Video ucapan penggulungan oleh YB Ketua Pembangkang dalam perlawanan akhir Debat MUSLEH 2012. Usul yang dibahaskan ialah " Dewan ini Percaya Kita Matang Berpolitik".
10 Jul 2012
UCAPAN PENGGULUNGAN KETUA PEMBANGKANG
PEMBAHAS TERBAIK FINAL DAN KESELURUHAN DEBAT MUSLEH 2012
Video di bawah merupakan rakaman sebahagian bidasan oleh Saudara Dinie Zhafri bin Zainudin sewaktu perlawanan akhir Musleh International Debating Championship 2012. Usul yang dibahaskan ialah " Dewan Ini Percaya Kita Matang Berpolitik". Alhamdulillah, Dinie telah dinobatkan sebagai pembahas terbaik final dan pembahas terbaik keseluruhan.
9 Jul 2012
S.T.A.R IPOH JUARA DEBAT MUSLEH 2012
Syukur kepada Rabbi, Alhamdulillah. Itu sahajalah ucapan terbaik yang dapat diungkapkan atas kejayaan yang diberikan oleh Allah Subhanahuwataala. Sekali lagi , pasukan bahas Bahasa Melayu membuktikan kemampuan dalam arena bahas sekolah-sekolah Malaysia. Setelah mengukir nama dalam pelbagai pertandingan seperti Piala Perdana Menteri dan Interschool Debating Championship UIAM, kali ini satu lagi Pertandingan Major Debat Sekolah-sekolah telah ditawan.
Semalam, telah berlansung perlawanan akhir " MUSLEH International Student Debating Championship 2012 (MISDC)" di Dewan Besar Universiti Teknologi Malaysia, Kuala Lumpur. Perlawanan akhir ini telah menemukan Sekolah Tuanku Abdul Rahman dan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Al-Irshad, Pulau Pinang. Di peringkat separuh akhir STAR berjaya mengalahkan Sekolah Menengah Agama Islah manakala Al-Irshad mengalahkan The Malay College Kuala Kangsar (MCKK)
Dalam pertandingan akhir ini, STAR bertindak sebagai pembangkang manakala Al-Irshad mewakili Pihak Kerajaan. Usul yang digagaskan ialah "Dewan ini Percaya Kita Matang Berpolitik". STAR diwakili oleh Yang Berhormat Ahmad Aiman bin Asmayatim, Yang Berhormat Muhammad Amirul bin Rosli dan Yang Berhormat Dinie Zhafri bin Zainudin. Setelah kedua-dua pasukan mempamerkan perbahasan yang menarik dan menghiburkan akhirnya juri memutuskan untuk MENOLAK USUL perbahasan. Alhamdulillah, penyertaan pertama dalam MUSLEH ini telahpun membuahkan hasil yang baik. Juara menerima wang tunai RM 1, 500, Piala pusingan, piala iringan dan sijil penyertaan. Dan bertambah manis apabila, Dinie Zhafri bin Zainuddin telah diumumkan sebagai pembahas terbaik perlawanan akhir.
Sekalung tahniah buat semua pembahas yang telah berusaha sedari awal kekalahan kami di separuh akhir IDC 2012, Untuk guru pembimbing kami, Encik Shahnun bin Abdul Ghani, kepada junior bahas yang banyak membantu mencari dan mengumpul maklumat serta bekas-bekas pembahas yang telah pun meninggalkan sekolah; Farid Al Azim, Haziq Janudin, Khalis Mokhtar, Adwa, Siraj Aziz, Qushairi, Faizs, Harinn, Bebet, Azri, Hakim Maiden, Ashraf Ibrahim, namun masih bersemangat turun memberi sokongan yang padu untuk pasukan sekolah.
Aksi Yang Berhormat Ketua Pembangkang, Ahmad aiman sewaktu berhujah.
SMKA Al-Irshad memberikan tentangan sengit.
Menerima Piala pusingan setelah diumumkan sebagai pemenang.
Dinie menerima kejutan berganda apabila diumumkan Pembahas Terbaik Keseluruhan dan Pembahas Terbaik Perlawanan Akhir.
Senyuman kepuasan ! Semoga menjadi inspirasi untuk adik-adik junior untuk meneruskan legasi kecemerlangan Keluarga Debat Bahasa Melayu STAR, Ipoh.
