Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

7 Jan 2012

VIDEO PERTANDINGAN AKHIR PIALA PERDANA MENTERI ANTARA IPT 2011



Video ini merupakan rakaman pertandingan akhir Piala Perdana Menteri Antara IPT 2011 antara UiTM  sebagai pencadang manakala USIM sebagai pembangkang.

USUL : Dewan ini percaya Kerajaan Malaysia Wajar Menyaring Internet Secara Terpilih Bagi Menjayakan 1 Malaysia.








TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

2 Jan 2012

CIKGU SHAH


Tika pekik sambut tahun baru 
Jeritan bunga api dan alunan lagu 
Manusia yang biasanya kantuk dibuai lena
Bangun memekak mengira detik yang kononnya berharga .

Tika itulah
Seorang murabbi menggapai nikmat usianya kurnian Sang Pencipta

Cikgu Shah
Sebait puisi manakan sama selaksa budi
Seungkap kata manakan sama selaut keringat
Sekalung doa manakan seindah pintamu buat kami kepada-Nya

Butir katanya dilancarkan tegas
Tunjuk ajarnya disantunkan ikhlas
Ayat Kitab indah dialunnya merdu
Malah marah nasihatnya disulam adat Melayu

Cikgu Shah
Dibalik wajah ceria itu ada sedihnya
Telah dilaluinya hari duka kenangan lampau
Bakal dilaluinya hari mendatang penuh cabar
Namun tugasnya buat anak bangsa 
penuh cermat disemat iltizam

Ah , biar mereka berkata !
Bukan tugas kita puaskan hati semua 

Ya , itulah katanya
Kata buat orang yang tidak tahu erti jasa
Hanya pandai mengaib jatuhkan manusia

Ah , biar mereka berkata !
Bukan tugas kita puaskan hati semua

Ya , itulah ungkapnya
Ungkapan buat mereka yang tidak tahu erti derita
Hanya mahu mengecap nikmat di puncak senang

Pinta kami , Ya Allah
Murahkanlah rezekinya
Lanjutkanlah usianya
Ketemukanlah jodohnya
Kurniakanlah kebahagiaan
Kurniakanlah redha Jannah-Mu kepadanya .

Cikgu Shah
Selamat Hari Lahir .

Uthman's
1 Januari 2012 , Johor .

Khas daripada KDBM kepada Cikgu Shahnun



TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

1 Jan 2012

ANTARA KENANGAN, HARAPAN DAN KEJAYAAN- QUSYAIRI FAUZI

Perjuangan yang kekal abadi




TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

SEGENGGAM AMANAT UNTUK TERAKHIR KALI

Beberapa jam sebelum berangkat ke bumi Sintok untuk berkhidmat sebagai wira negara di sana. Pada kesempatan ini, ingin Quchai mewartakan amanah, harapan dan sanjungan Quchai kepada anda selaku orang yang paling rapat dan Quchai sangat-sangat rindu kepada anda semua. Insyaallah, jikalau diizinkan, pasti kita akan dipertemukan. Jadi Quchai titipkan harapan ini buat anda semua.

 Umi dan Cikgu Shahnun



Sebagai dua insan yang saya hormati. Saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan saya kepada Umi dan cikgu kerana kalian berdua telah mengajar, mendidiik malah memberikan sepenuh kasih sayang yang cukup istimewa buat diri saya. Ya, yang pastinya saya tidak akan sama sekali melupakan perit getir kalian mendidik saya sebagai insan yang diciptakan di muka bumi Allah yang cukup indah ini. Buat Umi, saya ucapkan selamat menjalankan tugas sebagai PK HEM di SBPI GOPENG dan saya percaya Umi pasti bakal menikmati saat-saat sebagai seorang guru dengan sempurna dan berjaya untuk mendidik anak bangsa bagi mewarisi negara. Saya akan ingat segala pesanan Umi buat selamanya. Untuk Cikgu Shahnun, Selamat Hari Lahir saya ucapkan dan saya begitu berbangga kerana mempunyai seorang guru yang amat berdedikasi dan serius akan kerjanya. Pernah suatu ketika saya berbual bersama rakan-rakan dan mereka juga pernah bertanya dan merasakan bahawa cikgu merupakan seorang guru cemerlang di hati mereka kerana siang malam bertungkus-lumus melaksanakan tugas sebagai seorang guru malah seorang imam yang begitu sedap alunanya ketika membacakan ayat-ayat suci Al-Quran. Cikgu, saya mohon agar cikgu mendidik mereka dengan sempurna dan ajarkanlah segala ilmu cikgu kepada mereka. Jika terpaksa menggunakan kekerasan sekalipun, gunalah supaya mereka tahu akan pentingya ilmu itu. Terima Kasih Umi. Terima Kasih CIkgu Shahnun. Maafkanlah anak didikmu ini dan berkatilah hidupnya. Doakanlah kejayaan anakmu ini.

