di Putrajaya International Convention Centre (PICC), Putrajaya.


Dalam Pertandingan akhir bahas Bahasa Malaysia, Sekolah Seri Puteri, Cyberjaya berjaya menewaskan Sekolah Dato' Abdul Razak (SDAR). Usul yang diperdebatkan dalam pertandingan tersebut adalah "Penguasaan Industri Teknologi Maklumat  Menjamin  Kestabilan Negara.  Manakala Saudara Muhammad Luqman Sufyan bin Junaidi  dari SDAR dipilih sebagai pembahas terbaik pertandingan akhir.

Manakala dalam kategori Bahasa Inggeris, Sekolah Dato' Abdul Razak (SDAR) berjaya menebus kekecewaan 2011 apabila berjaya kali ini muncul johan menewaskan pasukan yang menewaskan mereka pada tahun 2011, kolej Tunku Kurshiah. Usul yang telah dipilih untuk diperdebatkan ialah " This House Beleive That We Should Substantialy Expand On Vocasioanal Education ". Di akhir perlawanan, Saudara Adbul Razak dari SDAR dipilih sebagai pembahas terbaik perlawanan akhir.

Hadiah-hadiah telah disampaikan oleh YB Dato' Sri Ismail Sabri Yaakob, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan. Turut hadir ialah Tan Sri Abd Ghafar bin Mahmud, Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia. Untuk rekod, penganjuran PPM tahun ini ditaja oleh Bank Rakyat untuk tahun ke tiga berturut-turut. Manakala pusingan awal telah diadakan di Sekolah Tuanku Abdul Rahman, Ipoh (STAR).

p/s : mohon maaf video di bawah telah di "private" kan oleh pihak eduweb.com...








TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

8 Sept 2012

PERTANDINGAN AKHIR BAHAS BAHASA MALAYSIA PIALA PERDANA MENTERI 2012 - SSP VS SDAR

Rakaman Pertandingan Akhir Bahas Bahasa Malaysia Piala Perdana Menteri 2012.

Usul : Penguasaan Industri Teknologi Maklumat Menjamin Kestabilan Negara

Sekolah Seri Puteri  (Kerajaan) menentang 
Sekolah Dato' Abdul Razak (Pembangkang)
Pemenang : Sekolah Seri Puteri
Pembahas Terbaik : Muhammad Sufyan Luqman bin Junaidi (SDAR)

p/s : mohon maaf, pihak pemilik video, eduweb.com telah 'privatekan' video ini.









TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

PERTANDINGAN AKHIR BAHAS BAHASA INGGERIS PIALA PERDANA MENTERI 2012 -SDAR VS TKC

Rakaman Pertandingan Akhir Bahas Bahasa Inggeris Piala Perdana Menteri 2012

USUL : This House Beleive That We Should Substantialy Expand On Vocasioanal Education

p/s : mohon maaf video ini tidak dapat dilihat kerana pihak eduweb.com telah private kan . Tk.




TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

5 Sept 2012

PERTANDINGAN AKHIR PESTA BAHAS 2012

PERTANDINGAN AKHIR PESTA BAHAS 2012

USUL : Dewan Ini Percaya Pentaksiran Berasaskan Sekolah Meningkatkan Kualiti Pendidikan

UNITAR ( KERAJAAN) LAWAN UKM (PEMBANGKANG)

PEMENANG : UNITAR (KERAJAAN)

JURI : 4-3

MARGIN : 1.0

PEMBAHAS TERBAIK FINAL : MUHAMMAD ALIFF HAZIM BIN AR-ZELAN


Piala Pusingan di atas pentas menanti siapakah yang bakal memilikinya.


Para pembahas pertandingan akhir memasuki dewan perdebatan diketuai oleh speaker dewan.


Kedua-dua pasukan siap sedia untuk memulakan pertembungan idea.


Panel juri sedang menjalankan tanggungjawab memilih pemenang.


YB Timbalan Ketua Pembangkang sedang menyampaikan hujah.


Pembahas terbaik final, YB Aliff Hazim


Barisan pemenang bergambar kenangan bersama Penolong Kanan Kokurikulum.


Bersama tulang belakang PESTA BAHAS 2012













TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...