Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

17 Aug 2011

KEJOHANAN DEBAT ANTARA RUMAH 2011

Assalamualaikum ,

Alhamdulillah , pesta bahas pada tahun ini telah digantikan dengan Kejohanan Debat Antara Rumah bersempena dengan Piala Pengetua dan Piala Agung yang telah dihidupkan semula . Dua kategori telah diadakan iaitu kategori senior dan kategori junior atau novice . Perlawanan pertama telah diadakan dan keputusannya adalah seperti berikut :


Kategori Senior

"Faceboook Mengeratkan Hubungan Rakyat Malaysia"

Kumpulan A
Red House vs Yellow House
Pembahas Terbaik : Zakwan Fitri
Pemenang : Red House (margin 1.0)

Kumpulan B
Black House vs White House
Pembahas Terbaik : Amir Akmal
Pemenang : Black House (margin 1.5)

Kategori Novice

"STAR Wajar Menerima Pelajar Perempuan"

Kumpulan A
Yellow House vs Green House
Pembahas Terbaik : Emil Abidin
Pemenang : Yellow House (1.0)

Kumpulan B
Red House vs Blue House
Pembahas Terbaik : Farhan Salleh
Pemenang : Red House (2.0)




TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

6 Aug 2011

PIALA PERDANA MENTERI 2011 - 7 KALI USUL DITERIMA, 7 TAHUN PENANTIAN BERAKHIR

Assalamualaikum WBT..




Alhamdulillah , sememangnya , tiada sepatahpun kata di dunia yang dapat menggambarkan kesyukuran kami kepada Rabbul Izzati atas kurnian-Nya yang Maha Pemurah bagi kejayaan manis ini . Sorak gempita , lompat sorai , genangan air mata dan kerdipan kamera bagaikan terpahat dalam memoir kami tatkala perkataan 'usul diterima' terpacul keluar daripada mulut pengerusi majlis . Alhamdulillah , 7 kali . Itulah perkara yang mampu saya ucapkan . Setahu saya , 7 tahun kami berjuang dalam barisan perjuangan ini bersama-sama (waktu permulaan Umi Noridah dan Cikgu Shahnun berpijak di alma mater kita) . Legasi berganti legasi , keringat bertukar keringat , namun kami tetap sepakat tanpa mengenal erti usia , pangkat mahupun keterbatasan waktu .




Dengan usul Laman Sesawang Melahirkan Masyarakat Berilmu , STAR sebagai kerajaan dan MOZAC sebagai pembangkang
USUL DITERIMA 


Alhamdulillah , langkah pertama berjaya diatur . Harap dapat tebus kekecewaan kita pada tahun 2004



Dengan usul Penganjuran Sukan Bertaraf Antarabangsa Wadah Perpaduan Dunia , STAR sebagai kerajaan dan InterSaBer sebagai pembangkang
USUL DITERIMA


Untuk tahun 2005 , inilah hasil keringat kita .



Dengan usul Amalan Kitar Semula Berjaya Mendidik Masyarakat Memelihar Alam Sekitar , STAR sebagai kerajaan dan SMS Dungun sebagai pembangkang
USUL DITERIMA

Berkat doa , kami juara kumpulan . Khas untuk tahun 2006


Dengan usul Kos Rawatan Hospital Swasta Wajar Dikawal oleh Kerajaan , STAR sebagai kerajaan dan SMAP Kajang sebagai pembangkang
USUL DITERIMA

Bersua kembali bersama musuh tradisi . Nama besar dalam arena ini . Kekecewaan 2007 dan pasukan yang pernah tersangkut dengan SMAPK , ini hasil penat kita bersama .



Dengan usul Seni dan Budaya Memupuk Jati Diri Bangsa . STAR sebagai kerajaan dan SEMASHUR sebagai pembangkang
USUL DITERIMA

Untuk keringat kita bersama pada tahun 2008




Dengan usul Hukuman Khidmat Masyarakat Berupaya Mendidik Pesalah Juvana . STAR sebagai kerajaan dan INTEGOMB sebagai pembangkang
USUL DITERIMA

Alhamdulillah , layak ke final . Berbaloi usaha pada tahun 2009



Usul Kerjasama Ketenteraan Menjamin Keamanan Serantau yang menemukan Sekolah Tuanku Abdul Rahman dan Sekolah Menengah Sultan Abdul Halim
USUL PADA HARI INI TELAH DITERIMA

Allah , Engkaulah pemilik sekalian alam . Dan buat kesekian kalinya usaha tahun 2010 dan 7 tahun sebelum membuahkan hasil yang cukup memuaskan .

Terima kasih Hexa Family kerana mengajar saya mengenal nikmat usaha , pengorbanan serta manisnya ukhwah kita . Walau ada yang tidak terlibat secara langsung , namun , 7 tahun inilah kita berusaha dan hasilnya ...





TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

7 Jul 2011

Istimewa




Khas untuk adik2 yg sedang berjuang untuk final PPM.
TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

6 Jul 2011

PERSEDIAAN KE PUNCAK PERDANA, DOAKAN KAMI

Assalamualaikum,

Kira-kira lagi 7 hari pasukan PPM STAR akan bertolak ke Putrajaya . Alhamdulillah , berkat usaha dan kerjasama semua pihak , pelbagai persediaan yang dirangka dapat dijalankan tanpa sebarang masalah yang dominan . Ada kalanya latihan dan persediaan inilah yang dapat menyedarkan kami tentang kelemahan kami sendiri seterusnya memberi peringatan untuk kami lakukan yang terbaik untuk pertandingan ini .