Tingkatan Lima 2012


Satu empayar yang boleh dikira hebat telahpun anda lakukan ketika zaman kita bersama dahulu. biarlah suka duka kita semua terpalit dalam satu memori yang cukup indah dan akan dikenang sampai bila-bila. Buat Os, Wan, Amsya dan Latip. Terima Kasih atas segalanya. Memori kita bersama dahulu akan Quchai kenang sampai bila-bila. Kini, andalah zang akan mengemudi bahtera ini untuk mengekalkan reputasi kita. Ingat, walau apa sekalipun, sayangilah adik-adik dan buatlah mereka seperti keluarga sendiri. Tiada jurang perbezaan antara kita semua. Ingat pesan cikgu. Tahu isu semasa.Hargai yang muda. Insyaallah, kalian berjaya. Jadilah ketua yang baik. Taat perintah agama. Rapatkan ukhwah keluarga ini. Dengar masalah jika ada yang berdukacita. Jangan sama sekali megeruhkan keadaan. Quchai nak ucapkan terima kasih kepada anda semua kerana telahpun menjadi rakan Quchai yang paling setia. Quchai tidak pernah lagi mempunyai sesiapa seperti anda semua. Halalkan makan minum Quchai dan doakanlah kejayaan Quchai dunia dan akhirat.

Tingkatan Empat 2012


Black, Dinie, Ahmad Aiman, Aya, Eyman. Dalam usia yang boleh dikatakan cukup muda, anda semua berjaya membuktikan sesuatu yang cukup cemerlang bagi Quchai. Tahniah kerana 8A itu sudahpun menjadi milik anda semua. Jadi untuk diringkaskan cerita, Quchai juga ingin mengucapkan penghargaan Quchai kepada semua kerana sudi untuk bersama Quchai sepanjang 3 tahun kita bersama. Amanat Quchai. Jangan jadikan tahun 2012 sebagai tahun untuk anda bersuka ria.Ingat kita ada cabaran yang menanti di hadapan. Tinggalkan segala perbuatan yang boleh menyakitkan hati kita demi kebaikan bersama. Quchai pohon supaya janganlah kita bermegah-megah dengan apa yang ada. ingat perjalanan sebagai seorang pembahas tidak akan terhenti begitu sahaja dan kita juga perlu menegakkan agama yang suci ini. Jagalah nama baik keluaraga ini.

Tingkatan Tiga 2012



Walaupun hanya mampu beberapa bulan kita bersama, namun Quchai sudah cukup mengenali hati budi setiap yang ada antara anda semua. Quchai sudah mengenal pasti siapa yang benar-benara akan setia dengan keluarga ini ataupun sebaliknya. Yang pasti akan ada antara kalian yang bakal meninggalkan keluarga ini. Walaupun begitu, kita masih sebagai sebuah keluarga. Ingat hormatilah ketua anda dan Quchai turut menghargai kenangan kita bersama buat selamanya. Belajarlah dari pengalaman. Jangan segan untuk bertanya jika tidak mengerti. Jadikan kejayaan untuk 2011 ini sebgai matlamat untuk masa hadapan. Ingat, kita lebih sukar untuk mempertahankan sesuatau daripada merebutnya.

