Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

29 Jan 2014

BENGKEL BAHAS BAHASA MELAYU ALA PARLIMEN SEKOLAH MENENGAH NEGERI PERAK 2014

Program
Bengkel Bahas Bahasa Melayu Ala Parlimen Sekolah Menengah Negeri Perak Tahun 2014

Tarikh/Masa
Sabtu, 15 Februari 2014
8.30 pagi - 5.00 petang

Lokasi
Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh, 31150 Ulu Kinta, Perak Darul Ridzuan

Anjuran
Azwan Dot Com Enterprise - Minda Intelek Global

Penyertaan
Jumlah Peserta : 5 orang pelajar & seorang guru pengiring bagi setiap sekolah
Yuran Penyertaan : RM 200.00 setiap sekolah
Kod Program : 005 (Kod program untuk melengkapkan proses pendaftaran atas talian.)

Maklumat Am

1. Penyertaan terbuka kepada 30 buah sekolah seluruh negeri Perak yang terawal mendaftar secara atas talian menerusi borang penyertaan di bawah.

2. Setiap sekolah diwakili oleh 5 orang pelajar dan seorang guru pengiring sahaja.

3. Yuran penyertaan bagi setiap sekolah adalah RM 200.00 (Dua Ratus Ringgit Sahaja). Namun begitu, jika ada sekolah yang ingin membawa individu tambahan (pelajar/guru/jurulatih/pemandu), maka bayaran tambahan sebanyak RM 50.00 (Lima Puluh Ringgit Sahaja) akan dikenakan bagi setiap individu.

4. Yuran penyertaan bolehlah dijelaskan secara tunai atau cek semasa hari pendaftaran. Butiran lanjut berhubung proses pembayaran akan dimaklumkan menerusi surat jemputan rasmi yang akan diemelkan kepada pihak sekolah Tuan/Puan.

5. Makan-minum sepanjang program, sijil penyertaan, bahan-bahan bengkel dan segala kemudahan yang difikirkan perlu akan disediakan oleh pihak penganjur. Namun begitu, pengangkutan atau penginapan (jika ada) adalah bawah tanggungjawab sekolah sendiri.

6. Surat jemputan akan dihantar kepada sekolah-sekolah yang telah mendaftar secara atas talian (online registration) menerusi borang penyertaan di bawah. Sila masukkan kod program 005 bagi pendaftaran program bengkel bahas ini.

7. Tarikh tutup pendaftaran penyertaan adalah pada hari Isnin, 10 Februari 2014.

TENTATIF PROGRAM (Sabtu, 15 Februari 2014)
Masa
Aktiviti
Lokasi
8.30 pagi
Pendaftaran Peserta
Dewan
9.00 pagi
Pengenalan Asas : Format & Konsep
Permulaan Ucapan Substantif
10.00 pagi
Minum Pagi
Kafeteria
10.30 pagi
Definisi Konsep
Dewan
Premis & Strategi Pasukan
11.30 pagi
Hujah
Celahan
1.00 petang
Makan Tengah Hari / Solat
Kafeteria / Surau
2.00 petang
Bidasan
Dewan
Izin Laluan
3.15 petang
Penggulungan
Asas Penghakiman / Sesi Tayangan
4.30 petang
Minum Petang
Kafeteria
5.00 petang
Bersurai

8. Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut bolehlah diajukan kepada penama berikut:
Nama : En. Harmi bin Mohammad Jamil
Talian : 012 215 4945
Emel : mjharmi@yahoo.com 








TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...