Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

1 Jan 2010

Assalamualaikum salam tahun baru...

Assalamualaikum...

Alhamdulillah..syukur pada Allah..dapat juga saya mengambil kesempatan berkongsi apa - apa perkara yg sedang saya fikirkan sekarang dan dengan ini izinkan sy untuk menulis sesuatu di blog ini...

1) Tahniah sy ucapkan kepada saudara Haziq atas semangat dan keinginan yg ditunjukkan beliau . Selaku kapten, beliau berhak untuk mengeluarkan sebarang bentuk pendapat dan kritikan terhadap keluarga yg besar ini iaitu HEXAFAMILY...Saya amat mengharapkan rakan - rakan seperjuangan yg lain menyokong idea dan harapan beliau sebelum ini dan sudah pastinya, komitmen yg ikhlas wajarlah ditonjolkan oleh anda semua. Buat saudara Haziq, gunakan sepenuhnya kuasa yg ada pada anda utk memastikan pasukan ini tidak melakukan sebarang kesilapan "bodoh" dan tidak masuk oleh sesetengah daripada kita, terutamanya ketika Perlawanan Akhir Bahas Antara Sekolah - sekolah Malaysia di UIAM tempoh hari. Perlawanan akhir tersebut mengingatkan sy akan kedangkalan dan kesombongan saya berbahas. Saya yakin ada suara - suara kecil yg menyokong pernyataan bahawa prestasi saya pada ketika itu menyumbang terhadap kekalahan kita. Lantaran tidak menyebut walau sepatah sekalipun akan perkataan "PENDIDIKAN" secara langsung menafikan kes bangkangan usul "Undang2 adalah jalan terbaik terhadap masalah kebejatan moral"...Secara rangkumannya, insiden itu mengajar saya untuk PEKA, MENDENGAR, TENANG, LICIK dan yg paling penting rasa HORMAT terhadap ahli2 pasukan. Saya dengan ini memohon ampun dan maaf atas kesilapan tersebut dan saya amat mengharapkan saudara Haziq untuk meneliti semula analisis perlawanan akhir tersebut! Ayuh kita semua belajar daripada kesilapan lampau!

2)Pada kesempatan ini juga, saya ingin menyampaikan pendapat dan cadangan khas buat para pembahas dalam usaha merangkul kejayaan yg lebih banyak pada tahun ini, 2010. Pertamanya, saya amat2 mengharapkan setiap daripada anda menyediakan buku log ataupun fail yg menyimpan keratan2 akhbar (Utusan Malaysia dan Berita Harian). Aktiviti ini sebolehnya dilakukan sekerap yg mungkin! Mengapa? Saya secara jujurnya mengatakan bahawa sepanjang perbahasan saya, saya sering kali cuba untuk berfikir melalui gaya bahasa akhbar..Maknanya, penggunaan terma2 tertentu yg mencakupi aspek politik, ekonomi dan sosial. Setiap bidang ilmu punyai terma2 yg tersendiri utk menerangkannya..Itulah indahnya Bahasa Melayu dan itulah yg saya pelajari secara majornya dalam perbahasan. Sya bagi contoh. Jika berbicara soal ekonomi, terma2 penting seperti defisit fiskal, cukai perumahan, krisisis sub - prima, K-ekonomi (ekonomi berasaskan pengetahuan) dan sebenarnya diguna pakai! Ini melambangkan kematangan kita dalam berbahas! Keduanya, saya mengharapkan pembahas menyediakn setiap seorang sebuah buku log khas utk perbahasan. Ketiga, saya mencadangkan pasukan ini tidak lagi terlalu bergantung kepada bahan2 ber"print" sebaliknya beralih kepada penggunaan bahan2 langsung dari internet..Ini menjimatkan masa dan tenaga. Saya yakin kaedah ini telah menjadi faktor penting terhadap kemenangan STAR di HKSBP Zon Utara 2009!!