Duhai guru, sahabat dan rakan seperjuangan
Kini telah tiba masanya untuk kita berpisah
Gelak tawa, suka duka kita bersama 
Akan terpalit dalam sebuah memorabilia yang kita bina bersama
Setelah aku mininggalkan kalian
Akan terbuka ruang pintu rindu dihati
Tertutup segala keceriaan kini

Maafkan sahabatmu ini
Agar hidupnya diberkati juga dirahmati



Ingatlah 
Setiap pertemuan akan ada perpisahan
Jadikan kisah kita sebagai kenangan
Manfaatkan segala ilmu yang telah aku curahkan 
Untuk kegunaan masa hadapan
Berikan sepenuh jiwa dan raga
Untuk kebaikan KDBM tercinta
Curahkan bakti tanpa mengenal erti jemu
Agar seluruh dunia mengetahui kehadiranmu

Sudah ke penghujungan rupanya kita
 Bagai tidak terasa, masa telah berlalu
Alih-alih kita berasa sebak dan pilu
Ilmu dijana, pengalaman ditimba
Sebagai senjata, pembela bangsa
Duhai pewaris bangsa,
Ingatlah pesanan diriku yang hina ,
Jika ada badai melanda
Jika laut itu bergelora
Jika ada sengketa melanda
 Tepislah ia dengan ilmu di dada
Bila aku jauh darimu
Akanku khabarkan keistimewaan KELUARGA ini
Supaya gah di mata dunia
Menabur bakti untuk pewaris bangsa

Anak enggang di kayu tinggi, patah ranting terbanglah ia
Anak dagang tak lama di sini, sampai musim pulanglah ia
Pucuk pauh delima batu, anak sembilang di tapak tangan
Biarpun jauh beribu batu, hilang di mata di hati jangan.


ikhlas
-Qusyairi Fauzi-
 





TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

31 Dec 2011

KELUARGA DEBAT TERPATRI DI HATI


Mungkin sedikit sedih bunyinya, namun apakan daya, takdir tidak bisa diubah. Pada awalnya, Quchai mahu buatkan tajuk yang sedikit ceria seperti `Kini mimpi itu menjadi realiti' tapi entahlah. Lidah terkelu. Mulut terkedu. Hati ini tidak siapa yang tahu. Mungkin post ini agak sedikit muram, namun itulah hakikatnya. Sedikit bingkisan setelah hampir beberapa tahun kita bersama sebagai sebuah keluarga.

2007
PERMULAAN PROSES PEMBELAJARAN


Quchai ingat lagi waktu ni, waktu ini lah yang membuka hati Quchai untuk mengenali siapa itu bahas Bahasa Melayu. Pada asalnya Quchai ternampak Abang Farid, Abang Harinn, Abang Bebet, Abang Paman, Cikgu Noridah, Cikgu Shahnun dan ada la sikit-sikit abg Form 2 tengah cakap-cakap dekat anjung tamu. Waktu itu siang, dalam pukul 3 petang macam tu. Selesai susun kerusi di dewan Quchai berdiri kat situ tengok Cikgu Shahnun tengah bercakap. Mula-mula ingat nak balik dorm tapi tak jadi sebab terfikir seorang diri apalah yang diorang tengah buat ni? Quchai masih blurr tak tau apa-apa.

Selang beberapa bulan lepas tu, Cikgu Noridah bagi ucapan dekat 'Basketball Court'. Cikgu sedang mempromosikan buku e-siswa ! Dia kata buku tu bagus untuk bacaan kami sebagai pelajar STAR. Dan kisah penceritaan STAR 50 Tahun juga ada diselitkan dalam buku itu. Quchai pun belilah. Tapi tengok-tengok ada gambar pembahas INTERGOM di halam depan. Dalam hati Quchai "Kan best kalau jadi cover depan majalah ni" Haha ! Tapi Quchai tau itu hanya angan-angan Mat Jenin sahaja. Mula dari situlah Quchai tahu apa itu debat. Sebabnya, Cikgu Noridah ada cakap pasal pengucapan awam. Quchai dapat merakan keseronokan menonton debat ini.

