Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

10 Dec 2010

Sayonara

Assalamualaikum,

Sudah menjadi lumrah dunia bahawa setiap pertemuan pasti diakhiri dengan perpisahan. Malah, kita juga telah dijanjikan naungan Arasy Allah jika kita bertemu dan berpisah hanya kerana Allah s.w.t. Sayu rasanya ingin berpisah dengan pelajar tingkatan 5 terutamanya 3 tunggak utama KDBM tahun ini. Kami doakan kalian terus bersinar menempuh samudera ciptaan Illahi. Di sini saya ingin coretkan sesuatu untuk 3 abang-abang saya. Harap sudilah bacanya.


Siapa tak kenal dengan Saudara Haziq Janudin, kapten KDBM STAR 2010. Pengalaman menyertai hampir 12 perlawanan digunakan untuk mendidik kami menjadi pembahas yang hebat seperti beliau. Seorang yang ramah, ceria dan kadang-kala tegas. Secara peribadinya, saya sangat kagum dengan ketabahan beliau yang berlatarbelakangkan keluarga yang susah. Sifatnya yang selalu ceria menjadikan saya terkejut apabila beliau menceritakan tentang keluarganya terutamannya kematian abangnya ketika beliau kecil dan kisah bagaimana beliau kurang merasai kasih seorang bapa. Ada pengajaran yang terlalu bernilai bagi saya daripada cerita tersebut. Mungkin tak perlu saya ceritakannya disini. Bagi saya, beliau boleh jadi abang yang penyanyang yang suka belanja kami, kawan berlawak dan kadang kala ayah yang tegas. Syukur kepada Allah kerana saya dapat kenal beliau.


Buat Saudara Faizs bin Omar, penguasaan emosi yang dipunyai oleh beliau mengagumkan saya. Banyak ilmu yang beliau turunkan kepada saya selaku pendebat pertama. Secara peribadinya saya katakan beliaulah satu-satunya tempat saya mengadu masalah peribadi saya. Sifat peramah beliau membuat kami senang dengan beliau. Kami takkan lupa sifat inteleknya masa berdebat hingga dinobatkan sebagai pembahas terbaik final UIA 2010. Terima kasih juga untuk ilmu debat yang diturunkan daripada ilmu bahas hinggalah ilmu bagaimana memikat perempuan. Haha. Banyak jasa beliau pada kami.


Walaupun saya jarang berbual dengan Saudara Azri bin Kamaruddin, tapi beliaulah satu-satunya Ketua Umum yang saya paling rapat berbanding KU yang lain. Beliau juga turut serta mendidik kami terutamanya memperkenalkan sistem fasa dalam hujah kepada kami. Beliau berjaya menutup kerjaya debatnya dengan menonjol dalam PPM Peringkat Kebangsaan. Pengurusan masa beliau mengagumkan saya. Kehidupan hectic sebagai KU, pembahas, SU BADAR, pemain kriket tapi kemahiran berdebat beliau tetap terus meningkat. Kami akan sentiasa rindu dengan gurau senda baliau yang mudah mesra dengan kami.

Akhir kata, saya pohon maaf secara peribadi jika ada terkutuk belakang. Maklumlah, bumi mana tak ditimpa hujan. Saya juga yakin abang-abang takkan terima tawaran sekolah-sekolah lain kerana kami sentiasa perlukan ilmu abang di sini. Sayonara. Moga Allah izinkan kita bertemu kembali.


TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

2 Dec 2010

Semoga Berjaya Abang

Sedar tak sedar sudah masuk ke penghujung tahun 2010. Memang tak dinafikan tahun ini merupakan tahun yang sangat sibuk bagi KDBM STAR atau HEXA FAMILY.
Pelbagai rintangan dan cabaran yang terpaksa kami hadapi demi memartabatkan nama sekolah tercinta SEKOLAH TUANKU ABDUL RAHMAN khususnya keluarga ini. Namun hasilnya tetap membanggakan apabila beberapa pertandingan berjaya diharungi bersama. Antaranya..