6 Jul 2012
MUSLEH 2012 : CABARAN TGB DAN SBPI GOPENG DIATASI
Hari pertama Kejohanan Debat Antarabangsa Pelajar MUSLEH ke-4 2012, (MISDC) menyaksikan dua perlawanan telah diadakan. Di sebelah pagi diadakan bengkel debat dan juga "mock debate" oleh ketua hakim. Seperti biasa perlawanan pertama ditentukan melalui sistem "power match" yang digunapakai dalam banyak perlawanan debat di seluruh dunia. Untuk perlawanan pertama, STAR diundi bertemu Maktab Rendah Sains Mara Tun Ghafar Baba (TGB). Berikut keputusan perlwanan.
1) Perlawanan Pertama
STAR (Kerajaan) vs MRSM TUN GHAFAR BABA (Pembangkang)
Usul : Dewan ini Mewajibkan Pendidikan Pra Sekolah
Pemenang : STAR (Kerajaan)
Margin : 4
Pembahas Terbaik : Amirul Rosli (STAR)
Dengan kemenangan ini, STAR berjaya menghuni kedudukan ke-5 dalam ranking yang dikeluarkan. STAR kemudiannya dijadualkan bertemu dengan Sekolah Berasrama Penuh Integrasi (SBPI) Gopeng. Berkikut keputusan perlawanan.
STAR (Kerajaan) vs SBPI GOPENG (Pembangkang)
Usul : Dewan Ini Percaya Penswastaan Pengangkutan Awam Akan Meningkatkan Pengangkutan Awam
Pemenang : STAR (Kerajaan)
Margin : 3
Pembahas Terbaik : Ahmad Aiman Asmayatim
InsyaAllah, STAR akan meneruskan baki tiga lagi perlawanan di pusingan pertama pada hari ini dan cuba untuk mencapai kemenangan dan seterusnya menempah slot ke pusingan suku akhir.
4 Jul 2012
KEJOHANAN DEBAT ANTARABANGSA MUSLEH KE-4
KDBM STAR Ipoh bakal meneruskan perjuangan pada tahun 2012 ini dengan Pertandingan Major ke tiga iaitu 4TH MUSLEH INTERNATIONAL STUDENTS DEBATING CHAMPIONSHIP. Kejohanan yang akan bermula pada 4 hingga 8 Julai ini akan berlangsung di Universiti Teknologi Malaysia Kampus Antarabangsa, Kula Lumpur.
STAR, buat julung-julung kalinya akan menyertai dua kategori iaitu Kategori Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Bagi kategori Bahasa Melayu, STAR sekali lagi mempertaruhkan Ahmad Aiman, Dhinie Zafri dan Amirul Rosli untuk membawa pulang kejuaraan nanti. Semoga kali ini Allah mempermudahkan segala urusan kami.
Antara sekolah-sekolah yang telah mengesahkan penyertaan mereka :
SMI AL-HIDAYAH IPOH
SMI HIDAYAH JOHOR
SEKOLAH ISLAM ADNI
SEKOLAH TUANKU ABD RAHMAN, IPOH
SMI AL-AMIN KEMAMAN
MAAHAD TAHFIZ SA’IDIAH
SMI AL-AMIN BANGI
SEKOLAH MENENGAH SETIABUDI
SMI AL-ISLAH
HATYAIWITTAYAKARN , Kuanlang , Hatyai , Songkhla Thailand
MADRASAH Al-JUNIED AL- ISLAMIAH SINGAPURA
SBPI Gopeng
SMA PERSEKUTUAN KAJANG
SMI HIRA JERAM
TUNKU KURSHIAH COLLEGE
SEKOLAH DATO’ ABDUL RAZAK,SEREMBAN
SMI AL-AZHAR
SMK AGAMA AL-IRSHAD
SAMT SULTAN SALAHUDDIN ABD AZIZ SHAH BATU 38
GREENVIEW ISLAMIC SCHOOL
SEKOLAH SULTAN ALAM SHAH PUTRAJAYA
SEKOLAH MENENGAH ARAB TAHFIZ
SMA ISLAM TERPADU MUTIARA
SMK LEMBAH KERAMAT
SEK. MEN. SAINS TUN SYED SHAHABUDIN
INTEGRATED ISLAMIC SCHOOL
MRSM TUN GHAFFAR BABA
ISLAHIAH SCHOOL THAILAND
SMI AL-AMIN GOMBAK
MALAY COLLEGE KUALA KANGSAR
SMI AMAN