Hendak dipendekkan cerita, Quchai amat berterima kasih kepada Abang Muhyi (FIVER 2007) kerana dia mengajak Quchai masuk pertandingan bercerita. Jadi, dialah yang mengajar Quchai. Selepas tu Quchai teringin sangat jadi wakil rumah dalam apa-apa acara yang ada kaitan dengan pengucapan awam ni. Haha ! Sebab bila dah dapat tempat pertama waktu cerita tu memang minat dengan bahas. Jadi Quchai pun masuk Pesta Bahas 2007. Tapi tak habis pesta tu. Tidak mengapa. 2008 masih ada ...

2008
SIDANG PERBAHASAN DIMULAKAN


Dalam bulan 2 macam tu, Abg Paman panggil peserta Pesta Bahas dekat laman ilmu. Dia  berkenalan dan dia tanya siapa yang sedia nak masuk debat ? Yang tinggal hanya Quchai, Aidil, Khai, Afif dan Ridhwan. Selang beberapa minggu kami diberikan tugasan dan akhirnya kami diarahkan ke Bilik Prefect (sekarang Bilik Kaunseling) untuk melihat senior-senior buat latihan untuk persediaan pertandingan. Quchai turut serta. Tiba-tiba, Cikgu Noridah panggil, dia kenalkan diri, dan bermula dari situlah, kami berkenalan. Cikgu bagi tugasan untuk  impromptu. Topiknya ialah karipap ! Pada asalnya, Quchai pelik dan tidak tahu langsung apa kaitan impromtu dengan bahas. Tapi sekarang baru tahu betapa bernilainya perkara asas itu. Jadi kepada pewaris Quchai ingatlah pesanan orang yang tidak seberapa ini. Tahun 2008 juga merupakan satu-satunya tahun STAR terpaksa membahagikan pasukan kepada 3 ! Sangat dahsyat dan Alhamdulillah, rezeki itu sentiasa ada dimana-mana . Quchai diserapkan masuk ke pasukan ketiga. Destinasinya ialah SERATAS untuk HKSBP ZON UTARA.Walaupun tidak mampu ke pentas akhir. Tidak megapa. Ini hanyalah untuk pengalaman.