3) Saya ingin mengambil kesempatan ini utk mengucapakan jutaan terima kasih dan penghargaan kepada semua pihak yg telah bertungkus - lumus sepanjang tahun 2009 dalam usaha kita merangkul sebanyak mungkin kejuaraan tahun 2009. Alhamdulillah, secara peribadinya, saya mengangkat Peristiwa di UIAM sebagai yg terbaik pernah dicapai..Hanya Allah sahaj yg Mengetahuinya..Subhanallah..Terima kasih kepada Umi Noridah, Cikgu Shahnun, Cikgu Rossaliza, Cikgu Umaimah, Cikgu2 Bahasa Melayu yg lain, saudara Harinn Hizhadi , Farid Al - Azim, Syazwan Aswat, Abdul Hakim, Iqwan ibrahim, Haziq Januddin, Azri Kamaruddin, Faizs Omar, Asyraf Ibrahim, Adam Samsuddin, Habibullah Saharom dan semua junior tingkatan 1,2 dan 3 dalam HEXAFAMILY!!! Saya doakan kesejahteraan anda semua, dan berbahagialah bersama pada tahun 2010...Dengan satu hasrat, satu semangat dan satu tekad utk HexaFAmily bersama! Pastikan kejuaraan HKSBP Zon Utara, PPM, UIAM, UKM, Asrama Yayasan Selangor di tangan kita!!!!!!

>Majulah Bahas utk STAR, Banyakkanlah membaca wahai rakan2ku, dan hormatilah semua orang<

Kirim salam saya pada Umi Noridah dan Cikgu Shahnun, dua insan yg cukup mulia.=)

Harap berjumpa lagi...

Assalamualaikum..
-Muhammad Siraj bin Abdul Aziz-
HexaFamily
Disember 2005 hingga Mei 2009
TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

30 Dec 2009

AZAM KEMENANGAN

Minggu lepas, Umi ada call dan beritahu saya tentang kepulangan dari Mekah. Alhamdulillah, selesai sudah ibadat Umi. Yang Umi selalu ingatkan saya adalah berkaitan hubungan kita dengan Allah. Betul juga kata Umi. Allah tak selalu makbulkan terus doa kita. Mungkin ada hikmah. Dan Umi kaitkan semua kuasa Allah tu dengan karier kita semua, sebagai PENDEBAT. Umi kata, kali ini tak boleh pandang belakang dah. Kena struggle untuk tournament 2010, tapi, jangan lupa study pulak. Tugasan sebagai kapten akan saya lakukan, insyaAllah. Namun, sekadar beri nasihat mungkin boleh, tapi untuk mendidik rakan seperjuangan, saya rasa saya tak layak Umi. Jadi, saya akan lakukan apa yang termampu. InsyaAllah, di samping mengadakan latihan untuk tournament 2010, saya juga sudah merancang beberapa strategi untuk digunapakai dalam kaedah meningkatkan lagi prestasi pasukan sama ada junior mahupun senior.

Umi ada mencadangkan supaya kaedah mentor-mentee segera dijalankan. Jadi, insyaAllah, dalam minggu kedua akan saya adakan mesyuarat untuk task tersebut. Seperti biasa, siapa yang menjadi 1st speaker, dia akan mendidik semua junior 1st. Maknanya, bolehlah juga saya jalankan pemantauan prestasi ataupun NKRA/KPI yang sekarang menjadi buah mulut orang ramai. Mungkin ia akan menjadikan beban kepada senior yang F5, tapi kita kena ingat, itu adalah tugasan kita. Jadi, mahu atau tidak, harus kita galas bersama.

Setakat itu sahaja, tidak banyak yang ingin saya rencanakan. Mungkin dikesempatan akan datang akan kami update blog ini sekerap mungkin walaupun besar kemungkinan kami tidak dapat memenuhi tuntutan tersebut. Saya harap, adik2 junior mampu menunjukkan prestasi terbaik anda pada pertemuan debat akan datang. Sekian.

-hexa paman(C)-

TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

24 Nov 2009

PESTA BAHAS 2009 (MENANG MARA)

Para hakim; (dari kiri) Azri, Siraj, Saya, dan Ashman

Pasukan Johan Pesta Bahas Kali ke-5 2009; (dari kiri atas) Faizs, Azri, Saya, Qusyairi,(bawah kiri) Faizhan, Ikhwan, Afif dan simpanan


Alhamdulillah, dengan limpah kurnia yang Allah beri, dapatlah juga kami jayakan Pesta Bahas Kali Ke-5, 2009. Pada malam 15 November yang lalu, usul, "Pembangunan Nuklear Wajar Diharamkan" pertemuan antara kumpulan Dato' Anifah Aman sebagai kerajaan dan Dato' Seri Nazri Abdul Aziz yang juga kumpulan kedua tingkatan 2 sebagai pembangkang, usul diterima.