1) HKSBP ZON UTARA (FINAL)
2) BAHAS UIA (FINAL)
3) HKSBP KEBANGSAAN (SEPARUH AKHIR)

Walaupun hajat tidak kesampaian iaitu untuk menjulang sekurangnya satu piala kemenangan, namun segala pengorbanan yang kita harungi bersama akhirnaya berbaloi jua. Bak kata Umi Noridah, nikmat tempat kedua berbeza dangan juara. Benar mungkin semua ini telah ditakdirkan untuk menjadi memori kita bersama.Seluruh keluarga debat amat menghargai segala titik peluh dan keringat semua ahlinya terutamanya para Fivers yang menjadi nakhoda pelayaran KDBM STAR tahun 2010 iaitu...

Muhammad Haziq Bin Janudin
Muhamad Faizs Bin Omar
Muhammad Azri Bin Kamaruddin


Ya benar, tanpa mereka yang menjadi tunggak utama untuk menggerakkan kapal KDBM STAR IPOH tidak mungkin kami mampu kecapi segala yang ddidamkan. Bagi para junior HEXA, abang-abang semua seperti abang kandung kami sendiri yang sentiasa membantu kami dalam apa jua sekalipun. Mungkin ini tahun terakhir abang semua sebagai pelajar di STAR namun gelaran sebagai "IDOLA DEBAT HEXA" akan kami kenang sampai bila-bila.

Apa yang para junior HEXA harapkan agar abang semua dapat terus berhubung dengan kami semua dan halalkan segala ilmu yang telah dicurahakan. Bantulah saudara Quchai yang akan menjadi nakhoda tunggal tahun depan. Mungkin sesuatu yang lebih baik dapat dicapai pada tahun hadapan.

Akhir sekali, kami ingin megucapakan SELAMAT BERJAYA DUNIA AKHIRAT ABANG SEMUA dan jangan lupakan kami yang masih meneruskan perjuanagan ini.

-HEXA WAN-
TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

23 Jun 2010

Maaf...Kami Gagal


Rasa terkilan tak mungkin luput di lubuk hati, saat diumumkan kami tewas meyakin juri, lidah terkelu hati seolah-olah mati, perkara ini tak mungkin terjadi.

Kalau diikutkan nafsu amarah yang menguasai diri, mahu saja kami maki kami caci, namun jiwa waras masih kami miliki, ini semua hikmah Rabbul Izzati.

Maaf sekiranya kami punca kalian termenung mengenang harapan yang tinggi menggunung. Mungkin banyak lagi perkara yang harus ditimba supaya kami lebih bersedia. Piala tak dapat kami tahankan sebagai tayangan kepada sekolah tercinta. Cuma, sokongan kalian tetap kami perlukan sebagai pendorong paling setia. Maaf buat segalanya.

Sekalung apresiasi kami ucapkan kepada sesiapa yang memberi sokongan dan menghulurkan bantuan. Terutamanya kepada Cikgu Rafaie, Abg paman, Umi Noridah, Kak Fatin dan seluruh keluarga debat ini.Tak tertulis jasa kalian dalam pentas maya ini.Jasa kalian akan kami kenang.terima kasih
TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

17 Jun 2010

Di sini perjuangan bermula...

Jam 10.17p.m.
Misi Perdana akan bermula...

Setelah sekian lama menunggu,masa yang dinanti-nantikan hampir menjelma kini.Pertandingan ini secara rasminya akan disertai oleh pelapis-pelapis muda dalam keluarga yang besar ini.Jadi,hanya harapan dan doa kepada Rabbul Izzati kami pohon untuk memberkati perjuangan yang menentukan nasib keluarga kita ini.

Mari kita imbau sejarah manis kita bersama,dengan gabungan padu pasukan senior, mereka berjaya menundukkan SSP yang merupakan juara liga 6 perlawanan awal.Dengan intelek Saudara Faizs yang memukau dewan, direncah pula oleh kebijaksanaan Saudara Acap yang memahamkan dewan, dienakkan lagi oleh Saudara Haziq yang terkenal dengan keceriaannya, maka Piala TNC berjaya dibawakan ke Ipoh.

Kini, perjuangan untuk mempertahankan piala itu menjadi tanggungjawab kami semua.Justeru, wahai pasukan muda harapan keluarga, ayuh sama-sama kita kerah keringat dan banting tenaga, kerana piala itu harus kita julang bersama.Jangan biarkan iguan ngeri masa lampau berulang kembali.Kita julang nama alma mater bintang ini agar kembali cemerlang.