2009
PERCATURAN TUN SRI LANANG BERTANDANG KE IPOH


Bagi Quchai, tahun 2009 ini merupakan tahun Quchai belajar segala-galanya. Quchai belajar erti sebuah pengorbanan, erti persahabatan, penat lelah cikgu-cikgu, Quchai juga belajar apakah itu erti harapan. Harapan yang tidak putus-putus untuk membawa nama keluarga ini ke seantero dunia. Percaturan 2009 dimulakan tatkala pasukan pertama ke SOKSEK untuk merebut Piala Zon Utara dan Alhamdulillah pasukan yang diketuai Abg Siraj, Acap, Paman dan juga Faizs berjaya mendakapnya. Untuk Piala Tun Sri Lanang pula, sasaran dan harapan Cikgu Noridah yang dipanggil Umi oleh Quchai dan semua ahli keluarga ini serta Cikgu Shahnun membuatkan pasukan pertama layak untuk ke puncak. Namun, apakan daya rezeki tuhan sahaja yang tahu. Tempat kedua milik kita. Tidak mengapa. Quchai waktu itu diletakkan di pasukan kedua bersama Azri,Faizs dan juga Wan Hafizan(hehe rindu waktu itu). Pada asalnya memanglah, Quchai nak sangat masuk pasukan pertama sebagai simpanan, jujurnya Quchai cemburu tengok Ridhwan dapat masuk pasukan pertama. Quchai nak sangat. Tapi amanat yang Umi, Cikgu Shahnun dan Kak Teha beri Quchai perlu pegang. Bersama pasukan kedua ini, kami perlu untuk mara ke Separuh Akhir sekurang-kurangnya. Namun cabaran kami tersekat di tengah jalan. Walaupun pasukan Quchai tersangkut di Octo. Azri dan Faizs layak mendapat pembahas ke 8 dan 4 terbaik Malaysia. Sementara Quchai di tempat ke 11. Alhamdulillah.2009 juga mencabar kredebiliti dan kesetiaan Quchai terhadap keluarga ini. Quchai ditinggalkan seorang diri sebagai satu-satunya pelajar Tingkatan 3 bersama keluarga ini. Kawan-kawan yang lain terpaksa meninggalkan Quchai atas sebab-sebab tertentu. PMR 2009 juga mencabar kewibawaan Quchai. tapi Quchai ingat pesanan Umi bahawa kita tidak boleh campur adukkan hal peribadi, pelajaran mahupun bahas dalam satu. Kita perlu asingkannya. Alhamdulillah.PMR berjaya dilalui dengan sempurna. Untuk Tingkatan 2 bagi 2009 pula, Quchai ringkaskan cerita, jujur Quchai kata, pada asalnya memang Quchai tidak berapa berkenan dengan Os, Wan, Latip dan Amsyar waktu tu. Quchai siap boleh nak sabotaj team Os lagi. Haha ! Dahsyat kan ? Tapi tak tau la kenapa, secara berperingkat-peringkat budak-budak ni berjaya menambat hati Quchai. Waktu ni, Quchai dah ada keluarga yang sangat bahagia. Quchai ingat lagi Quchai pernah menangis sebab tidak dibenarkan menyertai Pertandingan Piala Universiti di UKM 2009. Alasannya, PMR. Quchai menangis sebab tak boleh ikut. Nak jadi observer pun hampir kena marah. Quchai cerita kat budak-budak ni. Os, Wan, Amsyar, Latip. Quchai ingat lagi, kita suka lepak dekat belakang surau. Quchai dera Os sampai boleh sebut 'R'. Quchai buat Wan nangis. Quchai pau makanan Latip. Quchai tarik rambut Amsyar. Adoi , sedih bila Quchai ingat balik. Os kata quchai macam MAK bebel je. Haha ! Jadi quchai tinggalkan diorang. Alhamdulillah walaupun banyak kalah waktu tu, tidak mengapa kita belajar. Pasukan pertama macam biasalah. Johan. I'm proud of this family.Dan memori yang paling Quchai ingat lagi, kami kehilangan Acap. Sifu Quchai dan juga mereka. Kitorang lari dari blok akademi sampai green bila tau Acap nak pindah. Waktu tu hujan. kitorang redah je. Tapi sampai green, Form 4 cakap, Acap baru je meninggalkan kami. Terkelu. Hampa sebab tak sempat jumpa. Tapi Acap pernah pesan dekat kami , dia nak tengok kami berjaya. Acap, kitorang sudah buktikan! Alhamdulillah. Janji kami sudah ditepati.


2010
PASUKAN UTAMA


Tahun 2010 ni, adalah tahun keakraban. Paman sebagai kapten. Kami tabik! Faizs sebagai co partner bersama Azri kami respect ! Mereka merupakan inspirasi Quchai. Pada awalnya, jujur Quchai kata, Quchai memang tak target langsung untuk pasukan Quchai ni pergi jauh dalam mana-mana pertandingan sekalipun, Zon Utara, UIA atau PPM. Tapi sangkaan itu sama sekali ditepis oleh Faizs, Azri dan Paman. Sebab apa? Sebabnya ialah mereka merupakan Juara antara Juara. Zon utara, UIA, PPM. Semua dapat ditempuh. walaupun mereka tidak mendapat Johan sekalipun, tapi bagi Quchai tempat kedua itu merupakan nikmat yang diberi kepada kita. Quchai bersyukur sebab dapat pasukan macam ni. Bertolak ansur, memahami antara satu sama lain. Quchai pernah cakap pasal benda ni kat diorang. Waktu tu kat Pasir Puteh. Lepas Quchai cakap je pasal ni, Quchai gelak dan macam biasala, kene buli (gurauan smata-mata) dan yang paling Quchai ingat sekali lagi. Quchai nangis dalam bas waktu nak balik Ipoh. Sebabnya? Sebab Quchai rasa waktu tu kami patut masuk ke final PPM. Tapi tersekat sekali lagi di separuh akhir. Sedih. Quchai pun takut sebab Quchai takut tak boleh galas sebagai ketua untuk tahun 2011. Quchai takut STAR tidak layak masuk separuh akhir untuk 2011 dekat TKC. Quchai takut sangat. Paman cakap, Quchai kena kuat. Azri kata, quchai kena ingat, rezeki itu ada di mana-mana. Quchai perlu teruskan. Quchai pun agak kecewa disebabkan selepas itu, kami tersangkut lagi. Kali ni bukan dekat separuh akhir. Tapi di suku akhir. Bersama dengan Os, Amsyar dan juga Black.Kami tewas di UKM di tangan AYS SELANGOR. Memang Quchai perlu terima hakikat waktu itu. tamatnya ukm memberi Quchai satu harapan dan impian. Quchai kata, kita perlu buktikan! Quchai perlu memenuhi hasrat semua orang. Quchai perlu teruskan perjuangan. Quchai nekad untuk berjuang demi mencari keredhaanNya.