Pada paginya telah dijalankan perlawanan suku akhir. Seperti biasa, teknik melagakan pasukan yang paling kuat dan pasukan paling lemah dijalankan. Agak mengejutkan, kumpulan juara tahun ini sebenarnya telah menyingkir pasukan tingkatan 2 yang berada pada ranking teratas pesta bahas kali ini. Aduh, macam tak percaya, tapi saya, Azri dan Aiman mengadili perlawanan separuh akhir antara pasukan yang mencipta kejutan ini dengan pasukan tempat keempat terbaik dalam ranking. Memang ternyata mereka cukup bagus jika dibandingkan dengan pasukan lawan.


Pada malam itu, saya telah menyediakan 3 usul untuk final yang dipilih oleh AJK kejohanan. Saja kami pilih usul-usul final di UIA, dan semi PPM. Antaranya, "Undang-undang Adalah Jalan Terbaik Dalam Menangani Masalah Kebejatan Moral" dan "Sekolah Satu Aliran Wajar Dilaksanakan". Tapi nasib memilih tajuk separuh akhir PPM tahun lepas.


Nasib baik usul yang dibuka oleh kerajaan agak baik. Sebenarnya cukup bagus. Adik Muhammad Ikhwan sebagai PM telah membuka usul dengan baik sekali. Boleh dihantar ke UIA, insyaALLAH. Tetapi respons yang diberikan pembangkang tidaklah seperti yang diharapkan. Pembangkang cuma bermain-main dengan isu tenaga semata-mata tanpa menafikan kesan nuklear yang dilambakkan kerajaan. Kembali kepada TPM, walaupun beliau punya masalah dari segi sebutan, tetapi cara merespons terhadap izin laluan yang ditujukan kepadanya sangat intelek walaupun tidak berfakta. P2 pula kini dah menjadi bekas pembahas tingkatan 2 cuba memberikan respons tapi kata-katanya berulang-ulang. Ada baiknya jawapan beliau, tapi kalau dah diulang banyak kali, marah juga rasanya. Sampai yang ketiga kerajaan, saya fikir beliau bakal jadi 'blacksheep' dalam pasukan, sebab sebelum ini, yang paling bermasalah dalam pasukan Anifah Aman adalah beliau. Ternyata sangkaan saya dan beberapa hakim yang pernah mengadili mereka meleset apabila beliaulah yang mendapat tepukan paling gemuruh malam itu. Apa yang ditanya dan saya jawab selepas separuh akhir ternyata dia gunakan sebagai panduan semasa final. P3 pula tidak membidas dengan baik kerana cuma berucap selama 1 minit 30 saat. Mungkin kerana posisi speaker nombor 3 menyebabkan perkara tersebut berlaku. Aspek penggulungan pula, pembangkang 2 seperti menggunakan pengalamannya untuk menggulung tetapi kerajaan tidak menggunakan speaker yang betul kerana membiarkan TPM yang menggulung. Tapi TPM ini agak bagus juga, menjawab persoalan pembangkang sedikit sebanyak.


Sewaktu perbincangan, semua hakim menyatakan bahawa kerajaan patut menang kerana pembukaan usul yang sangat intelek. Pendebat-pendebat bahasa Inggeris pula menggambarkan bahawa PM ada masa depan yang sangat cerah dalam bidang perdebatan sekiranya dia bersungguh-sungguh pada masa akan datang.


Keesokannya, Qusyairi melaporkan maklumat kejohanan dan saya mengacarakan penyampaian hadiah. Berikut adalah keputusan yang saya umumkan pada pagi Isnin, 16 November 2009.


PEMBAHAS TERBAIK

  1. Muhammad Ikhwan Mohamed Kamil (T1)
  2. Muhammad Zakwan Fitri Zahari (T2)
  3. Muhammad Fayyaz Mohd Setia (T1)
  4. Ahmad Aiman Asmayatim (T1)
  5. Abu Harriz Abu Haffis (T2)
PESERTA FINAL

Kerajaan

  • Muhammad Ikhwan
  • Muhammad Faizhan
  • Muhammad Afif Azrie
Pembangkang
  • Amirul Shafiq
  • Amer Ikhwan
  • Abu Haffiz
Usul telah diterima dengan juri 7-0 dan pendebat terbaik ada dua, Ikhwan : Faizhan, 6 : 1. Justeru, sebaik pengumuman dilakukan, pada malamnya, sesi latihan telah dijalankan dan peserta2 bahas tingkatan 1 sudah pun bersama-sama menyertainya sebagai pendedahan awal.




