Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

29 May 2011

NUR QUSHAIRI JUARA PIDATO BAHASA MELAYU PERINGKAT DAERAH KINTA UTARA

Usai dari kejayaan manis HKSBP 2011, Nur Qushairi mempunyai satu lagi tanggungjawab besar yang diamanahkan, iaiatu mewakili Zon 6 ke pertandingan Pidato Piala Bahasa Melayu  Peringkat Daerah Kinta Utara 2011. Pertandingan ini telah dilangsungkan pada 28 Mei 2011 Di Sekolah Raja Perempuan Ta'yah. Nur Qushairi  telah menyampaikan pidato wajib bertajuk " Penguatkuasaan Undang-undang Yang Lemah Meningkatkan Kemalangan Jalan Raya" manakala pidato spontan beliau bertajuk "Menjaga Alam Sekitar Tanggungjawab Bersama"

Alhamdulillah, Qushairi yang dibimbing oleh Puan Noridah dan Encik Shahnun telah menyampaikan pidato beliau dengan baik sekali dan begitu bersahaja. Seramai 7 orang peserta telah mengambil bahagian dalam pertandingan tersebut. Dan Alhamdulillah, sekali lagi berkat latihan yang berkesan, Qushairi telah dinobatkan sebagai juara. Alhamdulillah dan akan mewakili Daerah Kinta Utara ke peringkat negeri nanti.


Nur Qushairi bergambar kenangan bersama piala kemenangan. Tempat ke dua pelajar SMK Tanjung Rambutan dan ke-3 pelajar SMK Raja Perempaun Ipoh.


TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

HKSBP 2011 : STAR KE PENTAS FINAL

Menanti keputusan perlawanan di separuh akhir merupakan satu penantian yang amat menyeksakan. Majlis Penutup telah disempurnakan oleh Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia. Tirai HKSBP 2011 di Seremban semakin hampir dilabuhkan. Perasaan berdebar-debar begitu menusuk jiwa. Pasukan manakah yang bakal ke pentas final pada 14 Julai nanti terus dinanti oleh ribuan yang hadir. Alhamdulillah, akhirnya segala kegusaran terlerai jua apabila nama STAR diumumkan sebagai pemenang perlawnan separuh akhir manakala Nur Qushairi telah diumumkan sebagai pembahas terbaik keseluruhan. Berikut keputusan bahas bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris serta Bola Keranjang.

1) BAHAS BAHASA INGGERIS

KOLEJ TUNKU KURSHIAH  LWN SEKOLAH MENENGAH AGAMA PERSEKUTUAN KAJANG
PEMENANG : KOLEH  TUNKU KURSHIAH

MAKTAB TEBTERA DI RAJA LWN SEKOLAH DATO' ABDUL RAZAK
PEMENANG : SEKOLAH DATO' ABDUL RAZAK

2) BAHAS BAHASA MELAYU

SEKOLAH DATO' ABDUL RAZAK LWN SEKOLAH MENENGAH SULTAN ABDUL HALIM
PEMENANG : SEKOLAH MENENGAH SULTAN ABDUL HALIM

SEKOLAH TUANKU ABDUL RAHMAN LWN SEKOLAH BERASRAMA PENUH INTEGRASI GOMBAK
PEMENANG : SEKOLAH TUANKU ABDUL RAHMAN

3) BOLA KERANJANG LELAKI

JOHAN :MALAY COLLEGE KUALA KANGSAR
NAIB JOHAN : SDAR
KTIGA : SEMASHUR DAN SEMSAS, KUANTAN

4) BOLA KERANJANG PEREMPAUN

JOHAN : SEKOLAH TUN FATIMAH
NAIB JOHAN : SEKOLAH MENENGAH SAINS SULTAN AHMAD SHAH
KETIGA : SMAP KAJANG

KDBM STAR mengambil kesempatan ini mengucapkan jutaan terima kasih buat Ummi, Cg Shahnun, senior Hexa , adik-adik junior, para pentadbir , guru-guru dan semua warga STAR yang banyak bekorban memastikan episod 15 tahun yang lepas (1996) bakal berulang. Jumpa di PICC.



TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

HKSBP 2011 : BUKU BERTEMU RUAS

Melangkah ke separuh aklhir bermaksud kami mengulangi pencapaian senior kami di Pasir Putih pada tahun 2010. Dan SBPI Gombak sekali lagi menjadi halangan. Bertemu pasukan yang sama seperti tahun 2010 membuatkan semangat kami membuak-buak untuk menewaskan musuh tradisi ini bagi menbus semula kehampaan para senior 2010. Kali ini ditempat yang baru dan bersama pembahas yang barui kami yakin keputusannya pasti berubah. Dan untuk berubah, semuanya terletak di bahu kami.

Menentang Gombak sememangnya kami ditakdirkan untuk menjadi kerajaan buat kali ke enam. Dan Gombak seolah-olah memilih takdir mereka sendiri. Pada mulanya Cikgu Shahnun hampir mencabut sampul pem bangkang, namun sedikit masalah teknikal, pembahas ke tiga Gombak dengan pantas mengambil sampul tersebut. Maka, kami terima peranan KERAJAAN dengan hati yang redha dan berlapang dada, Mana tahu tuah kerajaan tahun 2011 ini. 

Usul pada peringkat separuh akhir berbunyi " HUKUMAN KHIDMAT MASYARAKAT BERUPAYA MENDIDIK PESALAH JUVANA". Alhamdulillah, malam tadi kami telah berbincang secara panjang lebar berkenaan isu Hukuman Sosial bersama Cikgu Shahnun, Ummi dan Azri. Dan bertindak selaku pihak kerajaan, STAR telah membuka konsep dengan begitu cantik sekali disertai dengan hujah-hujah yang begitu meyakinkan. Alhamdulillah, semua pembahas membuat persembahan yang terbaik. Dan tidak lupa juga dengan pasukan Gombak yang tidak kurang hebatnya membangkang usul.

Perlawanan tamat, namun sedikit kelegaan apabila menyaksikan beberapa kesalahan dilakukan oleh barisan pembangkang. Terutamanya hujah ke tiga mereka disampaikan pada minit ke 7. Begitu juga kesalah pembahas je dua tidak membidas hujah ke dua kami. Dan kami tidak boleh terlalu yakin untuk menang. Keputusan akan diumumkan sewaktu majlis penutup di Stadium Paroi nanti. Jumpa di sana.




TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

HKSBP 2011 : SEMASHUR BERJAYA DIATASI DI SUKU AKHIR

Melepasi halangan SMAP Kajang, STAR meneruskan perjalanan  diperingkat suku akhir. hanya dua langkah sahaja untuk ke final. Dan pasukan yang akan berhadapan dengan STAR ialah Sekolah Menengah Sains Hulu Selangor (SEMASHUR). Kekuatan SEMASHUR tidak diketahui oelh pasukan kami kerana tidak pernah bertemu sebelum ini. Namun, setiap pembahas dibekalkan dengan kekuatan mental dan fizikal bagi menghadapi pasukan mana sekalipun. Berikut keputusan perlawanan :


Tarikh : 26 Mei 2011
Usul : Seni dan Budaya Memupuk Jati Diri Bangsa
Kerajaan : Sekolah Tuanku Abdul Rahman
Pembangkang : Sekolah Menengah Sains Hulu Selangor
Pemenang : STAR
Pembahas Terbaik :Nur Qushairi (STAR)

Alhamdulillah, juri sebulat suara memilih STAR sebagai pemenang perlawanan dan lawan yang akan ditempuhi nanti adalah SBPI Gombak. Terima kasih semua atas kejayaan ini.



TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

HKSBP 2011 : SEMASHUR BERJAYA DIATASI DI SUKU AKHIR

Melepasi halangan SMAP Kajang, STAR meneruskan perjalanan  diperingkat suku akhir. hanya dua langkah sahaja untuk ke final. Dan pasukan yang akan berhadapan dengan STAR ialah Sekolah Menengah Sains Hulu Selangor (SEMASHUR). Kekuatan SEMASHUR tidak diketahui oelh pasukan kami kerana tidak pernah bertemu sebelum ini. Namun, setiap pembahas dibekalkan dengan kekuatan mental dan fizikal bagi menghadapi pasukan mana sekalipun. Berikut keputusan perlawanan :


Tarikh : 26 Mei 2011
Usul : Seni dan Budaya Memupuk Jati Diri Bangsa
Kerajaan : Sekolah Tuanku Abdul Rahman
Pembangkang : Sekolah Menengah Sains Hulu Selangor
Pemenang : STAR
Pembahas Terbaik :Nur Qushairi (STAR)

Alhamdulillah, juri sebulat suara memilih STAR sebagai pemenang perlawanan dan lawan yang akan ditempuhi nanti adalah SBPI Gombak. Terima kasih semua atas kejayaan ini.



TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

HKSBP 2011 : SMAP KAJANG MENANTI DI PUSINGAN KE DUA

Untuk pusingan ke dua, semua pasukan yang layak akan diundi semula. Berdetik dan berdebar hati takut diundi dengan pasukan yang punyai nama besar di PPM. Dan Cikgu Shahnun dimanahkan untuk mencabut undi. Mintak-mintaklah dijauhkan dengan SMAP K, SSP, SDAR mahupun INTEGOMB. Namun, kata orang, kalau sudah tertulis, maka redha jelah. Allah telah merancang yang terbaik buat kami. Dan tuah tangan Cikgu Shahnun juga menemukan kami dengan musuh tradisi perbahasan Sekolah Menengah Agama Persekutuan Kajang (SMAP Kajang). Mula-mula menerima berita, kami agak kaget dan ketakutan. 

Namun, setelah diberi kata-kata perangsang oleh Cikgu Shahnun, Paman dan Azri, maka sedikit demi sedikit perasan itu hilang. Yang ada hanyalah untuk mengekalkan momentum kemenangan pada HKSBP tahun 2010 apabila kami berjaya menewaskan SMAP Kajang dalam peringkat kumpulan. Dengan  persiapan rapi dan berkat istiqamah, kami hadir bersemuka dengan SMAP Kajang di Kolej Tunku Kurshiah. Kali ini, tiga juri akan membuat keputusan. Kemampuan berhujah dengan baik dan membidas dengan sempurna akan menjadikan satu pasukan lebih baik nanti.


Tarikh : 25 Mei 2011
Usul : Kos Rawatan Hospital Swasta Wajar Dikawal Oleh Kerajaan
Kerajaan : Sekolah Tuanku Abdul Rahman
Pembangkang : SekolahM enengah Agama Persekutuan Kajang
Pemenang : STAR
Pembahas Terbaik :Amirul Rosli (STAR)

Alhamdulillah, juri menerima usul ini. SMAP KAJANG berjaya kami tewaskan lagi. Kesyukuran dipanjatkan kehadrat Ilahi atas kemenangan yang sangat manis ini. Walaupun kedengaran sedikit komplen dari pasukan lawan atas kemenangan ini, namun semuanya sudah ditakdirkan. Biasalah rumah sudah siap pahat berbunyi. Cabaran suku akhir akan menanti. Siapakah lawan STAR? Kami akan menunggu pememang antara SEMASHUR atau KISAS. Memang tepat, takdir kami adalah yang terbaik untuk kami.



TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

HKSBP 2011 : STAR JUARAI KUMPULAN N

HKSBP 2011 di TKC, STAR telah diundi dalam kumpulan N bersama pasukan SM Sains Muzafhar Shah, Integrasi Sabak Bernam dan SM Sains Dungun. STAR tidak mempunyai pilihan , selain memenangi kesemua tiga perlawanan tersebut. Berikut merupakan keputusan peringkat Kumpulan N yang melibatkan STAR.

Tarikh : 23 Mei 2011
Usul : Laman Sesawang Sosial Melahirkan Masyarakat Berilmu
Kerajaan : Sekolah Tuanku ABdul Rahman
Pembangkang : Sekolah Menengah Sains Muzafhar Shah
Pemenang : STAR
Pembahas Terbaik : Nur Qushairi (STAR)

Tarikh : 24 Mei 2011
Usul :Sukan Bertaraf Antarabangsa Wadah Perpaduan Dunia
Kerajaan : Sekolah Tuanku ABdul Rahman
Pembangkang : Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Sabak Bernam
Pemenang : STAR
Pembahas Terbaik : Nur Qushairi (STAR)

Tarikh : 24 Mei 2011
Usul :Amalan Kitar Semula Berjaya Mendidik Masyarakat Memelihara Alam Sekitar
Kerajaan : Sekolah Tuanku ABdul Rahman
Pembangkang : Sekolah Menengah SainsDungun
Pemenang : STAR
Pembahas Terbaik : Nur Qushairi (STAR)

Alhamdulillah, dengan kemenangan ketiga-tiga perlawanan ini, STAR muncul juara Kumpulan N dan akan melayakkan diri ke pusingan ke dua.