2011
MIMPI MENJADI REALITI

Tanpa satu pasukan yang tetap. Tanpa senior yang berpengalaman. Tanpa sebarang sokongan dari teman seusia. Quchai rasa macam kosong. Tapi Quchai tahu, Quchai mempunyai keluarga yang sentiasa ada disisi. Yang sering mengangkat Quchai sewaktu Quchai jatuh. mendengar masalah ketika musibah melanda. membantu tatkala diperlukan. siapa lagi kalau bukan KELUARGA DEBAT BAHASA MELAYU SEKOLAH TUANKU ABDUL RAHMAN IPOH. Daripada guru, abang senior, sehinggalah junior itu keluarga Quchai. Awal tahun menyaksikan pelbagai dugaan yang Quchai rasa mencabar kewibawaan Quchai sebagai ketua dalam keluarga ini. Kekalahan kepada Black membuatkan Quchai rasa seperti tidak berguna. Memang Quchai sanjung tinggi Black. Maklumlah, dia memang hebat. Konflik awal tahun itu terpaksa Quchai bawa sehinggalah pemilihan untuk pasukan UTP. Black ternyata bukan calang-calang orang yang mampu ditewaskan. Akhirnya dia menyingkirkan Os daripada dipilih. Waktu tu quchai agak terkejut akan kehebatannya. Ya saya menyanjung anda,sebagai kawan dan teman. Black, kalau Black baca apa yang Quchai tulis ni, jangan ada satu pun perasaan riak ya. Ingat, kita perlu sentiasa merendah diri dan terus maju. Untuk pasukan PPM pula, lagi banyak konfliknya. Bagi Quchai tidak perlu untuk dipanjangkan cerita. Apa yang ingin Quchai luahkan, Alhamdulillah, syukur dipanjatkan kerana doa kita semua dimakbulkan. PPM berjaya dibawa pulang ke Ipoh. Setelah hampir 6 tahun Umi dan Cikgu Shahnun mencuba. Alhamdulillah. Itu sahaja yang Quchai mampu katakan. Syukur sangat. Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. Rezeki itu Allah berikan juga kepada kita. Pengorbanan, rintangan, cacian malah makian sekalipun kita dapat tempuh. Pengorbanan Umi dan Cikgu Shahnun yang setiap hari menjenguk anak-anak mereka yang tidak matang ini membuahkan hasilnya. Penat lelah Paman dan Siraj dari Negeri Sembilan, Azri dan Faizs masing-masing dari Selangor dan Penang kami buktikan dengan piala itu. Kesangupan Abang Farid Al Azim yang datang dari Bristol, London, Harinn, Bebet, Bapak yang juga datang serta banyak membantu. Usaha anda sangat saya sanjung tinggi. Terima kasih semua. Budi anda pasti akan dibalas satu hari nanti. Akhir kata, doakan kejayaan saya dan kita bersama.

Sekalung Penghargaan Khas Untuk 
Umi Noridah
Cikgu Shahnun Abdul Ghani
Bekas-Bekas Pembahas
Dan Juga Pewaris Yang Masih Ada

ikhlas
-Qusyairi Fauzi-



TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...