Sekian sahaja daripada saya. Terima kasih.


-paman the 3rd-




TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

14 Nov 2009

PESTA BAHAS 2009


Akhirnya, saya punya kalam untuk menulis setelah kian lama memerah idea. Rasanya, buat masa ini, teks inilah yang terbaru dari kami.

Pesta Bahas Kali ke-5 pada kali ini sangat berbeza daripada tahun-tahun sebelum. Kali ini, Umi Noridah meminta agar peluang diberikan kepada pelajar-pelajar tingkatan 2 untuk menyertainya. Memang tak dinafikan, tugas menganjur sesebuah pertandingan agak sukar dengan tindakan jika dibandingkan dengan merenjiskan air liur.

Usaha untuk perpaduan ditingkatkan pada kali ini. Kalau dahulu, pasukan mewakili rumah sukan, sebaliknya tahun ini kami menggalakkan agar wujud campuran dalam setiap pasukan. Teringin juga nak lihat pelajar T1 bergabung dengan pelajar T2 bagi membentuk seseuah pasukan. Tapi tak kesampaian kerana mungkin jurang senioriti sangat kuat. Tak apalah, janji ada pasukan yang boleh berentap. Jadi, kami berpendapat nama setiap rumah sukan tidak boleh lagi dipapar sebagai nama pasukan. Kami mengambil alternatif dengan meletakkan kesemua 12 pasukan dengan nama ahli-ahli kabinet Malaysia.

Bermulalah pertandingan ini pada 3 November dan dijangka berakhir esok, 15 November. Sebenarnya, jadual waktu bagi pertandingan tidaklah memakan sampai dua minggu. Tetapi disebabkan ada pihak yang lebih memerlukan para peserta, terpaksalah juga dilepaskan mereka buat seketika bagi memberikan peluang Kem Ibadah 2009 dijalankan. Sempatlah juga saya dan rakan-rakan menjadi hantu bagi slot 'Night Walking'. Ada yang pengsan lagi. Dapatlah juga risik-risik para peserta bahas yang terlibat menjadi mangsa 'hantu', ada yang ketakutan, ada juga yang berani melampau. Haha. Lumrah budak baru belajarlah katakan. Tapi, saya dan konco-konco bahas masih tidak lupa akan penganjuran Pesta Bahas. Pagi tadi berlangsung sudah pusingan kali keenam yang menjadi penentu kepada pasukan yang layak ke pusingan kalah mati.

Namun, yang mengecewakan saya adalah, ada segelintir pasukan yang tidak mahu berjuang hingga titisan. Sampaikan terpaksa saya menelefon Abang Daud dan Abang Aiman bagi mendapatkan kepastian tentang pasukan yang tidak mahu berdebat. Kalut juga tadi. Namun, kini semua masalah itu telah dapat diselesaikan dengan mengambil kira kepentingan semua pihak.

Kini, semua pasukan yang berjaya telah membuktikan mereka adalah yang terbaik daripada kesemua 12 pasukan. Memang agak baik prestasi semua peserta, lebih-lebih lagi peserta tingkatan 2 kerana mereka sudah mahir dengan pertandingan serupa yang mereka sertai tahun lepas. Peserta Tingkatan 1 juga tidak ketinggalan. Tidak salah sekiranya saya katakan bahawa ada antara mereka yang lebih hebat dari tingkatan 2. Diharapkan mereka memilih jalan terbaik selepas pertandingan bagi memilih karier masing-masing sepanjang tempoh masa belajar di STAR.

Tajuk-tajuk yang diperjudikan untuk pusingan kalah mati agak mencabar. Berani saya katakan, ada antaranya yang tak pernah saya debatkan. Idea segelintir pembahas universiti menjadi aset penting dalam penghasilan usul. Diharapkan agar semua peserta dapat mencipta satu kejutan yang membolehkan generasi debat STAR pada masa akan datang lebih berkualiti.


Terima kasih kerana membaca.
-paman-

TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

4 Nov 2009

PERTEMBUNGAN IDEA BERMULA!!!!!

selepas 1 bulan melakuakan persipan yang rapi, akhirnya alhamdulillah kejayaan penganjuran tercipta!!!
bermula daripada 3/11/2009 pesta bahas secara rasminya dimulakan.....

TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...