Setelah 3 hari kami berkampung di bumi STAR,mental dan fizikal kami mantapkan bersama.Kami berjalan sederap selangkah menuju ke arah destinasi yang satu.Jurang berpasukan kita hapuskan dalam belenggu fikiran kerana kita yakin, semangat brotherhood itu elemen penting dalam misi perdana ini.

Buat insan-insan yang menaruh harapan tinggi dalam perjuangan ini, kami pohon maaf sekiranya harapan kalian tidak dapat kami sempurnakan. Kami harap kalian tidak putus-putus berdoakan buat kejayaan kami.Buat Saudara Haziq kapten berwibawa,Cikgu Shahnun dan Puan Noridah abah dan umi pembakar semangat, bekas pendebat hebat(Saudara Farid,Harinn,Syazwan,Siraj dan Hakim) yang setia mencurahkan ilmu berguna, jasa kalian semua tidak akan luput sama sekali.Namun jasa anda akan termaktub dalam memoir indah debat ini.

Akhir kata, wahai rakan-rakan perjuangan sekalian, andai kata kita dapat menjulang piala impian itu, jangan pernah tanamkan sifat bongkak dan takbur. Dan, andai kata impian sekadar tinggal mimpi, sedarlah, ada hikmah disebalik pentadbiran Sang Pencipta ini.Pada hakikatnya tidak ada istilah A dan B.Kerana kemenangan dan kekalahan itu milik kita bersama.Sekian.Assalamualaikum...


~1 keluarga yang indah memoirnya~

-hexa os, hexa quchai-
TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

6 Jun 2010

USUL DEBAT PIALA TNC UKM 2010

POLITIK

1.Sudah Tiba Masanya, Sistem Dua Parti Dilaksanakan
2.Pilihanraya Kecil Perlu Dimansuhkan
3.Satu Malaysia Pemangkin Pembangunan Negara Bangsa
4.Kesatuan Eropah Wajar Menerima Turki
5.Demi Kesejahteraan : Baju Merah dan Baju Kuning Perlu Bersatu
6.Pelan Transformasi Negara Jawapan Terbaik
7.Krisis Kekacauan Thailand Tanggungjawab Kerajaan
8.Demonstrasi Lambang Demokrasi
9.Kuasa Veto Mengancam Keamanan Dunia
10.Gaji Wakil Rakyat Wajar Dinaikkan
11.ISA Melindungi Keselamatan Rakyat
12.Wawasan 2020 Masih Lagi Relevan
13.Fenomena Lompat Parti Perlu Dihalang
14.Kita Perlukan Politik Perkauman
15.Hak Asasi di Malaysia : Indah Khabar Dari Rupa

EKONOMI

1.Model Ekonomi Baru Hanya Sekadar Gimik
2.F1 Satu Malaysia, Satu Pembaziran
3.Bioteknologi Menjana Ekonomi Negara
4.ASEAN Perlu Menjadi Blok Ekonomi
5.Krisis Ekonomi : Sektor Pertanian adalah Perisainya
6.Bank Dunia Penyelamat Negara Dunia Ketiga
7.Krisis Kewangan Greek : Kesatuan Eropah Gagal
8.Pasar Raya Besar, Lubuk Emas IKS
9.Mahasiswa Kita Boros
10.Air Asia Punca MAS Lemas

SOSIAL

1.Cinta Adamaya Masih Lagi Relevan
2.Facebook : Lebih Sudu daripada Kuah
3.Badminton Malaysia Masih Ada Harapan
4.Kempen Membaca : Kita Tidak Prihatin
5.Rakan Muda : Seperti Melepas Batuk Ditangga
6.Poligami Perlu Disokong
7.Ratu Cantik Lambang Keamanan Dunia
8.Gosip Mengangkat Artis Malaysia
9.Transeksual Wajar Diberikan Hak Sama Rata
10.YouTube : Kreativiti Melampau
11.Upin Ipin Simbol Perpaduan
12.Penempatan Guru di Pedalaman adalah Wajar
13.Isu Pembuangan Bayi : Salah Kerajaan
14.Demi Perpaduan : Kebebasan Media Perlu Dikawal
15.UPSR : Tidak Wajar Dihapuskan





TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...