Selepas pertemuan dengan MOZAC


Pertemuan menentang SM Sains Dungun


TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

HKSBP 2011 : DOAKAN KEJAYAAN KAMI

Akhirnya tanggal 22 Mei 2011, kami bergerak ke Kolej Tunku Kurshiah (TKC) bagi menyahut cabaran HKSBP 2011. Bersama dengan doa restu dari seluruh warga STAR, pasukan bahas Bahasa Melayu, bahasa Bahasa Inggeris dan Bola Keranjang memulakan perjalanan ke Seremban tepat jam 9.00 pagi. Sebelum bergerak kami telah dihidangkan dengan kata-kata semangat oleh Ayahanda Pengetua. 


Kontijen HKSBP 2011 bergambar kenangan dengan ayahanda pengetua.

Kami tiba di TKC pada jam 2.00 petang. Melangkah ke TKC membuatkan diri berdebar-debar tentang cabaran HKSBP tahun ini. Berikut merupakan senarai nama kontijen HKSBP STAR tahun 2011.

Ketua Kontijen : Puan Hajah Noridah bt Haji Ramlan
Hakim BM : Puan Azirah bt Abdul Hamid, Encik Hairul Nizam
Hakim BI : Puan Mastura Suhaimi, dan Puan Mastura Md. Shaari
Guru Pengiring BM : Encik Shahnun bin Abdul Ghani
Guru Pengiring BI : Encik Khairil bin Abdul Hak
Jurulatih Bola Keranjang : Encik King Eng Seng
Pengurus Bola Keranajang : Encik Ong 

Pembahas BM : Nur Qushairi, Amirul Rosli, AMir Syafiq dan Uthman Abdul Ghani
Pembahas BI : Thaqif, Aiman Sabeh, Rahman dan Amir Zabir
Pemain Bola Keranjang : Aiman Imran, Wan NAsrul Syazwan, Aiman Azman, Ihsan, Syazwandi, Hazmi, Irman, Puteri, Obama, Zaidan, Eddy.


 Kontijen STAR bergambar kenangan di TKC sesudah sampai di bumi Seremban.

Semoga berjaya buat KONTIJEN HKSBP SEKOLAH TUANKU ABDUL RAHMAN, IPOH.


TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

PPM 2011 SEMAKIN HAMPIR

Usai perlawanan Bahas UTP kami perlu memberikan perhatian yang serius kepada HKSBP, satu-satunya pertandingan yang paling berprestij peringkat Sekolah Berasrama Penuh. Rasanya sudah dua tahun kami kempunan di peringkat separuh akhir. Semua pembahas disematkan dengan semangat dan kesungguhan untuk menebus kehampaan pada lewat tahun-tahun yang sudah. Kejayaan yang tertangguh itu perlu digapai agar maruah STAR dalam arena perbahasan akan diangkat semula. 

Lantas, latihan demi latihan diadakan tanpa jemu. Tidak cukup dengan latihan sendiri dan bimbingan Ummi dan Cg Shahnun, para senior HExa Family tidak terlepas dari mengunjungi Ipoh semata-mata untuk menurunkan ilmu perbahasan kepada adik-adik junior mereka. Legasi Bahas Bahasa Melayu STAR harus diteruskan. Nama STAR tidak meungkin terpadam dalam dunia perbahasan sekolah-sekolah. Dan semangat serta kasih sayang yang ditunjukkan oleh senior kami amat mengharukan. Antara yang hadir ialah Hexa Azri, Hexa Bebet, Hexa Faizs  dan Hexa Paman. Terima kasih buat semua. 







TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

STAR JUARA DEBAT UTP 2011

Melangkah ke final UTP, sangat melegakan dan menjadikannya bonus buat KDBM STAR, apatah lagi apabila diumumkan akan menentang SDAR, satu nama yang agak kuat dalam arena bahas sekolah-sekolah pada hari ini. Masih terkenang lagi apabila kami tewas dalam pusingan awal peringkat kumpulan dahulu. Namun, berada di pentas final sudah pastinya akan membuahkan suasana yang lain berbeza dengan peringkat kumpulan. Ya, kami harus menang bagi menaikkan semangat KDBM STAR sebagai pemanas badan untuk PPM tahun ini.