Alhamdulillah , SMK Seri Serdang telahpun sudi menjejakkan kaki di bumi STAR untuk tujuan perlawanan persahabatan . Dalam istilah sains , hubungan kami dan SMK Seri Serdang boleh dikatakan sebagai 'mutualisme' yang bermaksud kedua-kedua belah pihak dapat kelebihan dan kebaikan masing-masing . SMK Seri Serdang sendiri menggunakan peluang ini sebagai persediaan mereka untuk Piala Dato Shukor yang diadakan di Perlis baru-baru ini . Alhamdulillah , mereka telah berjaya meneruskan legasi pasukan wakil Selangor untuk terus menjulang piala tersebut . Semoga STAR juga dapat melakarkan sejarah yang sama atas nama Piala Perdana Menteri 2011 .

Jutaan terima kasih juga diucapkan kepada alumni-alumni debat STAR yang sudi turun padang untuk memberi ilmu serta motivasi mental buat persediaan kami nanti . Abang Hakim , 5 hari kudratnya mengajar kami pastinya akan membuahkan hasil serta Abang Farid dan Abang Harinn yang akan dijadualkan turun ke bumi STAR ini . Buat insan yang tidak dapat hadir dek aral yang melinatang , kami sekadar mohon doa yang penuh keikhlasan buat kami untuk mendapat keredaan-Nya dalam pertandingan ini .

Dalam kesibukan kami berlatih sama ada bersama alumni mahupun latihan intensif bersama Umi dan Cikgu Shahnun , tugas untuk kami merapatkan ukhwah tetap tidak kami lupakan . Untuk pertama kalinya , usai Larian 1 Murid 1 Sukan , kami dapat bersatu dan 'berkelah' di atas padang hijau STAR di pekarangan Bilik Sumber BM . Roti Canai dan Kuih Bahulu Cikgu Shahnun dan Umi yang kami makan dengan penuh berselera semestinya akan menjadi kenangan buat kami khususnya untuk sisa-sisa tahun terakhir di alma mater ini . Petang Ahad baru-baru ini juga , kami dengan penuh gembira beriadah bersama-sama setelah penat berlatih , apa yang menarik ialah kami cuba menghidupkan kembali permainan tradisional 'tuju kasut' yang semakin luput ditelan zaman . Ada kalanya , permainan seumpama inilah yang dapat merapatkan ukhwah berbanding permainan berbentuk siber yang semakin mendapat tempat di hati masyarakat kontemporari .

Debaran kian dirasai , memang kami tidak pernah terlintas untuk meruntuhkan harapan semua pihak yang meletakkan harapan yang tinggi buat kami , justeru , kami mohon doa dan restu pelbagai pihak agar penantian piala selama 16 tahun ini tidak dipersiakan . Insya-Allah , berkat doa anda sekalian , Allah akan permudahkan segala bagai cabaran pada masa hadapan . Mohon diri dahulu , kami ingin berlatih .

TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

3 Jun 2011

TERIMA KASIH CIKGU!

Assalamualaikum ,

Alhamdulillah , akhirnya STAR berjaya menempah tiket ke final dalam Bahas BM setelah 15 tahun penantian . Puas hati saya melihat Cikgu Shahnun terkedu dan Umi Noridah senyum hampir tertawa . Insan-insan inilah penyumbang utama bagi kejayaan ini .

Hampir tercabar dan sedikit terkilan apabila Cikgu Shahnun kata beliau tak ikut ke TKC . Antara sebabnya ialah beliau sudah penat dengan debat dan saya takkan lupa dengan dialog ni "rasa malas la nak pegi . sebab belum pegi pun dah tahu dah kalah" . Haha . Tapi memang susah semangat cikgu nak luntur daripada debat ni . Kehidupan sibuk ummi juga tak menghalang kegigihan beliau dalam debat . Cukup kagum saya , apa sahaja yang terbaik bagi debat semua dilakukannya . Latihan kami , pemilihan pasukan , layan karenah sehingga suara-suara sumbang yang mengutuk kami semuanya ditepis dan dibidas oleh umi . Tak pernah hilang gigihnya umi walau terpaksa dihimpit dengan tugasan lain .



Dari bangku simpanan saya terus ke kerusi 1st speaker , hati mana yang tak gundah . Tanpa persediaan yang mencukupi , saya terima tugasan berat ini . Dan bila ditakdirkan berjumpa dengan SMAPK di pusingan kedua , Cikgu Shahnunlah yang beri saya semangat "Os , denga sini saya cakap . Semua ni takdir tuhan , dari tak masuk team awak jadi sub , dari jadi sub awak masuk jadi 1st . Awak pon ada bagitahu masalah awak kat saya dulu . Esoklah awak buktikan segalanya . Ingat os , banyak ranjau kite datang sini"


Dan masa saya bangun sebagai PM untuk lawan SMAPK , saya tanamkan dalam hati sedalam-dalamnya , "banyak ranjau kau ke sini" . Dan saya kira masa lawan SMAPK lah konsep kami konsep paling mantap . Bukan berniat untuk riak , tapi sekadar renungan dan hasil daripada motivasi yang cikgu berikan . Tentang rasa tak puas hati dari mana-mana pihak , lebih baik diabaikan , biasalah , dunia debat la katakan .

Jujur saya katakan , langsung tak terdetik dalam hati saya bahawa saya akan diserapkan dalam team dan langsung tak saya fikir yang STAR akan layak ke final . Namun , alhamdulillah , Allah rancang segalanya dengan baik walaupun banyak masalah kita terutama dalam pemilihan team . Benarlah kata orang , baik buruk manusia mentadbir , rancangan Allah tetap terbaik .

Be humble , all comes from ALLAH . Kami akan pastikan yang kami takkan rasa selesa dengan kelayakan ini dan mohon doa dari semua untuk ke final nanti . Akhir kata , TERIMA KASIH CIKGU !


TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...