Untuk aksi di pentas final, Ummi dan Cg Shahnun memutuskan untuk menukarkan Amir Syafiq dengan Wan Hafizan selaku pembahas ke tiga. Ini merupakan strategi yang dilakukan memandangkan  Wan Hafizan masih lagi belum diketahui kekuatannya oleh pasukan SDAR. Dalam pertandingan akhir tersebut pasukan STAR telah diberikan semangat oleh penyokong seramai 40 orang yang dibawa khas dari Ipoh.

Bertindak selaku pihak KERAJAAN, usul berbunyi : KESELAMATAN, KESIHATAN DAN ALAM SEKITAR, KITA SUDAH MAJU. Perjalanan bahas berlangsung agak seimbang dengan para pembahas cuba memberikan perspektif dan hujah yang menarik bagi meyakinkan barisan juri. Dan akhirnya, kejayaan yang dinanti-nantikan akhirnya muncul jua apabila usul diterima. Maka, STAR buat pertama kali dalam tahun 2011 berjaya menggenggam kejayaan yang pertama. Satu permulaan yang cukup baik. 

Diharapkan pihak UTP akan meneruskan penganjuran debat sebegini rupa demi memeriahkan dunia debat sekolah-sekolah di Malaysia. Syabas KDBM STAR!! Tahniah buat para pembahas!!



TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

MELANGKAH KE FINAL

Alhamdulillah, segalanya berjalan dengan lancar hari ini. Seharian di UTP menyertai pertandingan bahas interschool, sedikit harapan menyala di hujung terowong. Pada hari ini STAR telah bertemu dengan tiga pasukan iaitu SEMESTI, SDAR dan SERATAS. Dalam pertemuan pertama dengan Sekolah Menengah Sains Teluk Intan (SEMESTI), STAR bertindak sebagai pewakilan kerajaan. Dengan usul Proton Sudah Hilang Taringnya, STAR berjaya menewaskan SEMESTI dengan juri 3-0. Alhamdulillah kemenangan pertama.

Perlawanan ke dua menemukan STAR dengan SDAR, juara Piala Perdana Menteri (PPM) tahun 2010. Dengan usul 1 Malaysia Hanya Tin kosong, STAR bertindak sebagai pasukan pembangkang. Namun, usul ini telah diterima dan kami tewas 2-1. Perlawanan ke tiga merupakan perlawanan penenetuan sama ada layak ke final ataupun tidak. Bertemu SERATAS, STAR bertindak sebagai perwakilan kerajaan. Dengan usul Earth Hour Meredakan Tangisan Bumi, STAR muncul pemenang dengan juri 2-1.

Alhamdulillah, STAR bakal melangkah ke final pada hari rabu ini dan akan menemukan STAR dengan SDAR, dua buah kuasa bahas sekolah malaysia. InsyaAllah, kami akan  melakukan sehabis baik  bagi menebus kehampaan tewas di pusingan ke dua.


Aksi Amirul, Quchai dan Amshar


Bergambar kenangan di dalam Library UTP


TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

BAHAS ANTARA SEKOLAH SEMPENA HSE WEEK ANJURAN UNIVERSITI TEKNOLOGI PETRONAS

Salam dan selamat pagi. Ketika ini kami  sedang berada di Universiti Teknologi Petronas (UTP) Tronoh untuk  menyertai Pertandingan Bahas Antara Sekolah Sempena Minggu Kesedaran Kesihatan dan Alam Sekitar (HSE Week). Pertandingan ini melibatkan penyertaan sekolah-sekolah terpilih. Antaranya Sekolah Tuanku Abdul Rahman, Sekolah Dato' Abdul Razak (SDAR), Sekolah Menengah Sains Teluk Intan (SEMESTI) dan Sekolah Menengah Sains Raja Tun Azlan Shah (SERATAS). Sehingga bertemu lagi , doakan pasukan bahas STAR g akan membawa pulang piala kemenangan. Semoga usaha ini diteruskan pada masa akan datang.




TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...